Pantun Adat Resam

  • Uploaded by: Nur Ain Mohd Amin
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pantun Adat Resam as PDF for free.

More details

  • Words: 1,324
  • Pages: 8
FALSAFAH & LOGIKA MELAYU JXEA 1104

TAJUK: KARYA MELAYU KLASIK FALSAFAH PANTUN ADAT RESAM

NAMA SISWA : ZULHUSNI BIN JAIS NO. MATRIK : JEA 080179 PENSYARAH : PROF. DR. AMRAN MUHAMAD TUTOR : SITI KHADIJAH ABDOL RAHMAN FAKULTI : AKADEMI PENGAJIAN MELAYU SEMESTER : SATU SESI 2008 / 2009

Lebat Daun Bunga Tanjung, Berbau Harum Bunga Cempaka; Adat Dijaga Pusaka Dijunjung, Baru Terpelihara Adat Pusaka.

Adat boleh ditakrifkan berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat sebagai peraturan yang sudah diamalkan turun-temurun sejak dahulukala di dalam suatu masyarakat atau merupakan hukum dan peraturan yang harus dipatuhi. Orang Melayu sangat kuat berpegang kepada adat. Berdasarkan penyampaian dari orang-orang dahulu, adat ialah suatu perbuatan yang diulang-ulang dan yang telah diterima oleh masyarakat sebagai suatu peraturan hidup yang mesti dipatuhi. Pembayang ‘Lebat Daun Bunga Tanjung’ di dalam pantun di atas menggambarkan masyarakat Melayu mempunyai pelbagai jenis adat seperti adat berjiran, adat bersalin, adat memotong pusat, adat berkhatan, adat berinai, adat bunga telur, adat perbahasan menghadap raja, adat berkhatam dan sebagainya.

Falsafah yang terkandung di dalam pantun tersebut ialah masyarakat Melayu yang mementingkan adat. Daripada kepentingan adapt menjadikan masyarakat Melayu yang sangat kuat berpegang kepada adat. Adat di gunakan dalam setiap kehidupan masyarakat Melayu. Peribahasa Melayu ada menyebut ‘biar mati anak, jangan mati adat’ menunjukkan bahawa

adat merupakan satu peraturan

atau hukum hidup yang

dipertahankan dan dijaga oleh setiap masyarakat Melayu. Setiap kehidupan masyarakat Melayu itu diselaputi dengan adat dan ini menunjukkan bahawa masyarakat Melayu sangat mementingkan adat. Peraturan adat yang bermula dari kelahiran iaitu peringkat bayi sehinggalah ke alam kanak-kanak, remaja, dewasa, meminang, berkeluarga dan ke peringkat terakhir iaitu kematian.

Adat sangat penting di dalam masyarakat Melayu sehingga adat menjadi pegangan dan peraturan hidup dalam pelbagai aspek kehidupan yang ditempuhi. Dalam membentuk peribadi masyarakat Melayu yang berakhlak mulia, mempunyai interaksi sosial yang baik, orientasi nilai yang kukuh maka perlunya wujud sesuatu pegangan bagi menjadi panduan bagi setiap pembentukan sahsiah yang murni. Pelbagai majlis yang disambut di dalam masyarakat Melayu seperti majlis keagamaan, majlis keraian, majlis perkahwinan, majlis pertabalan diraja malah di dalam aktiviti kemasyarakatan mengandungi adat yang telah ditetapkan mengikut keadaan dan suasana majlis. Pengamalan dan ketertiban adat di dalam sesuatu majlis dapat melahirkan perasaan positivisme seperti mengeratkan ikatan silaturrahim, mengukuhkan ukhuwah, menanam sikat saling hormat menghormati, mengukuhkan sikap taat dan setia kepada pemimpin, hubungan sosialisme yang baik di dalam seluruh generasi masyarakat Melayu.

