PENULISAN REFLEKTIF Alam sekitar merupakan dua perkataan yang mewakili maksud yang berbeza dan keduadua perkataan ini menghasilkan gabungan yang amat bermakna iaitu alam dimaksudkan keseluruhan kawasan atau keadaan yang melibatkan segala benda hidup dan bukan hidup yang wujud secara semula jadi di permukaan bumi melalui kurnia-Nya. Sekitar bermaksud sekeliling atau berdekatan. Jadi gabungan dua perkataan ini membawa maksud keadaan kawasan di sekeliling kita. Sumber sejagat semula jadi serta feomena fizikal yang tidak mempunyai batasan tertentu seperti udara, air, iklim dan serta tenaga, sinaran, cas elektrik dan kemagnetan yang tidak wujud hasil daripada aktiviti manusia. Namun begitu, perkataan lestari biasa didengar ketika ini seperti bandar lestari, sekolah lestari, kehidupan lestari dan ekonomi lestari.Gabungan perkataan-perkataan ini seterusnya membentuk makna-makna berbeza bagi menerangkan konsep-konsep yang berbeza. Kini, perkataan lestari diberi maksud sebagai ‘sesuatu yang baik’ sedangkan makna sebenarnya ialah pemeliharaan kelangsungan pelbagai pekara baik yang dicapai manusia seperti memeliharan kelangsungan ekonomi, kekuasaan politik dan mutu alam sekitar. Berkemungkinan inilah yang menjadi punca ketidaklestarian kehidupan masyarakat masa kini. Gaya hidup lestari adalah gaya hidup mesra alam yang perlu diaplikasikan dalam semua aktiviti kita seharian termasuklah individu, komuniti, negara dan dunia. Hal ini bermakna kehidupan lestari menjadi asas kepada amalam gaya hidup yang sesuai dengan keperluan generasi akan datang. Amalan gaya hidup lestari perlu diberi perhatian yang kritikal dan serius bagi membina sikap serta fikiran berasaskan lestari alam. Bukan hanya pihak tertentu sahaja mengambil usaha memelihara dan memulihara alam, kesemua warganegara perlu memberi komitnen terhadap inisiatif ini. Pendidikan telah menjadi alat mengawal alam sekitar dan mampu membangunkan kelestarian sejak dari persidangan Tbilisi(1977). Persidangan pertama ini berjaya mengumpulkan badan kerajaan dan bukan kerajaan bagi merealisasikan Pendidikan Alam Sekitar (PAS). Dengan kerjasama UNEP, persidangan ini dikendalikan oleh UNESCO. Tbilisi memiliki objektifnya iaitu kesedaran, pengetahuan, sikap, kemahiran dan penglibatan. PAS bertujuan membolehkan generasi muda memahami bahawa pemeliharaan alam sekitar daripada tercemar adalah tanggungjawab bersama sebelum apa-apa perkara serius tidak berlaku di Malaysia. Saya sebagai individu yang telah menerokai pengetahuan dan ilmu berkaitan PAS, terdapat beberapa perubahan yang dapat dirasai dalam diriku. Pendidikan alam sekitar yang dididik secara tidak langsung dalam PdPc menjadi suatu elemen merentas kurikulum bagi kesemua institusi pendidikan. Hal ini bertujuan pihak kerajaan
bermatlamat menerapkan kesedaran lestari alam sejak kecil lagi. Bah kata pepatah ‘Meluntur buluh biarlah dari rebungnya’. Kewujudan kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai amalan gaya hidup lestari berkemampuan untuk memelihara dan memulihara alam sekitar daripada terus tercemar. Apabila manusia menyedari kepentingan mempertingkatkan kualiti alam sekitar, maka usaha terhadap mencapainya dapat diambil dengan mudah atas kerjasama setiap individu. Perkara yang menyedihkan adalah masih terdapat sekelompok masyarakat yang tidak membayar cukai pungutan sampah dimana mereka tidak akan menerima perkhidmatan pungutan sampah daripada kerajaan. Golongan ini enggan membayar cukai dimana mereka sanggup membuang sampah di kawasan haram dimana ia akan mempertingkatkan pengeluaran gas metana sekiranya tidak diurus dengan betul. Masih terdapat sekelompok masyarakat yang membakar atau membuang sampah di sungai berhampiran. Perkara ini menjadi tradisi dan mereka tidak tahu bahawa perkara yang mereka lakukan akan membawa