Pantun Budi

  • Uploaded by: Nur Ain Mohd Amin
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pantun Budi as PDF for free.

More details

  • Words: 1,113
  • Pages: 8
KERJA KURSUS FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU PENGGUNAAN PANTUN DALAM TRADISI MASYARAKAT MELAYU Pantun Budi

NAMA: FARSIHAH BINTI HANIKAL NO. PENDAFTARAN: JEA080018 NO.I/C: 880518-52-5783 NAMA PENSYARAH: DR. AMRAN BIN MUHAMMAD NAMA TUTOR: CIK SITI HADIJAH BINTI ABD RAHMAN

AKADEMI PENGAJIAN MELAYU

Pantun Budi Cahaya redup menyegar pagi Ayam berkokok mengikat tuah Jikalau hidup tidak berbudi Umpama pokok tidak berbuah Teritip tiram tergantung Limau manis banyak bijinya Pilih-pilih muda sekampung Hitam manis baik budinya Bunga melati bunga darat Bunga seroja di tepi kali Hina besi kerana karat Hina manusia tidak berbudi Anak merak di kampung cina Lari makan di kepala titi Emas perak kebesaran dunia Budi yang baik dibawa mati Payah kami bertanam padi Nanas juga ditanam orang Payah kami menabur budi Emas juga dipandang orang

Kupasan pantun dari sudut falsafah Pantun adalah satu-satunya genre yang tersendiri dihasilkan dari dahulu hingga sekarang yang terus hidup dan masih hidup. Mungkin pantunlah yang jelas sekali memperlihatkan kesempurnaan seni sastera bangsa-bangsa melayu. Pantun mengandungi jiwa, seni, kebijaksanaan dan budi bahasa melayu. Manakala dalam aspek yang ingin di ketengahkan sekarang adalah “budi”, iaitu salah satu bentuk pantun yang terkenal di kalangan orang melayu. Budi adalah berasal dari perkataan sanskrit, yang bermaksud asas-hikamah dan di dalam ilmu kejawen pula budi diibaratkan sebagai pelita atau obor yang menerangi kehidupan manusia dan ranjau-ranjau yang ditempuhi semasa hayat manusia. Zainal Kling(1995) berpendapat bahawa manusia rupa dan paras jiwa itu dalam bentuk budi iaitu sesuatu yang mengandung akal dan rasa manusia itu sendiri. Konsep budi itu sendiri adalah berasal dari gagasan budidaya atau budaya. Budi adalah alam jiwa manakala daya adalah gerak laku fizikal yang boleh memperlihatkan perangai seseorang individu itu sendiri. Namun dalam konteks falsafah budi itu adalah sesuatu yang menunjukkan betapa orang melayu pada zaman tersebut tinggi budi pekerti serta nilai ketimurannya yang tersendiri dan unik. Budi itu adalah perkara yang lahir secara lahiriah dan tulus dari hati seseorang individu itu sendiri.

Pada rangkap pertama pantun menunjukkan betapa budi penting di kalangan masyarakat melayu. Budi itu sendiri menunjukkan seseorang itu bukan sekadar menghargai atau menilai sesuatu melalui zahir semata-mata tetapi melalui batiniah. Jika seseorang individu itu tidak berbudi dan tidak menampakkan adat ketimuran yang terkenal sejak turun-temurun maka rosaklah bangsa kerana budi itu melambangkan melayu amnya. Elemen alam semulajadi seperti padi, ayam dan pokok diterapkan dalam rangkap pantun ini menunjukkan betapa luasnya skop atau ruang untuk kita berbudi bukan sahaja sesama manusia tetapi alam semulajadi. Berbudi di dalam kehidupan diibaratkan seperti pokok dan sudah tentu pokok yang berguna adalah pokok yang berbuah namun, di dalam rangkap pertama menerangkan betapa rendahnya taraf orang yang tidak berbudi hingga diibaratkan seperti pokok yang tidak berbuah dan tidak dapat memberi hasil. Begitu juga dalam kehidupan seharian orang yang tidak berbudi sepatutnya tiada tempat untuknya dalam kalangan masyarakat melayu.

Dalam rangkap kedua pula menerapkan bagaimana masyarakat melayu menggunakan teritip atau kulit kerang yang dijadikan sebagai hiasan di dinding rumah dan boleh dilihat betapa halusnya seni pantun melayu hinggakan biji limau dijadikan tidak terjangkau pada akal fikiran yang biasa. Selain itu, pantun ini menekankan kita yang lahir di dunia ini sememangnya berpasang-pasangan.

