Penulisan Akademik.docx

  • Uploaded by: Shannen Day
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Penulisan Akademik.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,966
  • Pages: 11
1.0 PENGENALAN Bidang seni dan kebudayaan merupakan dua entiti yang saling berkait rapat dan bergantungan antara satu sama lain. Cakupan kedua-dua bidang ini sangat luas dan kompleks, didapati juga seolah-olah kedua-duanya tidak dapat dipisahkan antara satu dengan yang lain. Seni dan kebudayaan amat berkait rapat dengan identiti, ideologi dan amalan seharian sesebuah kelompok masyarakat. Di seluruh dunia, setiap masyarakat mempunyai identiti seni dan kebudayaannya yang tersendiri dan membentuk keunikan cara hidup mereka. 2.0 KONSEP ASAS KESENIAN MELAYU Kesenian ditakrifkan sebagai bentuk-bentuk yang menyenangkan, indah dan ada kesan serta kepuasan keindahan dalam proses penghayatan seni itu. Ada juga mengatakan seni hanyalah sabuah hiburan iaitu boleh dinikmati melalui penghayatan pengalaman indera semata-mata. Contohnya, telinga dan mata. Seni juga meliputi aspek-aspek gerak-geri, warna dalam catan dan karya seni lukis, bunyi dan muzik, liuk-lampai gerak dalam tarian dan kombinasi cahaya dan sebagainya. Seni diertikan sebagai cantuman kesepaduan antara dua unsur pokok iaitu keindahan dan kemanfaatan. Sesuatu yang dianggap seni yang tulen adalah sesuatu yang memenuhi tuntutan indera, bermanfaat dan mampu memperkembangkan pengalaman manusia dalam pengembangan dan pembinaannya. Kesenian ialah usaha mencipta bentuk-bentuk yang melahirkan kesenangan hati. Perkataan seni dapat ditakrifkan sebagai sesuatu yang halus iaitu kecil, elok, tipis dan halus, enak didengar iaitu mengenai suara, comel bentuk badan (Kamus Dewan, 2005). Sesuatu yang dikatakan seni pula adalah suatu bentuk karya seperti pantun, ukiran, muzik dan lain-lain lagi yang dicipta dengan bakat yang tersendiri. Menurut buku M.A.J. Beg, Fine Arts in Islamic Civilization (1981:10) menyatakan seorang pemikir Islam iaitu Imam al-Ghazali memperkatakn bahawa, “seni itu indah melalui pandangan kecantikan dan keindahan” ia lahir daripada diri sendiri dan tidak untuk yang lain. Beliau menjelaskan lagi bahawa terdapat kecantikan dalaman yang diterangkan berdasarkan beberapa penjelasan seperti kefahaman mendalam terhadap seni Islam. Menurut Kamus Dewan Seni didefinisikan sebagai karya (sajak, lukisan, muzik, dll) yang dicipta dengan bakat (kecekapan), hasil daripada sesuatu ciptaan.

1

2.0 CIRI-CIRI KESENIAN MELAYU Terdapat beberapa ciri dalam kesenian dan kebudayaan melayu. Ciri yang pertama ialah menjadi amalan atau kebiasaan masyarakat. Sebagai contoh, seni masyarakat melayu tradisional yang dahulu masih lagi diamalkan sehingga sekarang walaupun negara pada masa sekarang dikejar arus pemodenan. Kesenian melayu juga turut mencerminkan identiti masyarakat melayu itu sendiri. Kesenian Melayu juga mempunyai proses kesinambungan dari zaman berzaman dan mengalami perubahan namun masih berasaskan amalan masyarakat. Kesenian melayu juga adalah berteraskan agama Islam. Ia juga berkait rapat dengan latar belakang sejarah seperti kepercayaan animisme, hindu, buddha dan islam. Ia juga turut dipengaruhi oleh alam sekitar, kuasa ghaib dan mistik. Masyarakat melayu juga menunjukkan ketaatan dan kesetiaan kepada pemimpin dan orang yang lebih tua selaras dengan ciri-ciri kehidupan masyarakat melayu. Sistem integrasi masyarakat juga turut terdapat dalam ciri-ciri kesenian melayu. Sebagai contoh, ia berkait dengan nilai, kepercayaan, falsafah hidup, pemikiran, perilaku dan artifak. Ciri-ciri yang ada dalam kesenian melayu ini juga dapat membezakan antara suatu masyarakat dengan masyarakat yang lain. Selain itu, kesenian melayu merangkumi unsur yang lebih universal dan bersifat dinamik. Ia juga turut menerima dan menolak unsur tertentu. Kebudayaan dalam kesenian melayu juga akan sentiasa diwarisi sebagai tanda berlakunya proses kesinambungan.

