Hh.docx

  • Uploaded by: faezzah
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Hh.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,263
  • Pages: 5
Pengurusan tingkah laku dapat menjamin suasana pembelajaran yang lebih kondusif dan afektif.Menurut Abdullah Sani (2005) menegaskan dengan menyusun semula persekitaran dan merancang persekitaran sosial yang baharu boleh membantu mengubah tingkah laku murid. Persekitaran yang kondusif dan afektif ini akan menjamin pembelajaran yang lebih selesa. Proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan licin, berkesan, dan penuh ceria. Berdasarkan penyelidikan menurut Dr. Sheryl Reinisch, Dekan Kolej Pendidikan di Concordia University-Portland, kajian menunjukkan bahawa persekitaran kelas yang kondusif membantu kanak-kanak

berasa

selamat,

selamat,

dan

dihargai.

Hasilnya,

peningkatan diri dan pelajar termotivasi untuk terlibat dalam proses pembelajaran. Kenyataan ini juga disokong oleh Sakarya (2009) iaitu iklim kelas yang positif adalah penting untuk mencapai kejayaan dalam pendidikan. Pelajar berasa lebih selesa dan selamat di bilik darjah di mana peraturan bilik darjah dikenalpasti dan tingkah laku negatif diminimumkan. Pengurusan kelas yang berkesan adalah langkah pertama dalam kejayaan pendidikan murid-murid Pendidikan Khas. Apabila muridmurid Pendidikan khas mempunyai tingkah laku yang positif, pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah berlangsung dengan baik kerana tidak ada murid yang membuat bising dan mengganggu murid lain belajar.Oleh itu, dengan wujudnya suasana pembelajaran yang kondusif dan afektif ini, murid dapat memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran hidup yang tinggi untuk berdikari kerana mereka berasa gembira belajar di dalam kelas yang selesa.

Menurut ( Yükselen & Yaban, 2013) kanak-kanak Pendidikan Khas yang mengalami masalah tingkah laku akan terpencil dalam persekitaran bilik darjah dan dikecualikan oleh rakan sebaya mereka kerana kemahiran sosial yang tidak mencukupi. Disebabkan ketidakupayaan fizikal dan kognitif dan kekurangan kompetensi sosial, kanak-kanak Pendidikan Khas mempunyai tahap yang sangat rendah dalam komunikasi dengan rakan sebaya dan penyertaan dalam aktiviti kumpulan serta mereka tidak mempunyai keupayaan untuk berinteraksi. Oleh itu, meningkatkan kemahiran sosial murid-murid Pendidikan Khas dalam bilik darjah merupakan sesuatu keperluan dalam pendidikan integrasi (Gresham, 1983). (Vaughn, Elbaum, & Schumn, 1996). Antara aktiviti yang meningkatkan kemahiran sosial kanak-kanak Pendidikan Khas adalah aktiviti “ Social Stories”. “ Social Stories” membantu kanakkanak Pendidikan Khas dalam menyesuaikan diri dengan keadaan baru, kemahiran sosial dan meningkatkan tingkah laku sosial yang telah dipelajari (Adams et al., 2004). Berdasarkan kajian Briody & McGarry (2005) “ Social Stories” boleh

digunakan untuk membina dan memupuk hubungan sosial yang sesuai di dalam kelas serta untuk meningkatkan kemahiran sosial. Kenyataan tersebut disokong oleh Carol Gray dan Joy Garand (1993) yang menyatakan bahawa penggunaan “ Social Stories” dapat memberikan pengalaman sosial yang sesuai, mewujudkan perubahan dan rutin untuk murid-murid Pendidikan Khas di dalam bilik darjah, mengajar kemahiran akademik dan sosial baru. Hal ini demikian juga turut disokong oleh (Grey & Garand, 1993) bahawa penggunaan cerita sosial dapat membantu kanak-kanak Pendidikan Khas dalam mengembangkan sosialisasi yang sesuai dan kemahiran kendiri mereka.

