Ibnu Khaldun

  • Uploaded by: Nur Ain Mohd Amin
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ibnu Khaldun as PDF for free.

More details

  • Words: 865
  • Pages: 6
FALSAFAH DAN LOGIKAL MELAYU JXEA 1104

TOKOH: IBNU KHALDUN

SHAH NORAISA BINTI SUHAIMI

JEA 080124

PENSYARAH: DR.AMRAN MUHAMMAD

SEMESTER 1 SESI 2008/ 2009

AKADEMI PENGAJIAN MELAYU, UNIVERSITI MALAYA

Pengenalan

Nama penuh Ibnu Khaldun ialah Abdul Rahman bin Muhammad bin Abu Bakar Muhammad bin Al-Hassan. Beliau dilahirkan di Tunisia pada tahun 732 Hijrah di dalam sebuah keluaga berturunan Arab. Ibnu Khaldun dibesarkan di Tunisia di mana beliau memulakan kehidupan dengan menghafal Kitab Suci Al-Quran dan Tajwid. Beliau turut mempelajari pelbagai disiplin ilmu Arab dan syariah serta bahasa Arab daripada bapa beliau. Pada peringkat awal, Ibnu Khaldun bekerja di jabatan kerajaan dalam jangka masa yang agar lama. Selepas itu beliau mengembara ke beberapa buah tempat seperti Biskara, Andalusia, Telmesen, dan sebagainya. Pengembaraan Ibnu Khaldun bertujuan untuk membuat penyelidikan dan menambah ilmu pengetahuan. Antara kitab terkenal yang dihasilkan oleh beliau ialah Mukadimah. Ibnu Khaldun meninggal dunia pada bulan Ramadan tahun 808 Hijrah, di Mesir dan dikebumikan di sana.

Ibnu Khaldun dianggap sebagai pelopor dan bapa ilmu sosiologi serta sejarah sains. Beliau banyak mengeluarkan falsafah berkenaan dengan politik, ekonomi, dan sosial.

Antara teori yang dikemukan oleh Ibnu Khaldun ialah teori keadilan, teori

pengeluaran,dan teori nilai, wang, dan harga.

Tokoh yang dipilih untuk tugasan ini ialah Ibnu Khaldun dan falsafah ekonomi beliau yang berkaitan dengan teori keadilan. Pemikiran Ibnu Khaldun dalam bidang ekonomi banyak terdapat dalam karya beliau iaitu Al Muqaddimah.

Falsafah ekonomi yang

dikemukan oleh beliau maaih lagi sesuai dengan keadaan ekonomi kini.

Bersesuia

dengan gelaran pakar ekonomi dunia, kebanyakkan pemikiran beliau berkait rapat dengan bidang ekonomi.

Kebanyakkan falsafah dan prinsip yang dibincangkan oleh Ibnu

Khaldun adalah berkenaan dengan bidang ekonomi seperti keadilan, kerjasama, dan kesederhanaan.

Berhubung dengan teori keadilan, Ibnu Khaldun menekankan bahawa keadilan merupakan tulang belakang dan asas kekuatan ekonomi sesebuah negara. Menurut Ibnu Khaldun, sesebuah negara akan hancur atau mundur jika keadilan tidak dapat dilaksanakan dengan baik.

Menurut beliau lagi, ketidakkan bukan sahaja didefinisi

sebagai merampas wang atau harta milik orang tanpa sebarang sebab yang munasabah atau diharuskan tetapi menurut beliau mengambil harta orang lain atau menggunakan tenaganya secara paksa, membuat dakwaan palsu dan meminta seseorang melakukan perkara-perkara yang berlawanan atau bertentangan dengan ajaran islam juga sebagai melakukan ketidakadilan

Ibnu Khaldun mengkategerikan perampas harta atau individu yang melakukan ketidakadilan terhadap orang lain sehingga memberi kesan kepada kehidupan orang

tersebut dianggap sebagai manusia yang paling tidak adil. Menurut beliau, seseorang yang membeli barang atau harta orang lain dengan harga yang paling rendah merupakan seseorang yang memiliki harta dengan cara yang tidak betul. Dalam agama Islam juga, ketidakadilan begini boleh dianggap seperti berlaku zalim kepada orang lain. Menurut beliau lagi , ketidakadilan begini boleh membawa kepada kejatuhan sesebuah negara dan keruntuhan sesebuah tamadun. Menurut pandangan Ibnu Khaldun lagi, atas sebab-sebab penindasan atau kezaliman tersebutlah semua bentuk-bentuk ketidakadilan dilarang oleh Islam.

