UNIVERSITI
MALAYA
FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU ( JXEA 1104 ) PELAJAR SEMESTER 1 2008 /2009 AKADEMI PENGAJIAN MELAYU (APM )
TAJUK : KUPASAN FALSAFAH DALAM PANTUN ADAT NAMA PENSYARAH : PROF. DR. AMRAN MUHAMMAD TUTOR : CIK SITI HADIJAH ABDOL RAHMAN NAMA PELAJAR : NUR ZAM HAFIZAH BT KHALIB NO. MATRIK : JEA080098
Cantik kembang bunga melati Tumbuh sebatang di tepi kota Patah tumbuh hilang berganti Adat pusaka terpelihara juga
Bukan lebah sebarang lebah Lebah bersarang di pohon nangka Bukan sembah sebarang sembah Sembah dengan adat pusaka
Bila sampai ke laut gading Belokkan perahu mencari selat Jika bertikai dalam berunding Elok balik pada adat
Berbuah lebat pohon mempelam Rasanya manis dimakan sedap Bersebarlah adat seluruh alam Adat pusaka berpedoman kitab
PENGENALAN PANTUN Pantun adalah sebuah puisi yang istimewa yang tiada tandingan. Suatu konsep atau gagasan yang memerlukan huraian yang panjang dapat dinyatakan dalam satu rangkap yang ringkas, dalam bentuk yang padat, dan indah. Ciri-ciri keagungan ini dapat dilihat berdasarkan ukuran terhadap karya yang dianggap atau diangkat sebagai karya agung melayu. Terdapat empat aspek yang penting yang dijadikan ukuran ialah lambang dan pesanan yang di sampaikan, nilai seni atau budaya, nilai ilmu serta teknik kepengarangan.
Selain itu, pantun juga boleh ditafsirkan sebagai pengucapan kemelayuan.Dalam pantun terkandung umpama atau seperti yang juga merupakan makna pantun, dalam pantun terdapat bicara dan mainan.Pantun melayu sarat dengan kias dan makna, kasih sayang, seloka dan jenaka, pepatah dan perumpamaan, ratapan, derita dan rindu, yang merupakan sebahagian daripada pengucapan lahir batin melayu. Pantun memiliki dua bahagian utama iaitu pembayang dan maksud atau sampiran dan isi, tetapi kedua-dua bahagian tersebut ,terutamasecara integratif sehingga menjadi pengucapan yang indah. Pada bahagian tersebut ibarat dua struktur yang saling melengkapi, lahir dan batin, luar dan dalam, tertaut menjadi satu, seterusnya menjadi pantun.
Di samping itu, pantun juga mempunyai sifat semula jadinya atau tabii yang tersendiri, iaitu tabii yang terungkap melalui citra lahir dan pantun.Apatah lagi apabila pantun diungkap atau digunakan dalam pelbagai kehidupan manusia melayu. Selain itu, pantun juga dapat dilihat keindahannya dari dua perspektif iaitu, estetika dan dan etika. Berdasarkan pantun di atas, falsafah yang ingin dikupas adalah mengenai adat. Adat dari sudut falsafah bermaksud peraturan hidup yang membentuk peribadi dan jati diri sesebuah masyarakat yang mengamalkannya. Adat dijadikan sebagai pegangan atau panduan dalam
sesebuah masyarakat . Oleh itu, sesebuah masyarakat mempunyai hubungan yang rapat dengan amalan tradisi adat.
Amalan adat ini biasanya diamalkan dalam masyarakat melayu khususnya di Malaysia. Hal ini kerana masyarakat melayu sangat dikenali dengan sifat lemah – lembut dan sopan santun. Kehidupan seharian masyarakat melayu juga dipengaruhi oleh persekitaran. Masyarakat melayu sangat berpegang teguh kepada adat kerana adat melambangkan identiti dan keperibadian sesebuah masyarakat.
Adat masih diamalkan sehingga kini kerana adat mempunyai nilai – nilai yang begitu indah. Amalan adat ini telah diwarisi daripada nenek moyang secara turun- temurun. Generasi masa kini harus menghargai setiap warisan yang diperturunkan kerana warisan inilah yang memberikan identiti iaitu menjadi lambang kebanggaan kepada masyarakat melayu. Malah masyarakat kini perlu menimba segala ilmu, idea dan teladan daripada warisan tersebut bagi membina dan menegakkan kemajuan. Dari sudut falsafah dan ideologi, adat mempunyai nilai dan martabat yang tinggi. Oleh yang demikian, adat harus dipelihara dan dipupuk agar ia tidak luput di telan zaman.
