Pantun Agama

  • Uploaded by: Nur Ain Mohd Amin
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pantun Agama as PDF for free.

More details

  • Words: 788
  • Pages: 6
FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU (JXEA 1104) PELAJAR SEMESTER 1 2008/2009 AKADEMI PENGAJIAN MELAYU ( APM) ROHANI BINTI ARIFEEN (JEA080115) TAJUK : karya melayu klasik (pantun agama)

NAMA PEnsYARAH: DR. AMRAN BIN MUHAMMAD

PENGENALAN Perkataan falsafah berasal daripada bahasa Greek (Yunani) iaitu “philo” yang bermaksud “cinta” dan “sophia” pula bermaksud “kebijaksanaan”.

Apabila

digabungkan kedua-duanya diertikan sebagai “cinta akan kebijaksanaan”. Dari sudut praktis pula falsafah adalah alam berfikir atau fikiran secara mendalam tentang hakikat sesuatu yang wujud. Menurut kamus Dewan Bahasa pula, falsafah boleh

diertikan sebagai pengetahuan tentang pengertian-pengertian yang dianggap sebagai ilmu yang tinggi atau sebagai dasar ilmu-ilmu yang lain. Bagi merungkapkan dengan lebih lanjut lagi kerja kursus ini, penulis telah memilih pantun keagamaan. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji makna atau falsafah di sebalik pantun tersebut.

Pantun ialah pengucapan kemelayuan.

Dalam pantun terkandung seluruh jiwa, seni, kebijaksanaan, budi bahasa, dan pandangan dunia Melayu. Rangkap-rangkap pantun juga merupakan hasil kegunaan dan peranannya dalam sesuatu fungsi atau sesuatu kegiatan sosial baik bersifat hiburan , pengajaran, pengisi acara sebuah majlis mahupun sebagai sebagai upacara ritual. Pantun berpantun merupakan perkara semulajadi atau fitrah kepada mereka yang pandai berpantun dalam masyarakat Melayu. Tradisi ini dapat dilihat dalam seni lagu dan seni tari. Selain itu pantun juga digunakan dalam pelbagai upacara Melayu seperti majlis peminangan, perkahwinan, dan sebagainya. Sehubungan dengan ini juga, pantun dijadikan satu elemen untuk menasihati, menberi petunjuk, menegur, dan juga mengkritik seseorang individu mahupun sesebuah masyarakat pada masa itu.

Makna atau falsafah yang terdapat disebalikpantun keagamaan ini adalah kepentingan kepada pegangan agama yang kuat. Kita sebagai manusia yang telah diciptakan di atas muka bumi ini seharusnya mentaati kepada setiap perintah Allah S.W.T. Dalam rangkap ini juga menyatakan bahawa kita sebagai hamba Allah S.W.T seharusnya menjadikan Allah S.W.T dan Nabi sebagai tempat untuk memohon petunjuk dan pertolongan agar kita menuju ke jalan yang diredhai oleh Allah S.W.T. Hal ini dapat kita lihat pada maksud pantun di rangkap yang pertama iaitu: Ambil galah kupaskan jantung, Orang Arab bergoreng kicap,

Kepada Allah tempat bergantung, Kepada Nabi tempat mengucap,

Sehubungan dengan ini juga, jika hidup di dunia kita mengikut setiap perintah yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T kita akan mendapat ganjaran atau pahala di atas setiap perbuatan dan amalan yang telah kita lakukan seterusnya dengan amalan yang cukup baik kita akan di tempatkan di syurga kelak. Namun sebaliknya jika kita meninggalkan perintahnya dan melakukan larangannya akan diberi balasan yang setimpal dengan perbuatan yang telah dilakukan.

