SARJANA MUDA PENGAJIAN MELAYU AKADEMI PENGAJIAN MELAYU UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR
JXEA 1104 FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU KARYA KLASIK : PANTUN NASIHAT
NAMA
: SITI HALIMATUN SAADIAH BT AZAM
NO.MATRIK
: JEA 080131
NAMA PENSYARAH
: DR. AMRAN MUHAMMAD
SEMESTER
: SATU SESI 08/09
1
PENGENALAN FALSAFAH Perkataan falsafah berasal daripada bahasa Yunani atau Greek purba iaitu “philo”bermaksud “cinta”, dan “Sophia” bermaksud “kebijaksanaan”. Dengan lain perkataan falsafah dapat diertikan sebagai “cinta akan kebijaksanaan”. Perkataan falsafah ini pertama kali digunakan oleh Pythagoras (570-504 S.M.) iaitu ahli fikir yunani dalam abad ke-6 S.M manakala Plato merupakan orang yang mula-mula memberikan takrif falsafah dengan lebih terkhusus. Kini falsafah telah ditakrifkan dengan pelbagai takrifan,iaitu bergantung kepada pandangan dan pegangan hidup pentakrifnya. Falsafah boleh ditakrifkan sebagai satu penyelidikan atau pengajian dan ilmu yang berasaskan renungan dan pentaakulan untuk merumuskan sifat, hakikat dan kandungan alam wujud atau alam semesta dilihat secara keseluruhan sebagai satu kesatuan, berdasarkan penelitian dan pengkajian terhadap data dan fakta yang diambil daripada semua aspek alam semesta.
LOGIKA Kata logika berasaskan kata logos dalam bahasa Yunani dan Latin yang bererti ‘ucapan atau perkataan’. Antara tokoh yang mempelopori bidang tersebut ialah Herakleitos (540-475 S.M.). Ia menggunakan logos atau kaedah berfikir yang benar untuk mengkaji kuasa yang menguasai dan mentadbirkan alam dan mengkaji sebab-sebab berlakunya perubahan pada alam. Dengan perkataan lain, logika yang berasal daripada kata logos itu ialah kaedah berfikir untuk memperoleh keputusan yang benar atau untuk mmbezakan sesuatu yang sah daripada sesuatu yang tidak sah.
2
PENDAHULUAN PANTUN Pantun ialah pengucapan kemelayuan yang terkandung seluruh jiwa, seni, kebijaksanaan, buah bahasa, dan pandangan dunia kemelayuan. Pantun juga merupakan salah satu bentuk sastera lisan melayu yang masih hidup dan dipergunakan oleh masyarakat sehingga kini. Pantun bukan saja digunakan sebagai alat hiburan, kelakar, sindir-menyindir, melampiaskan rasa “rindu dendam” antara bujang dan dara, tetapi yang lebih menarik adalah media dakwah dan tunjuk ajar Melayu. Di dalam setiap pantun mempunyai makna yang tersirat dan tersurat. Oleh itu, kita perlu memahami apa yang cuba disampaikan oleh pengarang dalam pantun tersebut.
KUPASAN DARI SUDUT FALSAFAH PANTUN NASIHAT
Orang berkain menutup aurat Sesuai dengan petua hadis Orang muslimin hidup beradat Lakunya sopan mukanya manis Pantun nasihat ciptaan TENAS EFFENDY adalah berlandaskan dengan falsafah islam. Falsafah beliau yang boleh dilihat dalam pantun ini ialah mengajak dan menyedarkan manusia betapa pentingnya menutup aurat mengikut perspektif Islam. Sesungguhnya, suruhan “menutup aurat” merupakan salah satu perintah Allah S.W.T kepada hambanya yang beriman. Amalan menutup aurat dapat menghindarkan seseorang
3
daripada pandangan negatif sebaliknya dipandang tinggi dan dihormati serta terhindar daripada gejala-gejala yang tidak bermoral. Contohnya, seseorang yang menjaga auratnya tidak akan diganggu kerana dilihat mempunyai keperibadian yang murni dan suci. Malahan orang yang menjaga auratnya juga mempunyai kelakuan yang sopan dan dikurniakan Allah S.W.T. cahaya (NUR) diraut wajahnya. Oleh itu, amalan menutup aurat seharusnya dititikberatkan khasnya masyarakat yang beragama Islam kerana amalan ini dapat memartabatkan keperibadian dan maruah orang Islam.