2.4 Meningkatkan keyakinan diri murid Pendidikan Khas Pengurusan tingkah laku ini juga dapat meningkatkan keyakinan diri murid agar sentiasa berkelakuan positif. Keyakinan seseorang mempengaruhi

pembelajaran

dan tingkah laku kanak-kanak Pendidikan Khas, adalah penting bahawa pendidik mencari cara untuk membantu semua kanak-kanak meningkatkan keyakinan diri mereka kerana ia dapat membantu meningkatkan pembelajaran, tingkah laku, dan motivasi. Satu cara yang mungkin untuk membantu meningkatkan keyakinan diri pada murid-murid Pendidikan Khas adalah dengan mengajar mereka mengenai kemahiran komunikasi di dalam bilik darjah melalui pendekatan komunikasi. Menurut Luthans et. al (2007), pendekatan komunikasi interpersonal dan elemen psikologi positif atau negatif telah membangunkan satu konstruk yang telah menggabungkan sumber-sumber psikologi yang telah dibuktikan keberhasilannya terhadap prestasi pembelajaran secara empirik iaitu keyakinan diri, harapan, optimis dan ketahanan. Sekiranya guru berjaya mengurus tingkah laku murid dari negatif kepada positif, maka murid itu dapat menunjukkan sikap yang baik. Seperti yang kita tahu bahawa guru yang kurang daya inisiatif dari segi strategi dan teknik pengajaran akan gagal untuk menarik dan merangsang minat murid-murid untuk mengikuti proses pembelajaran semasa di dalam bilik darjah. Malah, ini akan menimbulkan tingkah laku yang tidak diingini. Oleh itu guru berperanan penting dalam membantu murid menguruskan tingkah laku mereka.

Hal ini demikian berdasarkan matlamat pengurusan tingkah laku yang dikemukakan oleh Rotter (1954) iaitu untuk memaksimumkan potensi seseorang ke arah pencapaian yang lebih tinggi. Mengurus tingkah laku dalam kalangan pelajar bermasalah pembelajaran mempunyai banyak kepentingan.

Menurut Bear, Wolf dan Risley (1968 ) program tingkah laku yang berbentuk saintifik yang dibuat secara analisis menghasilkan perubahan tingkah laku sosial yang positif bagi seseorang individu. Pengurusan tingkah laku dapat membantu untuk mengawal dan mengurangkan tingkah laku murid Pendidikan Khas yang mempunyai tingkah laku negatif berubah kepada tingkah laku yang positif dengan mengaplikasikan teknik pengajaran yang sesuai di dalam bilik darjah. Ini dibuktikan melalui kajian Mohd Mokhtar et. al (2016) berdasarkan sumber jurnal yang ditulisnya mengenai penggunaan teknik pengajaran “Social Stories” oleh guru untuk memodifikasikan tingkah laku Tantrum Murid Pendidikan Khas telah dapat mengurangkan kekerapan tantrum dalam kalangan murid Pendidikan Khas. Kenyataan tersebut itu juga disokong oleh Kuttler et al. (1998) yang mengatakan penggunaan “Social Stories” menunjukkan penurunan dalam tingkah laku yang tidak wajar oleh pelajar secara mendadak apabila “ Social Stories” diaplikasikan dalam pengajaran.

Penggunaan “Social Stories” atau cerita sosial merupakan salah satu inisiatif pengkaji juga untuk membantu murid Autisme dalam menyelesaikan masalah tingkah laku.

“ Social Stories “ merupakan satu bentuk dokumen bertulis yang menerangkan tentang apa, di mana, bagaimana, kenapa dan siapa yang terlibat di samping menyatakan perasaan dan fikiran orang lain dalam bentuk cerita (Efrosini, 2011). Melalui sosial stories, guru boleh merangsang pembentukan tingkah laku yang positif melalui bentuk penceritaan yang menunjukkan teladan dan nilai murni kepada murid Pk.

