Pantun Budi

  • Uploaded by: Firda
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pantun Budi as PDF for free.

More details

  • Words: 1,598
  • Pages: 11
Falsafah dan logika melayu jxea 1104 Tajuk : Kupasan Falsafah PAntun Budi. PENSYARAH : DR. AMRAN BIN MUHAMMAD. TUTOR : SITI HADIJAH ABDOL RAHMAN.

NAMA : MUHAMMAD BIN HASHIM. NO.MATRIK : JEA 080168.

SEMESTER 1, SESI 2008/2009 AKADEMI PENGAJIAN MELAYU UNIVERSITI MALAYA, KUALA LUMPUR.

Pantun budi 1.1 menegaskan tentang kepentingan hidup berbudi dalam pembentukkan sesebuah tamadun atau bangsa.

Keadaan ini boleh dilihat melalui pandangan hidup Melayu yang menggambarkan kehidupan berbudi merupakan struktur yang boleh membangunkan sesebuah negara.

Tanpa budi atau hidup

tanpa batas dan panduan, kehidupan akan runtuh dan tamadun sesuatu bangsa akan musnah.

Pada pandangan saya, kehidupan

masyarakat Melayu mempunyai unsur yang menghubungkan setiap anggota iaitu interaksi dan komunikasi sosial. Dengan ini boleh dikatakan bahawa interaksi sosial adalah seharusnya bertunjangkan kepada budi. Ini kerana budi merupakan orientasi nilai yang bolehmengukuhkan sesuatu bangsa. Tanpa orientasi nilai atau bebas nilai, keseluruhan batasbatas kehidupan akan runtuh dan tamadun sesuatu bangsa akan musnah kerana

dipenuhi

oleh

nilai-nilai

danetika

yang

buruk.

Dalam

bermasyarakat, nilai yang tinggi diberi kepada hidup berbudi kerana golongan demikian dilambangkan sebagai ‘a total personality’ atau ‘a perfect gentleman’ iaitu sebuah watak yang boleh menjadi contoh teladan. Namun demikian, kehidupan berbudi ini bukannya mudah untuk diamalkan kerana ianya memerlukan pengorbanan dan merupakan satu tanggungjawab yang besar untuk dipikul oleh seseorang lebih-lebih lagi dalam keadaan sesebuah negara yang sekarang ini berada dalam arus globalisasidunia tanpa batasan di mana segala amalan, nilai dan etika barat yang bertentangan dengan adat dan budaya secara mudahnya meresap masuk dan menular di kalangan rakyat tempatan baik melalui media elektronik mahupun media cetak.

Pantun 1.2 memperihalkan tentang kehidupan seseorang yang

tidak

berbudi

merupakan

satu

kehidupan

yang

tidak

berguna serta akan dipandang serong dan jelek oleh masyarakat. Budi amat penting dalam menjamin kelansungan hidup manusia yang lebihsempurna. Orang yang tidak berbudi diibaratkan sama seperti pokok yang tidak berbuah.

Pandangan hidup masyarakat Melayu menyifatkan

orang yang tidak berbudi merupakan satu penghinaan iaitupenghinaan kepada diri sendiri, penghinaan kepada keturunan dan penghinaan oleh masyarakat.

Pantun ini juga membuktikan keunikan bangsa Melayu

menjadikan hidup berbudi sebagai sesuatu yang fitrah, semulajadi, satu hukum dan peraturan alam serta Sunnatullah yang tidak dapat dielakkan dan perlu dilaksanakan. Amalan ini merupakan satu perkara asas yang perlu

dimiliki

oleh

setiap

manusia

dalam

pembentukkan

sebuah

masyarakat yang harmonis dan dapat menberi sumbangankepada agama, bangsa dan negara.

Dengan kata lain, hidup tidak berbudi ini boleh

diibaratkan seperti ‘kereta yang tidak berenjin’ atau ‘rumah yang tidak berpenghuni’.

Pantun 1.3 pula memperlihatkan nilai budi adalah faktor utama penilaian masyarakat terhadap seseorang individu. Jatuhnaiknya maruah dan harga diri seseorang bergantung kepada nilai budi yang ada dalam diri. Walaupun pada zahirnya seseorang itu tidak mempunyai rupa paras yang elok, namun budi pekerti tetap menjadi ukuran

dalam

kekeluargaan.

menjalinkan

sesuatu

hubungan

mahupun

ikatan

Pencernaan budi tersebut bukan sahaja dapat

dikesani daripada perlakuan semata-mata, malah ianya juga dinilai dari sudut pemikiran, perasaan, pertimbangan, bahasa dan pertuturan yang digunakan.

Sebagai contoh, dalam pertuturan

seseorang yang berbudi bahasa akan menggunakan kata ganti nama yang sesuai apabila berbicara dengan sesiapa. Bahasa yang digunakan penuh dengan keindahan, tepat, betul, benar dan baik. Ini kerana budi juga mempunyai hubungan yang kukuh dengan konsep adat, iaitu orang yang berbudi merupakan orang yang beradat.

