Bawang Putih Bawang Merah

  • Uploaded by: Nur Ain Mohd Amin
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bawang Putih Bawang Merah as PDF for free.

More details

  • Words: 2,252
  • Pages: 10
FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU JXEA1104 KARYA MELAYU KLASIK NAMA

:

NORAIN BINTI ABDULLAH

NOMBOR MATRIK

:

JEA080081

NAMA PENSYARAH

:

DR.AMRAN MUHAMMAD

SEMESTER SATU SESI 2008/2009 AKADEMI PENGAJIAN MELAYU UNIVERSITI MALAYA

Petikan dari cerita Bawang Putih Bawang Merah Oleh sebab takut, Mak Kundur menceritakan tentang Bawang Merah. Datuk Hulubalang mengatakan bahawa perempuan itulah yang sebenarnya yang dilihat dan bukannya Bawang Putih. Raja pun menitahkan Bawang Merah naik ke buaian dan bergurindam. Raja terpesona dengan kemerduan suara Bawang Merah dan berasa hairan melihat buaian itu berayun tanpa sesiapa pun yang mengerakkannya. Raja sangat berkenan dan meminta Bawang Merah mengikutnya ke istana. Tetapi, Bawang Merah hanya akan mengikut Raja kiranya Bawang putih dan Mak Kundur dibawa bersama-sama. Akhirnya Raja bersetuju.

Bawang Merah telah menjadi permaisuri. Oleh sebab berkelakuan jahat dan dengki, Mak Kundur dan Bawang Putih tidak dibenarkan tinggal di istana. Atas permintaan permaisuri, mereka kemudian dibenarkan datang ke istana. Bawang Merah tidak pernah menyangka bahawa Mak Kundur masih menyimpan dendam. Oleh sebab itu ia bersikap ramah-tamah dan baik hati kepada mereka berdua. Segala nasihat yang diberikan Mak Kundur diikutinya. Mula-mula Mak Kundur menyuruh permaisuri bertanya tentang bagaimana sayangnya Raja kepadanya. Mulanya Raja murka, tetapi akhirnya baginda menyatakan sangat sayang kepada permaisuri. Untuk kali kedua Mak Kundur menyuruh permaisuri menaburkan miang rebung atas tempat tidur Raja dengan mengatakan miang rebung yang dibawanya itu telah dijampi dan mempunyai banyak khasiat. Pada mulanya Raja sangat murka tetapi kemudian baginda memaafkan permaisuri setelah mengetahui perbuatan permaisuri menuruti rancangan jahat Mak kundur. Kemudian Mak Kundur datang lagi, dan kali ini membawa sebilah kapak. Ia menyuruh permaisuri menggantungkan kapak itu di depan pintu bilik. Apabila Raja mahu masuk ke dalam bilik, disuruhnya permaisuri mengayunkan kapak itu supaya terkena Raja. Perbuatan itu dimurkai oleh Raja dan Raja menjatuhkan hukuman bunuh kepada permaisuri kerana berniat membunuhnya. Hulubalang dan dayang kemudian menerangkan hal yang sebenarnya. Raja membatalkan hukuman kepada permaisuri tetapi baginda menjatukan hukuman bunuh kepada Mak Kundur. Mak Kundur meminta ampun dan belas kasihan dengan berjanji tidak akan mengulangi lagi perbuatan itu. Raja tidak dapat memaafkan lagi kesalahan Mak Kundur, malahan telah menjatuhkan hukuman disebat dengan ekor pari terlebih dahulu sebelum dibunuh. Permaisuri sangat kasihan melihat kesakitan yang ditanggung oleh Mak Kundur. Permaisuri pun bermohon kepada Raja supaya tidak menjatuhkan hukuman bunuh kepada ibu tirinya itu. Mulanya Raja menolak tetapi setelah permaisuri bersungguh-sungguh merayu, baginda bersetuju tetapi Mak Kundur dan Bawang Putih tidak dibenarkan tinggal dalam negeri itu lagi.

