Penulisan Akademik.docx

  • Uploaded by: Ahmad Firdaus Abdul Rahman
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Penulisan Akademik.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,696
  • Pages: 8
i.

PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim.. Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapa penghargaan ini kepada pensyarah tercinta saya, Puan Maszuria Binti A. Ghani kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini.Mereka telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai saya Berjaya menghabiskan tugasan ini. Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya utarakan kepada mereka. Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara lansung atau sebaliknya dalam pembikinan penulisan akademik ini.Terima kasih.

i

1. PENDAHULUAN Penulisan akademik ini berkaitan dengan Pendidikan inklusif untuk anak-anak berkeperluan khas. Perkataan inklusif berasal daripada bahasa Inggeris “inclusive”, yang membawa maksud termasuk atau merangkumi semua. Ia juga boleh diertikan sebagai “pendidikan umum”, iaitu setiap orang individu, sama ada normal, pintar-cerdas, atau cacat adalah berhak di beri peluang pendidikan umum. Maksud bagi kata anak-anak berkeperluan khas ( exceptional children ) adalah boleh disama ertikan dengan kanak-kanak atau murid-murid yang mengalami masalah kesukaran untuk belajar. Istilah lain juga telah digunakan untuk “ kanak-kanak berkeperluan khas ” ini seperti kanak-kanak istimewa, kanak-kanak luar biasa, kanak-kanak kurang upaya, kanak-kanak cacat, kanak-kanak abnormal, kanak-kanak bermasalah dan kanak-kanak terbantut pertumbuhan dan perkembangan. Menurut Kail ( 2001 ), hampir 4% daripada populasi dunia terdiri daripada individu luar biasa atau kanak-kanak berkeperluan khas.Terdapat kanak-kanak yang dilahirkan tanpa boleh mendengar apa-apa bunyi, manakala ada juga yang dilahirkan tanpa mempunyai keupayaan untuk melihat objek atau cahaya termasuklah muka ibu bapa sendiri.

2. BERKAITAN PENDIDIKAN INKLUSIF

i.

SEJARAH PEMBANGUNAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF (PPI) (World Wide) Dalam pada Agenda UNESCO 2030 untuk Pembangunan Mapan(mapan bermaksud :

tidak berubah-ubah (sudah diterima umum), mantap; sudah kukuh, tidak goyah,

sudah stabil,

Kamus Dewan Edisi Keempat) yang diumumkan pada tahun 2015, ia secara khusus menekankan bahawa tidak ada yang "ditinggalkan" dalam usaha untuk mencapai pembangunan untuk semua. Termasuk dalam 17 Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) adalah tumpuan untuk menjamin pendidikan yang sama dan mudah diakses kepada orang kurang upaya dengan membina persekitaran pembelajaran dan memberikan bantuan. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan 15 peratus penduduk dunia hidup dengan kecacatan. Angka-angka terkini dari Jabatan Kebajikan Masyarakat menunjukkan bilangan orang berdaftar dengan keperluan istimewa di Malaysia pada 464,672, mungkin sebahagian kecil daripada angka sebenar.

1

Profesor Datuk Dr Norazah Mohd Nordin, dekan Fakulti Pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), berkata ibu bapa murid yang mempunyai kebolehan yang berbeza mahu anak-anak istimewa mereka diberi pendidikan yang sesuai dan dimasukkan sebagai individu yang sah dalam masyarakat - kurang upaya, cacat visual atau pendengaran, atau mengalami kesukaran pembelajaran. Menurut Profesor Datuk Dr Norazah Mohd Nordin, "Ibu bapa kini lebih terbuka dan mereka mahu tempat dan peluang di mana mereka boleh membawa anak-anak mereka belajar dan menjadi sebahagian daripada masyarakat. Terdapat contoh di mana ibu bapa menghantar anakanak keperluan khas mereka ke sekolah 27km dari rumah supaya anak itu dapat menerima pendidikan yang betul. Namun terdapat sebuah sekolah berdekatan dengan bilik darjah kosong yang boleh digunakan untuk kelas pendidikan khas, ". Tambahan beliau lagi "Kementerian Pelajaran telah menetapkan sasaran 75 peratus pelajar keperluan khas yang menghadiri sekolah pada tahun 2025. Untuk ini berlaku, kita mencadangkan bahawa ia meningkatkan bilangan sekolah dengan program pendidikan khas kerana permintaan dan kesedaran di sana."

ii.