kemudaratan dalam jangka masa panjang. Menurut pandangan saya, masyarakat di kawasan pedalaman atau luar bandar masih tidak sedar bahawa pengurusan sampah adalah masalah yang paling serius di Malaysia kini. Keadaan ini perlu diubah dimana semua warga Malaysia perlu mempunyai pengetahuan dan imput mengenai kesejahteraan alam sekitar. Sebagai langkah pencegahan, kumpulan sosial atau individu boleh menganjurkan kempen kesedaran alam sekitar seperti kempen menanam pokok dan kempen membersihkan kawasan longgokkan sampah haram di kawasankawasan tertentu. Kempen melalui media sosial dan media massa juga boleh dijalankan demi menubah persepsi seseorang tentang tanggungjawabnya terhadap alam. Hal ini membolehkan setiap individu memahami bahawa kegiatannya yang tidak wajar terhadap alam sekitar memberi kesan negatif yang lebih padah dimana menyusahkan kehidupan harian masyarakat. Secara tidak langsung, berlakunya ketidakseimbangan ekosistem yang akan memberi impak kepada generasi seterusnya. Oleh itu, kempen dapat membolehkan seseorang insan untuk menyedari serta membetulkan kesalahan yang dilakukan pada alam sekitar. Saya sebagai guru nanti, mempunyai tanggungjawab besar untuk mewujudkan kesedaran ini di dalam kalangan murid dimana saya sendiri perlu menjadi contoh kepada mereka. Setelah mengambil kursus lestari alam sekitar, kini saya memiliki kesedaran untuk mengetahui isu-isu alam sekitar yang dihadapi di negara kita dan puncanya supaya perkara tersebut tidak dilakukan oleh saya sendiri terhadap alam. Selain itu,
pengetahuan mengenai alam sekitar juga amat
penting
bagi
merealisasikan amalan gaya hidup lestari. Perkembangan ilmu seseorang membolehkan mereka berfikir secara mendalam dan rasional dimana mereka akan berfikir kesannya sebelum melaksanakan sesuatu. Sebagaimana kita ketahui, pendidikan menjadi wadah
utama bagi mengembangkan atau melahirkan seorang insan yang sempurna serta berkemampuan untuk menyumbangkan kepada bangsa dan negara. Pendidikan Alam Sekitar merupakan salah satu pendekatan yang dirangka oleh kerajaan dalam usaha melahirkan individu yang cinta akan alam sekitar. Pendekatan ini dapat memastikan generasi yang bakal mewarisi negara diterapkan tanggungjawab dan kesedaran terhadap pemuliharaan alam sekitar serta tahu cara menjaga atau melindungi sumber alam semula jadi negara. Kegiatan kitar semula diajar sejak di bangku sekolah lagi supaya murid dari kecil membiasakan dirinya membuang sampah ke dalam tong sampah yang betul. Golongan yang kurang mempunyai pengetahuan mengenai amalan kitar semula akan pasti tidak tahu cara menguruskan sisa dengan betul. Bagi mengembangkan pengetahuan mengenai amalan gaya hidup lestari, memperbanyakkan blog dan laman sesawang yang membincangkan perkara ini. Sebagai contoh, info mengenai pengurusan sisa elektronik boleh dikongsi dalam blog supaya pengguna lain dapat manfaat daripadanya. Bengkelbengkel kesedaran turut dijalankan untuk pengurus perkilangan supaya dapat memberi imput yang berlebihan mengenai pengurusan sisa perkilangan yang dikeluarkan dari masa ke masa. Oleh itu, informasi atau pengetahuan terkini mengenai alam sekitar perlu dikemaskini supaya masyarakat tidak ketinggalan dalam memelihara alam sekitar. Saya sebagai guru pelatih, saya bermula untuk mengikuti berita-berita semasa dan berusaha meminimumkan sisa harian. Saya juga mendapat tahu bahawa sisa elektronik perlu diasingkan daripada sisa lain dimana ia akan memberi kesan buruk sekiranya tidak dibuang dengan betul. Kursus lestari alam sekitar telah meningkatkan pengetauan saya mengenai alam sekitar dan isu yang timbul daripadanya. Maka, pengetahuan dapat merealisasikan amalan gaya hidup lestari. Seterusnya, sikap seseorang individu adalah amat penting bagi mengamalkan gaya hidup
lestari
dalam
kehidupan
harian.
