Pantun Agama

  • Uploaded by: Nur Ain Mohd Amin
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pantun Agama as PDF for free.

More details

  • Words: 1,444
  • Pages: 11
ASSIGNMENT FALSAFAH JXEA1104

PANTUN AGAMA NAMA : NORAINI SAHAINI NOMBOR MATRIK : JEA080083 PENSYARAH : DR. AMRAN MUHAMMAD

PENGENALAN PANTUN Pantun adalah sejenis puisi tradisional melayu yang wujud sejak zaman-berzaman. Menurut Kamus Dewan edisi keempat muka surat 1137, pantun bermaksud puisi lama yang terdiri daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap( dua baris pertama merupakan pembayang manakala dua baris terakhir mengandungi maksudnya ). Pantun juga seperti yang kita tahu merupakan suatu pengucapan kemelayuan. Di dalamnya terkandung seluruh jiwa, seni, kebijaksanaan, budi bahasa dan pandangan dunia islam. Di dalam pantun juga terdapat umpama dan seperti sebagai makna kepada sesebuah pantun. Selain itu, di dalam pantun juga terdapat bicara dan mainan.Di dalamnya sarat dengan kias dan makna, kasih sayang, seloka dan jenaka, pepatah dan perumpamaannya, nasihat dan tunjuk ajar, ratapan dan derita rindu. Pantun turut memiliki dua bahagian iaitu pembayang dan maksud. Kedua-duanya ibarat dua struktur yang saling melengkapi, lahir dan batin, luar dan dalam, tertaut menjadi satu menjadi pantun. Ianya juga boleh dikategorikan sebagai sampiran dan isi yang tertaut secara integratif sehingga menjadi suatu pengucapan yang sangat indah. Pantn turut memenuhi fungsi dan peranannya disamping terungkap dengan indahnya dalam ritual dan acara kehidupan manusia seperti pelantikan pemimpin, lazim digunakan dalam pelbagai

persembahan kesenian melayu seperti lagunya, lagu melayu asli,

dondang sayang, dikir barat, boria, mendu dan bangsawan. Kehalusan yang ada pada pantun melambangkan perwatakan, sahsiah, keturunan, pendidikan, bendasari, moraliti dan etika melayu. Lambang tersebut selaras dengan sifat yang amat diutamakan oleh orang melayu.

PENGENALAN PANTUN AGAMA Pantun agama merupakan sebuah pantun yang berunsurkan keagamaan. Dalam pantun agama terselit unsur-unsur nasihat serta pengajaran yang berguna bagi di jadikan panduan kepada seluruh genap masyarakat. Pantun agama dapat membentuk serta membina nilainilai murni dalam diri seseorang kerana di dalamnya terkandung makna-makna tersirat dan dapat dijadikan pedoman.Jika kita kaji dari aspek semantik,tidak dapat dinafikan pantun agama memang terdapat 1001 pengajaran yang berguna kerana melalui pantun tersebut sekali gus dapat mendidik dan mengajar kita berkaitan ilmu samaada ilmu dunia atau akhirat.

PANTUN AGAMA Sungguh indah pintu dipahat, Burung puyuh di atas dahan, Kalau hidup hendak selamat, Taat sellau perintah Allah. Halia ini tanam-tanaman, Ke Barat juga akan rebahnya, Dunia ini pinjam-pinjaman, Ke akhirat juga akan sudahnya. Belatuk di atas dahan, Terbang pergi ke lain pokok, Hidup mati di tangan Tuhan Kepada Allah kita memohon. Ramai orang menggali perigi, Ambil buluh lalu diikat, Ilmu dicari takkan rugi, Buat bekalan dunia akhirat. Pak Kulup anak juragan, Mati diracun muntahkan darah, Hidup di dunia banyak dugaan, Kepada Allah kita berserah. Letak bunga di atas dulang, Sisipkan daun hiasan tepinya, Banyak berdoa selepas sembahyang, Mohon diampun dosa di dunia.

Inderagiri pasirnya lumat, Kepah bercampur dengan lokan, Sedangkan Nabi kasihkan umatnya, Inikan pula seorang insan. Kulit lembu celup samak, Mari buat tapak kasut, Harta dunia janganlah tamak, Kalau mati tidak diikut.

