Pantun Adat

  • Uploaded by: Nur Ain Mohd Amin
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pantun Adat as PDF for free.

More details

  • Words: 1,030
  • Pages: 8
FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU JXEA 1104 PANTUN ADAT

NAMA : NOR HAZIRAH BINTI HARUN NO.METRIK : JEA 080073 NAMA PENSYARAH : DR. AMRAN MUHAMMAD NAMA TUTOR : CIK SITI HADIJAH BINTI ABDOL RAHMAN

SEMESTER SATU SESI 08/09 AKADEMI PENGAJIAN MELAYU UNIVERSITI MALAYA

PENGENALAN

Pantun terbahagi kepada dua iaitu pembayang dan juga maksud, pantun juga ada bicara, kias, makna kasih sayang, nasihat dan sebagainya. Ia merupakan salah satu cara penyampaian dalam menyatakan sesuatu perkara atau hasrat yang ingin disampaikan secara beradat dan bersopan santun. Pantun masih lagi diamalkan hingga sekarang terutama dalam adat-adat pepatih seperti adat-istiadat pinang-meminang,

dan

sebagainya. Pantun dikatakan wujud terawal dilihat pada teks Hikayat Raja-Raja Pasai dan juga Hikayat Salatus-Salatin. Pantun diguna oleh pelbagai suku dan bahasa di nusantara dengan bukti kewujudan perkataan sebelum pantun iaitu panton, pantung dan juga pantoong.

Pantun dikatakan sudah wujud lebih daripada 600 tahun lagi.

Masyarakat di nusantara melihat alam sebagai cermin atau simbolik untuk keadaan atau makna kehidupan manusia seperti pepatah Melayu Riau ada berkata ‘kalau nak tengok perangai manusia tengoklah rimba dan begitulah sebaliknya. Ibarat alam menjadi satu inspirasi untuk mengambar keindahan dunia manusia yang sarat dengan epistemenya yang menjadi panduan untuk manusia. Bahasa yang diguna amat ringkas, padat dan bernas sering membalut pengertian yang tersirat dan perlu dihuraikan untuk mencari makna disebaliknya dengan pentafsiran yang tepat.

Bebuah lebat pohan mempelam, Rasanya manis dimakan sedap, Bersebarlah adat seluruh alam, Adat pusaka berpedoman kitab. Pantun ini dapat digambarkan sebagai sebuah negara yang menjadi tunjang dalam melahirkan masyarakat atau satu komuniti yang hidup aman dan sentosa, yang saling melengkapi, bersatu padu dan saling berkerjasama sehingga menjadi satu negara yang utuh dari segi teknologi, ilmu pengetahuan dan sebagainya yang sentiasa berkembang. Sehingga menjadi sebuah masyarakat yang sentiasa bergembira dan bahagia kerana rakyatnya yang baik hati dan senantiasa sabar dalam mengharungi liku-liku kehidupan yang penuh ranjau. Masyarakat Melayu juga ingin adat mereka tersebar luas sehingga seluruh alam, kerana mereka sanggat berbangga dengan adat-adat pepatih yang mereka ada dan ingin semua manusia di seluruh pelusuk dunia mengetahui tentang kewujudan adat-adat Melayu yang mengagumkan. Setiap adat yang diamalkan mesti ada tujuan yang tertentu dan juga ada pantang larangnya. Namun apa adat sekalipun yang masih diamalkan, masyarakat Melayu tidak boleh lari dengan berpegang teguh pada ajaran dan tidak menuruti apa yang boleh menyebabkan dosa dan terpesongnya akidah seseorang dengan melakukan sesuatu upacara atau adat istiadat dengan berpandukan kitab yang telah diturunkan oleh ALLAH kepada umatnya supaya niat yang baik dalam melakukan sesuatu upacara yang telah diturunkan oleh nenek moyang kita itu untuk mengeratkan lagi silaturahim antara semua masyarakat diredhai oleh ALLAH, kerana semua manusia akan kembali kepada Nya.

Menanam kelapa di Pulau Bukum, Tinggi sedepa sudah berbuah, Adat bermula dengan hukum, Hukum bersandar di kitab ALLAH. Pantun ini dari sudut falsafah digambarkan sebagai sebuah masyarakat yang perlu menyanjungi adat yang di ibaratkan sebagai maruah seorang melayu sehingga ada pepatah melayu yang menyatakan ‘Biar mati anak, Jangan mati adat’’ menunjukkan betapa tinggi dan pentingnya kedudukan adat dalam masyarakat Melayu kita dan ia perlu diterapkan kepada anak-anak sejak mereka masih kecil lagi supaya mereka dapat mengadaptasikan adat dalam kehidupan mereka apabila mereka dewasa kelak dan sekaligus menjadi seorang anak yang berakhlak tinggi dan terpuji dengan nilai-nilai murni yang tinggi di dalam jiwa mereka. Seterusnya dapat melahirkan generasi pada masa depan yang dapat memartabatkan lagi adat-adat istiadat orang melayu ke seluruh alam.

