FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU ( JXEA 1104 ) TAJUK : PANTUN NASIHAT
NAMA : NOR NAJIHAH BINTI AWANG NO. MATRIK : JEA080076 PENSYARAH : PROF. DR. AMRAN BIN MUHAMMAD NAMA TUTOR : CIK HADIJAH BINTI ABD. RAHMAN
SEMESTER 1 / SESI 2008 / 2009 AKADEMI PENGAJIAN MELAYU UNIVERSITI MALAYA
1
Pengenalan Pantun merupakan pengucapan kemelayuan dan tergolong dalam golongan mantifak Melayu. Pantun adalah salah satu kesenian Melayu yang terulung dan telah digunakan secara meluas dalam pelbagai majlis seperti Majlis Peminangan, Majlis Perkahwinan dan majlis-majlis formal yang lain.
Disebalik pantun terkandung seluruh jiwa, seni,
kebijaksanaan, budi bahasa dan pandangan Orang Melayu. Pantun mempunyai makna tersurat dan tersirat yang sarat dengan makna, kasih sayang dan tunjuk ajar.
Pantun terbahagi kepada 2 bahagian iaitu pembayang dan maksud yang saling bertaut secara intergratis sehingga menjadi satu pengucapan yang indah. Bahagian ini saling melengkapi zahir dan batin. Contohnya bunyi pada akhir baris pantun iaitu rima ‘abab’ yang memberikan intonasi bunyi
yang indah.
Produk warisan Melayu ini
merangkumi tiga aspek perhubungan iaitu hubungan antara manusia dengan dunia, manusia dengan alam ghaib dan manusia dengan manusia. Tradisi pantun telah tersebar luas dalam Masyarakat Melayu tradisional sehingga terbentuk sebahagian dari bahasa basahan seharian.
Dalam konteks ini, saya memilih pantun nasihat sebagai bahan kajian saya untuk diperincikan dari segi falsafah.
Hal ini demikian kerana dalam pantun nasihat
mengandungi unsur pengajaran, nasihat dan tunjuk ajar.
Unsur-unsur tersebut telah
dibawa dalam pengucapan yang indah dan dikias melalui pantun. Hal ini bersesuaian
2
dengan matlamat pantun sebagai wadah nasihat dan pengajaran dalam bentuk hiburan. Dengan mengetengahkan karya pantun tradisional, saya berharap kesenian Melayu yang halus ini akan kekal terpelihara bak kata pepatah ‘ tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan ’.
3
Pantun 1 Bintang tujuh sinar berseri, Bulan purnama datang menerpa, Ajaran guru hendaklah dicari, Mana yang dapat janganlah lupa.
Berdasarkan pantun nasihat dari sumber “ An Introduction to Malay Pantuns, halaman 23 “ di atas, jelas mempunyai makna falsafah tersendiri yang cuba diutarakan oleh penulis. Pantun nasihat ini terkandung umpama atau makna yang sarat dengan kias, makna dan nasihat.
Pada pendapat saya, antara falsafah yang dapat saya petik
berdasarkan pantun ini adalah berkenaan dengan kepentingan ilmu pengetahuan yang dijadikan ‘ main point ‘ bagi pantun ini. Pantun nasihat ini ditujukan kepada semua lapisan masyarakat. Jelaslah di sini bahawa ilmu pengetahuan memainkan peranan yang penting dalam memartabatkan maruah manusia kearah yang lebih baik. Ilmu pengetahuan juga membantu manusia mencipta tamadun sekaligus mengelakkan diri dari terjerumus ke dalam zaman kegelapan yang telah melanda masyarakat satu ketika dahulu.
Ilmu
umpama lilin yang menerangi kegelapan. Dalam pantun ini menggambarkan bahawa sebagai seorang murid, kita perlu mencari guru bagi menuntut ilmu. Apabila bertemu guru, kita perlu memanfaatkan kehadiran guru dengan mendapatkan ilmu sebanyak mungkin. Ilmu yang diperolehi perlulah diperingati dan dipatuhi bagi memastikan ilmu yang diperolehi diberkati.
4
Pantun 2 Tempat bermain Indera Mengindera, Bersama dengan hulubalang delapan, Datang masa rebutlah segera, Jika tidak putus harapan.
Berdasarkan pantun nasihat dari sumber “Dewan Bahasa,2:12, Disember 1958, halaman 589”, saya dapat memetik pelbagai falsafah yang ingin dikeutarakan oleh penulis pantun ini. Jelas bahawa pantun ini menggunakan tema ‘masa’ sebagai ‘main point’. Penulis menyelitkan unsur-unsur kias, makna dan nasihat yang bertujuan supaya pembaca dapat mentaarifkan pantun ini sebagai peringatan dan pengajaran.
Masa
memainkan peranan yang penting dalam memastikan kehidupan yang lebih baik dan sempurna. Sekiranya manusia mampu mengatur kehidupan dengan teratur dan sistematik, maka manusia mampu meningkatkan taraf kehidupan ke arah yang lebih baik.
Jelas sekali, dalam pantun di atas, penulis menggambarkan bahawa masa yang datang tidak akan kembali lagi. Masa haruslah dimanfaatkan dengan sebaiknya. Manusia perlu memastikan bahawa mereka perlu mengatasi masa kerana sekiranya masa meninggalkan mereka, manusia akan ketinggalan jauh di belakang sekaligus jauh dari arus pembangunan. Amalan jangan membuang masa perlu disematkan ke dalam diri setiap umat manusia.
