UNIVERSITI MALAYA _____________________________________________________ _ AKADEMI PENGAJAIAN MELAYU _____________________________________________________ _ FALSAFAH & LOGIKA MELAYU JXEA 1104 FALSAFAH DALAM KARYA SASTERA MELAYU KLASIK: PANTUN NASIHIAT
_______________ Muhammad Marwan Bin Mohd Tanos JEA 080058 Dr, Amran Muhammad
FALSAFAH DALAM KARYA SASTERA MELAYU KLASIK: PANTUN NASIHIAT
Karya Sastera Melayu Klasik
Pantun Kadi, Hulubalang, Pegawai
Bergerak ke tengah kota, Tempat bertanam selasih jambi, Kalau tak banyak kitab terbaca, Tiada sah menjadi kadi.
Burung kenari berkekah¹ , Berkekah di tengah padang, Jika tak berani menjarah² , Tiada sah menjadi hulubalang.
Lalu berempat orang Kubung, Ke baruh membaawa petai, Jika tak tahu kata penghubung, Tiada sah menjadi pegawai.
Dari: MALAY LAW (dalam: Papers on Malay subjects). ¹ menyerak-nyerakkan dengan kaki atau tangan
FALSAFAH DALAM KARYA SASTERA MELAYU KLASIK: PANTUN NASIHIAT
² menyamun, menyerang
Falsafah merupakan sebuah bidang kajian dan penyelidikan yang mempunyai kaedah, matlamat, asas dan bahan kajian tersendiri. Ilmu Falsafah sama dengan ilmuilmu lain, tetapi ada dua cirri
khas membexakannya, iaitu: pertama; falsafah tidak
terbatas skopnya seperti ilmu-ilmu yang lain tetapi melihat alam sebagai kesatuan yang belum dipecah-pecahkan, dan, falsafah menyelidik hakikat sesuatu untu kmenjawab persoalan apa, dari mana, keanpa, berbanding ilmu-ilmu lain yang hanya membahas sebab akibat tentang sesuatu. Maka, di dalam kajian ini, karya Melayu klasik yang dipilih iaitu pantun nasihat akan dilihat secara keseluruhan dan perkara yang tersirat di sebalik makna yang sedia ada. Pantun adalah salah satu bentuk sastera Melayu klasik yang masih kekal hingga sekarang. Di dalam Kamus Dewan, pantun bermaksud “sejenis puisi lama yang biasanya terdiri daripada empat baris setiap rangkap, dua baris pertama pembayang dan dua baris akhir maksud dan selalunya mengandungi maksudnya”. Pantun terdapat dalam pelbagai bentuk dan wajah seperti pantun dua kerat hinggalh 18 kerat, pantun berkait, pantun budi, pantun kanak-kanak, pantun nasihat, pantun kasih-sayang dan lain-lain lagi.
Genre
sastera yang berbentuk lisan ini disampaikan dan diperturunkan secara lisan kepada generasi lain. Pantun amat berperanan penting dalam kehidupan seharian masyarakat Melayu pada zaman dahulu, sebagai contoh, pantun diungkapkan dalam permainan kanak-kanak, dalam percintaan, dalam proses peminangan dan perkahwinan, nyanyian, dan upacara adat-istiadat.
FALSAFAH DALAM KARYA SASTERA MELAYU KLASIK: PANTUN NASIHIAT
Pantun ‘Kadi, hulubalang, pegawai’ ini dikategorikan sebagai pantun nasihat. Antara cirri-ciri pantun ini ialah: empat baris dalam satu rangkap, empat hingga lima patah perkataan dalam satu baris, terdapat lapan hingga 11 suku kata dalam satu baris dan rimanya a,b,a,b. Didalam rumpun pantun ini, rangkap pertama berkisar tentang perkaitan ilmu daengan kadi, rangkap kedua perkaitan keberanian dengan hulubalang, dan rangkap ketiga pula ialah perkaitan kebolehan berkomunikasi dan bersosial bersama masyarakat dengan pegawai. Dari ketiga-tiga rangkap pantun ini, rangkap pertama pantun ini sahaja yang dikaji: Bergerak ke tengah kota, Tempat bertanan selasih jambir. Kalau tak banyak kitab dibaca, Tidak sah menjadi kadi.
