KERJA KURSUS FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU
PENGGUNAAN PANTUN DALAM TRADISI MASYARAKAT MELAYU Pantun Adat
NAMA: SHAHRIZAL ASWAN BIN SHAHBUDDIN NO. PENDAFTARAN: JEA080125 NO.I/C: 880610-08-6963 NAMA PENSYARAH: DR. AMRAN BIN MUHAMMAD NAMA TUTOR: CIK SITI HADIJAH BINTI ABD RAHMAN
AKADEMI PENGAJIAN MELAYU
PENGENALAN
Pantun merupakan salah satu elemen kemelayuan dalam tradisi masyarakat melayu selain syair, seloka, hikayat, dan lain-lain. Pantun juga boleh ditafsirkan sebagai alat komunikasi masyarakat melayu yang mempunyai keindahan makna serta bicara-bicara yang tersirat di sebalik setiap baris kata yang diungkapkan. Pantun yang dingkapkan oleh masyarakat melayu penuh dengan kias, makna, kasih sayang, rindu, seloka, dan jenaka. Pantun juga mengandungi pepatah dan perumpamaan, nasihat, tunjuk ajar, derita, kesedihan, sindiran, dan sebagainya. Dalam adat melayu pantun digunakan dalam majlis-majlis tertentu seperti majlis pertunangan. Perbalasan pantun ketika majlis pertunangan di antara pihak lelaki dan pihak perempuan melahirkan keunikan dan keindahan dalam adat melayu serta menyerikan lagi majlis pertunangan tersebut. Pantun boleh diibaratkan sebagai sebahagian daripada pengucapan lahiriah dan batiniah masyarakat melayu. Pengucapan pantun melayu penuh dengan keindahan bahasa yang melambangkan ketinggian budi masyarakat melayu. Masyarakat melayu dahulu biasanya menggunakan pantun untuk meluahkan perasaan mereka pada ketika itu. Perasaan yang dilahirkan seperti kasih sayang, rindu, sedih atau marah tidak diungkap secara terus tetapi dilafazkan melalui baris-baris pantun yang mempunyai makna yang tersirat disebalik setiap perkataan yang “menghidupkan” pantun tersebut. Pantun melayu mempunyai dua bahagian iaitu atas (pembayang) dan bahagian bawah (maksud). Bahagian pembayang biasanya menggunakan unsur-unsur keindahan alamiah seperti keindahan flora dan fauna atau keadaan sekeliling pemantun pada ketika itu. Bahagian maksud pula menerangkan apa yang cuba disampaikan oleh pemantun tersebut. 1
Pada kali ini saya ingin mengupas sedikit sebanyak tentang penggunaan pantun oleh masyarakat melayu dari segi pantun adat. Buah rambai buah rambutan, Jatuh sebiji di dalam paya Adat burung mencari makan, Hari petang kesarang juga.
Pemantun menggunakan unsur-unsur alamiah seperti buah rambai dan buah rambutan serta kawasan paya bagi menggambarkan suasana pada ketika itu. Penggunaan unsur tersebut sebagai pembayang sedikit sebanyak telah menggambarkan unsur kemelayuan dalam pantun tersebut. Maksud tersirat yang cuba disampaikan oleh pemantun dalam pantun tersebut dapat dilihat dan ditafsirkan dalam dua baris terakhir pantun tersebut. Pemantun turut menggunakan unsur alamiah di dalam dua baris terakhir pantun tersebut iaitu di bahagian pembayang. Unsur alamiah yang digunakan oleh pemantun yang dapat dilihat dalam bahagian pembayang ialah apabila pemantuun menggunakan burung yang bertandang keluar mencari makan pasti akan pulang ke sangkar atau sarangnya pabila hari sudah menjelang petang. Tetapi apa yang cuba disampaikan oleh pemantun dalam pantun tersebut ialah tentang adat kehidupan manusia. Pemantun cuba menyampaikan nasihat dan pesanan dalam pantun tersebut tentang adat iaitu manusia walau jauh mana sekalipun kita pergi merantau untuk mencari rezeki yang halal akhirnya kita pasti akan pulang ke kampung halaman kita iaitu tempat kita dilahir dan dibesarkan. 2
Bunga seputeh tidak layu, Daunnya lebar tidak berbatang, Tepak sireh kebudayaan melayu, Adat penyambut orang datang.
