Bawang Putih Bawang Merah

  • Uploaded by: Firda
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bawang Putih Bawang Merah as PDF for free.

More details

  • Words: 2,380
  • Pages: 13
FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU JXEA 1104 KARYA MELAYU KLASIK

NAMA

: NURUL AIN BINTI ALIZUDDIN

NOMBOR MATRIK

: JEA 080103

NAMA PENSYARAH : DR. AMRAN MUHAMMAD

SEMESTER SATU TAHUN 2008/2009 AKADEMI PENGAJIAN MELAYU UNIVERSITI MALAYA

PENGENALAN

Dalam karya kesusasteraan Melayu terdapat hasil sastera yang dikenali sebagai sastera rakyat. Sastera rakyat ini terbahagi kepada beberapa genre sastera seperti mitos, lagenda dan cerita rakyat. Cerita rakyat pula merangkumi cerita binatang, cerita hantu, cerita jenaka, cerita teladan dan penglipur lara. Genre ini dinamakan kesusasteraan rakyat kerana hasil karyanya milik bersama angota masyarakat kerana tidak diketahui pencipta asalnya. Namun yang pasti penciptanya adalah daripada golongan rakyat biasa yang mempunyai tahap pemikiran yang sederhana.

Kesusasteraan ini juga dikenali sebagai kesusasteraan lisan kerana penyebaran cerita adalah berdasarkan lisan dan disampaikan secara turun-temurun kepada khlayaknya yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira usia. Lantaran itu, dalam usaha penyampaian cerita rakyat ini terdapat unsur tokok tambah untuk menjadikan jalan cerita lebih menarik. Maka tidak hairanlah sekiranya terdapat pelbagai versi cerita sehingga menimbulkan kekeliruan.

Walau bagaimanapun seiring dengan perkembangan teknologi media, hasil karya sastera rakyat ini telah diterjemah ke dalam bentuk tulisan bagi memudahkan penyampaian cerita tersebut. Namun karya-karya ini masih lagi mengekalkan sifat keasliannya terutama dari aspek gaya bahasa dan teknik penyampaian. Antara contoh kesusasteraan rakyat yang telah diabadikan dalam bentuk tulisan adalah jenaka Pak Pandir, Pak Kadok, Mat Jenin, pelbagai cerita binatang, Puteri Gunung Ledang, Puteri

2

Sa’adong dan pelbagai lagi. Selain itu, pada zaman yang dianggap moden ini terdapat juga beberapa sastera rakyat yang telah dijadikan sebagai cerita di televisyen.

Terdapat beberapa ciri-ciri sastera rakyat atau lisan yang menjadikannya berbeza dengan sastera panji, epik atau hikayat. Antaranya ialah diucapkan secara lisan, wujud dalam pelbagai versi,penciptanya tidak diketahui,hak milik bersama masyarakat, tiada unsur penapisan cerita dan mempunyai logika tersendiri yang kadang kala tidak sesuai dengan logika umum. Selain itu, sastera rakyat juga mempunyai fungsi tersendiri untuk menyampaikan pengajaran atau pendidikan moral kepada pendengar dan digunakan sebagai medium hiburan serta meningkatkan darjat atau keturunan seseorang.

3

SINOPSIS Pak Ali dan isterinya Mak Labu tinggal di sebuah pondok di pinggir hutan. Oleh kerana Mak Labu tidak boleh mengandung, Pak Ali telah berkahwin dengan Mak Kundur. Kemudian, Kundur telah melahirkan anak perempuan yang diberi nama Bawang Putih dan diikuti oleh Mak Labu yang menamakan anaknya sebagai Bawang Merah. Keperibadian Bawang Putih berbeza dengan Bawang Merah yang merupakan seorang anak yang taat, baik hati dan lemah lembut. Suatu hari, Pak Ali bersama Bawang Merah telah pergi memancing ikan sembilang

dan dalam kejadian itu Pak Ali telah mati

disengat oleh ikan sembilang.