4.0 KEPENTINGAN KESENIAN MELAYU Kesenian Melayu juga mempunyai beberapa kepentingan. Antaranya, dapat menonjolkan identiti bangsa. Sebagai contoh, hasil-hasil seni yang terdapat dalam masyarakat kaum melayu akan dipamerkan di muzium kesenian dan juga di pusat Kesenian dan Kebudayaan di seluruh negara kita. Melalui, aktiviti pameran tersebut, masyarakat kaum lain di negara kita dan bahkan negara luar akan turut mengenali hasil kesenian masyarakat kaum melayu. Penerapan unsur kesenian melayu dalam masyarakat Malaysia melalui aktiviti pertandingan penghasilan karya-karya dapat memperkaya dan memperbangkan seni melayu. Contohnya melalui aktiviti, pertandingan teater, pertandingan penghasilan kraftangan, pertandingan tarian-tarian melayu dan sebagai. Mempelajari kesenian melayu juga membolehkan masyarakat melayu dan juga masyarakat bukan melayu di negara kita mendapat nilai-nilai estetika. Estetika secara umumnya bermaksud keindahan. Oleh sebab itu, estetika merupakan satu cabang yang sangat dekat dengan falsafah seni. Nilai estetika itu sendiri melibatkan seni dan keindahan. 2

Oleh sebab itu, keindahan dapat diertikan sebagai keindahan yang meliputi aspek keindahan seni, keindahan alam, keindahan moral, dan keindahan intelektual. Estetika juga merupakan sebahagian penciptaan simbol- simbol yang wujud dari perasaan manusia sebagai hasil kesenian dan juga sesuatu yang mewakili perasaan amnesia. Maksudnya, estetika bersifat simbolisme iaitu simbol-simbol yang dimaksudkan bukan sahaja hasil karya seni lukis tetapi hasil binaan yang mempunyai simbolik tersendiri hasil ciptaan manusia. Sebagai contoh, seni binaan bangunan yang kaya dengan simbol dan keindahan tersendiri seperti rekaan bangunan Istana Seri Menanti yang berlatarkan kehijauan alam semula jadi diperbuat daripada kayu yang tidak menggunakan sebarang paku besi tetapi menggunakan pasak kayu. Di samping itu, ia adalah sumbangan Kesultanan Melayu dalam memperkayakan koleksi rekaan seni bina Islam. Bagi masyarakat yang tinggal di kampung, masa senggang mereka diisi dengan aktiviti-aktiviti riadah seperti aktiviti kesenian. Antaranya aktiviti seni yang dijalankan ialah aktiviti tarian, silat, muzik dan sebagainya. Mereka mempelajari sesuatu tarian bukan sahaja untuk tujuan keriangan sebaliknya mengisi masa lapang selain menjalin hubungan sesama mereka. Keadaan ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan komuniti mereka. Dari sudut kesihatan, aktiviti seumpama ini dapat memberi satu bentuk senaman dan latihan anggota badan agar menjadi sihat dan cergas. Bagi golongan lelaki, aktiviti bersilat juga aktiviti riadah yang baik mengasah mental, emosi serta fizikal mereka agar sihat sejahtera. Kesenian juga sangat penting kerana ia merupakan bahan hiburan yang menyenangkan. Ia dapat memberi kesenangan atau kerehatan, menghilangkan rasa penat lelah selepas sehari suntuk bekerja. Bukan itu sahaja malah ia memberikan kepuasan intelektual melalui daya fikiran dalam bentuk fantasi atau cerita. Sebagai contoh, seni teater yang mengandungi kesusateraan melayu yang mempunyai media hiburan dan terdapat genre sastera rakyat dalam seni teater tersebut. Contoh sastera rakyat yang dipersembahkan ialah Bawang Merah Bawang Putih. Bukan itu sahaja, malah seni melayu juga penting untuk aktiviti keagamaan dan upacara ritual. Contohnya, tarian kuda kepang yang dipersembahkan dalam upacara sambutan dan ada hubungan dgn kuasa ghaib atau berkaitan dengan unsur unsur ritual.

