Ibnu Khaldun

  • Uploaded by: Nur Ain Mohd Amin
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ibnu Khaldun as PDF for free.

More details

  • Words: 1,642
  • Pages: 9
FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU JXEA 110 MUQADIMAH:IBNU KHALDUN NAMA : HISSAM BIN MOSLI NO. MATRIK : JEA080024 NAMA PENSYARAH : DR. AMRAN MUHAMAD SEMESTER 1 SESI 2008/2009 AKADEMI PENGAJIAN MELAYU

Abd Al-Rahman Ibn Muhammad Ibn Khaldun (‫)عبد الرحمن بن محمد بن خلدون الحضرمي‬ ataupun lebih dikenali dengan Ibn Khaldun merupakan salah seorang pakar sains Islam

yang hidup antara tahun 1332 – 1395. Nama penuhnya adalah Abd al-Rahman ibn Muhammad ibn Muhammad ibn Abi Bakr Muhammad ibn al-Hasan Ibn Khaldun lahir pada 27 Mei 1332 di Tunisia dan meninggal 17 Mac 1406 di Kaherah, Mesir Keluarga Ibn Khaldun merupakan orang berada yang memberikan pendidikan terbaik kepadanya. Ibn Khaldun merupakan salah seorang pakar sejarah Arab teragung, juga dikenali sebagai bapa kepada sejarah kebudayaan dan sains sosial moden. Ibn Khaldun turut mengembangkan falsafah tidak berasaskan keagamaan paling awal, terkandung dalam karyanya Muqaddimah (“Pengenalan”). Ibn Khaldun juga menulis sejarah Muslim di Afrika Utara yang terulung. Ibn Khaldun menjawat beberapa jawatan di bawah pemerintah Tinisia dan Morocco dan pada tahun 1363 bertindak sebagai duta raja Moor di Granada, kepada Pedro Kejam Castile "the Cruel of Castile"Ibn Khaldun belayar ke Alexandria pada Oktober 1382, dimana beliau menghabiskan riwayatnya sebagai guru dan pensyarah di Al-Azhar dan universiti lain. Ibn Khaldun juga pernah dilantik sebagai Hakim Diraja oleh Sultan Abul Abbas, Cairo dan mengerjakan haji pada 1387. Ibn Khaldun menyertai orang-orang Mesir dalam kempen mereka memerangi Tamerlane, pemerintah Mongol, dan bertanggung jawab mengatur penyerahan diri bandar Damsyik semasa ketiadaan Sultan Faraj. Karya teragungnya bermula sebagai penulisan mengenai sejarah orang-orang Arab dan Barber, tetapi mengandungi pendekatan saintifik mengenai pemahaman sejarah, politik, dan ekonomi. Ibn Khaldun juga mempercayai bahawa perkara yang di kurniakan Allah

boleh dibuktikan secara empirikal. Ibn Khaldun juga memajukan konsep ekonomi, perdagangan dan kebebasan. Ibn Khaldun membangunkan idea bahawa tugas kerajaan hanya terhad kepada mempertahankan rakyatnya dari keganasan, melindungi harta persendirian, menghalang penipuan dalam perdagangan, mencetak dan menguruskan penghasilan wang, dan melaksanakan kepimpinan politik bijaksana dengan perpaduan sosial dan kuasa tanpa paksaan. Dalam segi ekonomi, Ibn Khaldun memajukan teori nilai dan hubungkaitnya dengan tenaga buruh, memperkenalkan pembahagian tenaga kerja, menyokong pasaran terbuka, menyedari kesan dinamik permintaan dan bekalan keatas harga dan keuntungan, menolak cukai yang tinggi, menyokong perdagangan bebas dengan orang asing, dan percaya kepada kebebasan memilih bagi membenarkan rakyat bekerja keras untuk diri mereka sendiri. Tambahan lagi, Ibn Khaldun terkenal kerana hasil kerjanya dalam sosiologi, astronomi, numerologi, kimia, dan sejarah. Secara berseorangan, Ibn Khaldun telah meletakkan titik mula bagi tradisi intelelek pemikiran bebas Islam dan Arab, kerajaan bertanggung jawab, pasaran efficent, penyiasatan sains empirikal, pengkajian sosialogi, dan penyelidikan sejarah. "Sesiapa jua yang mengambil harta orang lain, atau menggunakannya untuk kerja paksa, atau membuat tuduhan yang tidak wajar hendaklah ingat bahawa ini adalah apa yang Pemberi Hukum maksudkan apabila melarang ketidakadilan." - Ibn Khaldun

