Ibnu Khaldun

  • Uploaded by: Firda
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ibnu Khaldun as PDF for free.

More details

  • Words: 972
  • Pages: 7
ASSIGNMENT INDIVIDU TOKOH FALSAFAH (IBNU KHALDUN) FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU (JXEA 1104) DISEDIAKAN OLEH : NAMA:UMI SALIHA BINTI ONN NO. MATRIK: JEA 080153 SESI:SEM 1 (2008/2009) AKADEMI: PENGAJIAN MELAYU NAMA PENSYARAH:PROF. DR.AMRAN MUHAMMAD

PENGENALAN Ibnu khaldun merupakan salah seorang daripada sarjana islam selain daripada Ibnu Sina, Al Farabi, Al Kindi, Al Ghazali dan sebagainya.Nama sebenarnya ialah Abdul Rahman Abu Zaid Waliyuddin b. Khaldun Al Maliki Al Khadrani.Beliau di lahirkan pada 733 hijrah bersamaan dengan 1332 masihi di Tunis. Beliau merupakan seorang pakar sejarah dan juga pakar dalam ilmu sosiologi selain daripada menjadi seorang ahli falsafah. Beliau mendapat pendidikan awal dari bapanya tentang asas-asas agama seperti al quran, feqah, hadith, dan tauhid. Beliau telah menghafaz al quran semenjak kecil.beliau juga mempelajari ilmu mantik, sains, falsafah, matematik dan sejarah dari beberapa orang ulama terkemuka pada masa itu. Guru beliau yang utama ialah Muhammad b. Abdul Muhaimin. Beliau juga turut berguru dengan Abu Abdullah b. Ibrahim Al Abla yang mengajarnya tentang siosologi, politik dan pendidikan.

(1)

Perkataan falsafah berasal dari bahasa yunani atau greek dan pertama kali digunakan oleh Phthagoras iaitu seorang ahli fakir yunani dalam abad ke-6 sebelum masihi. Perkataan falsafah mengandungi dua perkataan iaitu “philo” yang membawa maksud cinta dan “Sophia”yang membawa maksud kebijaksanaan.Selain itu seorang lagi sarjana barat, iaitu Plato mengatakan bahawa falsafah meneliti hakikat yang mendasari sesuatu benda atau perkara disebalik sifat luarannyaWalaubagaimanapun takrif falsafah masih begitu luas. Ibnu Khaldun iaitu salah seorang daripada sarjana islam telah mengklafikasikan ilmu menurut sudut pandangan hidup islam dari zaman awal hingga akhir zaman secara tekal. Beliau dan beberapa ahli falsafah yang lain telah memperlihatkan dua ciri yang penting dalam klafikasi ilmu dalam islam iaitu kesatuan dan tata tingkat ilmu. Antara ilmuanilmuan yang turut menggariskan klafikasi ilmu dalam islam termasuklah Al Kindi, Al Farabi, Abu Hassan Al Amiri, Ibnu Sina, Ibnu Rushd, Ikhwan Al safa, Al Ghazali, Nasir Al Din Tusi, Syamsudin Al Amuli dan Qutb Al Din Shirazi. Pada peringkat awalnya menurut salah seorang ahli Ilmuan semasa pada masa kini iaitu Prof. Syed Muhammad Naquib Al Attas para ilmuan islam membuat klafikasi ilmu berdasarkan model Aristotle dengan Al Kindi sebagai pemukanya. Al Farabi pula membuat klafikasi yang lebih terperinci dengan menambahkan disiplin-disiplin islam. Klafikasi ilmu yang di buat oleh Ibnu Sina, Al Ghazali dan Ibnu Rushd pula dipengaruhi oleh klafikasi Al Farabi.mankala Ibnu Khaldun pula telah merumuskan klafikasi ilmu (2)

islam hingga ke zamannya. Walaubagaimanapun terdapat pengubahsuaian yang ketara menurut perkembangan ilmu dan juga situasi pada sesuatu zaman itu. Berdasarkan kekuatan dan kekurangan klafikasi ilmu yang dihasilkan oleh para ilmuan islam klasik dan juga berdasarkan pengkonsepsian baru tentang ilmu dan pendidikan menurut tafsiran daripada al quran dan sunnah, seorang ilmuan semasa iaitu Prof. Syed Muhammad Naquib Al Atas telah mengemukakan skema dan tata tingkat ilmu menurut perspektif islam. Klafikasi beliau berasaskan konsep diri manusia yang terdiri daripada roh dan jasad. Roh yang mewakili diri yang batin ialah unsur yang mengenal penciptanya. Berdasarkan hakikat kesatuan diri manusia itulah beliau mengelaskan ilmu kepada dua kategori yang utama, iaitu ilmu pemberian tuhan dan ilmu yang di cari. Kategori ilmu yang pertama secara mutlak di perlukan manusia untuk di jadikan panduan dan asas penyerahan kepada penciptanya dan oleh itu menjadi fardu ain kepada setiap orang islam. Ilmu-ilmu yang berada dalam kategori ini terangkum dalam ilmu-ilmu rasional, intelektual, dan falsafah hanya diperlukan atau di tuntut ke atas sebilangan orang islam sahaja dan oleh itu ia merupakan fardu kifayah. Klafikasi ilmu sedemikian, jelas memperlihatkan dua konsep, iaitu maratib atau martabat ilmu dan juga kesatuan ilmu yang menjadi ciri terpenting ilmu dan pendidikan islam.Dari segi martabatnya, kategori ilmu yang pertama, iaitu yang berkaitan dengan ketuhanan yang ternyata lebih utama dan asasi jika dibandingkan dengan kategori ilmu kedua yang berkaitan dengan penelitian manusia terhadap alam. (3)