Dalam masyarakat melayu, adat merupakan cara yang biasa dilakukan ataupun kelaziman. Adat juga disamakan dengan kebudayaan
tertentu. Masyarakat melayu
mempunyai pelbagai adat, Contohnya, adat pepatih, adat istiadat perkahwinan, adat melenggang perut, adat bercukur, adat berkhatan, dan sebagainya. Masyarakat melayu khususnya di Malaysia, mengamalkan adat pepatih dan adat temenggung. Adat pepatih masih diamalkan oleh masyarakat melayu terutamanya di Negeri Sembilan, dan di Naning, Melaka. Adat pepatih ini dikenali kerana sistem sosialnya agak unik dan berlainan daripada sistem sosial masyarakat melayu yang lain. Masyarakat dalam adat pepatih dikenali sebagai
masyarakat matrilineal, iaitu keturunan seseorang itu disusurgalurkan melalui nasab atau suku ibunya. Dalam adat pepatih juga wujud mekanisme, khususnya melalui harta pusaka yang membolehkan kaum perempuan mewarisi harta milik ibu atau sukunya. Kesemua aspek kehidupan dalam adat pepatih ini jelas ditunjangi oleh perbilangan yang memastikan ahliahlinya mempunyai asas dan panduan dalam kehidupan mereka. Namun demikian, terdapat juga tuduhan yang menyatakan adat pepatih ini khususnya tumpuan yang diberikan kepada sistem pewarisannya, bercanggah dengan islam.Bagi masyarakat adat pepatih, adat dan islam itu sudah sebati dan tiada percanggahan antara kedua-duanya.
Perkataan adat dalam adat pepatih mempunyai empat lapisan makna yang berbeza. “Adat yang sebenar adat” merupakan sesuatu yang semulajadi yang telah diwujudkan oleh Allah. Manakala, “adat yangteradat” pula merujuk kepada cara hidup yang telah dijadikan tunjang dalam masyarakat melayu. Selain itu, “adat yang diadatkan” pula ialah segala cara hidup yang telah diangkat menjadi pedoman atau undang-undang yang membantu membentuk masyarakat melayu masa kini. Seterusnya, “adat istiadat” ialah upacara-upacara yang diamalkan oleh masyarakat melayu bagi memantapkan lagi sistem sosial tersebut. Dalam konteks empat lapisan adat ini, “adat yang teradat”
dan “adat yang diadatkan”
merupakan dua lapisan makna yang paling asas dalam adat pepatih. Tanpa kedua-dua adat ini, sistem sosial yang dikenali sebagai adat pepatih tidak akan wujud. Kedua-dua adat ini harus dijaga dan tidak dikompromikan.
Selain itu, bagi masyarakat melayu yang mengamalkan adat temenggung, adat resam perkahwinan begitu dititik beratkan. Sesuatu upacara dalam peringkat perkahwinan itu akan dijalankan dengan meriah dan penuh adat istiadat. Dalam adat perkahwinan masyarakat melayu, terdapat beberapa peringkat penting iaitu merisik, meminang, bertunang, akad nikah, berinai dan melangsungkan perkahwinan. Dalam adat merisik, ia juga dipanggil sebagai
meninjau atau menengok. Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seseorang lelaki itu masih belum berpunya. Hal ini penting kerana dalam islam seseorang itu dilarang meminang tunangan orang. Disamping itu, adat ini juga bertujuan untuk menyelidik latar belakang si gadis berkaitan kemahiran rumahtangga, adab sopan, tingkahlaku, paras rupa serta pengetahuan agamanya. Lazimnya, adat ini akan dijalankan oleh saudara mara terdekat pihak lelaki seperti ibu atau bapa saudaranya. Bagi pihak si gadis pula, terdapat beberapa kriteria yang perlu dipertimbangkan sebelum menerima lamaran pihak lelaki antaranya ialah lelaki tersebut perlulah mempunyai latar belakang agama serta mempunyai pekerjaan yang baik. Seterusnya dalam adat istiadat perkahwinan masyarakat
melayu,
adat
bersanding
menjadi
salah
satu
elemen
penting
bagi
menyempurnakan istiadat perkahwinan. Sebenarnya adat persandingan ini adalah turuntemurun daripada adat hindu.