Perubahan
tingkah
laku
manusia
harus
mempengaruhi perubahan sikapnya. Terdapat segolongan masyarakat yang memiliki sikap yang tidak disenangi dimana mereka hanya mementingkan diri mereka sendiri. Sebagai contoh, penggunaan penghawa dingin yang mengeluarkan chlorofluorocarbon iaitu gas berbahaya telah diberi banyak kesedaran melalui media sosial dan media massa. Namun begitu, masih terdapat masyarakat yang menggunakannya disebabkan sikapnya yang tidak mahu berubah. Pembakaran sisa secara terbuka adalah suatu kegiatan yang membawa kemudaratan seperti jerebu dan sebagainya. Tetapi, masih terdapat individu yang sanggup melakukan
kegiatan
kesederhanaan
ini
tanpa
mengira
kesannya.
Penerapan
nilai-nilai
seperti
dan keprihatinan terhadap alam sekitar harus dipupuk dalam diri
masyarakat. Saya telah mengubahkan sikap saya yang suka membazirkan tenaga seperti elektrik dan air. Sebelum ini, saya tidak begitu peka akan menutup suis atau plug setelah
menggunakan. Saya juga akan menggunakan air yang terlampau banyak untuk membasuh kain. Tetapi, saya telah mencuba untuk mengurangkan penggunaan tenaga. Saya lebih sistematik dan merancang penggunaan air, elektrik, plastik, kertas dan sebagainya. Sebagai contoh, masyarakat boleh membawa bakul atau beg dari rumah apabila ke pusat beli belah bagi mengurangkan penggunaan plastik. Perubahan sikap saya adalah disebabkan pendidikan yang menunjukkan tunjuk ajar untuk mengikuti jalan yang betul dalam kehidupan harian. Oleh itu, pihak kerajaan dan bukan kerajaan perlulah mengambil usaha untuk mendenda pihak yang memiliki sikap yang tidak prihatin terhadap alam sekitar agar dapat mengubah mereka dengan menggunakan pendekatan hukuman. Sudah terang lagi bersuluh, perubahan sikap manusia juga dapat memartabatkan gaya hidup lestari dalam kehidupan harian. Tambahan
pula,
kemahiran
juga
dapat
membolehkan
seseorang
untuk
mengamalkan gaya hidup lestari. Hal ini kerana kemahiran membolehkan individu untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah alam sekitar dengan cara yang lebih kreatif. Hal ini kerana penggunaan semula bahan buangan dapat meminimumkan sisa pepejal. Sebagaimana kita ketahui, Malaysia mengeluarkan sisa sebanyak 19 000 tan dalam sehari. Perkara ini membimbangkan pihak kerajaan untuk mengawal pengeluaran gas metana dan peleluasaan penyakit kronik. Kemahiran dimaksudkan pendekatan alternatif yang diambil untuk mengurang jumlah sisa yang dikeluarkan setiap hari. Hal ini kerana kemahiran guna semula dan mencipta sesuatu benda daripada sisa adalah amat kreatif terutamanya suri rumah perlu yang menjadi agen utama dalam menjayakan langkah ini. Sebagai contoh, botol air yang telah diguna dapat dijadikan sebagai pasu bunga, alat hiasan dan sofa. Kemahiran memanipulasikan fungsi sesuatu benda buangan dapat dipupuk dalam kalangan masyarakat melalui bengkel, pameran dan muat turun dalam laman sesawang mengenai cara menghasilkan barang daripada bahan buangan. Selain itu, pembakaran petroleum dari kenderaan menyebabkan pencemaran udara yang amat mendatangkan kemudaratan kepada manusia. Dengan menggunakan kemahiran, manusia dapat menghasilkan bahan pembakar yang mersa alam sebagai bahan alternatif bagi petroleum. Kini, saya juga telah menyedari untuk menggunakan barang buangan di rumah saya seperti kertas dan bekas plastik melainkan membuangnya dan membeli barang yan baharu. Oleh itu, kemahiran yang diaplikasikan
