Hikayat Seribu Satu Malam

  • Uploaded by: Nur Ain Mohd Amin
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Hikayat Seribu Satu Malam as PDF for free.

More details

  • Words: 1,373
  • Pages: 8
JXEA 1104 FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU

HIKAYAT SERIBU SATU MALAM (FALSAFAH KEBERANIAN DAN KEBIJAKSANAN)

NAMA : AZIAN BINTI ABD LATIFF NO.MATRIK : JEA08005 FAKULTI : AKADEMI PENGAJIAN MELAYU PENSYARAH : DR.AMRAN MOHAMAD

PENGENALAN KONSEP FALSAFAH Perkataan falsafah berasal daripada bahasa Yunani atau Greek purba yang pertama kali digunakan oleh Pythagoras (570-504 S.M) pada abad ke-6. Perkataan falsafah ini mengandungi

gabungan

dua

perkataan

iaitu

“philo”

(cinta)

dan

“sophia” ( kebijaksanaan). Oleh itu, falsafah boleh diertikan cinta akan kebijaksanaan atau kebenaran. Dalam Hikayat Seribu Satu Malam terdapat falsafah yang boleh dirungkaikan untuk kajian falsafah saya

ini

seperti keberanian dalam diri seorang wanita dan

kebijaksanaan dalam melakukan sesuatu perkara.

SINOPSIS Hikayat Seribu Satu Malam menceritakan

kisah

dua orang adik beradik yang

bernama Raja Shahriar dan Raja Shah Zaman yang mempunyai isteri yang curang terhadapnya. Raja Shahriar merupakan abang kepada Raja Shah Zaman. Pada suatu hari Raja Shah Zaman telah masuk

ke dalam

secara bersembunyi dan mendapati

isterinya sedang tidur bersama seorang hamba dari bangsa Habsyi. Setelah itu, Raja Shah Zaman berasa sangat marah tersebut. Manakala, berlaku

dan telah

Raja Shahriar

curang. Raja Shahriar

telah

juga

bertindak mengetahui

telah

membunuh isteri dan lelaki isteri

menyaksikan

Raja Shah Zaman sendiri

perbuatan

isterinya yang curang itu. Baginda juga berasa amat marah dan murka, namun telah dihalang oleh adiknya untuk membunuh isterinya itu kerana Raja Shah Zaman tidak

mahu

abangnya itu

melakukan

telah dilakukan olehnya

sesuatu perkara dengan terburu-buru sepeti yang

dahulu. Akhirnya, mereka

telah mengambil

keputusan

untuk meninggalkan tempat itu dan mengembara. Raja Shahriar telah memancung kepala permaisurinya, dayang-dayang berhenti-henti berkahwin

dan

hambanya. Sejak itu,

baginda

dan akan memenggal kepala isteri-isterinya

tidak

itu selepas

malam pertama. Baginda telah menitahkan agar seorang menteri mempersembahkan anak gadis menteri itu, kebetulan menteri tersebut memang mampunyai dua orang anak gadis, iaitu yang sulung bernama Shahrazad Duniazad. Akhirnya, Shahrazad

telah

dan

yang

bongsu bernama

bersetuju untuk berkahwin dengan baginda

kerana tidak mahu melihat ayahnya susah hati. Sebelum berkahwin Shahrazad telah merancang sesuatu untuk menyelamatkan dirinya

daripada

yang dibantu oleh Duniazad. Akhirnya, Shahrazad

telah

dibunuh oleh

baginda

berjaya menyelamatkan

dirinya daripada dibunuh oleh baginda yang kejam itu.

PETIKAN Perbuatan baginda membunoh isteri2-nya lepas seorang, sa-orang itu sa-orang itu hanya sa-mata2 kerana benchi terhadap wanita. Hambara’ayat di-dalam negeri telah gempar dan takut, masing2 kebimbangankalau2 tiba pula giliran anak2 dara mereka di-kahwini oleh raja,neschaya mati-lah di-bunoh baginda. Dari itu orang ramai telah melarikan anak2 dara mereka menerima kemalangan itu. Pada suatu hari Malik Shahriar memberi perentah kapada sa-orang gadis untok di-peristerikan. Satelah puas menteri itu menchari tiada juga bertemu, ia pun pulang-lah ka-rumahnya dengan hati yang hampa dan dukachita. Menteri itu berasa bimbang sambil berfikir,“Bukan sahaja aku akan di-murkai oleh baginda, jangan2 aku pula di-bunohnya menjadikan sia2 sahaja nyawa-ku.” Kebetulan, menteri itu sendiri ada mempunyai dua orang anak. Gadis; yang tua bernama Shahrazad, dan adek-nya bernama Duniazad. Shahrazad memang terkenal sa-orang gadis yang berilmu serta bijak tentang cherita2 sejarah raja2 purba-kala, sha’er2 dan pantun, sastera.Apabila ia mengetahui penderitaan batin yang di-tanggong oleh bapa-nya yang sedang termenong itu, Shahrazad pun berkata-lah, “Ayahanda! Anakanda sudi di-jodohkan dengan raja kita itu walau jadi apa pun. Sebab-nya ia-lah, mahu atau tidak mahu, anakanda terpariksa berkorban sa-bagai menebus nyawa ayah. Jikalau anakanda

