FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU JXEA1104 KARYA KLASIK : PANTUN AGAMA NURUL NALYA BINTI ABD GHANI JEA080108 PROF DR. AMRAN BIN MOHAMMAD SEM 1SESI 2008/2009 AKADEMI PENGAJIAN MELAYU UNIVERSITI MALAYA
PANTUN AGAMA Sungguh indah pintu dipahat Burung puyuh di atas dahan Kalau hidup hendak selamat Taat selalu perintah Tuhan Halia ini tanam-tanaman Ke barat juga akan rebahnya Dunia ini pinjam-pinjaman Ke akhirat juga akan sudahnya Redup bulan nampak nak hujan Pasang pelita sampai berjelaga Hidup mati di tangan tuhan Tiada siapa dapat menduga Encik Borhan seorang petani Terkemut-kemut bila meniti Tinggalkan sembahyang terlalu berani Seperti tubuhnya takkan mati Sayang-sayang buah kepayang Buah kepayang hendak dimakan Manusia hanya merancang Kuasa Allah menentukan
PENGENALAN Pantun ialah pengucapan kemelayuan. Dalam pantun terkandung seluruh jiwa, seni, kebijaksanaan, budi bahasa, dan pandangan dunia Melayu. Pantun ialah warisan orang Melayu.
Dalam pantun juga terkandung umpama atau seperti yang juga
merupakan makna pantun. Selain itu, pantun ada bicara dan mainan. Pantun Melayu sarat dengan kias dan makna.
Kasih sayang, seloka dan jenaka, pepatah dan
perumpamaan, nasihat dan tunjuk ajar, ratapan, derita dan rindu, yang merupakan sebahagiaan daripada pengucapan lahir batin Melayu. Pantun memiliki dua bahagian utama iaitu pembayang dan maksud, atau, sampiran dan isi; tetapi kedua-dua bahagian tersebut sama secara integratif sehingga menjadi pengucapan yang indah. Dua bahagian tersebut ibarat dua struktur yang saling melengkapi, zahir dan batin, luar dan dalam, tertaut menjadi satu, menjadi pantun.
Pantun agama ialah pantun yang mengandungi
aqidah, hukum, dan keimanan kepada Allah.
Pantun agama menerangkan tentang
ketuhanan, pahala, dosa, akhirat, hidup, mati, dan lain-lain lagi. Pantun ini juga menyeru umat Islam supaya taat dan sentiasa melakukan perkara yang disuruh oleh Allah dan meninggal segala laranganNya. Selain itu, pantun ini memberitahu umat Islam tentang setiap perbuatan yang dilakukan akan mendapat balasan sama ada baik atau buruk. Pantun agama mengandungi pembayang dani maksud yang berunsur agama dan juuga unsur alam.
Pantun ini mempunyai fungsi dan peranan menyebarkan Islam dalam
kehidupan umat Islam.
Sungguh indah pintu dipahat Burung puyuh di atas dahan Kalau hidup hendak selamat Taat selalu perintah Tuhan Rangkap pertama menerangkan sungguh indah pintu dipahat itu bermakna seseorang umat Islam yang kuat ketaatannya kepada Allah akan merasa bahagia dan mendapat keberkatan daripada Allah. Ketaatan indahnya pintu dipahat itu juga beerti pintu yang boleh berdiri teguh kerana pahatannya yang kuat. Indahnya pintu dipahat itu menerangkan keimanan seseorang umat Islam yang teguh kepada Allah S.W.T. keindahan pintu yang dipahat itu boleh nampak kekuatannya, tetapi keimanan kepada Allah tidak nampak. Keimanan terletak didalam hati dan hanya Allah metahuinya. Burung puyuh di atas dahan bermaksud setiap umat Islam perlu berada dijalan Allah dan setiap umat Islam perlu sentiasa taat kepada perintah Allah. Hidup umat Islam akan selamat selagi beriman kepada Allah.
Falsafah praktis iaitu amalan berkait dengan
ketaatan kepada Allah. Halia ini tanam-tanaman Ke barat juga akan rebahnya Dunia ini pinjam-pinjaman Ke akhirat juga akan sudahnya Halia ini tanam-tanaman dan dunia ini pinjam-pinjaman bermaksud halia dan dunia akan musnah kerana segala yang diciptakan oleh Allah tidak kekal dan dan bersifat sementara. Halia yang ditanam akan mati dan segala yang berada di dalam dunia akan musnah. Selain itu ke barat juga akan rebahnya dan ke akhirat juga akan sudahnya. Setiap makhluk, benda apa-apa pun akan kembali ke satu alam iaitu akhirat.
Ini boleh dikaitkan dengan falsafah transisdentel iaitu merentasi alam nyata atau alam deria yang tidak tercakap oleh hukum alam tabii, seperti Tuhan, akhirat.