Bagi masyarakat melayu yang ratanya-ratanya beragama islam, mempercayai setiap anak yang dilahirkan mempunyai rezekinya masing- masing. Justeru itu, setiap kelahiran itu perlu disyukuri. Dalam aspek kelahiran ini, masyarakat melayu banyak mengamalkan adatadat tertentu yang diwarisi sejak turun- temurun. Ia merangkumi peringkat sewaktu mengandung, bersalin dan selepas lahir. Sewaktu mengandung, masyarakat melayu mengamalkan adat melenggang perut. Adat ini juga dipanggil kirim perut oleh masyarakat melayu di bahagian utara Semenanjung Malaysia dan disesetengah tempat dikenali sebagai Mandi Tian. Upacara ini dilakukan kepada wanita yang mengandung anak sulung ketika kandungan berusia dalam lingkungan tujuh atau lapan bulan. Ia dijalankan oleh seorang bidan untuk membuang geruh atau kecelakaan yang mungkin menimpa wanita hamil yang bakal bersalin dan bagi membetulkan kedudukan bayi didalam perut. Adat melenggang perut ini dipercayai mengandungi budaya hindu.
Seterusnya, masyarakat melayu menjalankan upacara bercukur kepala. Selepas tujuh hari daripada hari bersalin, lazimnya masyarakat melayu mengadakan kenduri nasi kunyit kerana pada hari itu adat bercukur kepala dijalankan dan bayi diberi nama. Adat bercukur kepala ini seeloknya dilakukan pada hari Jumaat, Isnin atau Khamis. Bagi adat ini, bahanbahan seperti tepung tawar, berteh dan beras kunyit adalah merupakan bahan yang utama dalam menjalankan upacara bercukur kepala. Dalam adat bercukur, bayi akan dipakaikan dengan pakaian yang cantik dan dipakaikan barang-barang perhiasan seperti gelang, cincin, rantai emas kemudian diletakkan di atas tilam kecil. Selepas itu bayi tersebut akan ditepok dengan tepung tawar, ditebar dengan sedikit beras kunyit dan berteh serta diguntingkan sedikit rambutnya. Bilangan orang yang melakukan upacara bercukur kepala ini hendaklah bilangan yang ganjil. Setelah selesai menjalankan adat bercukur, rambut bayi tersebut akan dicukur keseluruhannya oleh tok bidan. Rambut bayi yang telah dicukurkan dimasukkan ke dalam sebuah bekas dan ditanam di perdu pisang. Dalam kepercayaan adat melayu, rambut bayi itu akan menjadi lebat jika ditanam di situ kerana pokok tersebut mempunyai ciri- ciri yang sejuk. Di samping itu, masyarakat melayu juga menjalankan adat bersunat atau berkhatan. Adat ini dilakukan apabila seseorang kanak-kanak lelaki telah berumur di antara lima hingga sepuluh tahun. Sekiranya ibu bapa dalam kalangan orang berada, pada hari mengadakan istiadat ini, sebuah pelamin disediakan untuk anaknya bersanding. Kenduri besar-besaran selama dua hari berturut-turut diadakan iaitu pada hari pertama untuk istiadat bersanding dan pada hari kedua pula upacara berkhatan dilakukan.Pada hari yangtelah ditetapkan untuk istiadat berkhatan ini, tok mudim iaitu tukang sunat yang di tempah akan memandikan kanak-kanak yang hendak disunatkan itu dengan ayer buyong diiringi dengan jampi menteranya. Setelah itu, upacara berkhatan di atas batang pisang dimulakan seterusnya hujung kalamnya ditanam. Dalam adat berkhatan ini, kanak-kanak yang disunatkan itu hanya diberi makan nasi dengan ikan kering sehingga sembuh lukanya.
Kesimpulannya, masyarakat melayu perlu memelihara adat yang diwarisi secara turun-temurun agar tidak pupus dan luput ditelan zaman.Selain itu, adat harus diteruskan dan diamal kerana ia merupakan peraturan hidup yang dapat membentuk peribadi individu dan masyarakat amnya. Adat sebenarnya memimpin kita untuk maju secara beradab dan terpimpin. Sehubungan dengan itu, masyarakat yang mengamalkan tradisi adat telah terbukti mempunyai sistem yang teratur dan terpimpin dalam mencapai kebaikan bersama. Untuk mendapatkan penyesuaian baru, sejajar dengan kedinamikan itu, ia haruslah mengikut lunaslunas dan melalui proses serta aturan adat yang sebenarnya. Justeru itu, tradisi yang baik dan unggul patut diamalkan dan disemai dalam sanubari generasi baru sebagai kawalan sosial terutama pada alaf baru yang penuh dengan cabaran ini.
Bibliografi Yasin Dan Abd Aziz.1960.Adat Resam Dan Kebudayaan Melayu.Sinaran Bros Limite.
Syed Alwi.1960.Adat Resam Melayu Dan Adat Istiadat.Kuala Lumpur.Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Rogayah A. Hamid.2006.Pandangan Semesta Melayu Pantun.Kuala Lumpur:Dawama Sdn.Bhd.
Harun Mat Piah.2001.Pantun Melayu:bingkisan Permata.Selangor:Utusan Printeorp Sdn.Bhd.