Pantun Nasihat Kepada Anak

  • Uploaded by: Firda
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pantun Nasihat Kepada Anak as PDF for free.

More details

  • Words: 1,050
  • Pages: 7
UNIVERSITI MALAYA

NAMA PELAJAR: NOR HASLINDA BINTI ISKANDAR NO.MATRIK: JEA080170 KURSUS: PENGAJIAN MELAYU LECTURER: PROF. AMRAN BIN MUHAMAD Fakulti: pengajian melayu

PENGENALAN 1

Sinopsis Syair Nasihat Kepada Anak, Karya Raja Ali Haji Syair tidak semata-mata rangkaian kata-kata yang indah hasil daripada kretivi merangkai kata dan berimaginasi,tapi syair merupakan cara seseorang untuk menyatakan perasaan dan pemikirannya tentang masyarakat.Dengan kata lain, syair berfungsi tidak sekadar sebagai hiburan, tetapi juga pengajaran dan pewarisan nilai-nilai yang berkembang dalam masyarakat. Demikian juga dengan sebuah syair karangan Raja Ali Haji yang berjudul Syair Nasihat Kepada Anak.Syair ini menbicarakan tentang nasihat seorang ayah kepada anaknya.Raja Ali Haji telah mmberikan gambaran yang jelas mengenai keadaan atau lingkungan masyarakat yang akan ditempuh oleh si anak.Berbagai kata-kata yang berbentuk nasihat ,ingatan ,dan pedoman, serta ibarat telah dinyatakan dalam syair tersebut. Secara garis besarnya ,terdapat lima nasihat yang disampaikan oleh Raja Ali Haji di dalam syair ini,iaitu (1) Kepimpinan, menurut syair ini seorang pemimpin harus memiliki

kemampuan

untuk

mengawal,kreatif,cerdas,tegas,percaya

diri

dan

bertanggungjawab.(2)Etika(akhlak), seorang muslim harus mempunyai akhlak yang baik, seperti menjaga perkataan, menghargai orang lain,dan menghormati mereka yang lebih tua daripada kita dan mereka yang telah memberikan kita ilmu,agar ilmu yang dituntut di rahmati. (3) Pandai menempatkan diri, seseorang akan berjaya dalam hidupnya jika pandai menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling dan pandai menjalankan tugas masing-masing. (4) Sentiasa menuntut ilmu, orang yang akan menjadi seorang yang

2

rendah hati dan tidak sombong,tidak takbur,dan keberadaannya sentiasa membawa kebaikan bagi dirdnya dan untuk orang lain juga.(5) Mengendalikan hawa nafsu, hawa nafsu merupakan potensi yang diberikan tuhan untuk mendukung kehidupan seorang insan. Jika mampu dikendalikan dengan baik ,maka hawa nafsu akan menjadi pendorong untuk berbuat kebajikan.Tetapi jika sebaliknya, maka hawa nafsu akan menjadi kuasa pembunuh. Hal ini kerana, setiap insan harus mengisi rohaninya dengan ajaran agama, melakukan amal kebajikan, dan mencegah kemungkaran. Kesimpulannya, syair karya Raja Ali Haji yang bertajuk Syair Nasihat Kepada Anak ini mempunyai banyak ilmu pengajaran yang boleh dijadikan tauladan untuk kita pada masa kini. Hal; ini kerana, masalah salah laku di kalangan anak-anak remaja pada masa kini sudah berada pada tahap yang amat membimbangkan dan amat sukar untuk dibendung lagi.Ibu bapa boleh menganbil ilmu di dalam syair ini sebagai kaedah pengajaran kepada anak-anak mereka.

SYAIR NASIHAT KEPADA ANAK

3

Mengerjakan kerja janganlah malas, Zahir dan batin janganlah culas, Jernihkan hati hendaklah ikhlas, Seperti air di dalam gelas. Maksud keseluruhan rangkap syair ini ialah, melakukan sesuatu kerja ataupun tugasan yang diamanahkan perlulah dilakukan dengan bersemangat dan penuh keyakinan dengan seluruh jiwa raga dan hati yang ikhlasagar setiap kerja yang kita lakukan diredhai oleh allah s.w.t.Maka kerjakanlah setiap kerja itu dengan niat yang betul agar mendapat rahmat darinya.Dari sisi agama islam itu sendiri, perkerjaan juga merupakan ibadah jika ia dilakukan denagn niat yang betul dan tidak melanggar hokum syarak agama islam itu sendiri. Niat untuk melakukan kerja itu adalah untuk mendapatkan rezeki yang halal dan ganjaran yang baik agar kehidupan seharian diredhai dan dirahmati allahs.w.t supaya setiap yang dibelanjakan daripada ganjaran yang kita terima itu dapat memberikan kesan yang baik kepada diri kita sendiri mahupun orang lain.Allah s.w.t juga amat membenci mereka yang malas bekerja sedangkan keupayaan diri mampu melakukannya. Allah s.w.t juga tidak gemar kepada mereka yang sering mencari jalan mudah untuk mendapatkan rezeki,contohnya amalan berjudi dan lain-lain yang bertentanagn dengan ajaran islam dan rezeki yang diperoleh itu juga tidak dirahmati allah dan menjadi rezeki yang haram.Maka niat perlulah betul,ikhlas dan haruslah dengan cara yang betul sebelum melakukan sesuatu pekerjaan agar mendapat rahmat dari allahs.w.t.