Sememangnya,

tugas guru bukan hanya sebagai penyampai ilmu pengetahuan dalam bilik darjah sahaja, tetapi juga meliputi pembentukan tingkah laku murid. Abdul Ghani & Abd. Rahman (2009) menyatakan bahawa tingkah laku guru adalah contoh teladan kepada murid-murid. Hal ini dapat dikaitkan dengan Teori

Pembelajaran Sosial yang dipelopori oleh Bandura yang menegaskan bahawa tingkah laku murid dipelajari berdasarkan pemerhatian dan peniruan (modeling) terhadap keadaan persekitaran mereka. Guru yang mempunyai sifat-sifat

yang

terpuji

dapat

menjadi

teladan

kepada

murid

untuk

dicontohi.Justeru itu, dengan bantuan “Social Stories” ini, masalah tingkah laku mengganggu murid Autisme dapat dikurangkan. Hal ini demikian dapat dibuktikan melalui kajian yang dilakukan oleh Mohd Hanafi Mohd Yasin et. al (2016) terhadap murid Autisme yang mempunyai masalah tingkah laku menganggu iaitu kerap terbaring telah mencatatkan pengurangan kekerapan berbaring setelah guru menggunakan intervensi “Sosial Stories” dalam PdPc di bilik darjah. Seterusnya, dalam kajian Ozdemir (2008) yang melibatkan kanak – kanak dan remaja dengan ketidakupayaan Autisme Spectrum Disorder (ASD) atau Autisme, hasil kajian menjelaskan penggunaan “Social Stories” terbukti memberi kesan yang positif. Begitu juga dengan dapatan kajian yang dilaksanakan oleh Sahlan Surat et. al (2016), turut membuktikan penggunaan CeSo atau Cerita Sosial mengurangkan tingkah laku disruptif dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran.

Penggunaan social story atau cerita sosial merupakan salah satu inisiatif pengkaji untuk membantu murid Autisma dalam menyelesaikan masalah tingkah laku. Cerita sosial merupakan

satu bentuk dokumen bertulis yang menerangkan tentang apa, di mana, bagaimana, kenapa dan siapa yang terlibat di samping menyatakan perasaan dan fikiran orang lain dalam bentuk cerita. (Efrosini. 2011). Justeru itu, dengan bantuan social story ini, masalah tingkah laku mengganggu murid Autisma dapat dikurangkan

2.1 Meningkatkan kualiti hidup murid Pendidikan Khas Pengurusan tingkah laku dapat meningkatkan kualiti hidup murid Pendidikan Khas. Hal ini demikian juga selaras dengan gelombang kedua Pelan Pembangunan Pendidikan (PPPM) 2013-2025 iaitu untuk meningkatkan kualiti murid. Menurut Carr et al., (2002), sokongan yang dirancang dengan teliti untuk membentuk tingkah laku positif dan konstruktif akan dapat memperbaiki dan meningkatkan kualiti kehidupan bagi kanak-kanak autisme dan keluarga mereka. Melalui sokongan yang dirancang dan komprehensif kepada murid-murid pendidikan khas dengan menekankan perkembangan tingkah laku positif dan konstruktif dapat membina kesepaduan keluarga dan sokongan bersama yang membawa ke arah kemajuan dan peningkatan kualiti hidup murid-murid Pendidikan Khas. Contoh, murid-murid pendidikan khas yang mempunyai tingkah laku yang positif dapat membina hubungan interpersonal yang baik dengan orang lain.

More Documents from "faezzah"

Kontrak.pptx
November 2019 14
Penulisan Esei.docx
April 2020 7
Hh.docx
November 2019 9
Buah Melaka.docx
November 2019 33
Kk Pkuk 3013.docx
April 2020 14
Rujukan Sdp.docx
November 2019 15