Adat yang menjadi elemen penting dalam masyarakat Melayu melambangkan maruah, jati diri, lambang jiwa bangsa dan perasaan cinta kepada masyarakat Melayu. Perasaan cinta terhadap bangsa Melayu dapat dilahirkan apabila bangsa melayu itu sendiri memahami dan berpegang kepada peraturan adat yang telah termaktub. Setiap perkara yang tidak disusuri perasaan cinta dan sayang maka ia akan bersifat sementara dan tidak kekal manakala masyarakat melayu yang menanam perasaan cinta tarhadap adat pusaka dapat mengekalkan adat dari satu generasi ke generasi yang lain, maka masyarakat Melayu mementingkan adat kerana adalah untuk mengekalkan adat supaya tidak

hilang dan terus pupus ditelan zaman. Perasaan cinta mampu menjadikan

masyarakat melayu yang sentiasa melindungi adat daripada sebarang ancaman dan pengaruh asing yang cuba merosakkan adat mereka sendiri. Secara tidak langsung jati bangsa Melayu dapat dibina bagi melindungi kedaulatan adat pusaka.

Pengamalan adat di dalam masyarakat Melayu dapat memberi kesan dalam pembentukan sahsiah masyarakat Melayu yang unggul terutama di dalam aspek keterbatasan pergaulan.

Dalam masyarakat Melayu adat juga mempunyai larangan.

Larangan adat ialah suatu kepercayaan yang meliputi sejak dari manusia itu dilahirkan hingga ia dewasa dan berakhir ke liang lahad. Larangan yang terdapat di dalam adat ialah larangan tentang perkara sumbang iaitu larangan adat yang didasarkan kepada kepercayaan agama sahaja iaitu sumbang perkataan, sumbang kedudukan, sumbang perjalanan, sumbang perbuatan dan sumbang kediaman. Sumbang perkataan ialah larangan bagi seseorang bercakap atau berbisik-bisik di khalayak ramai atau di dalam sesuatu pertemuan kerana perbuatan itu boleh menimbulkan keraguan kepada orang lain. Ia juga di anggap sebagai perbuatan mengumpat dan perbuatan mengumpat ini ditegah di dalam agama.

Sumbang kedudukan ialah bagi lelaki dan perempuan yang bukan muhrim duduk berdua-duaan di tempat yang sunyi, telindung daripada pemandangan orang ramai dan tempat-tempat terbuka sekalipun kerana perbuatan demikian melanggar adat. Sumbang perjalanan pula seseorang yang berjalan berdua-duaan diantara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim pada tempat yang lengang atau tersembunyi kerana perbuatan itu membawa ke arah perlakuan maksiat dan perkara yang dimurkai Allah.

Sumbang

perbuatan ialah suami dan isteri dilarang melakukan perbuatan kuran sopan di depan orang ramai kerana tidak manis dipandang oleh masyarakat malah boleh dianggap sebagai maruah diri sendiri dan menjatuhkan martabat agamanya. Sumbang Kediaman merujuk kepada apabila seorang bapa atau saudara lelaki duduk rumah atau berdua-duaan sahaja dengan anak tiri dan saudara perempuan yang sudah menjadi anak gadis (dara) dan lebih kritikal apabila seseorang lelaki yang tinggal serumah dengan perempuen lain tanpa nikah terlebih dahulu yang menurut istilahnya ‘perempuan simpanan’.

Manusia memerlukan pegangan dan panduan untuk menjadikan kehidupan lebih terurus dan sistematik. Adat yang menjadi

pegangan masyarakat Melayu menjadikan

kehidupan yang lebih lengkap, berbudaya dan bertamadun. Setiap tatacara kehidupan masyarakat Melayu sentiasa mempunyai panduan yang perlu diikuti supaya segala perbuatan yang dilakukan tidak melanggari hukum adat dan peraturan yang telah termaktub. Adat memudahkan segala aspek pengurusan di dalam tamadun Melayu kerana adat merangkumi segala peraturan dan tatacara yang diperlukan di dalam masyarakat melayu. Hal ini dapat di gambarkan di dalam pantun di bawah: Menanam Kelapa Di Pulau Bukum, Tinggi Sedepa Sudah Berbuah; Adat Bermula Dengan Hukum, Hukum Bersandar Kitab Allah. Pantun di atas menggambarkan bahawa adat-adat Melayu yang berpandukan kepada Kitab Allah iaitu Al-Quran.