Kehidupan Mak Labu dan Bawang Merah semakin perit setelah kematian Pak Ali dengan sikap cemburu Mak Kundur yang telah bertekad untuk membunuh Mak Labu. Mak Kundur telah menolak Mak Labu jatuh ke dalam perigi dan Mak Labu telah menjelma menjadi seekor ikan kaloi. Apabila Mak Kundur mengetahui hal ini beliau telah menangkap ikan kaloi tersebut lalu ikan itu dimasak gulai dan diberi makan kepada Bawang Merah. Setelah mengetahui hal tersebut, Bawang Merah telah mengutip tulangtulang ikan tersebut dan ditanam sehingga tumbuh menjadi sebatang pohon beringin beserta buaian. Bawang Merah telah menjadikan pohon tersebut sebagai tempat bermain dan menyanyi. Suatu hari, ketika sedang leka menyanyi di atas buaian tanpa disedari tingkah lakunya telah diperhatikan oleh Datuk Hulubalang dan Datuk Panglima lantas memaklumkan hal tersebut kepada Raja. Lantaran itu, Raja berhasrat untuk menemui

4

Bawang Merah tetapi bawang putih telah menyamar sebagai Bawang Merah namun diketahui oleh Raja. Akhirnya, Bawang Merah telah

berkahwin dengan Raja dan

ditabalkan sebagai permaisuri. Walau bagaimanapun, Mak Kundur masih berdendam dan dengki terhadap Bawang Merah dan telah membuat pelbagai rancangan yang menimbulkan kemurkaan Raja terhadap Bawang Merah. Namun akhirnya perbuatan Mak Kundur ini diketahui oleh Raja lantas Mak Kundur dan Bawang Putih telah dihalau keluar dari istana.

5

PETIKAN SASTERA RAKYAT BAWANG PUTIH BAWANG MERAH

Pak Ali dan isterinya Mak Labu tinggal di sebuah pondok di pinggir hutan. Kerja harian mereka ialah berladang. Pak Ali sangat sayangkan isterinya ditambah dengan sikap isterinya tidak pernah membantah segala yang diarahkan oleh pak Ali. Suatu malam Pak Ali termenung kerana mengingati perkahwinannya yang telah sekian lama tidak mendapat anak. Kesusahannya itu diketahui oleh Mak Labu dan dengan ikhkas Mak Labu memberi kebenaran kepada pak Ali untuk beristeri lagi.

Pak Ali berkahwin dengan seorang perempuan yang dipanggil Kundur,lebih muda daripada Mak Labu tetapi tidaklah secantik Mak Labu. Pak Ali membawa Mak Kundur tinggal serumah dengan Mak Labu. Kundur, seorang yang agak sombong perangainya hinggalah suatu hari berlaku pertengkaran antara Mak Kundur dengan Mak Labu. Pak Ali tidak menyebelahi mana-mana pihak tetapi menasihati mereka agar terus bersabar. Mak Labu berjanji akan terus bersabar namun Mak Kundur bersikap keras kepala dan menyatakan Mak Labu mandul. Mak Labu adalah seorang yang baik hati. Setiap kali bergaduh, dia datang pada Mak Kundur dan meminta maaf, walaupun ia adalah isteri tua yang patut dihormati.

Setahun selepas Pak Ali berkahwin dengan Mak Kundur. Mak Labu telah mengandung dan sebulan kemudian Mak Kundur pula mengandung. Pak Ali sangat suka hati dan menjaga kedua-dua isterinya dengan berhati-hati dan penuh kasih sayang. Mak Labu kemudiannya melahirkan bayi perempuan yang di beri nama Bawang Merah dan Mak Kundur pun melahirkan bayi perempuan yang diberi nama Bawang Putih.