Secara-terang-terangan, apa yang cuba disampaikan oleh pantun ini dapat dilihat pada baris maksud , iaitu di baris tiga dan empat, yang mana pantun ini menegaskan seorang kadi tidak layak dan tidak sah digelar kadi jika tidak banyak membaca kitab . Ini bermaksud, mereka yang memegang jawatan kadi sebenarnya masih belum layak digelar kadi jika kurang membaca.
Besar kemungkinan pantun ini
dihasilkan selepas kedatangan agama Islam ke Tanah Melayu kerana penggunaan perkataan ‘kadi’, iaitu kata pinjaman dari Bahasa Arab yang bermaksud “hakim dalam perkara yang berkaitan agama Islam (seperti mengurus hal perceraian orang Islam, membicarakan orang yang dituduh melanggar hokum Islam, dll)”(Kamus Dewan). Tetapi, jika dilihat dengan lebih mendalam dan teliti, ‘kadi’ tidak seharusnya ditujukan
FALSAFAH DALAM KARYA SASTERA MELAYU KLASIK: PANTUN NASIHIAT
kepada individu yang mendapat jawatan kerana pendidikan agama yang diterimanya, tetapi dari segi makna tersirat di sebalik maksud yang ‘kasar’ ini, perkataan ‘kadi’ juga boleh dirujuk kepada mereka yang mempunyai jawatan yang mewakili masyarakat keseluruhannya dan dihormati masyarakat sepeti ulama’, menteri, ilmuwan, dan para intelektual. Frasa “kalau tak banyak kitab dibaca” juga bukan sekadar membawa makna yang selapis atau sekadar tersurat. Ayat ini juga boleh diertikan dengan “jika kurang ilmu pengetahuan, jika cetek ilmu penetahuan, jika tidak menguasai ilmu pengetahuan” kerana apabila disusun kembali makna yang tersirat di dalam pantun ini, ia akan menjadi “ jika tidak banyak ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh seseorang ilmuwan itu, maka dia belum layak untuk digelar dan disanjung sebagai ilmuwan”.
Apabila dikaji dari sudut
falsafah, pantun nasihat ini mengandungi falsafah ketertinggian dan kepentingan ilmu di dalam rangkap pertamanya. Ilmu amat penting kepada semua orang tidak kira umur, pangkat, warna kulit, bangsa dan agama. Penekanan falsafah kepentingan dan ketinggian ilmu terhadap pemimpin di dalam pantun nasihat ini amatlah tampak berdasarkan maksud tersurat, dan kemudiannya maksud tersirat yang diutarakan di atas.
Seseorang ilmuwan yang tidak banyak
pembacaan dan cetek ilmunya adalah tidak layak digelar ilmuwan, sedangkan para ilmuwan adalah tempat rujukan masyarakat apabila menghadapi masalah. Selain itu, oleh kerana ilmu falsafah bukannya hanya mengkaji bidang-bidang tertentu, maka keseluruhan pantun harus diselidik untuk memngeratkan lagi pantun nasihat ini dengan falsafah ketinggian dan ketinggian ilmu terhadap pemimpin yang dibawa oleh maksud pantun. Pemilihan kata “kadi” juga merupakan sesuatu yang tersirat di dalam pantun ini sebagai penyampai maksud pantun ini berbanding jawatan penting lain dalam sesebuah
FALSAFAH DALAM KARYA SASTERA MELAYU KLASIK: PANTUN NASIHIAT
kerajaan seperti menteri, bendahara, dan lain-lain kerana di zaman itu, kadi dilihat sebagai individu yang mempunyai pengetahuan agama dan berilmu pengetahuan yang tinggi, manakala jawatan yang lain tidak berapa mementingkan bab ilmu pengetahuan. Maka, disebabkan penghormatan tinggi yang diberikan oleh masyarakat terhadap mereka, kadi atau pegawai agama adalah tempat rujukan dan mendapatkan nasihat apabila berlakunya masalah. Dalam ilmu falsafah, terdapat sebuah bidang kajian yang dipanggil “epistemology” yang bermaksud kajian tentang ilmu pengetahuan, dan apabila pantun ini dikaji melalui bidang ini, ilmu pengetahuan buakanlah sesuatu yang empirikal atau tampak, tetapi sesuatu yang luas, abstrak dan tidak terlihat. Bagaimanapun, dapat dilihat seseorang itu mempunyai ilmu keerana keperibadian. Ini disebabkan keperibadian dan tingkah laku adalah empirical di pandangan khalayak. Jika pantun ini dikaji dari segi ontology iatitu kajian tentang kewujudan, ilmu pengetahuan wujud dalam diri seseorang apabila ada sumber ilmu yang diterima, sama ada jenis ilmu pengetahuan itu imbasan, sains, falsafah atau mistik. Berdasarkan maksud pantun ini, cara memperolehi ilmu pengetahuan yang dianjurkan adalah melalui pembacaan, iaitu tergolong dalam imbasan dan falsafah kerana kitab atau buku menghimpunkan data dan fakta yang benar ataupun batil. Perkaitan antara falsafah rangkap pantun ini ddengan bidang epistemology adalah berdasarkan maksud ilmu pengetahuan itu sendiri.
