Pantun Adat

  • Uploaded by: Nur Ain Mohd Amin
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pantun Adat as PDF for free.

More details

  • Words: 1,039
  • Pages: 7
FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU JXEA 1104

TAJUK

: KARYA KLASIK

NAMA

: NORAZAM BIN HASAN

NO. MATRIK

: JEA 080085

SESI

: 2008/2009

NAMA PENSYARAH: DR. AMRAN MUHAMMAD NAMA TUTOR

: C.HADIJAH BT ABD RAHMAN

FAKULTI/AKADEMI: AKADEMI PENGAJIAN MELAYU

PENGENALAN

Pantun merupakan puisi melayu yang paling popular jika berdasarkan daripada penggunaannya yang paling meluas. Bukan itu sahaja, puisi ini juga yang paling mendapat perhatian para pengkaji untuk diteliti,tidak kira pengkaji tempatan ataupun pengkaji luar. Pantun juga merupakan puisi melayu yang tidak diragukan sifat keasliannya.

Harun Mat Piah (1989), telah memberikan difinisi pantun berdasarkan aspek dalaman dan luaran atau struktur visialnya. Aspek dalaman pantun meliputi unsur estetik dan isi (tema dan persoalan). Unsur estetik pantun dapat dilihat berdasarkan dua aspek. Pertama, yang berkaitan penggunaan lambang- lambang tertentu yang terdapat dalam pantun mengikut tanggapan dan pandangan dunia masyarakat melayu, dan yang kedua, berdasarkan hubungan makna antara pasangan pembayang dengan pembayang maksud sama ada secara konkrit atau abstrak.

Berdasarkan pada aspek isi ( tema dan persoalan) pantun biasanya menyentuh hampir seluruh kehidupan masyarakat melayu. Daripada penelitian terhadap isi juga telah membawa kepada pengelompokan pantun yang lebih sistemetik ( Harun Mat Piah, 1989:63), sepeti pantun kanak- kanak, pantun cinta dan kasih sayang, telatah dan cara hidup masyarakat, pantun teka- teki, pantun puji- pujian atau sambutan, pantun nasihat dan pendidikan, pantun agama dan kepercayaan, pantun adat, pantun peribahasa, pantun naratif atau cerita dan sebagainya.

Falsafah yang ingin dikaji kali ini ialah falsafah tentang adat. Falsafah adat dapat dilihat menerusi pantun adat yang diamalkan sejak dari dulu lagi dan diteruskan sehingga ke hari ini. Antaranya ialah adat perkahwinan, adat pusaka, adat manusia, dan sebagainya. Antara fungsi pantun adat ini ialah sebagai alat untuk mendidik dan mengajar masyarakat tentang kehidupan. Selain itu juga, ia juga digunakan sebagai alat komunikasi untuk menyampaikan

isi hati dan hajat, seperti sanjungan, pemujaan dan ucapan selamat kepada seseorang dalam sesuatu upacara atau majlis rasmi.

Ikan berenang di dalam lubuk, Ikan belida dadanya panjang, adat pinang pulang ke tampuk, adat sireh pulang ke gagang.

Pantun ini menggambarkan tentang adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat melayu sejak dari dulu lagi dan diamalkan sehingga ke hari ini. Pantun ini dipertahankan dan menjadi kebanggaan orang melayu. pantun ini menceritakan tentang sudah lumrah atau menjadi kebiasaannya pinang akan pulang ke gagang begitu juga dengan manusia akan memilih pasangan hidupnya apbila sudah sampai masanya. Setiap lelaki akan mencari seorang perempuan untuk menjadi pasangan hidupnya. Pada kebisaannya pihak lelaki akan menghantar rombongan untuk merisik perempuan yang ingin dikahwininya itu. Didalam adat ini seorang lelaki akan bertindak sebagai ketua selalunya bapa kepada kerumah pihak perempuan dan merisik tentang latar belakang gadis tersebut dan menyatakan tujuan mereka.pemuda yang ingin mengahwini gadis itu. Pihak lelaki akan pergi

Selepas itu pula, adat ini akan diteruskan pula dengan adat meminang setelah adat merisik itu selesai dan diterima oleh pihak perempuan. Pada ketika ini pihak lelaki akan sekali lagi akan pergi ke rumah pihak perempuan dan meminang gadis tersebut.selain itu juga, pada waktu ini lah tarihk perkahwinan akan ditetapkan dan segala keperluan perkahwinan juga akan dibincangkan.

