UNIVERSITI MALAYA
FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU (JXEA 1103) PELAJAR SEMESTER 1 2008/2009 AKADEMI PENGAJIAN MELAYU ( APM) NOR DIANA BINTI ABDULLAH (JEA080070) TAJUK : kupasan falsafah dalam PANTUN AGAMA DAN PENGAJARAN
NAMA PESYARAH: DR AMRAN BIN muhammad
Sirih berlipat sirih pinang Sirih dari pulau mutiara Pemanis kata selamat datang
Awal bismillah pembuka bicara Anak siamang di pohon duri Anak buaya berenang-renang Jika malang menimpa diri Bawalah tertawa supaya senang hati Bawa aksin terlalu indah Ombak bersusun berlari-lari Jika berkata yang tidak berfaedah Terlebih baik mendiamkan diri Bintang tujuh sinar berseri Bulan purnama datang menerpa Ajaran hendaklah di cari Mana yang dapat janganlah di lupa
Anak ayam turunlah enam Mati satu tinggal lima Supaya kita janganlah jahanam Baik tuntut pada ulamak
Pendahuluan Asal dan makna pantun telah di bincangkan oleh para serjana terdahulu,contohnya Brandstetter,Winstedt,Ophuijsen dan Djajadiningrat. Menurut Brindstetter,kata pantun pada Pantun Sunda adalah kata akar dari “Tun” yang terdapat juga dalam bahasa Pampanga. “tuntun” yang bererti teratur dan “matuntun” bererti memimpin. Dalam Bahasa Minangkabau, “panuntun”
ialah sejenis sastera lisan yang
disampaikan untuk memberi tuntutan dan panduan kepada anggota masyarakat.Ringkasnya semua pendapat itu merujuk makna pantun kepada suatu yang teratur yang lurus dan baik secara konkrit mahupun abtrak.
Disamping itu mempunyai fungsi tertentu dalam kehidupan masyarakat seperti genre puisi melayu tradisional lain.Pada zaman dahulu, pantun dijadikan sebagai hiburan. Ia masih wujud sehingga sekarang. Khususnya di Melaka, pantun menjadi satu tradisi.Contohnya dalam persembahan dondang sayang dan bongai. Selain hiburan dan pengajaran pantun juga terdapat dalam kegiatan-kegiatan berbentuk ritual,upacara,malah mentera untuk pengubatan diri.Ulit Mayang salah satu contoh dalam penggunaan pantun dalam ritual untuk memanggil semangat yang dipercayai dapat menyembuhkan penyakit. Disamping itu,pantun juga sarat dengan nilai-nilai murni yang dianggap baik oleh masyarakat, ini termasuklah nilai budi, nilai ilmu, nilai seni dan sebagainya.Unsur-unsur ini dianggap sebagai sebahagian daripada ciri-ciri estetika pantun.
Patun yang saya ambil adalah pantun agama dan pengajaran untuk di kupas dalam konteks falsafah. Makna di sebalik pantun pada rangkap pertama
iaitu
“awal
ringkasan
daripada
bermaksud
dengan
bismillah
pembuka
perkataan nama
ALLAH
bicara”.
“bismillah Yang
Maha
Bismillah
adalah
hirrahmanirrahim”yang Pemurah
lagi
Maha
Penyayang. Bismillah sering di ucapkan dengan tujuan memuji tuhan pencipta sekalian alam. Dalam agama islam bismillah sering diucapkan bukan sahaja sewaktu hendak membaca Al-Quran malah setiap kali ingin membuat sesuatu pekerjaan digalakkan membaca bismillah. Ini bertujuan untuk memperoleh keberkatan daripada ALLAH S.W.T dalam setiap perbuatan yang kita lakukan. Jika dihayati, membaca bismillah mempunyai berbagai kelebihan, antaranya ialah seperti sabda nabi Muhammad S.A.W “Apabila hamba yang mengucap BISMILLAHIRRAHMANIRRAHM kecuali hancur-leburlah
syaitan seperti hancurnya timah di atas api” . Hal ini menunjukkan betapa besarnya kelebihan bismillah itu. Ia dapat mnghancurkan iblis atau syaitan yang sentiasa mengganggu anak-anak adam di muka bumi ini. Kerana itu, kita perlu selalu membaca membaca bismillah agar diri kita terhindar dari gangguan dan hasutan syaitan yang sentiasa mencari peluang untuk menyesatkan manusia agar mengingkari perintah ALLAH. Selain itu amalan membaca bismillah juga dapat menenangkan jiwa serta dimurahkan rezeki oleh ALLAH kepada sesiapa yang mengamalkan bismillah dengan penuh yakin.disamping itu, ALLAH akan mengampunkan dosa-dosa kecil yang dilakukan oleh hambanya yang mengamalkan bacaan bismillah, sebagaimana sabda nabi Muhammad S.A.W lagi “Barang siapa yang mengucapkan bismillahirrahmnirrahim maka ALLAH akan mengampunkan dosanya disepanjang hari”.