Dalam kehidupan

sejagat, lumrah kehidupan manusia sepintas lalu membuktikan bahawa tercetusnya perasaan kasih seseorang insan terhadap insan lain adalah melalui ‘pandangan pertama’ ataupun dikenali sebagai ‘cinta pandang pertama’. Namun demikian dalam jangka masa tertentu, keadaan akan berubah setelah seseorang insan itu saling mengenali hati budi masingmasing.

Maka kekecewaan dan penyesalan akan menimpa diri setelah

mengetahui seseorang yang disanjung atau dipuja selama ini tidak mempunyai akhlak dan nilai budi yang baik. Keadaan ini membuktikan nilai budi mengatasi rupa paras dan menjadi faktor utama dalam pemilihan bakal pasangan ataupun dalam menjalinkan sesuatu hubungan. Orang yang tidak mempunyai nilai budi dalam diri selalunya mengalami penyesalan yang tidak akan berkesudahan kerana sebarang hajat atau kemahuan kebiasaannya tidak akan dapat digapai.

Pantun 1.4 menunjukkan konsep budi dalam kehidupan bermasyarakat amat disanjung tinggi dan dipandang mulia. Seseorang yang ingin dikasihi haruslah memiliki nilai moral dan

budi pekerti yang baik seperti tertib, sopan, penyabar, beradat dan beradab. Orang yang berbudi juga haruslah pandai membawa diri, hati nan baik, mulut nan manis, ringan tulang dan sering membuat jasa. Sebagai

perumpamaan,pemilihan

dan

pencarian

jodoh

atau

bakal

menantu sama ada lelaki mahupun perempuan, budi pekerti dan budi bahasa menjadi ukuran. Penilaian akan diberikan kepada yang baik budi pekertinya kerana disifatkan orang yang berbudi ini adalah dari keturunan yang baik-baik, memiliki peribadi yang mulia dan disanjung tinggi.

Ini

membuktikan kehidupan yang harmonis hanya dapat dicapai oleh masyrakat yang mempunyai nilai moral dan budi pekerti yang baik. Situasi ini merupakan salah satu faktor utama berkembangnya tamadun sesuatu bangsa yang gemilang kerana masyarakat yang mempunyai nilai moral dan budi yang tinggi kebiasaannya ‘bersih’ dari sebarang bentuk penyelewengan, rasuah, penipuan dan sebagainya yang boleh membawa kepada kehancuran.

Pantun 1.5 mengklasifikasikan nilai budi sama ada yang baik ataupun yang buruk, semuanya akan dinilai dan dikenang oleh masyarakat sepanjang zaman dan sesekali ianya tidak akan pupus, hilang atau lenyap begitu sahaja walaupun zamanberzaman silih berganti.

Keadaan ini sedikit-sebanyak dapat dilihat

melalui perjuangan silam perajurit-perajurit tanahair yang telah berbudi kepada negara dalam mempertahankan Melayu.

maruah, bangsa dan tanahair

Ini kerana, sekiranya nilai budi itu lenyap membuktikan

hilangnya nilai moral dalam sesebuah masyarakat sekaligus menghalang

proses pembangunan sesebuah negara serta dalam jangka masa yang yang panjang boleh mengakibatkan runtuhnya tamadun sesuatu bangsa. Sesungguhnya semua ini sama sekali tidak akan berlaku kerana apa yang boleh saya katakan di sini ialah tanpa budi, tiadalah kehidupan di dunia ini kerana dengan demikian, negara akan mengalami era kegelapan yang pada akhirnya akan mengakibatkan kemusnahan dan kehancuran. Di antara asas kehidupan adalah berpasang-pasangan, seperti suami-isteri, lelaki-perempuan, hitam-putih dan sebagainya. Maka hidup berbudi juga ada pasangannya iaitu budi yang baik dan budi yang jahat.

Lazimnya

budi yang baik merangkumi ketertiban, kesopanan, memberi salam, menghormati orang yang lebih tuadan membongkokkan sedikit badan apabila lalu di depan orang. Manakala budi yang jahat pula ialah biadap, kurang ajar, bangga diri, riak, sombong dan sebagainya. Lumrahnya budi yang jahat ini akan dilupakan sekiranya si pelaku itu bertaubat dan memohon maaf terhadap keterlanjuran selama ini.

Keadaan ini sangat

berbeza dengan budi yang baik yang sentiasa akan dikenang dan disanjung sepanjang zaman. Pantun

1.6

mengolah

tentang

terpaut disebabkan oleh budi. budi

amatlah

dititikberatkan

jalinan

hubungan

yang

Dalam hubungan tersebut, nilai agar

ianya

dapat

menjamin

kesinambungan sesuatu hubungan atau ikatan. Pada kebiasaannya, interaksi sosial dan hubungan sosial yang berlaku dalam kehidupan seharian bukan sahaja melalui perkenalan, persahabatan dan disebabkan oleh hubungan kerabat semata-matatetapi juga di luar lingkungan tersebut.