telah berkahwin dengan-nya serta selamat pula daripada pembunohan-nya, itu beretilah bahawa anakanda telah menyelamatkan bukan sahaja nyawa sendiri, malah nyawa sekalian anak2 dara bangsa kita seluroh-nya.” Ayahanda-nya menjawab, “Anakanda! Demi Allah, jangan-lah chuma2 menchari bala yang demikian. Nyawa kamu adalah lebeh utama daripada segala apa jua.” Shahrazad berkata lagi, “Ayahanda, anakanda mesti berkorban juga walau bagaimana sakali pun.” Shahrazad berperi2 benar memohon kapada ayah-nya supaya diri-nya sendiri di-kahwinkan dengan raja itu. Di-sebabkan tidak terhemat hendak menggalang kemahuan anakanda-nya, menteri itu pun menyembahkan-lah anak gadis kesayangan-nya itu kapada Malik Shahriar dan tidak pula di-terangkan-nya sendiri.Sa-belum di-bawa mengadap raja pada malam itu, Shahrazad telah mengator ranchagan2-nya terlebeh dahulu bersama dengan adinda-nya Duniazad. Mereka telah berjanji; manakala Shahrazad telah berada di-Istana hendaklah adinda-nya segera datang apakala sahaja mendapat panggilan dari Istana. Kemudian hendak-lah Duniazad memohonkan kapada kakanda-nya supaya bercherita sa-panjang malam itu sa-bagai menghiborkan hati-nya yang akan bercherai dengan-nya pada esok hari. Raja pun memberi perentah supaya Duniazad dihadhirkan kaistana. Bertemu-lah Shahrazad dengan Duniazad berpelok2-an serta dengan tangis ratap-nya sa-olah2 mereka tidak akan bertemu lagi. Sambil itu Duniazad meminta kakanda-nya bercherita sadikit sa-bagai menghiborkan hati-nya yang sedang remok redam kerana akan berpisah buat sa-lama2-nya itu. Sa-telah mendapati idzin daripada raja, Shahrazad pun mulai-lah bercherita. Maka daripada cherita malam permulaan ini-lah hingga membawa kepada sa-ribu satu malam, tidak putus2 bercherita.Dengan ilham dari cherita2 Shahrazad yang telah di-dengar oleh Malik Shahriar itu-lah menjadikan berpaling sa-mula hati baginda tiada lagi membenchi wanita, serta berhenti-lah baginda daripada melakukan perbuatan kejam-membunoh isteri2-nya mana2 yang telah di-tidori-nya sa-lama sa-malam itu.Perubahan yang mengejut itu ada-lah hasil dari kajian kebijaksanaan Shahrazad, hingga dapat menyelamatkan nyawa-nya dan kekal menjadi isteri Malik Shahriar. (Hikayat Seribu Satu Malam: m/s 8-12)

KUPASAN Setelah

saya fahami dan

megkaji Hikayat

Seribu Satu Malam dapatlah

disimpulkan bahawa persoalan falsafah yang terdapat dalam Hikayat Seribu Satu Malam ini ialah tentang keberanian dan kebijaksanaan. Sikap keberanian bukan sahaja ada dalam diri lelaki sahaja, malah sikap ini juga diperlukan oleh golongan yang lemah iaitu, wanita agar mereka boleh menjadi lebih berani dan berkeyakinan untuk membuat keputusan. Sikap keberanian ini juga merupakan sikap yang

perlu ada dalam diri seseorang kerana

dengan keberanian kita dapat

melakukan sesuatu dengan tanpa rasa takut dan gentar

seperti membuat suatu pengorbanan untuk kebaikan orang lain. Apabila perasaan takut yang mengawal diri kita, kita akan menjadi seorang yang kebolehan diri sendiri. Selain itu, kebijaksanaan sesuatu perkara agar segala yang

dirancang

penakut dan tidak yakin akan

juga diperlukan untuk melakukan dapat berjalan dengan lancar dan

membuahkan hasil yang memuaskan hati. Kita mestilah melakukan sesuatu dengan menggunakan akal dan bijak dalam membuat sesuatu keputusan agar tidak melakukan kesilapan dan membuat keputusan yang terburu-buru. Kebijaksanaan juga dapat menyelamatkan diri daripada