Makna tersirat atau falsafah yang terdapat dalam rangkap kedua adalah sabar, ini kerana rangkap itu berbunyi “jika malang menimpa diri bawalah tertawa supaya senang hati”Ia boleh di kaitkan dengan sifat sabar.sabar atau sabr dalam bahasa arab ialah nomen antionis bermaksud menahan atau mengikat.dalam Al-Quran,sabar dikait dengan ketabahan, kecekalan,menahan dan menyerah serta menerima nasib. Dalam pada itu,sabar juga disebut dalam bentuk nagetif.maka sabar merupakan ketahanan rohani dan jasmani untuk melaksanakan perintah ALLAH SWT dan meninggalkan segala larangannya.
Sebagai muslim kita digalakkan menanam sifat sabar di dalam diri setiap individu. Dalam Al-Quran juga telah menyebut tentang kepentingan sifat sabar lebih tujuh puluh kali. ini menunjukkan peri pentingnya sifat sabar dalam kehidupan manusia amnya. Kita perlulah cekal dan tabah menempuh ujian yang diberikan serta sentiasa optimis. Kita tidak boleh bersikap pesimis dengan menyalahkan takdir. Disamping itu, perlu bersikap berani dalam menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran dengan hati yang terbuka. Contoh terbaik iaitu Nabi kita Muhammad S.W.A dalam mengharungi cabaran getir sebagai seorang rasul, namun baginda tidak pernah mengeluh apalagi berputus asa dalam menegakkan agama islam di muka bumi.
Huraian dari sudut falsafah yang terkandung dalam rangkap ketiga iaitu amalan berdiam diri lebih baik dari bercakap kosong yang langsung tidak mendatangkan faedah. Amalan tersebut hanya membuang masa sahaja,sedangkan masa itu suatu yang berharga. Masa sering dikaitkan dengan emas.sesungguhnya emas itu amat bernilai.Kita telah sedia maklum bahawa bercakap kosong itu tidak berfaedah namun kita tetap melakukannya, sebagaimana sabda nabi “hikmah diam itu adalah bijaksana tetapi sedikit orang yang melakukannya”.
Diam merupakan amalan yang baik kerana,jika kita terlebih cakap kemungkinan kata-kata itu menjadi umpatan. Sesungguhnya mengumpat itu merupakan perbuatan yang keji dan tercela. Paling di risaukan jika bercakap banyak akan terjadinya fitnah, itu yang lebih menakutkan,
kerana fitnah itu itu amat merbahaya. Nabi juga pernah bersabda perkara yang paling ditakuti adalah finah, sesungguhnya fitnah lebih buruk dari membunuh.
Tetapi berbeza bagi orang alim, kata-kata mereka penuh dengan hikmah.
Mereka
digalakkan
bercakap, kerana
mereka orang yang
mempunyai ilmu yang tinggi dan nasihat mereka akan lebih mudah diterima. Bagi orang yang jahil pula mereka perlu lebih banyak mendiamkan diri.Orang yang bercakap tanpa ilmu merupakan omongan kosong sahaja. Maka dengan itu mereka digalakkan diam daripada bercakap benda-benda yang tidak mendatangkan sebarang faedah. Sebagaimana sabda nabi “diamnya orang alim itu tercela sedang bicaranya merupakan hiasan. Bicaranya orang bodoh itu tercela sedang diamnya merupakan hiasan”. Setiap orang itu perlu menjaga tutur katanya agar tidak bercakap perkara-perkara yang akan membawa kepada keburukan dan kecelaan.
Pada rangkap seterusnya tetang kepentingan menuntut ilmu serta tidak melupakan ilmu yang dituntut itu. Maksud pantun tersebut ialah kepentingan menuntut ilmu samada ilmu dunia mahupun ilmu akhirat. Hal ini kerana ilmu keduanya amat penting untuk menyeimbangkan dan memperoleh kesempurnaan dunia dan akhirat.