Namun semua

adat yang diamalkan dan disanjung haruslah bermula dengan hukum-hakam yang telah ditetapkan oleh ALLAH s.w.t kerana hukum itu semuanya datang dari kitab yang telah diturunkan oleh ALLAH kepada hambanya. Sebagai masyarakat Melayu dan beragama isla wajib menuruti semua suruhannya dan mengamalkan adat-adat di dalam masyarakat Melayu yang bersandarkan kitab ALLAH supaya adat-adat yang kita amalkan bukanlah suatu adat yang melanggari hukum ALLAH dan berunsurkan tahyul kerana islam menolak masyarakat Melayu mengamalkan sesuatu perkara yang boleh mendatangkan khurafat

Pagi-pagi pergi ke ladang, Hendak menyemai benih padi, Berapa tinggi Gunung Ledang, Tinggi lagi hajat di hati. Pantun seterusnya mengambarkan mengenai masyarakat Melayu yang perlu keluar mencari rezeki untuk memberi nafkah kepada keluarga atau untuk menyara kehidupan seharian dan dalam islam juga mengalakkan umatnya keluar mencari rezeki semasa terbitnya matahari, manusia perlu berkerja untuk mendapatkan rezeki dan perlu berusaha dalam melakukan sesuatu untuk mendapatkan hasil. Sesuatu perkara yang baik seperti adat untuk merisik perlu bermula dari bawah seperti

datang dengan cara yang sopan,

membawa hadiah,

berbalas pantun dan

sebagainya untuk menyatakan sesuatu hajat di hati yang lebih besar dan penting sehingga tidak dapat ditandingi oleh perkara penting yang lain. Masyarakat Melayu juga mementingkan adat istiadat dalam memberitahu atau melahirkan hasrat seperti datang untuk merisik dengan cara berpantun, kerana orang Melayu malu untuk berterus-terang dan mengamalkan sifat bersopan santun lebih-lebih lagi jika tidak diterima oleh pihak perempuan,

maka dengan cara adat istiadat ini ia

dapat memelihara dan menjaga hubungan kedua-dua belah pihak.

KESIMPULAN

Pantun adat tersebut dapatlah kita simpulkan bahawa masyarakat pada zaman dahulu begitu mementingkan adat istiadat dalam melakukan sesuatu upacara-upacara tertentu seperti dalam perkahwinan, merisik dan sebagainya dalam meluahkan sesuatu perkara secara bersopan-santun untuk menjaga hubungan antara anggota masyarakat. Pantun adat juga dikatakan dapat mengajar masyarakat agar selalu bersikap penuh sopan-santun dalam menyatakan sesuatu perkara misalnya dalam memberi nasihat, pengajaran dan lain-lain lagi dalam bentuk pantun dan pantun merupakan salah satu media yang terbaik pada masa dahulu untuk menyatakan sesuatu. Pada masa sekarang ada sesetengah masyarakat yang masih lagi berpegang teguh dengan adat-adat pepatih ini, dan ini amat digalakkan bagi memartabatkan lagi tradisitradisi melayu ini supaya tidak ditelan dek zaman dan semoga pantun-pantun ini akan terus diguna dan diperkembangkan lagi oleh generasi-generasi akan datang dala menyatakan sesuatu perkara yang tersirat. Pantun-pantun adat yang diamalkan mampu menjaga silaturahim yang baik antara sesama masyarakat bak pepatah Melayu ada berkata ''Biar mati anak, jangan mati adat.'' menunjukkan betapa tingginya kedudukan adat di dalam masyarakat kita.

Walaupun

pantun amat ringkas namun, makna yang tersirat di sebaliknya amat mendalam untuk kita sama-sama fahami.

BIBLIOGRAFI Awang Sariyan, 2007, Falsafah Dan Logika Melayu. Jabatan Bahasa Melayu. Akademi Pengajian Melayu. Synergymate Sdn.Bhd. Hashim Bin Haji Musa, 2001, Falsafah, Logik, Teori Nilai Dan Etika Melayu Suatu Pengenalan. PhD. Akademi Pengajian Melayu. Mariah Binti Mahdi, 1996, Pantun Pemikiran Falsafah Dan Pemikiran Melayu. Tesis. Mohd Yusof Md Nor, Abd Rahman Kaeh, Puisi Melayu Tradisi. Http://usm, Pengertian Pantun Antarabangsa. Pulau Pinang.

Related Documents

Pantun Adat
October 2019 35
Pantun Adat
October 2019 47
Pantun Adat
October 2019 47
Pantun Adat
October 2019 35
Pantun Adat Resam
October 2019 52
Pantun
May 2020 33

More Documents from ""

Pantun Budi
October 2019 46
Al-ghazali
October 2019 46
Nazam Ajal
October 2019 53
Al-kindi
October 2019 40
Tajus Salatin
October 2019 36
St-01-01
October 2019 48