Dalam pantun ini pemantun turut menggunakan unsur alamiah dengan meletakkan unsur bungabungaan yang dapat dilihat dengan jelas apabila pemantun menggunakan bunga seputeh di dalam pantun ini. Bunga seputih yang tidak layu serta mempunyai daun yang lebar dan tidak mempunyai batang merupakan keunikan yang cuba disampaikan oleh pemantun dalam dua baris pertama pantun ini. Dua baris terakhir dalam rangkap pantun ini merupakan apa yang cuba disampaikan dan diterangkan oleh pemantun dalam pantun ini. Pemantun menggunakan tepak sireh sebagai contoh bahawa tepak sireh merupakan salah satu objek atau benda atau juga boleh dikatakan mempunyai kaitan dengan ciri-ciri kebudayaan melayu. Pemantun menerangkan dalam pantun ini bahawa tepak sireh merupakan sesuatu benda yang digunakan dalam adat menyambut orang datang atau tetamu yang hadir.pemantun cuba menerangkan betapa unik serta tingginya adat masyarakat melayu. Selain digunakan dalam adat menyambut orang datang, tepak sireh turut digunakan dalam adat meminang iaitu ketika majlis pertunangan diadakan. Selain daripada itu tepak sireh turut digunakan dalam adat mencukur jambul bayi dalam adat masyarakat melayu yang kedua-duanya masih diamalkan sehingga ke hari ini termasuk beberapa adat yang lain.
3
Apa dibuat mengambil rebong, Baru tumbuh dari tanah, Jagan diikut adat kecubung, Bila melompat ditengah-tengah.
Pantun ini juga merupakan salah satu pantun adat yang ingin saya kupas. Dalam pantun ini juga dapat dilihat pemantun menggunakan unsur-unsur yang bersifat alamiah dalam dua baris pertama pantun ini ataupun di dalam bahagian pembayang. Buktinya ialah pemantun menggunakan perkataan rebung di dalam dua baris pertama pantun ini. Penggunaan perkataan rebung tersebut turut dapat melambangkan cirri-ciri kemelayuan dalam pantun tersebut kerana rebung merupakan salah satu perkataan yang sudah agak sebati dan serasi dengan masyarakat melayu. Maksud tentang apa yang cuba disampaikan dan diterangkan oleh pemantun dalam pantun ini dapat dilihat dalam dua baris terakhir pantun ini kerana menjadi adat dan kebiasaan dalam pantun melayu, maksud pantun akan terletak di baris akhir pantun. Pemantun menyatakan supaya jangan diikut adat ikan kecubungyang kebiasaannya gemar melompat atau bermain-main di tengah air. Tetapi tujuan sebenar pemantun adalah untuk menyampaikan nasihat dan pesanan iaitu kita tidak perlu terbawa-bawa dengan adat bangsa atau kaum lain kerana kita sudah mempunyai adat kita yang sudah kita warisi sejak turun temurun. Setiap bangsa ada adat yang tersendiri dan kita seharusnya tidak perlu terikut-ikut dengan adat bangsa serta kaum lain kerana adat dan cara hidup mereka mungkin tidak sesuai dengan adat serta gaya hidup kita sebagai masyarakat melayu. 4
Kesimpulannya, pantun adalah merupakan salah satu tradisi yang tidak patut kita lupakan. Sebagai seorang rakyat Malaysia yang berbangsa melayu kita seharusnya terus memperjuangkan tradisi ini agar ianya tidak luput ditelan zaman yang semakin moden dan canggih ini. Ketidak prihatinan kita dalam memperjuangkan warisan melayu yang telah diwarisi sejak turun temurun ini bakal memungkinkan masyarakat yang mungkin anak cucu kita tidak lagi mengenal lagi apa itu pantun, seloka, hikayat, syair dan lain-lain lagi. Hal ini akan menyebabkan cirri-ciri kemelayuan melayu yang telah terpelihara sejak sekian lama akan dilupai dan akhirnya terus lenyap ditelan arus kemodenan. Adat masyarakat juga seharusnya dijaga dan dipelihara agar tidak terus dilupakan kerana adat merupakan cermin kepada sesuatu bangsa yang mewarisi adat tersebut. Adat merupakan sesuatu yang melambangkan identiti sesebuah bangsa. Kita sebagai individu yang bertanggungjawab, kita berperanan untuk memelihara kelangsungan adat dalam amalan kehidupan seharian kita. Secara sedar dan tidak sedar kita sebenarnya telah menerapkan adat melayu dalam amalan kehidupan seharian kita. Contohnya ketika makan, kita makan secara bersila dan menggunakan tangan dan itu merupakan adat masyarakat melayu ketika makan. Banyak perkara yang kita lakukan yang tanpa kita sedar sebenarnya kita telah menerapkan unsur serta adat kemelayuan dalam kehidupan kita. Oleh itu, kita sebagai sebahagian daripada masyarakat melayu yang prihatin seharusnya menerap serta menanamkan sifat cinta kepada adat kita kepada anak-anak muda kita yang nampaknya sudah mula lupa akan adat mereka sebagai anak melayu. Sekian terima kasih.
Bibliografi Khalid M.Hussain.1992.Taj Us-Salatin.Dewan Bahasa dan Pustaka.Kuala lumpur Analisis Autentik Sastera, Mutiara Sastera Melayu Tradisional. Abdul Rahman Abdul Rashid, Mohd Rosli Saludin Perngis. Pantun: Manifestasi Minda Masyarakat Selenggaraan dan Suntingan.Wan Abdul Kadir Wan Yusoff. Mohd taib osman dan A.Aziz Deraman,ed.2000.Tamadun Islam di Asia Malaysia.DEwan Bahasa dan Pustaka.