Ilmu ditakrifkan sebagai sifat
mengetahui, mengenali, dan memahami, manakala pengetahuan pula bermaksud himpunan daripada apa yang diketahui, dikenali dan difahami itu. Berdasarkan ini, ilmu pengetahuan adalah mencakupi kedua-dua aspek ini iaitu ilmu sebagai sifat mengetahui dan pengetahuan sebagai himpunan daripada apa yang diketahui. Oleh itu, seorang
FALSAFAH DALAM KARYA SASTERA MELAYU KLASIK: PANTUN NASIHIAT
pemimpin haruslah mempunyai pelbagai ilmu, tidak hanya pakar dalam sesuatu ilmu dan epitemologi pula bidang kajian yang mengkaji bukan hanya satu ilmu, tetapi semua ilmu yang ada. Dalam pantun ini, beberapa pengajaran dapat dibuat berdasarkan esensi dan hakikat yang dibawa pantun ini melalui falsafahnya.
Seorang individu haruslah
mempunyai ilmu pengetahuan yang luas disamping sentiasa memperkayakan ilmu yang sedia ada sebelum menduduki jawatan penting dan bergelar pemimpin.
Selain itu,
individu yang sudahpun menjadi pemimpin dan tempat rujukan masyarakat tidak seharusnya bergantung dan sentiasa berasa puas dengan ilmu yang sudah dimiliki, sebaliknya
hendaklah
berusahamembanyakkan
pembacaan
dan
menambahkan
pengetahuan dalam pelbagai ilmu, bukan dalam jurusan pngjian at\au bidang ilmunya. Pengajaran lain yang boleh didapati melalui falsafah yang idlahirkan dari pantun ini ialah betapa penting dan tinginya darjat ilmu sehinggakan mereka yang menjadi pemimpin belum lagi layak di ankat sebagai pemimpin jika tidak memperluaskan cakupan ilmu pengetahuannya. Pantun ini berunsur nasihat kerana dengan selaran terhadap pemimpin yang disampaikan melalui maksud pantun, diharap para pemimpin yang tidak menammbah dan malas untuk mempertingkakan ilmu pengetahuan akan berubah, seterusnya menjadi contoh kepada khalayak umum. Sebagai kesimpulan, rangkap pertama pantun ‘kadi, hulubalang, pegawai’ yang mengandungi falsafah kepentingan dan ketinggian ilmu terhadap pemimpin ini membawa maksud yang tersurat tentang kepentingan ilmu, di samping perkara yang tersirat atau terselindung yang mendalam maksudnya. Pantun ini menunjukkan bahawa karya sastera Melayu klasik bukanlah sekadar satu pengucapan yang kosong, tetapi mempunyai perspektif yang abstrak dan sangat luas.
FALSAFAH DALAM KARYA SASTERA MELAYU KLASIK: PANTUN NASIHIAT
Bibliografi S. Takdir Alisjahbana,1965,Puisi Lama, Kual Lumpur: Arenabuku Sdn. Bhd. Hasyim bin Haji Musa, Falsafah, Logik, Teori Nilai Dan Etika Melayu; Suatu Pengeanlan, Kuala Lumpur:Akademi Pengajian Melayu. Prof. Dr. Awang Sariyan.2007, Falsafah Dan Logika melayu. Selangor: Synergymate Sdn. Bhd. http://www.usm.my/pantun/. http://members.tripod.com/Bobezani/sastera.htm http://www.karyanet.com.my/knet/sastera_budaya/pantun.php http://citrasastera.blogspot.com/2008_02_01_archive.html
FALSAFAH DALAM KARYA SASTERA MELAYU KLASIK: PANTUN NASIHIAT