Pantun Budi

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pantun Budi as PDF for free.

More details

  • Words: 509
  • Pages: 7
Pantun Nasihat dan Pendidikan Pantun Dua Kerat Rangka p1

Sakit pandan tak tahukan duri; Sakit badan tak tahukan diri.

Seseorang yang tidak menyedari akan kesusahan yang dialaminya. Rangka p2

Daun palas daun kelapa; Orang malas rugi saja.

Orang yang malas selalaunya akan menanggung kerugian. Rangka p3

Langit berkelikir bumi bertembirang; Salah-salah fikir jadi hamba orang.

Jika salah membuat sesuatu tindakan,mungkin kita akan menjadi hamba orang Rangka p4

Pisang sesikat gulai sebelanga; Tanda muafakat bersama-sama.

Melakukan sesuatu kerja dengan cara bekerjasama. Rangka p5

Tebu pisang ubi keladi; Jemu datang rugi jadi.

Sekiranya kita bosan pergi ke sesuatu tempat, mungkin kita akan rugi.

Tema : Sikap positif dan negatif dalam kehidupan manusia seharian.

Persoala

Kesan Positif Bermuafakat atau bekerjasama akan membawa kebaikan dalam hidup bermasyarakat Kesan Positif Sikap malas akan membawa kerugian.

Mesej

Pentingnya seseorang itu berfikir Sebelum seseorang itu melakukan sebarang tindakan dia harus berfikir terlebih dahulu. Dia juga mesti melakukan pekerjaan dengan berhati-hati demi kebaikan diri kita sendiri. Contohnya pada rangkap ke tiga Langit berkelikir bumibertembirang; Kita harus bermuafakat dan Dalam kehidupan seharian, kita tidak boleh hidup secara sendirian. Ianya penting mengamalkan sikp bermuafakat atau bekerjasama. Contohnya pada rangkap ke empat Pisang sesikat gulai sebelangga; Tanda muafakat bersama-sama

Sikap malas membawa Sifat malas mestilah dihindari sama sekali kerana orang malas tidak akan ke mana, ia akan sentiasa mengalami kerugiaan. Contohnya Daun palas daun kelapa; Orang malas rugi sahaja Sentiasa beringat dan sedar Kita hendaklah sentiasa beringat dan sedar diri terutama apabila ditimpa kesakitan. Apabilaseseorang itu beringat dan sedar diri dia akan meningati Allah dan berubah. Sakit pandan tak tahukan duri; Sakit badan tak tahukan diri.

Nilai

Bekerjasama Bekerjasama atau bermuafakat akan mendatangkan hasil yang baik. Ia akan memudahkan dan mempercepatkan sesuatu kerja.

Ketelitian Ketelitian dalam melakukan sesuatu tindakan. Tindakan yang terburu-buru atau tidak berfikir terlebih dahulu akan mendtangkan kesan buruk.

Kesedaran Seseorang seharusnya mempunyai kesedaran dalam diri supaya tidak lupa diri

Bentuk Jumlah rangkap Mempunyai lima rangkap

Jumlah perkataan dalam baris Jumlah perkataan dalam barisnya ialah 4-5 perkataan

Jumlah sukukata dalam baris Jumlah sukukata dalam baris adalah 8-12 sukukata

Rima

Kesemua rangkap mempunyai rima a-a

Jumlah baris dalam rangkap Kesemua rangkap mempunyai dua baris.Berbentuk distikhon. Baris pertama adalah pembayang maksud.

Gaya Bahasa Pengulangan Pengulangan perkataan di awal baris. Sakit pandan tak tahukan duri; Sakit badan tak tahukan diri Pengulangan perkataan ‘sakit’

Inversi Gaya bahasa inversi iaitu unsur gaya bahasa yg diterbalikkan, supaya lebih menarik dan mewujudkan kesan tertentu. Contohnya : Jemu datang rugi jadi.

Sinkof

Gaya bahasa sinkofi iaitu unsur gaya bahasa yang disingkatkan. Contohnya perkataan ‘tak’ disingkatkan daripada perkataan ‘tidak’

Asonansi Penggunaan gaya bahasa asonansi iaitu unsur pengulangan vokal pada baris yang sama. Contohnya : Langit berkelikir bumi bertembirang. Iaitu pengulangan vokal ‘i’ Pisang sesikat gulai sebelanga Iaitu pengulangan vokal ‘a’

Aliterasi Penggunaan gaya bahasa aliterasi iaitu unsur pengulangan bunyi konsonan pada baris yang sama. Contohnya : Langit berkelikir bumi bertembirang. Iaitu pengulangan konsonan ‘b’ Tanda muafakat bersama-sama Iaitu pengulangan vokal ‘m’

Nada

Sinis Pengarang menyindir orang yang malas,orang yang tidak menggunakan akal fikiran, dan juga oran yang jemu atau bosan ke sesuatu tempat yang boleh mendatangkan manfaat.

Related Documents

Pantun Budi
October 2019 48
Pantun Budi
October 2019 38
Pantun Budi
October 2019 46
Pantun Budi
October 2019 41
Pantun Budi
October 2019 41
Pantun Budi
May 2020 26