IBNU KHALDUN:SUATU PENGENALAN FALSAFAH KEMANUSIAN Ibnu Khaldun merupakan seorang ilmuwan islam yang memperkenalkan suatu falsafah yang tidak hanya berasaskan agama islam sahaja tetapi memfokuskan kepada semuaaspek terutamanya menyentuh tentang aspek ketamadunan manusia. Dalam buku hasil karya Ibnu Khaldun iaitu’muqadimah’,beliau telah menyentuh tentang banyak perkara penting yang perlu ada dalam selauruh proses kehidupan manusia. Hasil karya b beliau dalam buku tersebut semua aspek disentuh termasuk tentang hakikat kewujudan alam serta tanggapan masyarakat tentang hakikat tersebut. Ibnu Khaldun merupakan tokoh ilmuwan islam yang boleh dianggap sebagai pemikir sejarawan yang unggul.Perkara utama yang menjadi asas falsafah beliau adalah mengenai sejarah yang meliputi segenap aspek penting dalam kehidupan manusia.Ibnu Khaldun beranggapan bahawa sejarah merupakan suatu disiplin ilmu yang sangat penting dalam kehidupan manusia.Maka tidak hairanlah kebanyakan masyarakat dari pelbagai bangsa pangkat turut bercita-cita untuk mendalami ilmu tentang sejarah.Pada hakikatnya sejarah merupakan suatu disiplin ilmu yang memerlukan penelitian dan usaha untuk mencari kebenaran(tahqiq).Dalam konteks ini pemahaman dan penelitian bagi mencari

adalah bersifat menyeluruh misalnya tentang sebab dan asal sesuatu benda,pengertian dan pengetahuan tentang subtansi,esensi dan pemahaman tentang bagaimana dan sebab terjadinya peristiwa-peristiwa penting dalam kehidupan manusia.Oleh yang demikian sejarah merupakan salah satu nadi utama dalam bidang falsafah.Walaupun proses pencarian kebenaran tentang sejarah yang dibuat oleh sesetengah sejarawan menyalahi fakta yang sebenar. Oleh itu Ibnu Khaldun mempelajari kesilapan ini untuk mengkaji

sejarah dengan lebih mendalam.Ibnu Khaldun telah membuat pengkajian melalui kaedah yang luar biasa dan unik dengan menyelidiki segala fakta-fakta penting. Ibnu Khaldun telah menghasilkan 4 buah buku mengenai sejarah iaitu muqadimah yang menghuraikan manfaat historiografi(ilmu sejarah), mengemukakan pengertian(tahqiq), kaedah historiografi dan kesilapan sejarawan. Buku kedua menyatakan tentang peradaban dan menyatakan ciri-ciri hakiki iaitu mengenai pemerintahan, sumber, pendapatan, keahlian dan ilmu pengetahuan serta segala sebab dan alasnnya buku kedua menghuraikan sejarah, bangsa dan kerajaan orang-orang arab dari pelbagai kerajaan misalnya romawi, turki, eropah, yunani, qibti, siryani dan lain lain buku ketiga menerangkan sejarah bangsa barbar dan zenatah yang merupakan sebahagian daripada dan keturunan mereka dari keluarga bangsawan dan kerajaan kerajaan maghribi.Oleh itu ilmu sejarah merupakan suatu bidang ilmu yang memiliki pelbagai pendekatan yang membolehkan manusia faham tentang hal-hal yang terjadi pada masa lampau dan dapat mengambil iktibar daripada sejarah sebagaimana ilmu-ilmu lain.