Cerita teladan Cerita teladan adalah merupakan sebuah cerita yang mengisahkan tentang golongan rakyat biasa dan berlatarkan alam nyata. Cerita teladan mengetengahkan bahawa watak yang baik itu akhirnya akan mendapat pembelaan, sebaliknya watak yang jahat akan menerima pembalasan setimpal dengan perbuatan yang telah dilakukan oleh mereka. Unsur kesaktian dan keajaiban dalam cerita teladan ini amat berkurang berbanding yang terdapat dalam cerita lipur

lara. Walau bagaimanapun, unsur kebetulan memainkan peranan penting dalam cerita ini, terutama sekali ketika titik perubahan watak utama. Di dalam cerita teladan terdapat banyak unsur didaktik dan pendidikan moral yang akan diterapkan melalui nilai-nilai murni. Unsur-unsur pengajaran dan pendidikan yang terdapat dalam cerita teladan yang ingin disampaikan ini lebih tertumpu kepada golongan kanak-kanak terutama dalam aspek peraturan sosial dan ajaran agama. Watak utama dalam cerita teladan ini selalunya akan menanggung penderitaan, kekejaman, nasib malang, dan penindasan di awal cerita sebelum berlakunya perubahan nasib di akhir cerita. Sinopsis cerita teladan Bawang Putih dan Bawang Merah Pak Ali mempunyai dua orang isteri iaitu Mak Labu dan Mak Kundur. Mak Labu melahirkan seorang anak yang bernama Bawang Merah dan Mak Kundur pula melahirkan seorang anak bernama Bawang Putih. Pak Ali mati akibat terkena sengat ikan sembilang. Mak Kundur yang telah lama berasa cemburu dengan Mak Labu telah membunuh Mak Labu dengan cara menolak Mak labu ke dalam perigi. Perbuatan Mak Kundur ini tidak diketahui oleh Bawang Merah. Tetapi telah berlaku keajaiban apabila Mak Labu telah menjelma menjadi seekor ikan kaloi. Ikan kaloi itu kemudian telah ditangkap dan telah digulai oleh Mak Kundur. Bawang Merah telah memakan gulai ikan kaloi tersebut. Apabila Bawang Merah telah mengetahui bahawa gulai ikan yang dimakan olehnya itu adalah ibunya sendiri, Bawang Merah telah mengutip tulang-tulang ikan itu dan tulang tersebut telah ditanam. Tempat tulang ikan itu ditanam telah ditumbuhi oleh sebatang pohon beringin. Di tempat pohon inilah Bawang Merah bermain buaian dan menyanyi. Seorang Raja telah terpikat kepada Bawang Merah walaupun pada mulanya Bawang Putih yang cuba untukmenyamar sebagai Bawang Merah.

Apabila Bawang Merah telah

berkahwin dengan Raja, Mak Kundur masih menyimpan dendam terhadap Bawang Merah. Mak

Kundur telah menyuruh Bawang Merah melakukan pekara-pekara yang menyakitkan hati Raja. Apabila

Bawang Merah bertindak lebih kasar, Raja sangat murka.

Apabila Raja telah

mengetahui kebenaran disebalik segala yang telah berlaku Bawang putih dan Mak Kundur telah diusir dari istana itu.

Melalui petikan yang diambil daripada cerita Bawang Putih dan Bawang Merah ini terkandung pelbagai falsafah yang terdapat dalam cerita ini. Antara falsafah yang terdapat dalam cerita ini ialah baik hati. Baik hati adalah perbuatan yang lahir dari hati nuraini yang perlu dibuat dengan perasaan yang tulus ikhlas tanpa mendapat paksaan dari mana-mana pihak. Sesungguhnya sikap baik hati ini tidak terdapat dalam diri setiap manusia. Sikap baik hati ini jelas dapat ditonjolkan melalui watak Bawang Merah. Walaupun Bawang Merah sering dianiaya oleh Mak Kundur dan Bawang Putih, namun Bawang Merah tetap bersikap baik hati terhadap mereka berdua. Sikap ini jelas dilihat apabila Bawang Merah hanya akan mengikut Raja sekiranya Mak Kundur dan Bawang Putih dibawa bersama-sama. Bawang Merah juga telah memohon kepada Raja agar Mak Kundur dan Bawang Putih dibenarkan untuk melawatnya di istana. Bawang Merah tetap bersifat baik hati kepada Mak Kundur dan Bawang putih tanpa menyimpan sebarang syak wasangka yang buruk terhadap