Kalau ingat hidup kan mati Tentulah tak mau dengki khianat Kalau ingat perintah illahi Tentulah malu umpat mengumpat Pantun ini membicarakan tentang kehidupan dan kematian. Hal ini demikian kerana, setiap yang bernyawa pasti akan menemui ajalnya. Ajal atau kematian adalah sesuatu yang pasti (Mahiyyah) dan sebagai manusia perlulah mengingatinya pada setiap masa dengan melengkapkan diri dengan amal ibadat sebagai bekalan untuk menemuiNya. Namun manusia sering kali alpa dalam kehidupan dengan melakukan perkara-perkara yang merugikan. Manusia
sering
kali
menjadikan
sifat-sifat
dengki-mendengki,
khianat-
mengkhianati, dan umpat-mengumpat sebagai sahabat sejati dalam kehidupan seharian mereka. Pada hakikatnya sifat-sifat sebegini boleh membawa kepada keruntuhan moral dan melonggarkan silaturrahim sesama manusia. Sebagai makhluk ciptaannya, sifat-sifat ini tidak seharusnya ada dalam diri manusia sebaliknya amalkanlah sifat-sifat terpuji
4
sebagai bekalan untuk bertemu denganNya. Sesungguhnya sifat-sifat terpuji ini dapat melindungi daripada seksaan Allah S.W.T. Oleh itu, kita hendaklah berusaha untuk membersihkan hati dari sifat-sifat yang kotor dan sentiasa bermujahadah untuk menghilangkan sifat-sifat yang tercela seperti “hubbud Dunia” (Cinta kepada dunia) dan “takut mati” yang merupakan punca dari segala kelemahan kaum muslimin dan punca kemenangan musuh terhadap kita. Untuk tujuan ini kita hendaklah mempelajari dan mendalami Ilmu Akhlak (Ilmu Tasauf) serta menghayatinya di dalam penghidupan kita.
Kalau hendak mencari kawan Carilah kawan sampai ke kubur Kalau hendak mencari tuhan Patrilah iman banyakkan tafakur Sahabat atau kawan amat penting dalam sesuatu perhubungan. Ini kerana, kehadiran insan yang bernama sahabat dapat menjadikan hubungan lebih sempurna jika sahabat itu dapat membimbing kita ke jalan yang diredhai. Sebagai contoh, jika kita bersahabat dengan sahabat yang cintakan agama maka kita akan selamat daripada terjebak dengan perkara-perkara negatif, manakala jika kita bersahabat dengan sahabat yang cintakan keseronokan duniawi semata-mata maka terpesonglah hidup. Sahabat yang baik akan membentuk keperibadian yang elok dan sentiasa mendoakan sahabatnya agar selamat dunia dan akhirat. Sahabat yang baik juga sanggup berkorban apa sahaja asalkan persahabatan yang dibina kekal berpanjangan.
5
Bukan itu saja, kita juga perlu mencari ilmu dan banyakkanlah amal ibadat jika ingin mendekatkan diri dengan Allah S.W.T. Sesungguhnya Allah S.W.T sentiasa berada di samping hambanya. Apabila kita menyebutNya, dia akan ada bersama dengan kita kerana firman Allah Taala (dalam hadis qudsi) yang berbunyi “Aku sekedudukkan bersama siapa yang mengingatiku”. Oleh itu, hendaklah kita memahami Islam ini dengan bentuknya yang “Syumul” yang melengkapi seluruh aspek kehidupan. Dengan itu kita hendaklah mengikuti dan melaksanakan ajaran Islam di dalam semua bidang kehidupan kita. Islam ketika berada di masjid, Islam ketika berada di tengah masyarakat, Islam ketika bernegara, dan Islam di dalam semua lapangan kehidupan kita.
