Pantun Budi

  • Uploaded by: Nur Ain Mohd Amin
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pantun Budi as PDF for free.

More details

  • Words: 1,243
  • Pages: 9
FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU JXEA 1104 PANTUN BUDI NAMA

:

LONEY ANAK PATRICK JUMAN

NO. MATRIK

:

JEA080032

NAMA PENSYARAH :

DR. AMRAN MUHAMAD

SEMESTER 1 SESI 2008/2009 AKADEMI PENGAJIAN MELAYU UNIVERSITI MALAYA

Budi Anak itik matinya lemas, Makan lenggudi Bukit Askin, Hilanglah bahasa kerana emas, Tak tampak budi kerana miskin. Saya tidak menanam nenas, Tanam kepaya di dalam padi, Saya tidak memandang emas, Budi bahasa yang saya cari. Perigi dikatakan telaga, Tempat budak berulang mandi, Emas merah ada berharga, Budi bahasa bernilai abadi. Pucuk nipah kelibatan, Terletak mari di tepi pantai, Biarlah rosak dalam lipatan, Jangan rosak kena pakai. Perahu lancang dari Patani, Naik ke darat membeli kain, Buah macang serupa kuini, Rupanya sama rasanya lain.

Pantun melayu merupakan sebuah hasil sastera rakyat yang tertua yang disebar-luaskan secara lisan.

Pantun adalah bahasa berangkap yang mengandungi unsur-unsur

keindahan seperti banyak baris tiap rangkap, banyak suku kata, rima akhir, pembayang maksud, asonasi-aliterasi, kata-kata yang indah, ringkas dan padat. Pantun digunakan secara puitis di dalam satu corak komunikasi berseni di tempat yang tertentu, di upacara tertentu atau untuk menyampaikan kiasan atau sindiran yang tertentu untuk membela kehalusan budi bahasa, kelembutan jiwa melayu secara tidak terus terang agar orang

yang disindir atau dinasihati tidak berkecil hati, tetapi sebaliknya berazam untuk memperbaiki perbuatan yang tidak disukai. Pantun yang ingin saya kupas ialah pantun budi yang biasa di mana dua rangkap pertama adalah pembayang dan dua rangkap akhir adalah maksudnya. Pantun budi tersebut dihasilkan oleh masyarakat melayu dahulu dengan tujuan untuk mendidik, menasihat atau membentuk moral yang lebih baik di kalangan orang muda mahupun kanak-kanak. Pantun ini seringkali menggambarkan akibat sesuatu perkara buruk yang jika dilakukan akan mendatangkan impak terhadap seseorang. Pantun ini dijalankan atau disampaikan dalam situasi tidak formal tanpa mengambil kira masa dan tempat. Secara keseluruhannya, pantun budi yang ingin saya kupas amat mementingkan nilai budi.

Budi merupakan satu nilai sosiobudaya yang amat penting dalam

masyarakat melayu sehingga setiap anggota masyarakat diterapkan dengan nilai tersebut semenjak kecil lagi. Budi yang dimaksudkan adalah merangkumi budi bahasa, budi pekerti, dan berbudi. Budi juga dapat dibahagikan kepada dua jenis budi iaitu budi kepada manusia dan budi kepada alam. Bagi menyemai nilai budi bahasa agar tidak pupus ditelan zaman, masyarakat melayu dahulu cenderung untuk menghasilkan pelbagai jenis pantun budi yang berunsurkan nasihat dan teladan untuk disampaikan kepada pelbagai peringkat golongan khususnya golongan muda. Pengajaran melalui pantun adalah lebih elok dan dapat membuat kita berfikir dengan lebih mendalam lagi dan hasilnya tidaklah sekadar mencurah air ke daun keladi. Rangkap pertama pantun ini mengupas tentang falsafah mengenai nilai ketamakan. Sifat ketamakan merupakan sifat yang telah sebati dengan manusia dan

wujud sejak zaman adam dan hawa lagi. Menyentuh tentang pantun tersebut, dalam masyarakat melayu zaman dahulu, emas dilambangkan sebagai kekayaan yang hanya dimiliki oleh sesetengah golongan masyarakat sahaja.