Selain daripada mengklafikasikan ilmu, Ibnu khaldun turut membuat teori tentang kitaran peradaban. Menurut tokoh sarjana islam ini konsep assabiyah atau perasaan kelompok mempunyai kaitan dalm pembentukan sesebuah Negara sekali gus menentukan kejayaan dan keruntuhannya. Menurut beliau assabiyah merupakan satu sifat yang melahirkan semangat saling mendukung, bekerjasama dan Bantu membantu. Mereka akan berasa malu dan tidak rela jika ada antara mereka yang memiliki ikatan darah mendapat perlakuan tidak adil atau hendak dijatuhkan, sehingga muncul hasrat untuk melindungi bangsa sendiri. Negara dan bangsa

dipertahankan

sekuat

kudrat,

berpaksikan

pegangan

jati

diri

dan

idealisme.Perkembangan dan evolusi sesebuah Negara adalah berdasarkan kepada lima tahap yang mesti di lalui dalam proses naik turun tamadun. Tahap pertama, Negara dibina dengan prinsip assabiyah iaitu masyarakat akan bersatu bagi mencapai satu matlamat. Tahap kedua merupakan era pemusatan kekuasaan yang di tandai dengan kemapanan kekuasaan sehingga timbul keinginan pemerintah untuk memonopoli kekuasaan .Manakala tahap ketiga merupakan kemuncak pencapaian tamadun.pada tahap keempat pula, pemerintah telah menjadi alpa dan sekadar berpuas hati dengan pencapaian terdahulu dan pada tahap yang terakhir sesebuah tamadun mencapai zaman kejatuhan apabila watak pemerintah bertukar jahat, rasuah, menyeleweng dan dihidapai pelbagai penyakit sosial.keadaan yang kronik ini hanya menanti waktu kehancuran.Akhirnya tamadun dan peradaban hancur musnah dan digantikan oleh bentuk pemerintahan baru bagi melengkapi pusingan kitaran dalam teori peradaban Ibnu Khaldun. (4)

PENUTUP Ibnu Khaldun meninggal dunia pada tahun 808 hijrah bersamaan 1406 masihi semasa berumur 74 tahun.Beliau banyak memberi sumbangan melalui karya-karya yang dihasilkannya. Kebanyakkan karya-karya beliau banyak mengaitkan sesuatu perkara dengan perkembangan rohani, akal dan akhlak. Di bidang ekonomi misalnya, beliau menganggap bahawa rezeki dikurniakan oleh allah mestilah dibahagikan sama rata dan dibelanjakan kepada perkara- perkara baik untuk kesejahteraan umat sejagat. Karya Al Muqaddimah merupakan karya beliau yang teragung.kitab- kitab lain yang penting ialah al ibbar yang menyentuh tentang ekonomi dan sejarah dan al tariff yang menyentuh persoalan ekonomi.

(5)

BIBLIOGRAFI •

AWANG SARIYAN 2007, FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU, KL, SYNERGYMATE SDN BHD.



HASHIM HAJI MUSA 2001, FALSAFAH, LOGIK, TEORI NILAI DAN ETIKA MELAYU, KL, SYNERGYMATE SDN BHD.



MOHD SYAH ABDULLAH, TEORI KITARAN TAMADUN KHALDUN DALAM DEWAN BUDAYA, JLD 30, BIL 8, HALAMAN 17-20, OGOS 2008.



HTTP://MEMBERS.TRIPOD.COM/MAN999/IBNU KHALDUN.HTML



HTTP://WWW.SABAH.EDU.MY/CWM010/IBNUKHALDUN.HTM

Related Documents

Ibnu Khaldun
October 2019 53
Ibnu Khaldun
October 2019 52
Ibnu Khaldun
October 2019 39
Ibnu Khaldun
October 2019 32
Ibnu Khaldun
October 2019 38
Ibnu Khaldun
October 2019 46

More Documents from "Nur Ain Mohd Amin"

Daftar Pustaka.docx
April 2020 31
Al-ghazali
October 2019 45
Plato
October 2019 71
Al-farabi
October 2019 46
Pantun
October 2019 40