Jangan ditentang ibu dan bapak Bila ditentang badan melarat Jangan dibuang hukum dan syarak Bila dibuang datanglah laknat Kupasan falsafah yang boleh dibuat melalui rangkap ini ialah kita sebagai anak haruslah menghormati ibu dan bapa kerana tanpa mereka tiadalah kita di dunia yang fana ini. Ini dapat dilihat dalam rangkap pertama dan kedua. Sebagai anak janganlah sesekali menyakiti hati kedua orang tua kita dan jangan sesekali meninggikan suara dengan mereka. Ini kerana syurga seorang anak terletak di bawah telapak kaki ibu. Betapa agungnya pengorbanan seorang ibu yang mengandung selama Sembilan bulan dengan pelbagai alahan yang terpaksa ditanggung demi kasih dan cinta kepada anak yang dikandungnya. Namun pengorbanan belum terhenti, apabila anak yang dikandungnya selamat dilahirkan ke dunia, pelbagai halangan perlu ditempuhinya agar
6
anak yang dilahirkannya menjadi anak yang soleh dan patuh kepada agama. Manakala insan yang bernama bapa sanggup mengorbankan masa dan tenaga semata-mata untuk mencari nafkah demi anak-anak dan isteri tercinta. Oleh itu, hormatilah dan sayangilah mereka kerana merekalah satu-satunya harta yang paling berharga dan selamatlah kita dunia dan akhirat. Jika kita derhaka kepada ibu bapa maka hidup kita tidak akan diredhai dan dilaknat oleh Allah S.W.T.
Kalau bercakap peliharalah lidah Kalau berjalan peliharalah kaki Kalau menghadap kepada Allah Luruskan iman sempurnakan hati Allah S.W.T telah menciptakan lidah supaya dapat berzikir dengannya dan dapat membaca al-Quran untuk membimbing manusia ke jalan kebenaran dan dapat melahirkan perasaan baik dalam urusan dunia ataupun urusan akhirat. Ini kerana lidah adalah anggota yang paling berkesan di atas diri kita dan yang paling berkesan terhadap orang lain. Oleh itu, jagalah lidah daripada lapan perkara iaitu bercakap bohong, menyalahi janji, mengumpat, bertengkar, memuji diri sendiri, melaknat, mendoakan celaka bagi orang lain, dan mengejek orang lain. Inilah lapan perkara yang merupakan penyakit lidah yang besar, maka jagalah lidah kerana ia adalah yang paling berkesan dalam membinasakan manusia baik di dunia ataupun di akhirat. Selain itu, kaki juga harus dijaga daripada berpijak ke tempat yang dimurkai Allah S.W.T. Sebagai contoh, manusia sekarang sering kali meringankan kaki ke tempat yang tidak sepatutnya seperti disko, konsert dan sebagainya. Ini kerana, bagi mereka
7
tempat sebegitu dapat menenangkan fikiran dan meringankan tekanan yang dihadapi. Daripada menghabiskan masa ke tempat yang tidak berfaedah lebih baik habiskan masa di rumah Allah S.W.T. Ringkas kata, peliharalah setiap anggota daripada perbuatan yang dimurkai oleh Allah S.W.T. Dan apabila memelihara segala anggota yang zahir, maka mulakanlah perbaikan itu dengan membersihkan hati dan inilah yang dinamakan dengan “Taqwa batin” dan hati yang ada di dalam dada itulah yang dinamakan dengan “Mudh-gah” (seketul daging) yang apabila ia baik maka akan baiklah seluruh anggota dan apabila ia rosak maka rosaklah seluruh anggota dan kebersihan hati itu hanyalah dicapai melalui Al Muraqabah.
PENUTUP
Kesimpulannya, walaupun kehidupan pantun masa kini tidak secerah masa silam tidaklah bermakna bahawa pantun tidak ada peminat dan pengdukungnya, apalagi dengan digalaknya acara “berbalas pantun” oleh pelbagai pihak, memberi harapan bahawa pantun akan kembali berperanan dalam kehidupan masyarakat secara luas. Jika kita mencungkil makna disebalik Pantun Nasehat yang dikarang oleh Tenas Effendy, kita dapati kebenaran dan hakikat kehidupan saling berkaitan antara kosmologi, teologi, dan psikologi dalam kehidupan manusia khasnya.
8
RUJUKAN
•
FALSAFAH, LOGIK, TEORI NILAI DAN ETIKA MELAYU (HASHIM BIN HAJI MUSA, Ph. D.), APM
•
FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU (Prof. Dr. Awang Sariyan), JABATAN BAHASA MELAYU, APM, UM
•
PANTUN NASEHAT (TENAS EFFENDY), PERPUSTAKAAN APM, (CALL NO. PL 5131.2 Pan)
•
BIDAYATUL HIDAYAH (PERMULAAN JALAN HIDAYAH) karangan AL IMAM HUJJATUL ISLAM ABU HAMID AL GHAZALI
•
40 HADIS TENTANG PERISTIWA AKHIR ZAMAN susunan ABU ALI ALBANJARI AN-NADWI (Ahmad Fahmi Zamzam)
9