Apabila Islam menular di

sanubari orang Melayu, maka kenampakan adat-adat dalam masyarakat Melayu dipengaruhi oleh hukum-hakam yang terdapat di dalam Al-Quran. Kedatangan Islam ke tanah melayu sedikit sebanyak telah mempengaruhi adat-adat dalam masyarakat Melayu dalam kehidupan. Perkara ini menunjukkan bahawa masyarakat Melayu yang patuh dan taat kepada perintah agama kerana meletakkan Al-Quran sebagai panduan di dalam hukum adat. masyarakat Melayu. Ketaatan pada perintah Allah diperlihatkan oleh masyarakat Melayu kerana menggunakan unsur-unsur yang terdapat di dalam kehidupan islam sebagai panduan hidup. Hal ini menunjukkan bahawa masyarakat Melayu mempunyai kaitan yang erat dengan agama Islam iaitu seseorang itu dikatakan berbangsa Melayu maka ia semestinya seseorang yang beragama Islam.

Agama Islam dan masyarakat Melayu tidak dapat dipisahkan dan buktinya adat-adat yang terdapat di dalam masyarakat Melayu banyak dipengaruhi oleh agama Islam misalnya seperti contoh yang telah saya nyatakan berkenaan dengan lima perkara larangan did ala adat Melayu iaitu sumbang perkataan, sumbang kedudukan, sumbang perjalanan, sumbang perbuatan, dan sumbang kediaman. Kelima-lima larangan ini melibatkan perlakuan yang di larang di dalam syariat agama Islam seperti ‘berdua-duaan bagi mereka yang bukan muhrim’ adalah dilarang kerana boleh mendatangkan tanggapan yang tidak baik oleh masyarakat ataupun di dalam istilah Islam di panggil ‘Fitnah’. Larangan yang ini di perketatkan di dalam adat masyarakat melayu kerana di dalam mafhum hadits ada menyatakan bahawa “Fitnah itu lebih besar dosanya daripada dosa membunuh”. Perkaitan diantara pengaruh islam dengan masyarakat Melayu dapat di lihat dengan jelas apabila hukum-hukum di dalam adat di tetapkan berdasarkan AlQuran dan As-Sunnah.

Ini menggambarkan bahawa masyarakat Melayu dan

Islam mempunyai satu pertalian yang sangat erat dan kukuh.

Kesimpulannya, pada pendapat saya falsafah yang terdapat di dalam pantun adat ialah masyarakat Melayu sangat mementingkan adat di dalam kehidupan kerana ia merupakan lambang maruah, seni budaya, aset dan nilai masyarakat Melayu itu sendiri. Selain itu peranan adat itu sendiri yang banyak menyatupadukan masyarakat Melayu melalui cara sesuatu adat itu dilaksana dan dibudayakan.Selain itu pengaruh Islam yang tidak dapat dipisahkan di dalam masyarakat Melayu berikutan Islam dan bangsa Melayu dianggap sebagai suatu yang sinonim. Hukum ataupun peraturan yang terdapat di dalam adat banyak dipengaruhi oleh Al-Quran selepas kedatangan Islam di tanah Melayu.

RUJUKAN

Dewan Bahasa Dan Pustaka ( 2005 ) ; Edisi Keempat Kuala Lumpur. Ishaq Isjoni, ( 2002 ); Orang Melayu ; Pekan Baru Riau Yasin Saini, (1962 ) ; Adat Resam Dan Kebudayaan Melayu Saudara Sinaran Berhad; Kuala Lumpur Sidin, (1964 ) ; Asal Usul Adat Resam Melayu Pustaka Antara ; Kuala Lumpur. Syed Alwi Sheikh Al-Hady ( 1980 ) ; Adat Resam Dan Adat-Istiadat Melayu ; Dewan Bahasa Dan Pustaka ; Kuala Lumpur.

Related Documents

Pantun Adat Resam
October 2019 52
Pantun Adat
October 2019 35
Pantun Adat
October 2019 47
Pantun Adat
October 2019 47
Pantun Adat
October 2019 35

More Documents from "HaFez Hisham"

Pantun Budi
October 2019 46
Al-ghazali
October 2019 46
Nazam Ajal
October 2019 53
Al-kindi
October 2019 40
Tajus Salatin
October 2019 36
St-01-01
October 2019 48