Pantun Budi

  • Uploaded by: Nur Ain Mohd Amin
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pantun Budi as PDF for free.

More details

  • Words: 1,014
  • Pages: 6
FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU KARYA KLASIK PANTUN BUDI Tanam lenggun tumbuh kelapa, Terbit bunga pucuk mati; Budi tuan saya tak lupa, Sudah terpaku di dalam hati. Jentayu burung jentayu, Hinggap di balik pohon mayang; Bunga kembang akan layu, Budi baik bilakan hilang. Tenang-tenang air di laut, Sampan kolek mudik ke tanjung; Hati terkenang mulut menyebut, Budi baik rasa nak junjung. Bunga melati bunga di darat, Bunga seroja di tepi kali; Hina besi kerana karat, Hina manusia tidak berbudi.

( Rahman Shaari; Lukisan Zaman )

PENGENALAN Puisi lama adalah pancaran masyarakat lama. Masyarakat lama dapat difahami apabila mengkaji dan menghayati puisi lama. Pantun adalah genre tersendiri yang dihasilkan masyarakat lama dan terus hidup sehingga kini. Muhammad Haji Salleh (1986) mengatakan bahawa pantun telah memperlihatkan kecerdikan, genius dan kesempurnaan seni sastera bagi setiap bangsa Melayu. Di dalam pantun mengandungi jiwa, seni kebijaksanaan dan budi bahasa masyarakat melayu. Maka kenyataan ini bersesuaian dengan kenyataan pantun adalah manifestasi akal-budi masyarakat. Pantun memiliki dua bahagian utama iaitu pembayang dan maksud, tertaut secara integratif sehingga tertera sebagai suatu pengucapan yang terindah. Dua bahagian itu ibarat dua struktur , luaran dan dalaman, lahir dan batin, tetapi bertaut menjadi satu iaitu pantun. Rene-Daillie (1983) di dalam Bab V11 bukunya menyebut kedua-dua struktur itu ibarat body and soul, tetapi menyedari falsafah Descartes, jasad dan roh tidak wujud sebagai satu kesatuan, kerana kedua-duanya berasal dari substance yang berbeza. Tetapi dari sudut Melayu-Islam, jasad dan roh itu bergabung menjadi satu, menjadi manusia, maka begitulah pantun. Sumber-sumber yang digunakan di dalam pembayang maksud adalah dari alam, ia bukan direka begitu saja, seperti kata Rene-Daillie (1983; 136-137), bersumberkan binatang, ikan dan sumber dari laut, burung, sayuran, tumbuhan dan sebagainya. Korpus sumber yang alamiah digunakan sejauh mana terjangkau oleh akal dan pancaindera manusia. Begitu juga dengan maksud, yang merupakan jiwa atau roh pantun itu, korpus datanya bersumberkan pengalaman inderawi. Maka di peringkat ini pantun mengandungi persoalan yang rasional dan logical kesan dari interaksi manusia .

FALSAFAH BUDI DI DALAM PANTUN Budi berasal daripada perkataan Sanskrit yang bererti asas-hikmah, dan di dalam ilmu kejawen budi diibaratkan sebagai pelita atau obor yang menyinari jalan yang ditempuh oleh manusia (R. Paryana Suryadipura; 1993:176-177). Bukhari al-jauhari di dalam kitab yang terkenal yang dijadikan rujukan dan nasihat kepada Raja dan Kerajaan. Budi akan sentiasa dikenang sehingga selagi seseorang itu masih hidup. Seseorang yang sentiasa menabur budi dapat diibaratkan; Budi tuan saya tak lupa, Sudah terpaku di dalam hati. Setiap orang yang telah menabur budi akan dikenang segala jasa dan budi oleh manusia. Seseorang yang berbudi ialah seseorang yang membuat jasa dan berjasa kepada orang yang menerima budi-baktinya. Begitu juga budi yang baik begitu tinggi nilainya ibarat emas dan oleh kerana ianya tak ternilai ia dikenang sehingga dibawa mati. Namun begitu oleh kerana terlalu menerima budi adalah diharapkan seseorang itu tidak terlalu terhutang budi sehingga ia berasa rendah diri, terikat dengan orang yang telah banyak menabur budi,terlalu mudah tidak tahu berkata tidak, tidak tahu batas dan sempadan. Konsep ini seolah-olah bercanggah dengan pandangan masyarakat Melayu yang menggalakkan ahli-ahlinya berbudi atau menabur budi tetapi tidak menggalakkan orang menerima budi berturut-turutan dan berlarutan. Budi yang baik akan sentiasa dijunjung dan orang yang budiman akan disanjung contohnya; Hati terkenang mulut menyebut, Budi baik rasa nak junjung.