3

5.0 HUBUNGAN

ANTARA

HASIL

KESENIAN

MELAYU

DENGAN

PEMIKIRAN

MASYARAKAT MELAYU Kesenian melayu juga mempunyai hubung kait dengan pemikiran masyarakat melayu. Hal ini kerana hasil seni yang dihasilkan oleh masyarakat melayu ini mempunyai banyak kepentingan kepada mereka. Jika kita lihat, terdapat banyak jenis karya seni masyarakat melayu yang ada di negara kita. Antaranya ialah, seni muzik, seni anyam, seni tari, seni teater, seni mempertahankan diri, seni bina dan sebagainya. Di sini merupakan beberapa contoh hasil seni masyarakat melayu yang dapat saya kaitkan dengan pemikiran masyarakat melayu. Pertama, ialah seni tari. Seni tari merupakan warisan budaya yang menghiasi keunikan kaum-kaum di Malaysia sama ada orang Melayu, orang Cina, orang India,dan bumiputra Sabah dan Sarawak.Tarian-tarian yang dipersembahkan oleh kaum-kaum tersebut benarbenar eksotik dan menawan apabila ianya ditambah dengan gerak anggota badan yang dilakukan dengan lemah lembut sambil diiringi dengan bunyian muzik. Menurut ahli sejarah tarian dan muzik Jerman , C.Sachs ,beliau telah memberikan definisi tarian sebagai gerakan yang berirama.Seni tari juga membawa maksud pengucapan jiwa manusia melalui gerak geri berirama yang indah. Seni tari bagi kaum melayu terkenal adalah seperti tarian mak yong, zapin, kuda kepang dan joget. Tarian orang Melayu kebiasanya dipersembahkan untuk memenuhi amalan ritual seperti menyemah kampung, meraikan majlis kesyukuran, bernazar dan dalam amalan pengubatan.Antara contoh tarian yang dapat menjadi contoh ialah tarian Mak Yong, Mek Mulong, Kuda Kepang,dan tarian Zapin. Selain itu, terdapat juga tarian yang berfungsi untuk memeriahkan serta menjadi hiburan semasa temasya pesta dan keramaian perkahwinan iaitu tarian joget. Kedua ialah merupakan seni muzik. Seni muzik merupakan salah satu seni yang telah lama wujud dalam masyarakat sosial di negara kita. Seni muzik merupakan salah satu hiburan yang paling diminati di negara kita dari dahulu hingga kini. Muzik juga merupakan satu tarikan kepada manusia dalam kehidupan sosial. Menurut kamus dewan pula seni muzik merupakan satu gubahan bunyi yang menghasilkan hiburan dalam bentuk lagu dan irama yang indah dan menyenagkan. Seni muzik juga sentiasa berubah-rubah melalui aliran dari zaman ke zaman. Antara contoh seni muzik masyarakat melayu ialah, muzik nobat, ghazal dan dondang sayang. Muzik nobat merupakan salah satu warisan kesenian Melayu yang masih kekal sehingga kini. Di Tanah Melayu, Nobat adalah muzik yang berfungsi di istana sebagai seni persembahan istana Diraja Melayu. Antara negeri-negeri Melayu yang masih mengekalkan muzik Nobat adalah negeri Perak, Kedah dan Terengganu. Seni muzik mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan kaum melayu kerana muzik selalu digunakan untuk mengisikan masa lapang dan juga untuk hiburan.