Hal ini demikian kerana masa bergerak pantas.
Sekiranya kita
ketinggalan nescaya manusia akan rugi sama ada rugi di dunia dan rugi di akhirat.
5
Pantun 3 Menanam bunga di dalam pasu, Bunga Melati dan Bunga Pandan, Jangan ikut hawa nafsu, Kelak nanti binasa badan.
Berdasarkan pantun nasihat dari sumber ‘ Rangkaian Sastera Melayu, halaman 48 ’ di atas, jelas mempunyai makna falsafah tersendiri yang cuba diutarakan oleh penulis. Pantun nasihat ini terkandung makna yang sarat dengan kias, pengajaran dan nasihat. Pada pendapat saya, antara falsafah yang dapat saya petik berdasarkan pantun ini adalah berkenaan dengan nafsu. Sebagai seorang manusia, nafsu adalah satu dugaan yang besar dan harus dikawal agar tidak tersasar ke lembah yang hina lagi merugikan.
Nafsu terbahagi kepada dua iaitu nafsu positif yang mengajak ke arah kebaikan manakala nafsu negatife mengajak ke arah keburukan. Kawalan nafsu yang sistematik adalah perlu. Ada pepatah mengatakan bahawa ‘ ikut hati, mati ’. Nafsu akan cuba mempengaruhi hati supaya lalai dan alpa dengan tipu helah dunia. Hati yang mati akan terus dinodai dan bergelumang dengan dosa umpama paku yang berkarat. Hakikat ini perlu diteliti oleh manusia kerana nafsu dapat mempengaruhi hati. Oleh itu, manusia perlu mengawal hawa nafsu dari setiap aspek. Caranya seperti melengkapkan diri dengan ilmu agama, menghadiri ceramah dan forum, sentiasa menunaikan solat taubat serta membaca Al-Quran. Hal ini bagi memastikan jasmani, emosi , rohani dan intelektual akan terpelihara dari segala kerosakan dan kemudaratan.
6
Pantun 4 Tanah baik negerinya besar, Banyak orang pergi mari, Ramah baik lagi penyabar, Banyaklah orang mesra di hati.
Berdasarkan pantun nasihat dari sumber “Pantun Bunga Rampai, halaman 30” di atas jelas mempunyai makna falsafah tersendiri yang cuba dikeutarakan oleh penulis. Pantun nasihat ini terkandung umpama atau makna yang sarat dengan kias, makna dan nasihat. Pada pendapat saya, antara falsafah yang dapat saya petik berdasarkan pantun ini adalah berkenaan akhlak mulia seperti penyabar dan ramah yang dijadikan ‘main point’ bagi pantun ini. Penulis menjelaskan bahawa akhlak mulia mencerminkan sahsiah diri yang tinggi. Gambaran ini tepat kerana akhlak mulia turut dituntut dalam ajaran agama islam.
Akhlak mulia seperti penyabar dan ramah akan disenangi masyarakat. Golongan ini akan mudah dimesrai dan didekati. Masyarakat juga akan senang untuk mendampingi dan mengeratkan silaturahim. Hal ini demikian kerana, sesiapa sahaja yang mempunyai akhlak yang mulia, secara jelasnya manusia tersebut adalah manusia yang bertamadun. Oleh itu,jelas membuktikan ilmu agama menjadi salah satu tunjang utama bagi pembentukan akhlak yang murni. Buktinya, junjungan besar, Nabi Muhammad SAW memiliki akhlak yang mulia apabila diterapi dengan ilmu agama yang tinggi.
7
Penutup Pantun merupakan pengucapan kemelayuan yang sarat mengandungi seluruh jiwa, seni dan pandangan tentang Melayu. Pantun nasihat pilihan saya ini sarat dengan pengajaran, nasihat dan tunjuk ajar yang wajar untuk direnungi oleh masyarakat pada zaman ini. Pantun merupakan ciptaan orang dahulu kala yang menjadi satu aspek untuk meluahkan segala pengucapan sama ada berbentuk nasihat, tunjuk ajar mahupun sindiran. Pada zaman ini, pantun masih lagi dibaca dan diteliti kerana nilai estetika yang tinggi.
Secara keseluruhannya, antara nilai falsafah yang dapat saya petik dari beberapa pantun nasihat ini adalah berkenaan dengan kepentingan ilmu pengetahuan, menguruskan masa, pengawalan hawa nafsu, akhlak mulia dan nilai murni.
Keempat-empat aspek ini
mempunyai kepentingan tersendiri yang perlu dipelihara dan dijaga.
8
Bibliografi
A. Bakar Hamid . 1974 . Diskusi Sastera Jilid . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Alias Yunos . 1966 . Pantun Melayu Sastera Rakyat . Kuala Lumpur : Penerbitan Federal Berhad
Awang Sariyan . 2007 . Falsafah dan Logika Melayu . Kuala Lumpur : Synergymate Sdn .Bhd.
Dol Azli Terengganu . 1957 . Pantun Jenaka Terengganu . Mastika.
Hashim bin Musa . Akademi 2001. Falsafah, Logik, Teori Nilai dan Etika Melayu, Suatu Pengenalan : Akademi Pengajian Melayu. Universiti Malaya .
Muhammad Haji Salleh . 1979 . Estetika Pantun Melayu .
Zainal Abidin Bakar . 1983 . Kumpulan Pantun Melayu . Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pelajaran Malaysia. Kuala Lumpur.
SEKIAN, TERIMA KASIH
9
10