Ibnu Khaldun

  • Uploaded by: Nur Ain Mohd Amin
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ibnu Khaldun as PDF for free.

More details

  • Words: 1,217
  • Pages: 7
FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU JXEA 1104 NAMA : NORAZILA BINTI YAHYA NOMBOR MATRIK : JEA 080086 TAJUK : IBNU KHALDUN

1

PENGENALAN

Ibnu Khaldun (1332-1406 M) adalah salah seorang cendekiawan Muslim yang hidup pada masa kegelapanIslam . Ibnu Khaldun mempunyai nama lengkap iaitu Abd al-Rahman ibn Muhammad ibn Muhammad ibn Abu Bakr Muhammad ibn al-Hassan ibn Khaldun . Ibnu Khaldun dilahirkan di Tunisia pada 27 Mei 1332 dan meninggal dunia pada 17 Mac 1406 di Kaherah , Mesir. Keluarga Ibnu Khaldun merupakan orang berada yang memberikan pendidikan terbaik kepadanya . Ibnu Khaldun merupakan salah seorang pakar sejarah Arab teragung. Beliau juga dikenali sebagai bapa kepada sejarah kebudayaan dan sains sosial moden . Ibnu Khaldun adalah 2

tokoh yang paling awal mengembangkan falsafah tidak berasaskan keagamaan . Falsafah itu terkandung dalam karyanya iaitu Muqaddimah (“Pengenalan”). Ibnu Khaldun tampil sebagai pemikir Muslim yang kreatif dan melahirkan pemikiranpemikiran besar melalui karya-karyanya seperti Muqaddimah Ibnu Khaldun , Kitab al-‘Ibar , AlTarif , al-Muhashshal . Ibnu Khaldun juga memajukan konsep ekonomi , perdagangan dan kebebasan. Ibnu Khaldun membangunkan idea bahawa tugas kerajaan hanya terhad kepada mempertahankan rakyatnya daripada keganasan , melindungi harta persendirian , menghalang penipuan dalam perniagaan , mencetak dan menguruskan penghasilan wang , dan melaksanakan kepimpinan politik bijaksana dengan perpaduan sosial dan kuasa tanpa paksaan . Ada sesetengah kritikan negatif yang diberikan kepada Ibnu Khaldun kononnya beliau adalah pendokong dominan tradisi dan kuat mengampu pemerintah di zamannya. Ibnu Khaldun telah meninggalkan impak yang cukup besar kepada program pembangunan masyarakat seperti yang terkandung di dalam disiplin sosiologi. Ketokohannya telah disamakan dengan Ibn Rushd, yang membawa paradigma pemikiran saintifik untuk ilmu sains dan teknologi moden yang mempengaruhi perkembangan Renaisance di dalam masyarakat barat . Merujuk khusus kepada teori perubahan sosial sesuatu masyarakat dan kaitannya dengan pembentukan modal insan , kita dapat mengesan beberapa teori besar yang diperkenalkan oleh Ibnu Khaldun antaranya teori yang menegaskan masyarakat sebagai suatu organisma yang bersifat hidup , mempunyai potensi untuk berubah dan berkembang maju seandainya perancangan pembangunan yang rapi dan tersusun dapat dilakukan . Selain itu , Ibnu Khaldun turut mengatakan teori tentang proses pembangunan sesuatu tamadun bergantung kepada nisbah perpaduan sejati di dalam masyarakat berasaskan kepada gabungan antara semangat Asabiyyah dan agama . 3

Ibnu Khaldun turut menyatakan tentang teori tentang jatuh dan bangun sesuatu tamadun manusia , yang dilihat dari segi usia sesuatu tamadun dan faktor-faktor yang menyumbang ke arah kecemerlangan dan kemunduran sesuatu tamadun . Kepentingan diwujudkan perancangan pembangunan yang bersifat bersepadu , di antara elemen fizikal dan spiritual antara teori yang dikemukakan oleh Ibnu Khaldun. Teori besar lain yang diperkenalkan oleh Ibnu Khaldun ialah teori jiwa hamba yang dimiliki oleh bangsa yang pernah dijajah , yang kebiasaannya akan menganggap kuasa penjajah sebagai suatu bangsa yang maju dan agung. Selain itu , kepentingan ilmu sejarah untuk umat manusia , yang merangkumi persoalan manfaat dan disiplin yang harus dijaga oleh seseorang ahli sejarah.