Kebanyakan ahli falsafah menyatakan bahawa organisasi social(ijtima insani) adalah Sesuatu yang harus ada kerana ia merujuk kepada peradaban(umran) manusia “manusia itu political secara semulajadinya”(al-insanu madaniyyun biath-thab’i) Pendapat ini turut disuarakan oleh Ibnu Khaldun.Hal ini diterangkan oleh kenyataan Bahawa Allah s.w.t telah mencipta dan menetapkan bahawa manusia itu wujud dalam Suatu kumpulan atau organisasi social yang saling bantu membantu misalnya dari aspek Mencari sumber makanan yang lebih mudah apabila mendapat kerjasama dari individu lain.Oleh sebab itu,organisasi social merupakan suatu yang harus bagi manusia(al-

ijtimaa’dharuuriyyun li an-naw’i al-insaani).Tanpa organisasi social kewujudan manusiatidak akan sempurna.Allah s.w.t mahu memakmurkan dunia ini dengan makhluk manusia dan menjadikan mereka itu sebagai khalifah di muka bumi tidak akan terhasil. Inilah erti sebenar peradaban yang menjadi subjek ilmu yang diutarakan oleh Ibnu Khaldun danBerwibawa dan mempunyai sikap kepimpinan apabila Khaldun dan ahli falsafah lain.Suatu organisasi social memerlukan sesorang yang berwibawa dan telah mencapai organisasi Kemasyarakatan yang terdiri daripada salah seorang anggota organisasi social itu Sendiri. Mereka perlu mempunyai kekuasaan(mulk) untuk mengawal golongan Bawahan. Terdapat ahli falsafah menyatakan bahawa konsep nubuwwah(prophecy) i iaitu merujuk kepadapemimpin yang memainkan peranan penting melaksana proses mencegah masyarakat daripada melakukan sesuatu yang di luar batasan norma kehidupan manusia. Pemimpin ini dibezakan daripada manusia lain menerusi keistimewaan hidayah yang dikurniakan oleh Allah s.w.t yang menyaksikan manusia lain akur kepadanya untuk menerima segala sesuatu yang diperkatakan tanp bantahan.Walaubagaimanapun,menurut Ibnu Khaldun tidak semua umat manusia wujud dengan adanya nubuwwah Ar.prophet Ing. Hal ini kerana jumlah manusia yang memiliki kitab suci dan mengikuti para nabi Dan rasul adalah kecil berbanding dengan mereka yang mengikuti konsep ini.Misalnya Sejarah menunjukkan bahawa kaum majusi yang tidak mengikuti konsep nubuwwah juga mempunyai kerajaan tersendiri yang kukuh.

Keupayaan berfikir merupakan suatu hal yang membezakan manusia dengan Makhluk Allah yang lain misalnya haiwan.Hal ini kerana melalui akal fikiran manusia

Mempelajari banyak perkara tentang kehidupan khususnya tentang Pencipta yang harus Disembah dan perkara-perkara lain termasuk membezakan yang betul mahupun yang sal Salah. Oleh yang demikian juga manusia dapat mempelajari tentang pelbagai bidang Ilmu Pengetahuan melalui pelbagai kaedah pengajaran,fungsi dan sebab kewujudan Pelbagai Jenis bidang Ilmu.Allah s.w.t telah membezakan manusia dengan makhlukNya Yang lainDengan memberikan keupayaan berfikir kepada manusia yang membolehkan Darjat manusialebih tinggi daripada makhluk Allah yang lain.Ia boleh dihuraikan Menerusi idrak manusia mempunyai kelebihan berbanding makhluk lain yang bergantung Kepada pancaindera seperti pendengaran,penglihatan,sentuhan dan lain-lain untuk Menanggapi sesuatu perkara berbanding manusia yang dapat berfikir dengan lebih mendalam melalui kemampuan berfikir yang melangkaui pancainderanya.Melalui berfikir(fikr) dapat mengkonsepsikan sesuatu perkara dan membuat analisis dan sintesis tentang sesuatu perkara.Firman Allah s.w.t ‘Dan Dia menjadikan bagi kamu pendengaran,penglihatan dan akal’ Merujuk kepada erti kata af-idah(fuad) yang dimaksudkan dengan fikiran(fikr).Ibnu Khaldun telah membahagikan tingkat berfikir manusia kepada 3 iaituBerkaitan dengan pemahaman intelektual manusia tentang segala yang berada di luar alam semesta yang sentiasa mengalami perubahan yang bertujuan membolehkan manusia untuk membuat tanggapan melalui kemampuan fikirannya. Hal ini kepada keupayaan manusia membezakan antara sesuatu yang boleh memberi manfaat kepada dirinya dan juga Perkara yang boleh memudaratkan kehidupan manusia Kemampuan berfikir Membolehkan manusia iaitu pemimpin untuk berhubung dengan masyarakat pimpinannya menerusi idea yang bernas mahupun tingkah laku yang baik.

