Pantun Nasihat

  • Uploaded by: Nur Ain Mohd Amin
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pantun Nasihat as PDF for free.

More details

  • Words: 1,251
  • Pages: 9
SARJANA MUDA PENGAJIAN MELAYU AKADEMI PENGAJIAN MELAYU UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR

JXEA 1104 FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU KARYA KLASIK : PANTUN NASIHAT

NAMA

: ROSHIDAYU BINTI ISMAIL

NO. MATRIK

: JEA 080118

NAMA PENSYARAH

: DR.AMRAN MUHAMMAD

SEMESTER

: SATU SESI 08/09

1

PENGENALAN Falsafah merupakan satu bidang yang mengkaji dan mempelajari seluruh fenomena kehidupan dan pemikiran manusia secara kritis dengan mengutarakan persoalan berdasarkan penyelidikan atau eksperimen atau melakukan kajian secara menyeluruh bagi mendapatkan alasan yang tepat sebagai penyelesaian. Dalam tugasan ini, Pantun Nasihat dipilih sebagai karya klasik bagi mengupas dan mengkaji falsafah yang terdapat dalam karya ini. Kajian yang dilakukan menggunakan kaedah rujukan, internet dan perpustakaan. Pada kebiasaannya, pantun begitu terkenal dalam kalangan masyarakat melayu dan pantun merupakan genre sastera yang berbentuk lisan. Pantun terbahagi kepada beberapa jenis seperti Pantun Budi, Pantun Kanak-Kanak, Pantun Jenaka, Pantun Nasihat dan sebagainya. Pantun juga turut mempunyai fungsi-fungsi yang tertentu, antaranya adalah seperti sebagai alat hiburan dan alat bagi menyatakan sesuatu perkara secara tersirat dan pendengarnya dapat memahami perkara tersebut walaupun iainya tidak dinyatakan secara terus terang. Pantun juga terdiri daripada pembayang dan maksud. Rima akhiranya juga mestilah sama dan ini menambahkan lagi nilai estetika sesebuah pantun tersebut.Oleh hal yang demekian, karya-karya klasik seperti pantun haruslah dipelihara kerana selain nilai estetikanya yang tinggi, ianya turut mengandungi pelbagai unsur didaktik yang boleh dijadikan pedoman terutamanya kepada pemuda pemudi hari ini.

2

PANTUN NASIHAT 1.1 Hangus bertih berwarna merah Mari dituang ke dalam kain; Suami yang letih usah dimarah, Kelak terbang ke bunga lain.

1.8 Burung didik terbang di awan Muda belia menangkap ikan Baik-baik bila berkawan Akhlak mulia mesti diutamakan

1.2 Kalau keladi sudah ditanam Janganlah lagi meminta talas Kalau budi sudah ditanam Janganlah lagi meminta balas 1.3 Dalam meniup ingatlah api Dalam makan ingatlah tulang Dalam hidup ingatlah mati Dalam berjalan ingatlah pulang 1.4 Angin teluk menyisir pantai Hanyut rumpai di bawah titi Biarlah buruk kain dipakai Asal pandai mengambil hati

1.5 Pergi mendaki Gunung Daik Hendak menjerat kancil dan rusa Bergotong-royong amalan yang baik Elok diamalkan setiap masa 1.6 Berakit-rakit ke hulu Berenang-renang ke tepian Bersakit-sakit dahulu Bersenang-senang kemudian 1.7 Buah cempedak di luar pagar Ambil galah tolong tunjukkan Saya budak baru belajar Ambil galah tolong tunjukkan