Ibnu Khaldun turut menyatakan tentang kepentingan diwujudkan kaedah

penyelidikan sosiologi , demi untuk membantu sarjana Islam menajamkan daya artikulasi mereka terhadap permasalahan ummahIslam . Sebahagian besar daripada teori yang dikemukakan oleh Ibnu Khaldun telah diterapkan di dalam gagasan Islam Hadhari . Kebenaran dakwaan ini boleh dilihat dari segi persamaan gagasan Islam Hadhari dengan pelbagai teori Ibnu Khaldun , iaitu yang pertama ialah asas pembentukan sesuatu masyarakat yang maju perlu bergantung kepada bilangan anggota masyarakat (modal insan) yang berkualiti . Mengikut kupasan Ibnu Khaldun , kelangsungan hidup sesuatu masyarakat bergantung sepenuhnya dengan nisbah kewujudan kesepaduan tugas dan tanggungjawab yang perlu dimainkan oleh setiap anggota masyarakat merangkumi anggota keluarga asas , barisan kepimpinan politik , peniaga , para seniman , tokoh ulamak , tokoh pendidikan , dan golongan muda yang bakal mewarisi tampuk kepimpinan sesuatu masyarakat.

Berbanding dengan

pandangan barat yang meletakkan manusia sebagai haiwan yang mampu berfikir dan perlu diberikan keperluan fisiologi kebendaan semata-mata tanpa mempedulikan keperluan spiritual , 4

gagasan Islam Hadhari mempunyai pandangan yang cukup berbeza dalam menangani persoalan ini . Persamaan yang kedua ialah kepentingan penyelidikan sosiologi bagi meneliti realiti perkembangan realiti perkembangan perubahan yang berlaku di dalam masyarakat . Usaha Ibnu Khaldun yang memperkenalkan disiplin sosiologi-sejarah adalah bertujuan untuk meneliti hukum alami fenomena sesebuah masyarakat , sama ada menafsirkan sesuatu fenomena sosial masyarakat dalam bentuk perkaitan sebab musabab ataupun meramalkan jalan penyelesaian terhadap sesuatu permasalahan yang timbul . Bagi Ibnu Khaldun penggunaan disiplin sosiologisejarah ini tidak boleh dibuat secara spekulatif (agakan) semata-mata, tetapi perlu dilakukan secara berhemah. Ianya perlu berasaskan kerangka kajian ilmiah yang bersifat objektif , mementingkan sumber kajian yang tepat, tafsiran sumber yang betul dan pengaplikasian metodologi kajian kes (observasi) yang betul. Penggunaan disiplin sosiologi-sejarah yang ketat ini bermatlamatkan untuk memahami realiti sebenar perubahan masyarakat yang berlaku dan menawarkan ramalan penyelesaian masalah terhadap apa-apa masalah sosial yang timbul. Persamaan yang ketiga yang dapat dilihat daripada teori yang dikemukakan oleh Ibnu Khaldun ialah pendekatan di dalam merangka program pembangunan masyarakat . Pengaruh teori Ibnu Khaldun amat besar dan dapat dirujuk kepada beberapa perkara iaitu pertama , “menegaskan masyarakat sebagai suatu organisma yang bersifat hidup , mempunyai potensi untuk berubah dan berkembang maju seandainya perancangan pembangunan yang rapi dan tersusun dapat dilakukan”. Ibnu Khaldun menegaskan bahawa setiap masyarakat yang paling teruk sekalipun akan mampu berubah dan berkembang seandainya perancangan pembangunan yang lebih teliti dan tersusun dilakukan . Perkara yang kedua ialah konsep Islam Hadhari menekankan penggunaan pendekatan mengenalpasti faktor kejatuhan sesuatu tamadun umat Islam dan cuba mengatasinya secara tuntas. Usaha pengkajian terhadap faktor-faktor yang 5