Maksud ini dapat ditafsirkan

menerusi rangkap kedua dalam pantun ini iaitu:

Asam rumbia dibelah-belah, Buah separah di dalam raga, Dunia ikut firman Allah, Akhirat juga mendapat syurga,

Allah S.W.T amat berkuasa dan menguasai setiap benda yang wujud di atas muka bumi ini yang meliputi seluruh alam termasuk daratan mahupun lautan. Oleh itu, kita sebagai insan yang kerdil lagi hina seharusnya mentaati perintahnya dan meninggalkan larangannya dan bersyukur di atas nikmat yang telah diberikan oleh Allah S.W.T kepada kita dan menjaga segala yang telah dianugerahkan dengan baik. Makna ini dapat kita lihat pada rangkap ketiga iaitu: Belah buluh bersegi-segi, Buat mari serampang ikan, Kuasa Allah berbagai-bagai,

Lebih laut dan juga daratan,

Kehidupan di atas dunia ini hanyalah sementara sahaja, akhirat adalah tempat yang kekal buat selama-lamanya bagimanusia yang hidup di atas muka bumi ini. Tarikh atau masa berlakunya hari kiamat tidak ada sesiapun mengetahuinya, oleh itu kita sebagai hambanya mestilah menunaikan suruhannya dan menjauhi larangannya. Kehidupan di dunia yang sementara ini adalah merupakan ujian daripada Allah S.W.T untuk menguji keimamanandan ketakwaan hambanya melalui pelbagai dugaan dan cabaran dalam kehidupan seharian umatnya. Tafsiran ini terdapat dalam rangkap yang keempat dalam pantun keagamaan iaitu : Buah ini buah berangan, Masak dibungkus sapu tangan, Dunia ini pinjam-pinjaman, Akhirat kelak kampung halaman,

Kita sebagai hamba Allah S.W.T di dunia ini semestinya atau seharusnya menunaikan dan mengerjakan segala kewajiban yang telah ditetapkan, salah satu daripadanya adalah menunaikan solat lima kali sehari. Jika kita meninggalkan solat ibu bapa sebagai pembimbing dan ketua dalam sesebuah institusi keluarga akan memarahi kita dengan niat untuk mengajar anak-anak mereka supaya tidak meninggalkan solat. Delima batu dipenggal-penggal, Bawa galah ke Tanah Merah, Lima waktu kalau ditinggal, Ibu bapa pasti marah,

Kesimpulannya, pantun adalah karya agung Melayu yang merupakan nilainilai hidup dan sosial masyarakat Melayu.

Keagungan itu bukan sahaja dalam

falsafah, pegangan, tema dan maksud yang disampaikan, tetapi juga dalam rangkap kata-kata yang menjadi wadah nilai dan tanggapan itu. Kata-katanya padat, bernas, tepat dan berkesan tujuannya untuk mendidik, membimbing dan juga menghiburkan para pendengar yang mendengarnya. Masyarakat Melayu dahulu kala menjadikan pantun sebagai adat istiadat mereka yang telah diamalkan sejak turun-temurun lagi.

Bibliografi Adnan Abd.majib. 2003. Sastera Melayu Tradisional. Selangor Harun Mat Piah. 2001. Pantun Melayu Tradisi M. Jasni Majed. 2004. Mutiara Sastera Melayu Tradisional. Selangor Mohd Yusof Md.Nor, Dr. Abd. Rahman Kaeh. 1985. Puisi Melayu Tradisional.

Zulkafli Baharuddin. 2008. Milenia Muslim

Related Documents

Pantun Agama
October 2019 27
Pantun Agama
October 2019 51
Pantun Agama
October 2019 41
Pantun Agama
October 2019 25
Pantun Budi Dan Agama
October 2019 60
Pantun Agama Dan Pengajaran
October 2019 45

More Documents from "Nur Ain Mohd Amin"

Pantun Budi
October 2019 46
Al-ghazali
October 2019 46
Nazam Ajal
October 2019 53
Al-kindi
October 2019 40
Tajus Salatin
October 2019 36
St-01-01
October 2019 48