3

FALSAFAH PANTUN NASIHAT Berdasarkan penelitian yang dibuat terhadap koleksi-koleksi pantun di atas, falsafah yang dibincangkan dapat dilihat menerusi mesej serta pengajaran yang terkandung atau tersirat di sebalik pantun tersebut. Secara keseluruhannya, pada setiap rangkap dalam pantun ini mengandungi unsur-unsur nasihat yang tertentu dan boleh dijadikan sebagai panduan. Berdasarkan pantun pada rangkap 1.1, jika diteliti unsur nasihat yang disasarkan adalah untuk isteri-isteri demi menjaga kerukunan rumah tangga. Di sini, para isteri dinasihati supaya jangan menengking atau memarahi suami yang telah penat bekerja kerana ditakuti si suami akan beristeri baru jika kerap dimarahi. Sebaliknya pantun ini mengajar isteri atau pun gadis yang bakal menjadi suri rumahtangga supaya menyambut baik kedatangan suami yang baru balik bekerja dengan kata-kata yang manis, yang dapat menghilangkan rasa penat mencari rezeki. Nasihat yang terkandung dalam pantun sesuai dijadikan panduan oleh para isteri. Selain itu, pantun pada rangkap 1.2 pula mengetengahkan nasihat supaya dalam melakukan sesuatu perkara seperti menghulurkan sesuatu pertolongan janganlah mengharapkan atau meminta balasan. Hal ini kerana tidak ada gunanya pertolongan atau budi yang dicurahkan itu sekiranya kita mengharapkan balasan. Dalam agama Islam, sekiranya kita berbudi, buatlah dengan hati yang benar-benar ikhlas supaya kita memperoleh keredhaan-Nya.

4

Manakala, pada rangkap 1.3 pula, nasihat yang terkandung dalam rangkap ini ialah setiap insan seharusnya tidak melupakan asal-usul mereka sendiri. Ke mana saja kita berada janganlah dilupakan tempat asal kita. Begitu juga dalam kehidupan, janganlah kita terlalu taksub dengan kehidupan yang mewah sehingga menyebabkan kita lalai. Dalam agama Islam ada mengingatkan umatnya agar sentiasa mengingati mati supaya kita tidak melanggar batasan-batasan yang ditetapkan dan mendekatkan lagi seseorang dengan penciptanya. Ramai manusia yang terpesong dari landasan yang benar ekoran dari terlalu leka dan lalai dengan kehidupan.

Kemudian, mesej yang cuba diketengahkan melalui pantun pada rangkap 1.4 ialah walaupun kita memiliki harta kekayaan bertimbun-timbun, tiada maknanya harta tersebut sekiranya kita tidak tahu berbudi bahasa. Biarlah kita miskin dan tidak berharta asalkan kita tahu berbudi bahasa. Bagi mereka yang muda seharusnya pandai mengambil hati dan menghormati mereka yang lebih tua barulah hidup lebih tenteram dan harmoni selain memperolehi kebaikan dan keberkatan. Dalam kalangan masyarakat melayu amat dititikberatkan amalan berbudi bahasa tidak kira apa darjat sekalipun kerana budi bahasa mencerminkan masyarakat yang sopan-santun.

Perkara yang paling penting yang

terkandung dalam pantun ini ialah sentiasalah berbudi-bahasa samaada dalam berkomunikasi mahupun dalam melakukan sesuatu tindakan supaya disenangi oleh semua pihak.

5

Seterusnya pula ialah pantun pada rangkap 1.5 cuba menyampaikan mesej iaitu amalan bergotong-royong sepatutnya diamalkan setiap masa kerana ianya merupakan amalan yang baik. Terdapat banyak faedah yang dapat diperoleh melalui aktiviti gotongroyong ini. Dalam kalangan sesebuah masyarakat misalnya, aktiviti gotong-royong wajar diamalkan setiap masa seperti pada hujung minggu kerana aktiviti sebegini dapat memupuk semangat bersatu-padu dan bekerjasama. Selain itu juga, aktiviti sebegini dapat memberikan kebaikan seperti kebersihan di kawasan penempatan akan sentiasa terjamin, kawasan yang bersih dapat menjamin kehidupan yang sihat dan bekualiti.