Redup bulan nampak nak hujan Pasang pelita sampai berjelaga Hidup mati di tangan tuhan Tiada siapa dapat menduga Rangkap ketiga menerangkan maksud redup bulan nampak nak hujan ialah sesuatu perkara yang hendak berlaku mesti ada petndanya. Contohnya bulan yang redup menandakan hujan akan turun. Pasang pelita sanpai berjelaga bermakna hidup manusia ada peraturannya. Hidup dan mati manusia tidak dapat diduga kerana segalanya hanya Allah yang menentukan. Setiap manusia tidak tahu ajalnya bila akan tiba dan Allah sahaja yang mengetahuinya serta Allah yang telah menentukan takdir untuk setiap manusia sejak azali lagi. Selain itu, Allah mekehendaki apa yang Dia kehendaki iaitu akan terjadi sesuatu itu atas kemahuannya. Contoh bayi yang baru lahir dalam tempoh sehari boleh mati dengan kehendakNya tidak lebih atau kurang walaupun sesaat.
Encik Borhan seorang petani Terkemut-kemut bila meniti Tinggalkan sembahyang terlalu berani Seperti tubuhnya takkan mati Seterusnya makna Encik Borhan seorang kerani ialah dia seorang yang berani walaupun melakukan perkara yang salah. Dia terkemut-kemut bila meniti seolah-olah tubuhnya senang meniti atau tidak kena penyiksaan.
Encik Borhan berani dalam
meninggalkan sembahyang seolah-olah dia tidak akan dapat pembalasan di akhirat.
Tambahan lagi dia seperti tidak menpedulikan siksa yang akan dia tanggung dan baginya keseronokkan di dunia yang sementara ini yang lebih penting. Baginya sembahyang itu tidak bermakna dan dia tidak takut dengan pembalasan yang akan diterimanya kerana tidak menunaikan solat yang menjadi tiang agama bagi dirinya khususnya umat Islam dan menjadi kewajipannya sebagai orang Islam.
Sayang-sayang buah kepayang Buah kepayang hendak dimakan Manusia hanya merancang Kuasa Allah menentukan Rangkap kelima mengupaskan mengenai sayang-sayang buah kepayang iaitu maksudnya walaupun manusia cuba merancang atau menentukan sesuatu seperti manusia suka akan buah kepayang tetapi kuasa Allah yang menentukan segalanya. Selain itu, buah kepayang hendak dimakan seperti manusia yang mahu makan buah kepayang tetapi hanya Allah yang berhak atas manusia yang diciptanya. Manusia boleh merancang berbagai perkara dan berharap akan terlaksana seperti mana yang dirancang waalaupun mengetahui yang menentukan takdir hanyalah Allah S.W.T. kuasa Allah tiada siapa hanyalah hambanya. Seterusnya makna manusia berada di Pulau Jawa ialah setiap umat Islam di tempat mana dia berada sekalipun, Allah sentiasa berada bersama-sama dengan umat Islam itu. Maksud Maha Berkuasa jangan dilupa ialah setiap umat Islam harus mengingati Allah dan tidak lupa kepada Allah kerana Allah sahajalah yang mencipta dan .memberi rezeki.
Selain itu, setiap umat Islam perlu berhati-hati dalam melakukan
tindakan kerana Allah akan memberi balasan terhadap setiap tindakan.
KESIMPULAN
Karya klasik ialah karya yang tidak diketahui kewujudan kerana karya klasik hidup bersama-sama orang melayu kerana tiada pencipta yang khusus. Karya klasik juga boleh disampai dari mulut ke mulut dalam bentuk lisan.
Falsafah mengandungi
gabungan dua perkataan iaitu “philo” bermaksud “cinta” dan “sophia” bermaksud “kebijaksanaan”. Oleh itu falsafah boleh diertikan sebagai “cinta akan kebijaksanan”. Plato memberi takrif falsafah dengan menegaskan “falsafah meneliti hakikat yang mendasari sesuatu benda atau perkara da sebalik sifat luarannya: iaitu apa sebenarnya yang menjadi asas dan inti pati pembentukkan sesuatu benda atau perkara; apa asanya, apa asensi, apa zatnya”. Falsafah dimasukkan ke dalam karya untuk mengetahui maksud disebalik sesebuah pantun kerana di dalam pantun terdapat maksud yang tidak mendalam. Selain itu, falsafah metasains ialah berfikir lebih tinggi dan berfikir yang disebaliknya iaitu berfikir pada tahap kedua. Falsafah sesuai dalam semua karya kerana falsafah meliputi semua bidang ilmu. Falsafah dapat mengupas sesebuah karya terutamanya pantun dengan lebih terperinci. Kebaikkan pantun ialah melambangkan dan meninggikan jati diri orang Melayu. Keadaan pantun pada sekarang menggunakan gaya bahasa yang mudah difahami dan unsure yang digunakan semakin moden seperti bangunan, computer dan sebagainya. Pantun masih dicipta tetapi penggunaannya semakin kurang.
BIBLIOGRAFI Hashim Bin Haji Musa. 2001. Falsafah, Logik, Teori Nilai Dan Etika Melayu. Akademi Pengajian Melayu.. . Awang Sariyan. 2007. Falsafah dan Logika Melayu. Akademi Pengajian Melayu. Fajar Bakti http://melasayang.4t.com/pantun.htm