4

Ketiga ialah seni anyam. Anyaman merupakan seni kraf sejagat Melayu wujud sejak 300 ratus tahun yang lampau. Hasil rimba seperti buluh, rotan, pandan, mengkuang dan ribu-ribu menyumbang kepada hasil rimba ini memaparkan barangan harian, hiasan dan hadiah. Keunikan dan kesenian serta kreativiti masyarakat Melayu menghasilkan kraftangan anyaman terserlah melalui penghasilan bakul, tikar, perabut, pengadang, bekas serbaguna, dinding rumah dan barangan hadiah dan cenderamata. Kraftangan yang dihasilkan masyarakat kaum melayu pada zaman dahulu menggunakan buluh, batang lidi dan juga daun mengkuang. Penghasilan kraftangan seperti bakul, tikar dan pengadang ini dihasilkan untuk kegunaan harian dan pada zaman dahulu masyarakat melayu menggunakan hasil hutan untuk menghasilkan kraftangan. Keempat, ialah pertahanan diri. Seni pertahanan yang terkenal di Malaysia ialah seni silat ataupun lebih dikenali sebagai pencak silat. Seni Silat atau Pencak Silat adalah salah satu seni mempertahankan diri bagi bangsa Melayu atau Nusantara yang diamalkan sejak berkurun yang lampau. Seni silat juga turut menggunakan beberapa jenis senjata melayu lama. Antaranya adalah keris, badik, kerambit, parang, pedang dan sebagainya. Seni pertahanan ini diasaskan oleh masyarakat melayu untuk mempertahankan diri mereka. Selain itu, seni silat ini masih lagi diamalkan dan terkenal hingga ke hari ini dan turut di pertandingkan di sukan di peringkat antarabangsa seperti sukan sea dan juga sukan asia. Kelima, ialah seni perubatan. Seni perubatan kaum melayu masih lagi diamalkan hingga ke hari ini. Masyarakat melayu di negara ini telah lama meyakini perubatan dan rawatan tradisional. Ini dapat di buktikan dengan banyaknya produk-produk ubatan tradisional Melayu dipasarkan serta mendapat sambutan meluas di seluruh negara. Mereka percaya bahawa perubatan dan rawatan tradisonal Melayu merupakan kaedah paling selamat dan tidak memberi kesan sampingan terhadap tubuh badan manusia. Perubatan dan rawatan tradisional Melayu banyak menggunakan bahan-bahan yang berasal daripada tumbuhtumbuhan yang boleh di perolehi di sekeliling tempat kediaman dan hutan belantara atau di kawasan pendalaman. Satu lagi faktor perubatan dan rawatan tradisional Melayu mendapat tempat di kalangan masyarakat ialah kerana ianya lebih murah berbanding dengan rawatan dan perubatan lain. Di antara tumbuh-tumbuhan yang mempunyai khasiat dan kesan ubatan ialah daun sireh (Piper betel), serai wangi (Cymbopogun nardus), kunyit (Curcuma domestica), daun tutup bumi (Elephantopus scaber) dan banyak lagi. Sireh (Piper betel) sampai ke Nusantara Melayu dari negara asalnya iaitu India dan Sri Lanka oleh pedagangpedagang India. Antara kebaikkan sireh ialah mengubati penyakit buasir, bisul, hidung berdarah, sakit gigi.

5

6.0 PENUTUP Kesimpulannya, sebagai rakyat negara kita hendaklah mempertahankan kesenian masing-masing. Sebagai rumusan dapatlah disimpulkan bahawa aspek seni dan kebudayaan amat penting kepada masyarakat di negara ini. Kedua-dua entiti ini sememangnya berkait rapat dan sangat senonim dengan masyarakat di negara ini yang terdiri daripada pelbagai bangsa, keturunan, agama dan nilai budayanya. Perbezaan seni dan kebudayaan bukanlah merupakan halangan satu bentuk perhubungan dan komunikasi yang baik dan mantap sebaliknya menjadi sumber kekayaan kepada nilai seni dan budaya masyarakat kita di mata dunia. Sifat multikultural yang dimiliki oleh masyarakat di negara ini menjadi aset penting dalam memperkayakan khazanah seni dan budaya malah turut menjadi daya tarikan pelancong luar. Keadaan ini telah memberi impak positif ke atas ekonomi negara pada masa kini.

6

7.0 RUJUKAN Aziz Deraman. 1994. Masyarakat dan Kebudayaan Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ismail Hussein (Peny.). 1974. Sastera dan masyarakat. Kuala Lumpur: Pustaka Zakry Abadi. Mohd Johari AB. Hamid, 2004. Falsafah dan Kritikan Seni; Universiti Pendidikan Sultan Idris. Zakaria Ali, 1989. Seni dan Seniman Esei-Esei Seni Halus; Dewan Bahasa dan Pustaka. Ramping, M. (2014, November 22). Sepating Bungai. Dilayari daripada Kepentingan Seni dan Kebudayaan Kepada Masyarakat: http://kemayangambai.blogspot.com/2014/11/kepentingan-seni-dan-kebudayaankepada.html

7

8.0 LAMPIRAN

Istana Seri Menanti (Seni Bina)

Persembahan Seni Teater

8

Seni Tari Kuda Kepang

Alatan muzik untuk Nobat

9

Contoh kraftangan anyaman

Seni Pertahankan diri (Silat)

10

Herba untuk perubatan tradisional

11

Related Documents

Penulisan
April 2020 41
Penulisan Akademik.docx
April 2020 28
Penulisan Akademik.docx
October 2019 50
Latihan Penulisan
April 2020 17
Penulisan Refleksi.docx
December 2019 25

More Documents from "Lossini"

Penulisan Akademik.docx
April 2020 28
Cover File Intern.docx
April 2020 19
Gambar2 Bbm.docx
April 2020 16
Borang Kalobarasi.docx
April 2020 16
Sayonara.docx
April 2020 13