FALSAFAH PANTUN AGAMA Sungguh indah pintu dipahat, Burung puyuh di atas dahan, Kalau hidup hendak selamat, Taat selalu perintah Tuhan. Dari sudut falsafah, rangkap ini berkisarkan tentang setiap umat manusia akan diberikan ganjaran oleh Allah S.W.T di akhirat kelak. Allah telah menjanjikan ganjaran syurga dan pahala bagi umatnya yang selalu taat, setia dan patuh kepada suruhan serta perintah-Nya. Pintu dipahat yang terdapat dalam pembayang menggambarkan keindahan dan kecantikkan seni ukiran yang dibuat sama seperti keindahan yang terdapat di syurga. Keindahan flora dan fauna turut digambarkan pada pembayang burung puyuh di atas dahan. Segala keindahan tersebut merupakan antara ganjaran yang Allah berikan kepada umat manusia yang taat kepada perintah-Nya seperti mendirikan solat, bersedekah dan amar makruf nahi munkar.Segala-galanya Allah telah janjikan pahala dan ganjaran asalkan manusia tidak alpa dengan perintah-Nya. Halia ini tanam-tanaman, Ke barat juga akan rebahnya, Dunia ini pinjam-pinjaman, Ke akhirat juga akan sudahnya. Seperti yang kita ketahui, kehidupan di dunia hanyalah sementara. Kehidupan di akhirat adalah kehidupan yang kekal abadi. Melalui pantun di atas, setiap makhluk yang hidup di muka bumi pasti akan kembali kepada penciptanya. Begitu juga dengan tumbuhtumbuhan yang digambarkan pada pembayang pantun di atas yang akhirnya akan mati bila tiba waktunya. Manusia tidak harus lalai dan leka terhadap keseronokan di dunia. Segala nikmat yang Allah berikan seharusnya dimanfaatkan dengan sebaik mungkin kerana semuanya hanya pinjaman semata-mata. Sekiranya nikmat yang diberikan disalahgunakan, Allah boleh menarik balik pada bila-bila masa sahaja. Contoh yang kita

dapat lihat daripada peristiwa tsunami yang berlaku pada tahun 2004 di Acheh. Ramai yang terkorban kerana masyarakat taksub terhadap keseronokan dunia dan mengabaikan akhirat. Belatuk di atas dahan, Terbang pergi ke lain pokok, Hidup mati di tangan Tuhan, Kepada Allah kita bermohon. Rangkap ini menerangkan setiap manusia yang hidup pasti akan mati. Allah yang menentukan hidup mati seseorang. Sebagai seorang hamba yang kerdil, hanya Allah tempat untuk bermohon pertolongan dikala suka atau duka umpama

belatuk yang

terdapat dalam pembayang di atas yang menjadikan dahan pokok sebagai tempat untuk bergantung hidup. Pokok menjadi tempat untuk keperluan asas kepada belatuk misalnya membuat tempat tinggal. Begitu juga dengan manusia yang menjadikan Allah sebagai tempat untuk bergantung.

Ramai orang menggali perigi, Ambil buluh lalu diikat, Ilmu di cari tidak akan rugi, Buat bekalan dunia akhirat. Pantun di atas menerangkap kepentingan ilmu kepada manusia kerana ia boleh menjadi bekalan hidup di dunia wal alkhirat. Bak kata pepatah “ Tuntutlah ilmu biarlah hingga ke liang lahad “. Hal ini menunjukkan menuntut ilmu itu wajib menurut Islam. Melalui ilmu manusia dapat membezakan baik dan buruk sesuatu perkara umpama pembayang pantun di atas iaitu ramai orang menggali perigi yang membawa maksud perigi yang digali memberikan banyak kegunaan kepada manusia sekiranya berlaku

darurat seperti kekurangan air. Begitu juga dengan manusia. Sekiranya ilmu tidak dituntut, mereka tergolong dalam golongan orang-orang yang rugi kerana ilmu merupakan cahaya kepada kegelapan. Begitu juga yang dimaksudkan pada pembayang kedua iaitu ambil buluh lalu diikat. Ini bermaksud semakin banyak ilmu yang diperoleh di dunia menjamin kehidupan seseorang di akhirat. Pak Kulup anak juragan, Mati diracun muntahkan darah, Hidup di dunia banyak dugaan, Kepada Allah kita berserah. Kehidupan di dunia tidak akan lari dari dugaan. Allah tidak akan menguji umatNya di luar kemampuan mereka. Jika doa dimakbulkan, tanda Allah menyayangi hambaNya. Jika doa lambat dimakbulkan tanda Allah ingin menguji hamba-Nya. Jika doa tidak dimakbulkan tanda Allah merancang yang terbaik untuk hamba-Nya. Sebagai manusia, kita hendaklah sabar dengan segala dugaan yang diturunkan oleh Allah kerana Allah menurunkan dugaan tersebut tanpa mengira sesiapa sahaja. Begitulah yang digambarkan pada pembayang pantung di atas. Allah tidak mengira setinggi mana darjat seseorang sekiranya Allah ingin menguji hamba-Nya.