Masyarakat yang memiliki

pangkat dan kekayaan sentiasa disanjung tinggi dan dipandang mulia. Pandangan dan penilaian masyarakat terhadap kekayaan yang mana harus dibanggakan masih lagi berkekalan sehingga sekarang.

Implikasinya, manusia alpa dengan segalanya

disebabkan terlalu taksub mengejar darjat dan harta. “Hilanglah bahasa kerana emas” memberi makna yang mendalam kepada kita di mana sesetengah orang sanggup melakukan hal-hal yang di luar batasan agama seperti mendurhaka kepada ibu bapa setelah berada dalam kemewahan. Budi bahasa bukan lagi menjadi kayu ukur terhadap seseorang kerana telah diganti oleh sifat tamak yang akhirnya merugikan diri. “Tak tampak budi kerana miskin” pula membawa makna golongan yang rendah darjatnya dan tidak berharta selalunya akan dipandang rendah biarpun memiliki nilai budi pekerti yang tinggi. Nilai budi hanya akan tampak sekiranya ada kekayaan. Kekayaan merupakan asas dalam kehidupan yang mencukupi untuk menonjolkan seseorang itu sempurna walaupun sebaliknya yang dimiliki oleh insan tersebut. Oleh itu, kita haruslah menjauhi sifat tamak. Seterusnya rangkap kedua pula cuba mengupas falsafah mengenai sikap materialistik. Sikap materialistik merupakan sikap yang sering wujud dalam kalangan masyarakat yakni mementingkan kebendaan. Walau bagaiamanapun, tidak semua insan yang sebegitu. “Saya tidak memandang emas” jelas menunjukkan masih ada lagi benda yang lebih dihargai selain kekayaan. Misalnya dalam masyarakat melayu dahulu lebih

mementingkan budi bahasa pihak sebelah sebelum hal lain dalam menentukan jodoh. Hal ini jelas menunjukkan betapa tingginya pandangan masyarakat dulu terhadap nilai budi bahasa. “Budi bahasa yang saya cari” pula secara terang-terangan memberitahu kita apa yang diinginkan adalah budi bahasa dan bukannya kebendaan.. Bagi mereka, kekayaan hanyalah melambang identiti seseorang dan boleh dicari namun untuk mencari insan yang berbudi bahasa amatlah sukar. Kekayaan hanyalah bersifat sementara sahaja. Oleh itu, jauhilah sikap materialistik dan semaikan nilai budi bahasa dalam diri Rangkap ketiga pula dikaitkan dengan falsafah keluhuran budi. Masyarakat Melayu dahulu sememangnya kaya dengan budi bahasa dan memiliki nilai kesantunan yang tinggi.

Hal ini dapat dibuktikan melalui amalan tunduk semasa berjalan di

hadapan orang tua dan perlakuan ini masih lagi berkekalan hingga sekarang. Seperti yang kita ketahui, masyarakat dahulu menjalankan pelbagai aktiviti seperti melombong emas untuk mengubah status kehidupan. Melakukan kerja tersebut adalah rumit namun demi

meningkatkan

taraf

kehidupan,

mereka

sanggup

bertungkus

lumus

mengerjakannya. Jelaslahlah bahawa kemewahan hidup adalah penting. Berbeza pula dengan insan yang memiliki budi bahasa yang tinggi di samping kemewahan hidup, mereka bukan sahaja akan dipandang mulia di dunia malah di akhirat nanti mereka juga akan dikenang. Budi bahasa adalah bernilai abadi sehingga menjadi kenangan masyarakat turun temurun.

Memag serasilah dengan pepatah

‘harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama’.