menghadapi

sebarang

kesusahan

apabila kita

keberanian dan

kebijaksanaan

ditimpa masalah. Dalam

hikayat ini, menceritakan tentang

Shahrazad yang jelas terpapar dalam Hikayat Seribu Satu Malam ini. Shahrazad berpegang kepada sikap berani dan bijak dalam melakukan sesuatu perkara dan membuat keputusan untuk melakukan sebuah pengorbanan dalam hidupnya. Shahrazad telah membuat keputusan untuk

menjadi isteri Raja Shahriar yang kejam itu dan ini

menunjukkan bahawa Shahrazad seorang yang rela berkorban demi kepentingan keluarganya untuk menyelamatkan ayahandanya Shahrazad

daripada dibunuh. Keputusan yang

lakukan ini juga menunjukkan bahawa dia seorang yang berani kerana

sanggup berkahwin dengan raja yang kejam itu, walaupun telah diketahui olehnya akan perbuatan Raja Shahriar yang telah membunuh isteri-isterinya dengan memenggal kepala mereka selepas malam pertama. Perbuatan kejam Raja Shahriar itu tidak

dapat

menakutkannya kerana Shahrazad telah mempunyai rancangan yang tersendiri untuk menyelamatkan dirinya daripada menjadi mangsa atas perbuatan kejam yang dilakukan

oleh raja itu. Hal ini juga menunjukkan kebijaksanaan Shahrazad dalam melakukan sesuatu perkara yang berkaitan dengan hidup matinya untuk

menyelamatkan dirinya

daripada dibunuh. Shahrazad

telah

berjaya menjalankan

rancangan dengan bantuan

adindanya iaitu, Duniazad yang telah membantunya untuk segala tipu muslihat yang dilakukannya untuk mendengar

juga cerita-cerita yang disampaikan olehnya sehingga

seribu satu malam. Shahrazad menghabiskan masa berjam-jam selepas perkahwinannya dengan Raja Shahriar untuk menceritakan pelbagai cerita menarik kepada raja. Shahrazad amat bijak sekali kerana setiap kali waktu Subuh, Shahrazad akan berhenti pada bahagian suspens supaya baginda akan

menagguhkan hukuman mati ke atasnya kerana ingin

mengetahui

itu. Akhir sekali, Raja

akhir ceritanya

Shahriar

membunuhnya kerana sudah tertarik untuk mengetahui akhir cerita

tidak jadi untuk Shahrazad

itu.

Kebijaksanaan Shahrazad juga dapat dilihat menerusi cerita-cerita yang disampaikan olehnya sehinggakan membuatkan orang tidak jemu untuk mendengar ceritanya

itu.

KESIMPULAN Sebagai kesimpulannya, dalam Hikayat Seribu Satu Malam ini terdapat falsafah yang boleh kita ambil dan menjadi

pegangan kita dalam melakukan sesuatu perkara,

iaitu keberanian dan kebijaksanaan untuk melakukan

sesuatu

rancangan

yang

memberikan hasil yang memuaskan hati kita. Keberanian dan kebijaksanaan amat penting dalam hidup seseorang untuk menjadi seorang ygng berjaya dan sikap ini juga saling berkaitan antara satu sama lain. Demikianlah, persoalan falsafah yang terkandung dalam hikayat ini.

RUJUKAN Awang Sariyan. 2007. Falsafah Dan Logika Melayu. Jabatan Bahasa Melayu. Akademi Pengajian Melayu: Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Hashim Bin Haji Musa. 2001. Falsafah, Logik, Teori Nilai Dan Etika Melayu (Suatu Pengenalan). Akademi Pengajian Melayu: Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Hasan Jawhar. 1965. Hikayat Sa-ribu Satu Malam. Dewan Bahasa Dan Pustaka : Kuala Lumpur. Mhtml:file://H:\hikayat%201001%20malam.mht Penyelenggara Majlis Peperiksaan Malaysia. 2003. Mutira Sastera Melayu Tradisional. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.

Related Documents

Hikayat Seribu Satu Malam
October 2019 65
Hikayat 1001 Malam
May 2020 26
Hikayat 1001 Malam
October 2019 38
Syair Seribu Satu Hari
October 2019 44
Hikayat 1001 Malam
October 2019 34
Hikayat 1001 Malam
October 2019 41

More Documents from "Firda"

Pantun Budi
October 2019 46
Al-ghazali
October 2019 46
Nazam Ajal
October 2019 53
Al-kindi
October 2019 40
Tajus Salatin
October 2019 36
St-01-01
October 2019 48