SEJARAH PEMBANGUNAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF (PPI) (Dalam Negara) Pendidikan Inklusif bukanlah satu perkara baru di Malaysia. Yang baru hanyalah

istilahnya, dan istilah inilah yang telah mengelirukan kita semua. Pada masa dahulu istilah "Program Percantuman’ atau ‘Integrated’ telah digunakan. Negara Malaysia telahpun mengamalkannya sejak 1962 lagi (Zaleha Tambi Adam, 1997). Murid yang mempunyai masalah penglihatan, masalah pendengaran, kesukaran bertutur, masalah pembelajaran adalah antara mereka yang boleh dikategorikan sebagai murid berkeperluan khas. Di Malaysia, murid-murid berkeperluan khas diberi peluang untuk menerima pendidikan dengan menghadiri satu daripada tiga opsyen persekolahan iaitu sekolah pendidikan khas; program integrasi pendidikan khas atau program pendidikan inklusif. Pendidikan khas di Malaysia pada masa kini adalah di bawah tanggungjawab empat kementerian iaitu Kementerian Kesihatan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Sumber Manusia.

2

iii.

MATLAMAT PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF (PPI) Dipetik

dari

www.moe.gov.my,

laman

Portal

Rasmi

Kementerian

Pendidikan

Malaysia

(KPM),

matlamat utama bagi Program Pendidikan Inklusif (PPI) adalah dalam

meningkatkan penyertaan dan memberi peluang kepada MBK bagi mengikuti program akademik dan bukan akademik bersama-sama murid di arus perdana. PPI juga memberi kesedaran kepada masyarakat supaya tidak menafikan potensi Murid Berkeperluan Khas (MBK) dan percaya bahawa ketidakupayaan mereka boleh diminimakan jika diberi peluang yang sama. iv.

OBJEKTIF PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF (PPI)

a) Memberi peluang kepada murid berkeperluan khas menerima pengajaran dan pembelajaran dan menyertai semua aktiviti bersama dengan murid aliran perdana. b) Pelajar khas dapat belajar dengan kadar lebih berkesan dalam kelas biasa daripada mereka berada dalam situasi yang terpisah. Ini kerana pertambahan peluang-peluang untuk belajar dan mempraktikkan kemahiran-kemahiran baru dalam konteks yang lebih natural dengan wujudnya model-model rakan sebaya (role model). c) Menggalakkan perhubungan sosial yang positif di antara pelajar berkepeluan khas dengan murid di aliran perdana. d) Pelajar aliran perdana mendapat keuntungan daripada usaha-usaha mereka menyokong dan membantu mengendalikan rakan-rakan ‘Khas‘ sekelas mereka. Mereka juga dapat belajar memahami rakan-rakan ‘Khas’ ini tanpa mengira perbezaan, kekurangan dan kecacatan. e) Melawan sikap diskriminasi pelajar normal terhadap pelajar berkeperluan khas. f)

Menambah keyakinan diri pelajar berkeperluan khas untuk menghadapi masyarakat.

g) Pendidikan Inklusif menyediakan peluang yang lebih kepada pelajar berkeperluan khas untuk berdikari dan memperolehi peluang pekerjaan.

v.

AKTA PERUNDANGAN DAN DASAR ANTARABANGSA MENGENAI PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF (PPI) Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu atau United

Nations Educational Scientific and Cultural Organisation (UNESCO) menyatakan, sekolah biasa yang mempunyai orientasi Pendidikan Inklusif adalah kaedah paling berkesan bagi melawan 3

sikap diskriminasi terhadap murid keperluan khas. UNESCO menggesa semua kerajaan menjalankan dasar Pendidikan Inklusif dengan mendaftarkan murid berkeperluan khas di sekolah-sekolah biasa. Di Amerika Syarikat, sokongan terhadap Program Pendidikan Inklusif (PPI) mempunyai sejarah yang agak panjang. Ia dimulakan dengan Akta Pendidikan untuk Semua Kanak-kanak Cacat 1975, kemudian bertukar nama menjadi Akta Individu Kurang Upaya (IDEA) 1990, dan beberapa pengubahsuaian pada akta ini pada tahun 1997. Semua akta ini memastikan khidmat pendidikan disediakan untuk semua murid, tanpa mengira sifat kurang upaya atau keperluan pembelajaran mereka, dan bahawa ciri pelajaran ini agak tekal di seluruh Amerika Syarikat.Di Great Britain, perundangan kurang terperinci berbanding perundangan di Amerika Syarikat, dan ini membolehkan pihak berkuasa pendidikan mentafsir undang-undang ini dalam pelbagai cara (Dyson dan Millward, 2000). Di Australia dan New Zealand, tiada perundangan yang bersifat kebangsaan yang dapat menentukan secara khusus, perkhidmatan pendidikan khas bagi memenuhi keperluan pendidikan murid berkeperluan khas.

vi.