mereka walaupun sebenarnya Mak Kundur dan Bawang Putih tidak pernah insaf dan masih menyimpan dendam terhadap Bawang Merah. Sesungguhnya sikap baik hati yang ditonjolkkan melalui watak Bawang merah ini wajar dicontohi oleh semua agar kehidupan akan sentiasa aman dan harmoni. Sekiranya seseorang itu mengamalkan sikap baik hati ini dalam kehidupan seharian mereka kehidupan di dunia ini akan menjadi lebih mudah tanpa adanya sebarang persengketaan dan pergaduhan.

Selain itu, falsafah yang turut terdapat dalam cerita Bawang Putih dan Bawang Merah ini juga ialah perasaan hasad dengki dan pendendam. Perasaan hasad dengki dan pendendam ini akan wujud akibat daripada kebencian yang terdapat dalam diri seseorang akibat terlalu cemburu atau iri hati. Perasaan hasad dengki dan pendendam adalah satu perbuatan yang tidak baik. Dalam ajaran agama juga telah melarang perbuatan ini. Perbuatan ini amatlah dimurkai oleh Allah S.W.T. Dalam cerita Bawang Merah dan Bawang Putih ini perasaan hasad dengki dan pendendam ini jelas dapat dilihat melalui watak Mak Kundur. Ini terbukti apabila Mak Kundur telah menyuruh permaisuri menaburkan miang rebung ke atas tempat tidur Raja dengan mengatakan miang rebung yang dibawanya itu telah dijampi dan mempunyai banyak khasiat. Perbuatan ini seterusnya telah menimbulkan kemarahan kepada Raja. Mak Kundur juga telah menyuruh permaisuri menggantungkan kapak di depan pintu bilik. Apabila Raja masuk ke dalam bilik, disuruhnya permaisuri mengayunkan kapak itu supaya terkena Raja. Niat Mak Kundur melakukan semua ini adalah supaya Bawang Merah dimurkai oleh Raja dan seterusnya akan menyebabkan Bawang Merah menerima hukuman. Mak Kundur juga mempunyai niat agar

Bawang putih pula yang akan dapat berkahwin dengan Raja. Walaubagaimanapun, segala rancangan yang telah dijalankan oleh Mak Kundur ini tidak berjaya malah perbuatannya ini telah memudaratkan diri sendiri apabila Raja telah mengetahui hakikat di sebalik apa yang telah berlaku. Kejujuran yang terdapat dalam diri Bawang Merah telah dapat mengatasi segala kejahatan yang telah dilakukan.

Disamping itu, falsafah yang juga terkandung dalam cerita ini juga ialah maaf. Maaf boleh didefinisikan sebagai mengampunkan atau dilepaskan dari sebarang kesalahan. Kemaafan perlulah datang dari hati yang tulus ikhlas dan dengan perasaan rela hati tanpa mendapat paksaan dari mana-mana pihak. Kemaafan adalah sesuatu yang amat penting. Sekiranya kita melakukan sebarang kesilapan terhadap seseorang individu, kita perlulah memohon kemaafan terhadap individu tersebut. Sekiranya kita telah melakukan kesalahan kepada Allah S.W.T kita perlulah memohon keampunan dan kemaafan kepada-NYA. Kemaafan ini adalah sesuatu yang amat penting dalam kehidupan seseorang individu agar dapat menjalani kehidupan yang lebih tenang di dunia ini dan juga di akhirat kelak. Kemaafan juga adalah sesuatu yang dituntut dalam agama Islam juga. Dalam cerita Bawang Putih dan Bawang Merah ini juga dapat juga dilihat unsur kemaafan. Ini dapat dilihat apabila Raja telah memaafkan permaisuri apabila mengetahui bahawa perbuatan permaisuri menabur miang rebung di atas tempat tidur Raja adalah kerana menuruti segala rancangan jahat Mak Kundur. Raja juga telah mengampun kesalahan Mak Kundur apabila Mak Kundur telah meminta ampun dan belas kasihan dengan berjanji tidak akanmengulangi lagi perbuatan itu. Pada mulanya Raja amat murka dengan segala angkara jahat yang telah dilakukan oleh Mak Kundur dan telah menjatuhkan hukuman disebat dengan ekor pari terlebih dahulu sebelum dibunuh. Permaisuri berasa amat kasihan dengan kesakitan yang