Jika anda menjadi besar,

4

Tutur dan kata janganlah kasar, Janganlah seperti orang yang sasar, Banyaklah orang menaruh gusar, Maksud keseluruhan rangkap syair ini ialah, apabila dewasa kelak jagalah tutur kata dan budi bahasa semasa berbicara. Tutur kata dan budi bahasa amatlah penting di dalam kehidupan seseorang, kerana budi bahasa dan tutur kata yang baik akan menjadikan seseorang itu lebih dihormati dan disanjungi oleh masyarakat.Hidup ini juga perlu ada citi-cita,kerana tanpa citi-cita hidup ini tidak bermakna.Hal ini kerana, dengan adanya cita-cita di dalam hidup seseorang itu tahu akan tujuan hidupnya.Hidup juga tidak menjadi sia-sia kerana kehidupan yang dilalui sehari-hari mempunyai matlamat kita sendiri. Seseorang itu juga menjadi lebih bermakna kerana hidupnya dipenuhi dengan perkara-perkara yang berfaedah dan orang sekeliling juga tidak menaruh sangkaan yang tidak baik,berbanding dengan mereka yang hidup tanpa arah tujuan.Contohnya golongan anak muda masa kini yang lebih gemar membuang masa dengan melepak tanpa ada tujuan hidup.Masyarakat sekeliling juga menaruh sangkaan yang tidak baik kepada mereka.

Kesukaan orang anakanda cari, Supaya hatinya janganlah lari, Masyurlah anakanda dalam negeri, Sebab kelakuan bijak bestari.

5

Maksud keseluruhan rangkap syair ini pula ialah, jalani kehidupan ini dengan perkara yang disukai oleh masyarakat sekeliling agar setiap yang kita lakukan itu dihargai dan sentiasa disukai oleh orang sekeliling.Kehidupan seharian juga lebih bermakna dan sentiasa hidup dengan aman dan tenteram,hal kerana setiap perkara yang kita lakukan itu disenangi oleh orang sekeliling dan mereka juga tidak akan menaruh benci kepada kita.

Nasihat ayahanda anakanda fikirkan, Keliru syaitan anakanda jagakan, Orang berakal anakanda hampirkan, Orang jahat anakanda jauhkan. Maksud pada rangkap syair ini pula ialah, nasihat yang diberikan olah orang tua itu jangan dilupakan dan sentiasa ingat setiap pesanan yang diberikan itu.Fikir-fikirkan nasihat yang diberikan itu agar dijadikan panduan dan pegangan hidup apabila berlaku kekeliruan.jangan sesekali terpedaya dngan hasutan syaitan yang ingin menyesatkan kita.Iman perlulah kuat di dalam hati agar tidak mudah terkeliru dengan hasutan syaitan.Memilih rakan juga penting di dalam kehidupan ini,kerana jika tersalah pilih rakan kita juga akan tersesat.Dekatkan diri dengan golongan yang berilmu agar kita boleh mempelajari ilmu yang dimilikinya untuk menambahkan ilmu dalam diri.Jauhkan diri dari golongan yang tidak baik akhlaknya agar kita tidak terpengaruh dengan sifat mereka yang tidak berfaedah itu.Jika kita berkawan dengan mereka yang tidak baik akhlaknya kita juga akan dipandang serong oleh masyarakat walaupun kita tidak melakukan perkara yang tidak baik.Oleh itu setiap nasihat dan tunjuk ajar yang diderikan olah ornag tua kita, kita perlulah fikirkan dan ikutkan agar kehidupan kita ini tidak sesat.

6

SUMBER RUJUKAN

1.http://library.usu.ac.id 2.Abdullah, Wan Mohd shaghir.(Raja Ali Haji: Pujangga Melayu termasyur), www.ulama –nusantara.blogspot.com. 3.Junus, Hasan.2002.Raja Ali Haji; Budayawan di Gerbang Abad xx,cet.II. Pekan baru: Unri Press. 4.(Raja Ali Haji : Magma Satera Melayu ) dalam http://www.kompas.com/gaya hidup/news/0411/25/011519.htm.diakses tanggal 20 November 2007. 5.Timbalan penyusun, Sejarah Perjuangan Raja Ali Haji sebagai Bapak Bahasa Indonesia, (Pekan baru: Unri Press,2004) 6.(Ulama dan sasterawan Melayu) dalam http://republik .co.id/, diahses tanggal 21 November 2007.

7

Related Documents

Pantun Nasihat Kepada Anak
October 2019 42
Pantun Nasihat
October 2019 36
Pantun Nasihat
October 2019 46
Pantun Nasihat
October 2019 47
Pantun Nasihat
October 2019 34
Pantun Nasihat
October 2019 37

More Documents from "Nur Ain Mohd Amin"

Daftar Pustaka.docx
April 2020 31
Al-ghazali
October 2019 45
Plato
October 2019 71
Al-farabi
October 2019 46
Pantun
October 2019 40