Letakkan bunga di atas dulang, Sisipkan daun hiasan tepinya, Banyak berdoa selepas sembahyang, Mohon diampun dosa di dunia.

Dari sudut falsafah yang terdapat pada rangkap ini, sembahyang merupakan salah satu daripada rukun Islam yang wajib dilaksanakan oleh setiap umat Islam. Sembahyang merupakan tiang agama. Setiap umat digalakkan berdoa selepas selesai menunaikan solat bagi memohon keampunan kepada Allah di atas dosa-dosa yang lalu. Melalui pembayang

“ letakkan bunga di atas dulang, sisipkan daun hiasan tepinya “ yang memberi maksud untuk mencantikkan dan memperindahkan dulang tersebut perlulah ditambah hiasan di tepinya. Begitu juga dengan manusia perlulah menghiasi diri dengan beramal ibadah kepada Allah sebagai persiapan untuk berjumpa penciptanya di akhirat kelak. Hiasilah diri dengan ketakwaan bagi mengukuhkan lagi cahaya keimanan dalam diri. Contohnya dengan menunaikan sembahyang.

Inderagiri pasirnya lumat, Kepah bercampur dengan lokan, Sedangkan nabi kasihkan umatnya, Inikan pula seorang insan.

Islam menggalakkan umatnya mengamalkan sikap saling kasih mengasihi dan hormat menghormati di antara satu sama lain tanpa mengira pangkat dan darjat. Sedangkan Nabi yang mempunyai darjat yang tinggi di sisi Allah berbanding manusia biasa, tetapi mempunyai sikap penyayang terhadap umatnya tanpa mengira agama, usia dan harta. Contoh terdekat yang kita dapat lihat ialah Rasulullah S.A.W. Baginda tetap memberikan layanan yang sama terhadap umatnya dengan adil dan saksama. Sikap terpuji yang ada pada Baginda menyebabkan Baginda disenangi oleh seluruh pelusuk masyarakat. Pembayang pada rangkap tersebut iaitu “ Inderagiri pasirnya lumat, Kepah bercampur dengan lokan “ bermaksud biarpun kepah dan lokan berbeza dari segi rasa dan habitatnya, namun kedua-duanya merupakan spesis yang sama. Begitu juga di antara Nabi dan manusia. Keduanya merupakan makhluk ciptaan Tuhan tetapi mempunyai peranan yang berbeza dan mempunyai tanggungjawab masing-masing.

Kulit lembu celup samak, Mari buat tapak kasut, Harta dunia janganlah tamak, Kalau mati tidak diikut.

Menurut sudut falsafah dalam rangkap ini berkisarkan tentang harta benda yang tidak boleh dibawa mati. Hanya amal ibadat yang dijadikan ukuran. Oleh sebab itu, manusia janganlah terlalu ghairah mengejar kebendaan yang hanya pinjaman daripada Allah. Gunakan harta yang telah dikurniakan Allah dengan tujuan yang baik dan tidak disalahgunakan. Contohnya gunakan harta tersebut untuk tujuan kebajikan iaitu memberi derma misalnya menderma kepada rumah-rumah kebajikan. Sebagai manusia kita tidak boleh tamak dengan kekayaan yang ada di dunia kerana bila-bila masa sahaja Allah boleh menarik balik nikmat tersebut.

BIBLIOGRAFI 1. http://penyair.wordpress.com/category/koleksi.pantun.melayu/ 2. 2005, Kamus Dewan Edisi Ke Empat.Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustaka. 3. Mentifak melayu-Buku nota tamadun melayu

Related Documents

Pantun Agama
October 2019 27
Pantun Agama
October 2019 51
Pantun Agama
October 2019 41
Pantun Agama
October 2019 25
Pantun Budi Dan Agama
October 2019 60
Pantun Agama Dan Pengajaran
October 2019 45

More Documents from "Nur Ain Mohd Amin"

Pantun Budi
October 2019 46
Al-ghazali
October 2019 46
Nazam Ajal
October 2019 53
Al-kindi
October 2019 40
Tajus Salatin
October 2019 36
St-01-01
October 2019 48