telah ditanggung oleh Mak Kundur. Permaisuri bermohon kepada Raja supaya tidak menjatuhkan hukuman bunuh kepada Mak Kundur. Akhirnya Raja telah bersetuju dan mengampunkan Mak Kundur.

Dengan ini jelaslah menunjukkan bahawa sikap pemaaf ini adalah penting untuk

dipraktikkan dalam kehidupan agar lebih harmoni.

Dalam cerita Bawang Merah dan Bawang Putih ini juga terdapat juga falsafah cinta. Cinta adalah satu perasaan yang dirasai secara semulajadi yang hadir dalam hati tanpa perlu dipaksa. Cinta lahir dalam keadaan yang sungguh halus hingga tidak diketahui dari mana dan mengapa ia hadir. Cinta adalah sesuatu yang sangat suci dan murni. Setiap insan yang ada di muka bumi ini tidak dapat lari daripada perasaan cinta. Cinta ini adalah seperti cinta kepada ILAHI, kekasih, ibu bapa, alam sekitar, negara dan sebagainya. Dalam cerita Bawang Putih dan Bawang Merah ini juga terdapat unsur percintaan. Ini jelas dapat dilihat apabila Raja telah jatuh cinta kepada Bawang Merah. Apabila Raja melihat Bawang Merah menaiki buaian dan bergurindam, Raja sangat terpesona dengan Bawang Merah. Raja seterusnya telah meminta agar Bawang Merah mengikutnya untuk pulang ke istana dan menjadi permaisuri. Cinta yang dipaparkan melalui kisah Raja ini adalah cinta pandang pertama dan Raja telah yakin bahawa Bawang Merah adalah amat sesuai untuk dijadikan sebagai teman hidupnya. Selain itu, dalam cerita Bawang Putih dan Bawang Merah ini juga terdapat falsafah kejujuran. Kejujuran boleh ditakrifkan sebagai lurus hati, tulus dan ikhlas. Seseorang yang jujur ini akan selalu menerima kebaikan sebagai balasan baik daripada Allah S.W.T. Dalam cerita Bawang Putih dan Bawang Merah ini ditonjolkan juga unsur-unsur kejujuran. Ini dapat dilihat melalui watak Bawang Merah. Kisah kejujuran ini dapat dilihat apabila Bawang Merah yang tidak mempunyai niat untuk membunuh Raja. Segala perbuatan yang dilakukan olehnya adalah

semata-mata menurut ajaran Mak Kundur dan mempercayai kata-kata Mak Kundur bahawa segala perbuatan yang dilakukan akan menyebabkan Raja akan semakin sayang terhadap dirinya. Ketika Raja telah murka terhadap

segala perbuatan Bawang Merah dan akan

menjatuhkan hukuman bunuh kepada Bawang Merah, hulubalang dan dayang telah menceritakan hal yang sebenarnya kepada Raja. Raja yang telah mengetahui hal yang yang sebenar telah membatalkan hukuman kepada Bawang Merah tetapi baginda telah menjatuhkan hukuman bunuh kepada Mak Kundur. Melalui cerita ini jelaslah menunjukkan bahawa kejujuran yang terdapat dalam diri seseorang akan dapat