Adat perkahwinan juga amat penting untuk mematangkan pasangan yang baru mendirikan rumah tangga atau pasangan yang baru berkahwin. Hal ini kerana didalam adat ini diterapkan juga cara- cara untuk menjaga rumah tangga supaya bertahan lama. Didalam adat ini juga terdapat

nasihat dan juga panduan yang amat berguna kepada pasangan yang baru

berkahwin.

Adat perkahwinan ini haruslah dijaga dan diamalkan supaya ia tidak luput dan dilupakan oleh generasi akan datang. Pelbagai usaha perlulah dilakukan oleh semua pihak supaya amalan ini dapat diteruskan. Adat ini juga amat penting untuk melambangkan kedaulatan tamadun melayu. Falsafah adat perkahwinan ini amat penting kerana ia juga akan mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara kedua- dua belah pihak sama ada lelaki dan perempuan.

Menanam kelapa di pulau bukom, Tinggi sedepa sudah berbuah, Adat bermula dengan hokum, Hokum bersandar kitabullah.

Pantun adat diatas menceritakan tentang permulaan adat itu yang dikatakan bermula dari kitab. Maksud yang ingin disampaikan melalui pantun adat diatas ialah segala adat yang diamalkan oleh mereka terdapat dan bermu;a dengan hokum. Dan hokum itu juga berdasarkan kitab yang diturunkan oleh allah. Ini juga menggambarkan segala adat yang diamalkan itu dibenarkan dalam islam.

Selain itu, adat juga dikatakan sebagai alat untuk mengukur sesuatu tamadun itu sama ada tamadun itu layak digelar bertamadun ataupun tidak. Seperti yang kita ketahui adat yang elok dan terpuji akan menyebabkan sesebuah tamadun itu dipandang mulia dan di sanjung tinggi oleh tamadun lain. Secara amnya adat yang diamalkan oleh orang melayu ini berlandaskan hokum islam dan ini menyebakan adat melayu ini disukai oleh tamadun lain kerana nilai- nilai yang terdapat dalam adat melayu ini bersifat murni.

Contohnya seperti adat menghormati orang tua dan segala makhluk yang diciptakan oleh allah. Adat ini juga amat penting untuk kita pelajari dan ikuti nya. Hal ini kerana adat ini membawa keharmonian dalam hidup bermasyarakatan yang diamalkan sejak dari dulu lagi. Apabila adat ini diamalkan hidup kita akan lebih teratur dan segala urusan akan menjadi lebih mudah dan tersusun kerana pengamalan adat yang baik ini. Selain itu juga adat ini menyeru kita untuk mengingati siapa diri kita ini. Hal ini kerana apabila kita mengamalkan adat ini secara tidak langsungnya menyedarkan kita tentang kekuasan allah kerana adat ini bermula daripada kitab.

Selain itu juga, ia juga menceritakan bahawa adat ini tidak boleh dipersendakan atau diperlekehkan kerana ia merupakan ajaran yang terdapat dalam kitab. Pada kebiasaannya sesuatu adat itu akan dimulakan dengan ayat- ayat suci al quran dan jelaslah bahawa adat ini diterima dalam islam. Oleh kereana itulah adat ini tidak boleh diperlekeh dan dipersendakan oleh sesiapa pun.

Oleh itu segala adat yang terdapat dalam tamadun melayu haruslah dipelihara supaya ia akan terus di pertahan dan diamalkan oleh generasi yang lain. Pelbagai usaha haruslah dilakukan untuk memastikan adat ini akan berkekalan dan tidak luput ditelan oleh permodenan zaman. Adat seperti ini haruslah dipelihara dan dijaga kerana ia merupakan

lambang kepada kemajuan sesebuah tamadun itu.secara keseluruhannya kita dapat lihat bahawa adat pantun adat ini amat penting kepada kehidupan masyarakat melayu. pantun adat ini amat mendalam maknanya di dalam masyarakat melayu sehinggakan adat itu dianggap sebagai sebahagian daripada orang melayu itu sendiri.

Biblografi Pantun: manifestasi minda masyarakat selenggaraan dan suntingan Wan Abdul Kadir Wan Yusoff

Analisis autentik sastera, mutiara sastera melayu tradisional. Abdul Rahman Abdul Rashid, Mohd Rosli Saludin Zakaria Perngis.

Related Documents

Pantun Adat
October 2019 35
Pantun Adat
October 2019 47
Pantun Adat
October 2019 47
Pantun Adat
October 2019 35
Pantun Adat Resam
October 2019 52
Pantun
May 2020 33

More Documents from ""

Pantun Budi
October 2019 46
Al-ghazali
October 2019 46
Nazam Ajal
October 2019 53
Al-kindi
October 2019 40
Tajus Salatin
October 2019 36
St-01-01
October 2019 48