menyebabkan keruntuhan sesuatu tamadun telah diaplikasi secara berhemah bagi mengelakkan proses pembangunan Malaysia mencapai kegagalan. Persamaan yang keempat yang dikemukakan oleh Ibnu Khaldun ialah kepentingan mempelajari faktor kejayaan tamadun umat Islam berasaskan penerapan budaya ilmu di dalam masyarakat . Menggunakan teori dan semangat yang diilhamkan oleh Ibnu Khaldun , konsep Islam hadhari menekankan pendekatan yang berusaha memetik faktor kejayaan yang menimbulkan tamadun Islam silam , yang kemudiannya bakal diaplikasikan sepenuhnya di dalam program pembangunan di Malaysia. Hasil penelitian yang dijalankan terhadap serangkaian tamadun umat Islam silam, sama ada di Timur Tengah dan rantau Alam Melayu , mendapati bagaimana tamadun itu timbul berpunca daripada enam faktor yang utama iaitu pengamalan budaya ilmu , pengamalan cara hidup Islam yang betul mengikut world-view Tauhid, program penyelidikan dan pembangunan yang cukup canggih , kewujudan pengetahuan sains dan teknologi yang baik, pembangunan sektor ekonomi yang bersepadu dan menekankan peluang pengagihan yang seimbang di antara rakyat , dan proses pembandaran yang mampan yang menyediakan perkhidmatan dalam bidang sosial yang baik kepada rakyat . Persamaan yang kelima ialah sifat kewaspadaan terhadap faktor kejatuhan sesuatu masyarakat . Pada pandangan Ibnu Khaldun , di dalam proses perancangan pembangunan sesuatu masyarakat , perhatian utama perlu diberikan kepada usaha mengenal pasti pelbagai faktor negatif yang mungkin boleh menyebabkan kelemahan sesuatu masyarakat. Hal ini perlu diberikan perhatian memandangkan sesuatu tamadun atau masyarakat secara hukum alami akan melalui tiga tahap yang utama iaitu tahap kelahiran , kemajuan dan kemunduran . Kesimpulannya , ketokohan Ibnu Khaldun sebagai seorang pemikir Islam yang mendahului zaman jelas terbukti , apabila kebanyakan daripada teori ataupun buah pemikirannya bersifat evergreen dan masih tetap relevan untuk dipakai bagi konteks zaman moden ini . Adalah 6

diharapkan agar pemakaian paradigma yang telah dirintis oleh Ibnu Khaldun ini , suatu hari nanti bakal melahirkan tokoh-tokoh sarjana Melayu-Islam yang unggul .

BIBLIOGRAFI :

Prof . Dr . Azyumardi Azra . 2003 . Epistemologi Sejarah Kritis Ibnu Khaldun . Indonesia . Fajar Pustaka Baru . http://ms.wikipedia.org/wiki/Abdul_Al-Rahman_Ibn_Muhammad_Ibn_Khaldun http://www/jais.sarawak.gov.my

7

Related Documents

Ibnu Khaldun
October 2019 53
Ibnu Khaldun
October 2019 52
Ibnu Khaldun
October 2019 39
Ibnu Khaldun
October 2019 32
Ibnu Khaldun
October 2019 38
Ibnu Khaldun
October 2019 46

More Documents from "Nur Ain Mohd Amin"

Pantun Budi
October 2019 46
Al-ghazali
October 2019 46
Nazam Ajal
October 2019 53
Al-kindi
October 2019 40
Tajus Salatin
October 2019 36
St-01-01
October 2019 48