Teori keadilan dalam bidang ekonomi ini disokong kuat dengan kata-kata daripada Ibnu Khaldun “ ketidakadilan, kekecewaan rakyat dan tirani adalah langkah awal kehancuran sesebuah negara”. Keadaan ini membuktikan bahawa ketidakadilan boleh dijadikan tunggak utama dalam menentukan kestabilan atau kehancuran sesebuah negara. Pada masa ini, kata-kata Ibnu Khaldun dapat dibuktikan dengan kehancuran atau kemusnahan negara-negara dunia pada hari ini yang disebabkan oleh ketidakadilan yang dilakukan sama ada oleh pemerintah atau pihak luar. Pada hari ini ketidadilan dalam bidang ekonomi yang diutarakan oleh Ibnu Khaldun sejak berabad-abad lalu, dapat dilihat dengan jelas melalui kegiatan-kegiatan lintah darat , Along, dan sebagainya.

Ibnu Khaldun merupakan tokoh islam yang menekankan falsafah ekonomi yang berusaha memajukan konsep ekonomi, perdagangan, dan kebebesan.

Beliau

membangunkan idea bahawa tugas kerajaan hanya terhad kepada mempertahankan rakyatnya daripada keganasan, melindungi harta persendirian, menghalang penipuan dalam perdagangan, dan menguruskan penghasilan wang. Hal ini demikian kerana, tangunggjawab sebenar pemerintah adalah melindungi rakyat daripada sebarang ketidakadilan yang berlaku. Oleh itu, hak pemerintah pada pandangan Ibnu Khaldun ialah mempertahankan penyelewangan

kepentingan dan

rakyat

sebagainya.

daripada

Pemerintah

sebarang yang

tidak

penipuan, dapat

keganasan, menjalankan

tanggungjawabnya dengan baik boleh dianggap melakukan ketidakadilan kepada rakyat yang boleh mengundang kepada kehancuran dan kemusnahan negara berkenaan.

Selain itu juga, Ibnu Khaldun menekankan teori keadilan dengan membangunkan idea iaitu melaksanakan kepimpinan politik secara bijaksana, perpaduan sosial dan pelaksanaan kuasa tanpa paksaan. Keadaan ini bersesuai dengan konsep keadilan yang dikeluarkan oleh Ibnu Khaldun kerana pemerintah yang baik perlu mendengar pandangan dan kehendak rakyat serta tidak melaksanakan sesuatu dasar tanpa kerelaan rakyat dan boleh menyusahkan rakyat. Hal ini demikian kerana, corak kepimpinan yang bijaksana dan tanpa paksaan dapat mengelakkan daripada berlakunya ketidakadilan yang boleh memusnahkan sesebuah negara dan tamadun manusia.

Kesimpulan

Berdasarkan analisis yang mendalam, dapat disimpulkan bahawa konsep ekonomi yang berkaitan dengan ketidakadilan boleh dijadikan tunggak utama dalam menentukan kejayaan atau kegagalan kerajaan sesebuah negara. Kesemua teori ekonomi dan idea Ibnu Khaldun tentang manusia berdasarkan kepada falsafah dan prinsip-prinsip islam. Ibnu Khaldun melihat fungsi utama manusia dalam aktiviti perekekonomi sebagai manusia islam yang memerlukan pengetahuan ekonomi untuk memenuhi misi menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. Beliau tidak melihat manusia sebagai haiwan ekonomi.

Ibnu Khaldun menekankan kepentingan

manusia menjuahi perbuatan jahat dan mendekati perbuatan baik. Menurut beliau, ajaran Islam ialah model terbaik untuk manusia membaiki diri.

BIBLIOGRAFI Awang Sariyan. 2007. Falsafah dan Logika Melayu. Selangor Darul Ehsan: Synergymate Sdn. Bhd Hashim Bin Haji Musa.2001. Falsafah, Logik, Teori Nilai dan Etika Melayu. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu. http://mifty-away.tripod.com http://jacksite.Wordpress.com

Related Documents

Ibnu Khaldun
October 2019 53
Ibnu Khaldun
October 2019 52
Ibnu Khaldun
October 2019 39
Ibnu Khaldun
October 2019 32
Ibnu Khaldun
October 2019 38
Ibnu Khaldun
October 2019 46

More Documents from "Nur Ain Mohd Amin"

Pantun Budi
October 2019 46
Al-ghazali
October 2019 46
Nazam Ajal
October 2019 53
Al-kindi
October 2019 40
Tajus Salatin
October 2019 36
St-01-01
October 2019 48