6

Antara falsafah yang terdapat dalam cerita ini adalah ketaatan. Ketaatan adalah sentiasa menurut perintah dan patuh akan surahan itu. Secara umumnya ketaatan bukan sahaja merujuk terhadap suruhan manusia terhadap manusia bahkan taat pada perintah ALLAH dan rasulnya serta ajaran-ajaran yang terkandung dalam kitab suci iaitu alQuran, di samping ketaatan manusia terhadap alam. Ketaatan manusia terhadap manusia adalah bersifat dua hala iaitu patuh terhadap suruhan seseorang namun berlainan dengan ketaatan terhadap ALLAH yang memerlukan penta’akulan dan penafsiran akal manusia terhadap suruhannya seperti yang terkandung dalam rukun iman dan rukun islam. Hal ini adalah kerana setiap manusia mempunyai pandangan dan pemikiran yang berbeza mengikut kefahaman diri sendiri. Namun berbeza dengan ketaatan terhadap alam, manusia kini kurang memandang perkara ini sebagai satu pengetahuan terhadap mikro kosmos tetapi menanggap alam ini sebagai satu keperluan kehidupan. Berbalik kepada sastera rakyat Bawang Putih Bawang Merah, cerita ini lebih menekankan nilai ketaatan manusia terhadap manusia iaitu suami. Ketaatan terhadap suami sering ditekankan dalam alam rumahtangga untuk menjamin keutuhan dan kebahagiaan yang dibina. Dalam cerita ini sifat tersebut ditunjukkan oleh watak Mak Labu yang taat pada perintah suaminya dan tidak pernah membantah segala yang diarahkan oleh Pak Ali. Sebagai contoh, Mak Labu patuh akan keputusan Pak Ali yang membawa Mak Kundur iaitu isteri yang baru dikahwininya itu tinggal sebumbung dengannya. Sekiranya difikirkan berdasarkan logika akal adalah mustahil bagi seorang wanita untuk tinggal serumah dengan madunya, namun atas dasar ketaatan terhadap suami Mak Labu menerima dengan ikhlas keputusan suaminya..

7

Selain itu, terdapat juga falsafah adil atau tidak berat sebelah dalam cerita ini. Adil boleh didefinisikan sebagai pertimbangan untuk menentukan kebenaran atau membuat keputusan berdasarkan bukti yang empirikal dan bukan sekadar sekadar logika akal ataupun menyebelahi mana-mana pihak. Sikap adil dilihat sangat penting dalam kehidupan masyarakat iaitu melahirkan hubungan diantara manusia dengan manusia. Seseorang itu perlu adil dalam membuat keputusan untuk mewujudkan hubungan baik dalam kalangan anggota masyarakat agar dapat melahirkan kehidupan yang harmoni dan terjamin daripada persengketaan sesama manusia. Jika dipandang dari aspek kehidupan semasa kini, masih wujud sikap bias atau berat sebelah yang diamalkan dalam kalangan masyarakat, namun terdapat pelbagai usaha yang giat dijalankan untuk membendung gejala ini. Berbalik kepada cerita yang dikaji, sikap adil ini jelas kelihatan melalui watak Pak Ali dalam kehidupan rumah tangganya. Walaupun Pak Ali mempunyai dua orang isteri iaitu Mak Labu dan Mak Kundur namun Pak Ali dapat membahagikan kasih sayang dan tangungjawabnya terhadap kedua-dua isterinya dengan adil tanpa melebihkan sebelah pihak sahaja. Sekiranya dilihat dari aspek kehidupan semasa, masyarakat yang mengamalkan poligami ini lebih gemar melebihkan isteri muda tetapi berbeza dengan sikap Pak Ali. Sebagai contoh, apabila berlaku pertengkaran di antara Mak Kundur dan Mak Labu, Pak Ali tidak menyebelahi mana-mana pihak tetapi menasihati kedua-duanya agar bersabar dan menyalesaikan masalah itu dengan cara perbincangan. Ini jelas menunjukkan sikap adil Pak Ali dalam kehidupan rumah tangganya.

8

Falsafah kesabaran turut terdapat dalam petikan cerita ini. Kesabaran adalah menahan diri dalam menghadapi masalah atau kesulitan agar tidak mudah putua asa dalam menghadapi liku hidup. Hakikatnya kesabaran dalam diri manusia adalah sangat penting dalam kehidupan bagi memastikan seseorang itu tidak sentiasa berusaha untuk mencari jalan penyelesaian atau bertenang dan tidak melakukan sesuatu dengan terburuburu tanpa berfikir. Lantaran itu, dalam ajaran agama juga telah menekankan aspek kesabaran agar manusia dapat berfikir melalui akal yang sempurna dan menilai kebenarannya berdasarkan kalbu dan hati. Tidak dinafikan bukan semua manusia sanggup bersabar dalam kehidupan serba moden ini kerana sebenarnya mereka tidak mengetahui manfaat yang terdapat di sebalik kesabaran. Jika kita melihat nilai kesabaran yang dipamerkan oleh watak Mak Labu ini kita akan dapat melihat sejauh mana kesabaran itu akhirnya memberi kebahagian terhadap kehidupan anaknya iaitu Bawang Merah walaupun Mak Labu telah di bunuh oleh Mak Kundur. Berdasarkan petikan yang dikaji, sikap kesabaran Mak Labu jelas ditunjukkan apabila dia sering beralah dan berusaha mencari jalan penyelesaian sekiranya berlaku pertengkaran dan ini berbeza dengan sikap Mak Kundur yang keras kepala sering mencetuskan pergaduhan.