Keadaan ini dapat dibuktikan melalui hubungan sosial yang

bukan sahaja boleh berlaku disebabkan oleh hubungan darah, kerabat atau perkahwinan, tetapi ada juga orang yang bersahabat kerana budi. Hubungan ini terlalu berat untuk dipikul kerana ianya memerlukan pengorbanan

yang

tinggi

dan

kefahaman

secara

terbuka

dalam

memahami perasaan di antara satu sama lain sehinggakan dalam situasi yang intim, terutama dalam berkasih-kasihan, seseorang individu itu tidak akan menyatakan isi hatinya secara peribadi tetapi diolah dalam pernyataan rasa kasih-sayang yang universal atau umum tanpa kita sedari. Seperti di awal penulisan saya yang telah saya nyatakan bahawa hidup berbudi itu berlaku dalam setiap proses perhubungan dan interaksi di mana setiap hubungan itu memberi kesan pelbagai yang meliputi perasaan cinta, kasih, sayang, rindu, suka, duka dan sebagainya. Dengan ini boleh dikatakan bahawa budi boleh disifatkan sebagai jambatan yang kukuh atau penaung utama dalam memperluaskan hubungan silaturahim sesama insan.

Kesimpulan Pada pandangan saya, falsafah falsafah dan logika dalam pantun ini menjurus kepada

nilai kemanusiaan yang dimiliki khas khas oleh

bangsa Melayu. Melayu. Nilai kemanusiaan ini adalah budi. Hal ini dapat dibuktikan dengan penghujahan dan bukti-bukti yang telah dinyatakan dimana falsafah dapat disimpulkan sebagai satu dimensi untuk meng mengkaji pelbagai bidang ilmu manakala logika pula tidak seharusnya menyekat proses berfikir, berhujah dan menolak sebarang kaedah pemutusan yang telah dicapai sepertipenggunaan sepertipenggunaan persepsi.

Di sini terdapat beberapa

perkara yang dapat saya kemukakan dari sudut makna dan falsafah yang dengan

sendirinya

menghuraikan

segala

maksud

yang

tersirat.

Pandangan masyarakat Melayu mengatakan seseorang yang memiliki nilai etika dan moral yang tinggi dikenali sebagai seorang yang budimaniaitu budimaniaitu yang mempunyai budi pekerti, budi bahasa, akal budi dan beradab sopan. Golongan ini akan disanjung tinggi dan dipandang mulia oleh masyarakat. Maka akhir kata daripada saya, semoga apa yang termaktub dalam kupasan falsafah pantun budi ini sedikit sebanyak dapat menjadi panduan dan pedoman kepada kita

dalam

menjalani

kehidupan

seharian.

Maka

renung-

renungkanlah……. Bibliografi

1. Ainon Mohd & Abdullah Hassan. 1996. “ Pemikiran Logika dan Kritis Kritis

”. Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributor Sdn. Bhd.

2. Alias Yunus. 1996. “ Pantun Melayu Sastera Rakyat ”.

Kuala Lumpur : Federal Rakyat.

3. Alisjahbana. S.T. 1974. “ Value As Intergrating Forces ”.

Kuala Lumpur : University Malaya Press.

4. Bukhari Al-Jauhari. 1992. “ Taj-Us-Salatin ”.

Cetakan pertama, edisi kedua dan diselenggarakan oleh Khalid M.Hussain. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

5. Jujon S.Surisumanti. 1995. “ Filsafat ilmu ”.

popular. Jakarta : Sinar Harapan.

Sebuah pengantar

6. Muhammad Haji Salleh. 1986. “ Cermin Diri ”.

Petaling Jaya : Fajar Bakti.

7. Prof. Hasyim Haji Musa. 2000. “ Falsafah, Logik, Teori, Nilai dan Etika

”.

Kuala Lumpur : Akademi Pengajian Melayu. 8. R. Paryana Suryadipura. 1993. “ Alam Fikiran ”. Cetakan keempat.

Jakarta : Bumi Aksara.

9. Za’ba. 1966. “ Kalong Bunga (BUKU 1) ”.

Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Putaka.

10.Zainal Abidin Bakar. Penyelenggara. 1983. “ Kumpulan Pantun

Melayu ”. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

11.Zainal Abidin Borhan. 1994. “ Hidup Berbudi Sebagai Makna

Kehidupan ”. Pinang Pinang : Seminar Kepimpinan Kebangsaan, 2PNP.

12.Zainal Kling. 1995. “ Manusia Melayu, Alam dan Tamadunnya ”.

Melaka GAPENA.

:

Hari Sastera Anjuran Kerajaan Negeri Melaka dan

Related Documents

Pantun Budi
October 2019 48
Pantun Budi
October 2019 38
Pantun Budi
October 2019 46
Pantun Budi
October 2019 41
Pantun Budi
October 2019 41
Pantun Budi
May 2020 26

More Documents from ""

Daftar Pustaka.docx
April 2020 31
Al-ghazali
October 2019 45
Plato
October 2019 71
Al-farabi
October 2019 46
Pantun
October 2019 40