Namun bukan paras rupa yang diagung-agungkan tetapi budi bahasa. Daripada rangkap pantun ini dapat dilihat masyarakat melayu bukan sahaja menilai pasangan yang mereka pilih dari kecantikan atau ketampanan semata-mata tetapi budi pekerti yang baik. Betapa masyarakat melayu menekankan aspek budi walaupun dalam memilih pasangan hidup yang akan hidup sampai akhir hayat mereka. Masyarakat melayu juga mentafsirkan budi seperti matahari yang menjadi punca segala yang terjadi di bumi tidak kira menggerakkan sistem apa sekali pun. Budi adalah faktor perlakuan,akal dan rasa yang terbaik. Budi pekerti yang tinggi adalah punca segala kebaikan di dunia. Dalam rangkap ketiga pula kata “bunga” dan “hina” diulang pengunaannya sebanyak dua kali. Hal inilah unik dan menarik dalam pantun masyarakat melayu dan menjadi kajian para sarjana-sarjana barat sehingga mereka mengaguna-agungkan karya klasik melayu. Dari sudut falsafah pula rangkap ketiga pantun ini menggunakan elemen flora yang menunjukkan betapa masyarakat melayu mengangkat alam flora ciptaan tuhan walau hanya sekuntum bunga dalam karya mereka. Ini yang membezakan karya melayu khususnya pantun dengan karya dari barat. Manakala unsur besi yang diketengahkan dalam rangkap ketiga ini bertujuan menunjukkan masyarakat melayu yang berani dan teguh pegangan terhadap adapt ketimyran yang umum sedia maklum. Selain unsur alam dan benda yang diketengah dalam rangkap ini ia juga menceritakan hidup berlandaskan budi merupakan sesuatu yang fitrah, semilajadi, satu hukum, peraturan alam atau “sunatullah” yang tidak dapat dielakkan dan perlu

dilaksanakan. Winstedt menamakan juga sebagai intelligent common sense. Tindakan seperti ini merupakan satu-satunya perkara asas dan digelar “budi bicara” harus dimiliki oleh setiap orang. Dalam rangkap keempat pula, persoalan “budi di bawa mati” bukan sekadar membawa maksud budi bahasa atau budi pekerti semata-mata tetapi keseluruhan konsep budi ketuhanan kerana budi itu adalah pancaran batiniah. Masyarakat melayu sering diingatkan dalam pembacaan talking, contohnya doa anak-anak yang soleh, amal ibadat ketika hayatnya serta amal jariah yang pernah dilaksanakan ketika hayat si mati. Betapa tinggi tahap pemikiran pencipta pantun ini sehingga unsur-unsur keagamaan dan ketuhanan yang diterapkan mengingatkan muslim dan muslimah masyarakat melayu khususnya supaya menimba bukan sahaja ilmu dunia seperti sains, matematik, astronomi dan sebagainya tetapi mengutip seberapa banyak ilmu akhirat dan budi pekerti untuk bekalan kelak.

Pada rangkap yang terakhir pantun menunjukkan perubahan pada pantun dengan melambangkan emas, harta, wang begitu juga dengan perlakuan manusia yang lebih mementingkan harta dunia daripada budi. Tidak dinafikan sememangnya harta dan wang diperlukan dalam kehidupan seharian, tetapi jika kesemua ini diberikan perhatian yang lebih dan mengabaikan budi juga boleh merosakkan kehidupan manusia. Islam sebagai agama rasmi masyarakat melayu menganjurkan kehidupan yang sederhana

iaitu seimbang dunia dan akhirat. Peribadi yang terpancar dari gugusan budi bukan sahaja menuntut masyarakat melayu untuk berbudi tetapi mempunyai sifat rendah diri. Sifat rendah diri yang dituntut dalam masyarakat melayu adalah sifat yang menunjukkan kehalusan peribadi yang telah tertempa oleh adapt dan adab.

KESIMPULAN Secara kesimpulannya dapatlah diperkatakan pantun melayu adalah satu hasil ciptaan masyarakat dan budaya melayu. Satu penciptaan walaupun dihasilkan oleh individu, tetapi tiada persoalan hakcipta. Pantun bukan milik individu, tetapi milik kolektif seluruh masyarakat. Lantaran itu, segala wawasan dan nasihat yang terkandung adalah ditunjuk dan ditujukan kepada semua lapisan masyarakat. Seabagai produk masyarakat dan budaya tidak timbul persoalan individualization.

Hidup yang penuh individualistik bukanlah cara melayu, walaupun orang-orang melayu sedar bahawa ada orang seperti itu di kalangan orang melayu. Lantaran itu “manusia budiman” seperti yang dinyatakan di atas bukan bersifat individualistik tetapi adalah peribadi yang diharapkan daripada seseorang individu melayu.

Sumber rujukan 1. Pantun budi: Satu analisis nilai Oleh Norazit selat dan Zainal Abidin Borhan,Akademi Pengajian Melayu,Universiti Malaya 2. http://www.google.com.my 3. http://www.yahoo.com.my 4. Falsafah dan logika melayu oleh Prof Dr. Awg Sariyan Akademi pengajian Melayu Universiti Malaya 5. Falsafah dan logika melayu oleh Hashim bin Haji Musa, Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya.

Related Documents

Pantun Budi
October 2019 48
Pantun Budi
October 2019 38
Pantun Budi
October 2019 46
Pantun Budi
October 2019 41
Pantun Budi
October 2019 41
Pantun Budi
May 2020 26

More Documents from ""

Pantun Budi
October 2019 46
Al-ghazali
October 2019 46
Nazam Ajal
October 2019 53
Al-kindi
October 2019 40
Tajus Salatin
October 2019 36
St-01-01
October 2019 48