dalam
kehidupan
seharian
oleh
setiap
individu
membantu mereka
mengamalkan kehidupan lestari dan sihat. Disamping itu, penglibatan merupakan antara ciri yang amat penting dalam amalan gaya hidup lestari. Penglibatan disini dimaksudkan dengan kesanggupan individu untuk melibatkan diri dalam aktiviti atau kegiatan memelihara dan memulihara alam sekitar. Kempen yang dilaksanakan oleh kumpulan sosial seperti Kempen Rumah Hijau, Kempen
Kitar Semula dan Kempen 0% Beg Plastik adalah salah satu kempen yang dijalankan di seluruh Malaysia. Selain itu, terdapat juga badan bukan kerajaan (NGO) menganjurkan program gotong-royong di kawasan-kawasan yang tercemar. Masyarakat Malaysia bukan hanya menerima perkhidmatanya, mereka harus melibatkan diri bersama-sama dengan kumpulan sosial untuk membant mereka. Hal ini kerana mata yang memandang tidak dapat merasai kesusahan individu yang melibatkan diri dalam kegiatan menyelamatkan alam sekitar. Sebagai contoh, apabila sesuatu kumpulan sosial membersihkan parit, masyarakat tempatan diminta turut menyertai program dengan memberi hadiah atau cenderahati bagi membangkitkan perasaan cinta akan alam sekitar dalam diri mereka. Kepekaan terhadap isu alam sekitar perlu diwujudkan di dalam diri setiap warganegara bagi masa hadapan bersama. Oleh itu, kempen dan program mengenai isu alam sekitar perlu dijalankan di sekolah-sekolah agar nilai cinta akan alam sekitar dipupuk sejak kecil lagi. Bah kata peribahasa ‘meluntur buluh biarlah dari rebungnya’. Kerajaan boleh mewajibkan setiap masyarakat Malaysai menghadiri kempen alam sekitar seperti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) agar setiap insan dapat menyertai serta memberi sumbangannya dalam memelihara alam sekitar. Selain itu, masyarakat kini yang mengejari kekayaan tidak mempunyai masa untuk melibatkan diri ke dalam program seperti ini. Tetapi, mereka boleh lakukan aktiviti mesra alam dimana tidak melakukan pembakaran terbuka, penggunaan bahan aerosol dan menghisap rokok. Amalan seperti ini juga dapat melibatkan diri mereka dalam gaya hidup lestari. Saya pernah menyertai beberapa kempen alam sekitar ketika di bangku sekolah. Sekiranya saya mendapat peluang saya mesti akan menyertai dalam program-program ini dan melakukan kegiatan mesra alam. Oleh itu, penglibatan setiap indiviu dalam alam sekitar dapat membolehkan mereka mengamalkan gaya hidup lestari dalam kehidupan harian mereka. Kesimpulannya, alam sekitar merupakan ciptaan tuhan yang dikurniakan kepada manusia untuk menjalankan kehidupan yang selesa dan makmur. Sikap dan kegiatan manusia yang tidak mesra alam pasti akan memberi kesan negatif kepada manusia juga. Hal ini perlu disedari oleh setiap manusia agar semua dapat memikul tanggungjawab masing-masing dalam menyelamatkan alam dan manusia untuk masa hadapan bersama. Isu alam sekitar yang menjadi semakin serius perlu mendapat tumpuan daripada semua manusia untuk memelihara dan memuliharanya. Amalan gaya hidup lestari dapat membolehkan seseorang hidup tanpa merosakkan alam dan menyumbang tenaganya dalam menyelamatkan alam sekitar. Oleh itu, kita bersama-sama menggenggam bara api sehingga menjadi arang dalam memelihara dan memulihara alam sekitar untuk kehidupan yang selamt dan aman.