Ilmu itu pelita hidup,tanpa ilmu kita seolah-olah berada dalam kegelapan,kerana itulah kita sebagai umat islam diwajibkan menutut ilmu. Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud menuntut ilmu itu wajib bagi setiap muslim lelaki dan perempuan. Dengan ilmu juga kita boleh mengubahdan meningkatkan taraf hidup kita
agar menjadi lebih
baik.
Namun begitu, ilmu itu perlulah diamalkan agar tidak lupa. Ilmu Jika tidak diamalkan atau tidak diajar kepada orang lain lama-kelamaan ilmu itu akan hilang. Jika kita mengajar sesuatu ilmu itu kepada orang lain maka ilmu itu akan berkembang
menjadi warisan dari jenerasi
ke
jenerasi. Malah tanpa ilmu diri kita tidak akan mencapai satu tahap ketamadunan yang tinggi. Tiada penciptaan teknologi-teknologi canggih seperti yang kita lihat pada zaman sekarang. Pendek kata semua yang kita lakukan harus mempunyai ilmu dan ilmu itu merupakan satu elemen penting dalam kehidupan dan ia perlu dituntut sejak dari kecil sehinggalah henbusan nafas yang terakhir. Sebagaimana hadis Rasulullah yang bermaksud “ tuntutlah ilmu itu dari dalam buaian hinggalah ke liang lahat”. Ini menunjukkan betapa pentingnya ilmu kepada manusia.
Makna yang terdapat pada rangkap terakhir pula tentang saranan menuntut ilmu daripada orang yang lebih alim ataupun yang lebih arif.Maknanya,dengan memperoleh ilmu dari orang yang alim yang bertauliah kita tidak akan terpesong dari ajaran sebenar.Tetapi jika kita
menuntut ilmu dari orang yang jahil,besar kemungkinan kita akan terpesong dengan ajaran sesat yang diajar kepada kita.
Oleh kerena itu pantun tersebut dicipta untuk mengingatkan kita akan hal demikian agar kita tidak terjerumus dengan ajaran-ajaran sesat dan tidak terpesong dari ajaran yang sebenar.Ajaran-ajaran sesat ini bertujuan untuk memesongkan akidah umat islam yang kian rapuh. Kebanyakkan orang yang mahu berjinak-jinak dengan ilmu agama cotohnya, mereka akan lebih mudah terikut-terikut.
Pada zaman dahulu para ulamak menjadi sumber rujukan. Mereka disanjung tinggi oleh masyarakat, sekiranya ada sebarang kemusykilan mereka akan merujuk kepada para alim ulamak untuk mengungkai segala masalah mereka. Hal ini kerana para alim ulamak merupakan ahli cerdik pandai dan mempunyai ilmu yang tinggi samada ilmu dunia mahupun ilmu akhirat. Pantun itu di cipta untuk menasihati kita,sekiranya kita ingin menuntut ilmu maka carilah orang yang benar-benar berpengetahuan dalam bidang tersebut agar kelak tidak menyusahkan kita.
bibliografi Harun Mat Piah. 2001. Pantun Melayu:Bingkasan Permat. Selangor: utusan Printcorp Sdn.Bhd
. Jaluddin Abdul Rahman Assuyuti .1992. Fadhilat Dan Kaifiyyat Amal Soleh. Klang, Selangor: Perushaan Sinar Jaya
M. Z. Azmi. 2001. Sabar Dan Syukur Daripada Perspektif Pengurusan Organisasi. Utusan Publications & distribulators Sdn. Bhd
Hashim Bin Hj Musa, Ph. D. 2001. Falsafah, logik, Teori Nilai Dan Etika Melayu. Kuala Lumpur : Akademi Pengajian Melayu
Prof. Dr. Awang Sariyan. 2007. Falsafah Dan Logika Melayu. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu .Midmodal Industries Sdn. Bhd
Mohd Fauzi Hamat.2005.Ketokohan Al-Ghazzali dalam bidang Logik.Kuala Lumpur : Universiti Malaya
Ummu Saif. 1999. Riwayat Hidup Khalifah Umar bin Abdul Aziz dan Imam AlGhazali. Johor: Percetakan Nasional Malaysia Berhad.