mengatasi segala kejahatan dan kejujuran akan

mendatangkan kebaikan kepada diri seseorang. Setiap manusia perlulah menanamkan sifat jujur ini dalam diri kerana ini adalah satu sifat yang terpuji. Disamping itu, dalam cerita Bawang Putih dan Bawang Merah ini juga terhadap juga falsafah kasih sesama manusia. Kasih pula boleh didefinisikan sebagai perasaan sayang atau cinta. Perasaan kasih ini perlu ada dalam diri setiap manusia agar kehidupan akan kekal harmoni selamanya. Melalui cerita Bawang Putih dan Bawang Merah ini jelas dapat memaparkan nilai kasih. Ini dapat dilihat melalui watak Bawang Merah. Perasaan kasih Bawang Merah terhadap ibu tirinya iaitu Mak Kundur dan Bawang Putih tidak berbelah bahagi. Walaupun Mak Kundur telah melakukan pelbagai perkara yang amat teruk terhadap Bawang Merah, namun Bawang Merah tidak pernah menyimpan sebarang perasaan dendam terhadap mereka berdua. Sebaliknya kerana perasaankasih Bawang Merah terhadap mereka berdua, Bawang Merah tetap ingin membawa mereka untuk tinggal di istana. Atas dasar perasaan kasih juga, Bawang Merah juga tidak sanggup untuk melihat Mak Kundur dijatuhi hukuman bunuh dan telah memohon kepada Raja agar membatalkan hukuman tersebut. Melalui kisah yang berlaku ini jelaslah menunjukkan bahawa perasaan kasih adalah sesuatu yang amat mulia dan perlu ada dalam diri setiap individu.

Penutup Melalui cerita Bawang Putih dan Bawang Merah ini jelaslah menunjukkan terdapat banyak unsur-unsur falsafah yang terkandung di dalamnya. Segala unsur yang terdapat dalam cerita ini adalah realiti sebenar kehidupan manusia. Nilai baik hati, cinta, maaf, kasih sesama manusia, kejujuran, hasad dengki adalah sesuatu yang akan ditemui dalam kehidupan seharian. Nilai-nilai yang murni seperti baik hati, kasih sesama manusia, cinta, kejujuran adalah amat penting dan perlu diterapkan dalam diri setiap individu. Manakala nilai-nilai yang negatif seperti hasad dengki dan pendendam perlulah dihindari kerana ini adalah satu perasaan yang tidak baik dan boleh menimbulkan kecelaruan dalam hidup seseorang individu tersebut. Sikap yang terdapat dalam diri Bawang Merah adalah wajar dicontohi oleh semua. Bawang Merah tidak pernah menyimpan dendam terhadap sesiapa dan sentiasa berfikiran positif. Bawang Merah juga sentiasa berkelakuan baik terhadap semua orang. Sikap yang ditonjolkan oleh Bawang Merah melalui cerita ini adalah wajar untuk diamalkan dalam kehidupan yang sebenar.

Berbeza pula dengan Mak Kundur yang sentiasa menyimpan dendam. Watak yang

ditonjolkan oleh Mak Kundur ini perlulah dihindari. Dalam norma kehidupan manusia juga sememangnya sikap yang terdapat dalam cerita ini adalah benar-benar terjadi dan ini adalah lumrah dalam kehidupan manusia.

BIBLIOGRAFI Adnan Abdul Majid. 2003. Mutiara Sastera Melayu Tradisional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Awang Sariyan. 2007. Falsafah dan Logika Melayu. Kuala Lumpur: Synergymate Sdn.Bhd.

Hashim Musa. 2001. Falsafah, Logik, Teori Nilai dan Etika Melayu Suatu pengenalan. Universiti Malaya: Akademi Pengajian Melayu. M. Jasni Majed. 2006. Mutiara Sastera Melayu Tradisional. Malaysia: Marshall Cavendish Sdn.Bhd.

Related Documents


More Documents from "EdyIrianto"

Pantun Budi
October 2019 46
Al-ghazali
October 2019 46
Nazam Ajal
October 2019 53
Al-kindi
October 2019 40
Tajus Salatin
October 2019 36
St-01-01
October 2019 48