Seterusnya, rangkap keempat pula dikaitkan dengan falsafah kepercayaan. Kepercayaan adalah amat penting dalam masyarakat melayu di mana ianya terbahagi kepada kepercayaan kepada Tuhan, kepercayaan antara keluarga, kepercayaan antara sahabat dan kepercayaan antara masyarakat. Memberi kepercayaan kepada seseorang bukanlah mudah dan sekali kepercayaan tersebut dikhianati, insan tersebut akan dipandang serong dan segala kepercayaan terhadapnya akan luntur. Kepercayaan merupakan sesuatu yang amat bernilai sehingga ‘biarlah rosak dalam lipatan, jangan rosak kena pakai’ amat serasi dengan pepatah ‘biar pecah di perut, jangan pecah di mulut’. Sesebuah rahsia yang dipegang haruslah disimpan dengan cermat dan amanah. Dengan itu, kita akan dipercayai dan disenangi oleh orang ramai. Oleh yang demikian, tanamlah sikap memberi dan menerima kepercayaan dalam diri. Rangkap yang terakhir iaitu rangkap kelima pula mengaitkan falsafah dengan nilai kejujuran.

Masyarakat melayu dahulu amat menitikberatkan nilai kejujuran.

Kejujuran adalah aset yang penting dalam menentukan teguh dan kukuhnya sesebuah perhubungan.

Tanpa nilai kejujuran dalam diri, sesebuah hubungan akan menjadi

goyah. Manusia memiliki bentuk fizikal yang serupa namun yang membezakan antara seorang insan dengan insan yang lain adalah hati ataupun sikapnya.

Setiap insan

mempunyai sikap yang berbeza-beza dan sukar ditafsir. Terdapat pelbagai jenis sikap manusia yang samaada wujud secara lahiriah atau azali seperti sikap jahat, hipokrit, jujur dan sebagainya. Sikap-sikap tersebut sudah sebati dengan jiwa masyarakat sejak dahulu lagi.

Masyarakat melayu dahulu menganggap nilai kejujuran sebagai sesuatu yang amat penting. Kejujuran dalam sesebuah ikatan atau hubungan dan melambangkan kemampuan seseorang memberi komitmen yang tinggi dalam perhubungan. Perkara sebaliknya pula akan berlaku sekiranya insan tersebut tidak memiliki kejujuran dalam diri.

Masyarakat melayu bukan sahaja menitikberatkan nilai kejujuran dalam

perhubungan

malah

juga

dalam

menjalankan

aktiviti

perniagaan,

aktiviti

kemasyarakatan dan sebagainya. Oleh yang demikian, berusahalah untuk mengekalkan sikap yang baik ini sehingga ke akhir hayat. Kesimpulannya, berdasarkan pantun budi yang telah saya kupas, memang tidak dapat disangkal lagi bahawa setiap individu seharusnya menerapkan nilai-nilai budi bahasa dalam diri. Berbudi bahasa kepada orang lain bukan bermaksud kita inginkan balasan daripada mereka namun sebagai bukti kita mensyukuri kelebihan yang telah dianugerahkan Tuhan kepada kita yang mana hidup di dunia haruslah berbuat baik sesama sendiri. Dengan itu, kita akan dipandang sebagai insan yang mulia sama ada di dunia dan akhirat nanti.

BIBLIOGRAFI: Prof. Mohd.Taib Osman. 1979. Warisan Puisi Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka http://www.brunet.bn/news/pelita/18Okt/Sasbuday.htm

Related Documents

Pantun Budi
October 2019 48
Pantun Budi
October 2019 38
Pantun Budi
October 2019 46
Pantun Budi
October 2019 41
Pantun Budi
October 2019 41
Pantun Budi
May 2020 26

More Documents from ""

Pantun Budi
October 2019 46
Al-ghazali
October 2019 46
Nazam Ajal
October 2019 53
Al-kindi
October 2019 40
Tajus Salatin
October 2019 36
St-01-01
October 2019 48