Berikut adalah pantun pada rangkap 1.6 iaitu mesej yang cuba disampaikan ialah dalam mencapai kajayaan atau kesenangan bukanlah mudah kerana ia memerlukan usaha yang gigih. Biarlah kita bersusah-payah dahulu supaya kita senang di kemudian hari. Kejayaan yang dicapai akan lebih bermakna buat diri seseorang yang bersusah-payah untuk menggapainya. Pasti akan lebih dihargai dan dikenang sepanjang hayat. Ini juga dapat mendidik seseorang supaya tidak mudah berputus asa dan dapat menerapkan sikap sabar dalam diri. Kesabaran yang tinggi harus ada dalam diri supaya segala cabaran atau rintangan yang menghalang dapat kita tempuhi.

6

Selain itu juga, pantun pada rangkap 1.7 memberikan mesej iaitu kita hendaklah menanamkan sikap sentiasa ingin mempelajari sesuatu yang baru dalam diri. Ini dapat membantu meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dalam diri. Sentiasalah bertanya kepada mereka yang lebih tahu seandainya kita tidak tahu supaya kita tidak tersasar atau terpesong. Didiklah diri supaya sentiasa ingin belajar tidak kira di mana kita berada sekalipun.

Kemudian, pada rangkap 1.8, mesej yang terkandung ialah dalam berkawan, kita seharusnya sentiasa jujur dan ikhlas barulah hubungan persahabatan itu lebih mesra dan rapat. Akhlak –akhlak mulia sepatutnya selalu diutamakan tidak kira dalam apa jua situasi sekalipun. Hal ini bertepatan dalam ajaran agama Islam di mana umat-umat Islam disuruh agar sentiasa berakhlak mulia supaya beroleh keberkatan dan hidup dalam keharmonian. Jika dilihat pada masa sekarang, anak-anak muda semakin taksub dengan perubahan dam pemodenan yang berlaku pada hari ini sehinggakan budaya sendiri semakin dilupakan. Kesannya, dapat dilihat pada hari ini begitu banyak gejala-gejala sosial yang kian menular dalam kalangan generasi muda hari ini. Sepatutnya, setiap insan sewajarnya sentiasa berakhlak mulia supaya dapat mengelakkan diri dari terjebak dalam gejala-gejala negatif.

7

PENUTUP Berpandukan karya-karya klasik seperti pantun ini dapat disimpulkan bahawa karya seperti ini sangat tinggi nilainya dan memiliki banyak kelebihan dari pelbagai aspek. Pantun seperti ini telah dicipta oleh generasi nenek moyang kita dahulu supaya ianya dapat memberi pelbagai manfaat kepada generasi muda hari ini. Namun, pada masa ini, karya seperti ini seperti seolah-olah tidak bernilai lansung ekoran dari perubahan yang berlaku, peubahan yang barlaku turut mempengaruhi eksistensi budaya masyarakat melayu sendiri. Ini disebabkan oleh terjadinya pergeseran nilai dalam kehidupan masyarakat melayu. Selain itu, peluang atau ruang bagi mendedahkan atau mempamerkan karya pantun ini kepada generasi hari ini semakin kurang, kerana pada masa ini sangat jarang diadakan acara seperti acara berbalas pantun. Hal ini menjadikan generasi muda pada hari ini kurang berminat untuk mewarisi karya-karya seperti pantun ini kerana kurangnya kesedaran terhadap budaya sendiri.

8

RUJUKAN http://culture.melayuonline.com http://penyair.wordpress.com http://www.google.com http://www.yahoo.com Pantun lipur lara melayu

9

Related Documents

Pantun Nasihat
October 2019 36
Pantun Nasihat
October 2019 46
Pantun Nasihat
October 2019 47
Pantun Nasihat
October 2019 34
Pantun Nasihat
October 2019 37
Pantun Nasihat Kepada Anak
October 2019 42

More Documents from "Firda"

Pantun Budi
October 2019 46
Al-ghazali
October 2019 46
Nazam Ajal
October 2019 53
Al-kindi
October 2019 40
Tajus Salatin
October 2019 36
St-01-01
October 2019 48