Buah Melaka.docx

  • Uploaded by: faezzah
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Buah Melaka.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 593
  • Pages: 15
BUAH MELAKA

1.0 PENGENALAN Kuih tempatan ialah kuih yang dihasilkan dengan menggunakan bahan tempatan yang mudah didapati di Negara kita. Bahan tempatan yang biasa digunakan untuk membuat kuih tempatan termasuklah pisang, ubi keledek, ubi kayu, sagu, tepung beras, tepung pulut, gula melaka, keladi, dan santan. Fungsi kuih tempatan adalah sebagai pencuci mulut, makanan bekal, serta sebagai hidangan untuk sajian minum pagi dan petang.

2.0 MERANCANG MENU Dalam perancangan menu kuih tradisional, kami telah memilih buah melaka sebagai menu pilihan kami. Faktor yang mempengaruhi perancangan menu berkaitan kuih tradisional adalah tujuan sajian, keperluan fizikal, kegemaran individu, sumber, bilangan tetamu dan perbelanjaan. Tujuan sajian yang sesuai dengan menu buah Melaka adalah sebagai pencuci mulut atau hidangan utama untuk sajian minum pagi dan petang. Buah Melaka sesuai untuk setiap peringkat umur dan sesuai untuk majlis yang diadakan di Malaysia kerana ia merupakan hidangan yang diterima oleh masyarakat pelbagai kaum. Faktor lain yang dinyatakan di atas juga perlu dititkberatkan dalam merancang menu. Kaedah memasak yang digunakan untuk membuat buah melaka adalah kaedah memasak haba lembap iaitu merebus.

3.0 BAHAN-BAHAN Bil

Bahan Tepung Gandum

Kuantiti

1 1 cawan

Tepung Pulut

2

500g

Gula Melaka

3

2 biji

Daun Pandan

4

5 helai

Kelapa Parut

Satu biji 5

Garam

Secukup rasa 6

Air kosong

7 500 mililiter

4.0 LANGKAH-LANGKAH MEMASAK LANGKAH 1

Potong gula melaka menjadi bentuk dadu

LANGKAH 2

Letakkan gula melaka yang dipotong di atas pinggan

LANGKAH 3

Kisarkan daun pandan dengan segelas air sehingga lumat

LANGKAH 4

Tapis daun pandan yang telah dikisar untuk mendapat airnya

LANGKAH 5

Air daun pandan yang telah siap.

Air daun pandan yang telah siap

LANGKAH 6

Sediakan tepung gandum dan tepung pulut untuk digaul

LANGKAH 7

Gaulkan dan ayakkan tepung pulut dan tepung gandum

LANGKAH 8

Letakkan air daun pandan di dalam tepung tersebut

LANGKAH 9

Tuang air kosong sedikit demi sedikit ke dalam tepung

LANGKAH 10

Gaul adunan sehingga menjadi gentel

LANGKAH 11

Ambil sedikit adunan, leperkan atas tapak tangan dan letakkan gula melaka sebagai inti.

LANGKAH 12

Tutup rapat dan bentukkan menjadi bulat.

LANGKAH 13

Rendamkan buah melaka yang telah digentel di dalam air yang sedang mendidih sehingga timbul

LANGKAH 14

Sediakan kelapa parut di dalam bekas dan gaulkan bersama garam secukup rasa

LANGKAH 15

Buah melaka yang timbul di dalam air rebusan tersebut diangkat dan ditapis dan diletakkan di dalam bekas yang berisi kelapa parut.

LANGKAH 16

Gaulkan buah melaka bersama kelapa parut

LANGKAH 17

Buah melaka yang telah siap disusun di dalam pinggan sedikit demi sedikit

LANGKAH 18

Buah melaka telah siap dihidangkan

5.0 MENGHIDANG Kuih buah melaka yang telah siap, boleh disusun dengan elok dan dihidangkan di atas pinggan. Pinggan berbentuk bulat lebih sesuai digunakan berbanding berbentuk segi empat. Garfu kecil juga perlu disediakan semasa menghidang hidangan ini. Kuih buah Melaka sesuai dihidangkan dengan air panas seperti teh.

6.0

REFLEKSI

Kekuatan ketika saya menyediakan kuih buah Melaka ini, kuih yang dihasilkan rasanya manis, lembut dan tidak begitu keras. Proses untuk melakukannya tidak mengambil masa yang lama dan senang untuk dilakukan. Selain itu, bahan-bahan yang digunakan adalah murah dan dapat menjimatkan kos. Di samping itu, kuih ini boleh dilakukan oleh semua lapisan umur daripada golongan kanak-kanak hingga golongan dewasa. Penambahbaikan yang boleh dilakukan adalah menvariasikan warna kuih buah melaka supaya jadi lebih menarik.

Masalah yang dihadapi sebelum menyediakan kuih ini ialah bahan seperti daun pandan sukar untuk dicari dan tidak banyak ditemui. Seterusnya, semasa saya menyediakan kuih ini, masa yang diambil sedikit lama ketika mengayakkan adunan tersebut dan memerlukan tenaga yang banyak. Akhir skali, selepas menyediakan kuih ini, kuih buah melaka yang dilakukan tidak sama besar.

Related Documents

Buah Melaka.docx
November 2019 33
Buah Delima
May 2020 28
Buah Bermanfaat.docx
May 2020 18
Buah-buahan
May 2020 38
Buah Bintaro.docx
July 2020 19
Buah Buahan.pdf
November 2019 24

More Documents from "Mukhlis Ulis"

Kontrak.pptx
November 2019 14
Penulisan Esei.docx
April 2020 7
Hh.docx
November 2019 9
Buah Melaka.docx
November 2019 33
Kk Pkuk 3013.docx
April 2020 14
Rujukan Sdp.docx
November 2019 15