Pimpinanya menerusi idea yang bernas mahupun tingkah laku yang baik. Biasanya Kemampuan ini merupakan suatu apperceptions(tashdiqat)Melalui pengalaman sehingga Ia benar-benar memberi faedah. Inilah yang disebut sebagai Intelektual eksperimental Aql-tajribi)Kemampuan berfikir yang berkaitan dengan pengetahuan andaian atau Anggapan tentang sesuatu perkara yang melangkaui persepsi pancaindera tanpa Melibatkan tindakan praktis.Proses ini merujuk kepada intelek spekulatif(al-aql an Nadzari) yangmengandungi tanggapan(perception) dan appersepsi Tassawur(apperception) serta tashdiq.Kesemua proses pemikiran ini mempunyai Keadaan khusus tetapi menjurus kepada pengetahuan yang sama,samaada dari perseptif Mahupun apperseptif Apabila semua ini dihubungkaitkan akan menghasilkan ilmu Pengetahuan yang lain iaitu tanggapan mengenai konsep wujud dari pelbagai Genera, perbezaan, factor-faktor sebab-sebab wujud keadaan sedemikian.Dengan Memikirkan perkara-perkara ini, manusia akan dapat mencapai kesempurnaan dalam Kehidupannya dan menjadi intelek yang murni serta mempunyai jiwa perseptif.Inilah Makna reality manusia(al-haqiqah al-insaniyah)oleh yang demikian keupayaan pemikiran manusia membolehkan mereka erti reality kehidupan manusia dan memahami segala cabang ilmu dalam kehidupan dari pelbagai aspek.

KESIMPULAN Ibnu Khaldun merupakan seorang ilmuwan islam yang agung pada zamannya.Beliau turut dikenali sebagai bapa ketamadunan manusia kerana beliau banyak mengkaji entang sejarah peradaban manusia dari seluruh pelosok dunia.Ilmu falsafah yang cuba

diketengahkan oleh beliau adalah mengenai peradaban manusia sejagat khususnya.Konsep peradaban manusia ini merangkumi pelbagai perkara dalam kehidupan manusia seluruhnya misalnya dari aspek ilmu pengetahuan,kemasyarakatan, politik dan sebagainya yang merupakan elemen penting dalam kehidupan manusia.Dalam konteks ini peradaban manusia tidak akan wujud sekiranya tidak melibatkan segala bentuk perkara mahupun proses yang cuba dinyatakan oleh Ibnu Khaldun.Hal ini kerana Allah telah menciptakan manusia lebih tinggi darjat berbanding makhlukNya yang lain dan seharusnya manusia mempunyai nilai peradaban yang tinggi.Oleh sebab itu manusia perlu menghayati dan memahami segala apa yang berhubungkait dengan kehidupan manusia.Perkara ini akan dapat difahami dengan menggunakan akal fikiran yang dikurniakan oleh Allah kepada manusia dengan mengkaji pelbagai perkara atau bidang ilmu menerusi pelbagai kaedah dengan memikirkan sebab-sebab wujdnya keadaan sedemikian untuk meningkatkan peradaban manusia seluruhnya.

BIBLIOGRAFI

1. Ibnu Khaldun, 1332-1406 [Kitab al-‘ibar. Muqadimah. Malay] Muqadimah Ibnu Khaldun, Terjemahan Dewan Bahasa Dan Pustaka 1993

Related Documents

Ibnu Khaldun
October 2019 53
Ibnu Khaldun
October 2019 52
Ibnu Khaldun
October 2019 39
Ibnu Khaldun
October 2019 32
Ibnu Khaldun
October 2019 38
Ibnu Khaldun
October 2019 46

More Documents from "Nur Ain Mohd Amin"

Pantun Budi
October 2019 46
Al-ghazali
October 2019 46
Nazam Ajal
October 2019 53
Al-kindi
October 2019 40
Tajus Salatin
October 2019 36
St-01-01
October 2019 48