DASAR KEBANGSAAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF (PPI) KPM dalam pendidikan arus perdana pada Gelombang 1 PPPM 2013 – 2015 menilai

pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif Murid Berkeperluan Khas mencapai sasaran 30 % peningkatan Murid Berkeperluan Khas (MBK). PPPM 2013-2025 telah mencatatkan bahawa berdasarkan amalan terbaik peringkat antarabangsa dan dasar sedia ada, KPM komited untuk menambah bilangan MBK dalam model pendidikan inklusif serta meningkatkan kualiti keseluruhan seperti yang diperuntukkan. Di Malaysia, murid-murid berkeperluan khas diberi peluang untuk menerima pendidikan dengan menghadiri satu daripada tiga opsyen persekolahan iaitu sekolah pendidikan khas; program integrasi pendidikan khas atau program pendidikan inklusif. Pendidikan khas di Malaysia pada masa kini adalah di bawah tanggungjawab empat kementerian iaitu Kementerian Kesihatan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Sumber Manusia.

4

3. PELAKSANAAN

KEJAYAAN

PROGRAM

PENDIDIKAN

INKLUSIF

BAGI

MATAPELAJARAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

Matapelajaran RBT merangkumi topik berkaitan kemahiran dalam kehidupan seharian, dari segi penggunaan alatan tangan dan pemupukan Soft-skills. Konflik yang timbul daripada perlangsungan PPI dalam matapelajaran RBT antaranya adalah MBK agak sukar untuk menggunakan alatan tangan yang agak rumit, berat dan tajam, juga persekitaran dalam bengkel yang agak sempit dan kedudukan alatan tangan, bahan yang diletakkan pada bahagian sederhana tinggi, menyukarkan MBK yang menggunakan kerusi roda untuk turut serta dalam PdP matapelajaran RBT. Antara pelaksanaan yang dapat dilangsungkan bagi melestarikan jaya PPI dalam matapelajaran RBT, menyediakan prasarana bengkel yang baik dari segi kerusi bengkel yang lebih luas permukaan tempat duduk dan ketinggian yang lebih ideal sesuai untuk MBK yang menggunakan kerusi roda. Juga, menyediakan tulisan Braille pada setiap bahagian pemegang alatan untuk MBK yang mempunyai masalah penglihatan dari segi rabun, rabun teruk mahupun buta, ini bagi memudahkan MBK untuk mengetahui segala alatan yang dipegang itu ternyata dapat diketahui perkataan yang menjelaskan nama alatan tersebut. Ketiga, menyediakan susunan ruang jalan di dalam bengkel yang lebih luas, bagi memudahkan MBK yang menggunakan kerusi roda bergerak dalam menjalani aktiviti aktif dalam bengkel sewaktu matapelajaran RBT. Juga, meningkatkan kemahiran memegang pisau dan memotong sayur dalam subtopik masakan, menggunakan kaedah alat bantuan mengajar dari segi pisau berbentuk permainan dan juga bahan daripada playdough. Fokus pembelajaran aktif yang bersifat lebih mudah, seperti subtopik masakan, muridmurid hanya perlu menyediakan masakan sandwich, di mana tidak perlu menggunakan terlalu banyak alatan yang begitu rumit seperti minyak masak, kuali, dapur gas. Inovasi pengajaran berbantukan ICT, di mana murid boleh bersuai kenal dengan alatanalatan tangan dari segi penggunaan Chromebook melalui aplikasi Frog VLE, Youtube, Flash Games.

5

Menyusulkan unsur-unsur PAK-21 dalam aktiviti PdPc, seperti Gallery Walk, Hot Seat, Three Stary One Stay, Round Table, Presentation, hal ini demikian bagi mengalihkan perhatian daripada penggunaan peralatan itu sendiri secara Hands-on kepada pembelajaran bersifat tinjauan, tatkala bagi mengelakkan kecelakaan dalam penggunaan alatan yang lebih rumit dan tajam bagi MBK. Akhir madah, pelaksanaan PPI dapat dicapai melalui penelitian masalah yang dihadapi MBK yang mengambil matapelajaran RBT, apabila disebut matapelajaran RBT, pasti lah PdP yang berlangsung adalah di dalam sebuah bengkel atau bilik jahitan, juga masakan. Pasti ada konflik yang timbul tatkala suasana pembelajaran yang cukup berbeza berbanding di bilik darjah. Oleh hal demikian inovasi penyelesaian masalah perlu di ambil kira bagi membantu MBK dalam menceburi matapelajaran RBT.

6

Rujukan

Cheong, L. K., & Sukumaran, S. N. (2018). Pendidikan Inklusif. Shah Alam, Selangor Darul Ehsan: OXFORD Fajar. Harnesworth, T. B. (2004). Inclusive Booklist. Inclusive Children's Literature, 4. Malaysia, K. P. (2016, Disember 19). Pendidikan Khas (Program Pendidikan Inklusif). Retrieved from Moe.gov: https://www.moe.gov.my/index.php/my/pendidikan-khas/program-pendidikaninklusif

ii

Related Documents

Penulisan
April 2020 41
Penulisan Akademik.docx
April 2020 28
Penulisan Akademik.docx
October 2019 50
Latihan Penulisan
April 2020 17
Penulisan Refleksi.docx
December 2019 25

More Documents from "Lossini"