Jelaslah apabila ada orang menabur budi sudah tentu ada yang menerima budi, penerimaan budi yang berlanjutan akan memerangkap seseorang di dalam satu hubungan sosial yang berat sebelah. Individu berkenaan akan terhutang budi dan terpaksa menyerahkan bakti, tubuh badan dan harga dirinya kepada orang yang telah banyak menabur budi kepadanya. Ini tidak bermakna berbudi, menabur budi, menerima budi, terhutang budi suatu yang negative tetapi diharapkan setiap orang Melayu tahu had dan batas sempadan ibarat; Elok orang hati tak ingin; Budi bahasa hatiku hancur. Budi adalah orientasi nilai yang mengukuhkan setiap bangsa, tanpa orientasi nilai, atau bebas-nilai (value-free) keseluruhan batas-batas kehidupan akan runtuh. Budi amat penting di dalam kehidupan dan amat penting di dalam social dan interaction. Orang yang tidak berbudi umpama seorang manusia yang hina seperti; Hina besi kerana karat, Hina manusia tidak berbudi.. Manusia yang tidak berbudi diumpamakan sebagai seorang yang hina seperti besi yang berkarat. Budi adalah antara aspek peribadi seseorang individu yang dinilai tinggi oleh masyarakat. Pencernaan peribadi tersebut dapat dilihat di dalam pergaulan seharian dan pertuturan dengan individu lain. Ianya dapat disimpulkan sebagai nilai budi bahasa yang diucapkan dengan penuh keindahan, benar dan baik. Budi pekerti iaitu perlakuan atau tingkah laku seseorang yang dapat dinilai dari sudut baik dan buruk, lazimnya perlakuan yang baik ialah yang tertib dan sopan seperti memberi salam kepada orang yang lebih tua daripada kita.

Zainal Kling (1995) berpendapat bahawa orang Melayu melihat rupa dan paras jiwa itu berbentuk budi, iaitu satu peribadi yang mengandungi akal dan rasa. Konsep budi sebagai ‘alam jiwa’ terdapat dalam gagasan budaya. Budi adalah alam jiwa dan daya adalah geraklaku fizikal. Peribadi Melayu berwajah budi yang mengandungi persoalan akal dan rasa. Budi adalah struktur batiniah Melayu yang terpancar dari satu Hikmah yang tertinggi (Tuhan) seperti; Budi tuan saya tak lupa, Sudah terpaku di dalam hati. Setiap budi pastinya sentiasa terpahat di dalam hati orang yang menerima budi. Hati adalah alat untuk menghayati, proses yang berlaku di hati yang kadangkala tidak disedari tetapi mengandungi kebenaran dan disebut orang Melayu sebagai kata-hati atau rasa dan perasaan.

KESIMPULAN Dapatlah disimpulkan bahawa nilai dan orientasi nilai yang wujud pada setiap diri manusia, masyarakat dan budaya berperanan membentuk peribadi atau sahsiah serta jatidiri. Keseluruhan jatidiri manusia Melayu itu ditempa oleh ‘adab dan adat’ Melayu dan diperkukuhkan serta dimantapkan oleh keseluruhan akhlak islam. Jatidiri yang terhasil dari binari atau pasangan yang saling melengkapi ini, saling integrarif, tertaut kuat dan sejati dalam wadah Melayu. Keseluruhan kehalusan akhlak inilah yang dinamakan BUDI yang akan sentiasa bertaburan dan berkembang selagi manusia berbudiman antara satu sama lain.

BIBLIOGRAFI Norazit Selat dan Zainal Abidin Borhan, Pantun Budi: Satu Analisis Nilai. Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Wikipedia Rahman Shaari, 1991. Lukisan Zaman. Selangor: Marwilis Publisher & Distributors Sdn Bhd. Mutiara Sastera Melayu Tradisional: Dewan Bahasa dan Pustaka. Awang Sariyan, Falsafah dan Logika Melayu: Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Hashim Musa, Pengantar Ilmu Falsafah Dalam Pengajian Melayu: Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya

Related Documents

Pantun Budi
October 2019 48
Pantun Budi
October 2019 38
Pantun Budi
October 2019 46
Pantun Budi
October 2019 41
Pantun Budi
October 2019 41
Pantun Budi
May 2020 26

More Documents from ""

Pantun Budi
October 2019 46
Al-ghazali
October 2019 46
Nazam Ajal
October 2019 53
Al-kindi
October 2019 40
Tajus Salatin
October 2019 36
St-01-01
October 2019 48