Sikap baik hati juga ditunjukkan dalam petikan ini yang jelas dipaparkan dalam watak Mak Labu yang sanggup menemui Mak Kundur untuk meminta maaf setiap kali berlaku pergaduhan walaupun hakikatnya dia adalah isteri pertama yang wajar dihormati oleh Mak Kundur. Sikap yang dipamerkan oleh Mak Labu ini menunjukkan yang beliau memiliki keperibadian yang lebih baik berbanding Mak Kundur. Hal ini kerana sebagai

9

isteri kedua Mak Kundur seharusnya menghormati Mak Labu dan bersikap baik terhadap Mak Labu bukan sebaliknya. Sikap baik hati ini lahir daripada perasaan suci dan ikhlas tanpa paksaan oleh mana-mana pihak atau individu. Dalam kehidupan bermasyarakat kita sememangnya digalakkan agar berbuat baik sesama manusia agar hidup lebih terjamin untuk mengelakkan persengketaan. Nilai baik hati ini juga boleh dikategorikan sebagai falsafah moral yang berkaitan dengan penilaian tingkah laku manusia yang mempamerkan budi seseorang individu itu. Lazimnya perlakuan baik hati ini akan membuahkan akhlah yang baik dan murni serta memberi manfaat kepada orang lain kelak. Seharusnya kita wajar mencontohi sikap Mak Labu ini dalam kehidupan seharian sebagai methode untuk mengembalikan kehidupan masyarakat yang sejahtera kelak.

Seterusnya dalam petikan ini juga terkandung falsafah cinta iaitu perasaan kasih dan sayang pada sesuatu. Cinta bukan sahaja merujuk kepada cinta akan seseorang atau kekasih tetapi mempunyai pelbagai definisi yang tersendiri. Dalam dunia yang hakiki ini cinta merujuk kepada perasaan sayang terhadap negara, kekasih, ibu bapa, tuhan dan alam. Secara umumnya, cinta merujuk terhadap kasih sayang manusia terhadap manusia, tuhan atau pencipta dan alam yang merangkumi tumbuhan dan haiwan. Perasaan cinta ini mempunnyai nilai dan pengertian yang luas dan mendalam terhadap manusia. Cinta terhadap manusia ialah perasaan sayang yang boleh dilahirkan melalui percakapan, perlakuan yang mencakupi hati yang ikhlas. Cinta yang paling sejati dan hakiki adalah cinta terhadap yang Maha Esa yang lahir melalui rasa tangungjawab dan kesedaran. Dalam konteks ini, manusia melahirkan perasaan cinta terhadap pencipta dengan berpegang kepada ajaran kitab suci dan sentiasa melakukan suruhan-NYA serta larangan-

10

NYA. Cinta terhadap alam pula merujuk terhadap perasaan sayang dengan menjaga alam semesta ini besama hidupannya agar terpelihara dan terjamin. Berpandukan petikan yang dikaji, perasaan cinta yang ditekankan adalah perasaan sayang terhadap manusia. Watak yang ditekankan dalam petikan ini adalah watak Pak Ali yang menjaga kedua-dua isterinya dengan berhati-hati dan penuh kasih sayang semasa isteri-isterinya sedang mengandung. Pak Ali sanggup menjaga Mak Labu dan Mak Kundur sehingga mereka selamat melahirkan bayi perempuan yang sangat comol. Watak Pak Ali jelas menunjukkan kesangupan seorang suami menjaga isterinya disebabkan rasa cinta dan sayang akan isterinya. Di samping itu, terdapat juga falsafah yang berkaitan dengan keikhlasan manusia. Keikhlasan didefinisikan sebagai perasaan hati yang bersih dan suci yang melakukan atau merelakan sesuatu tanpa paksaan. Sikap ikhlas ini mencerminkan perilaku yang sempurna terhadap seseorang itu berdasarkan sikap yang dipamerkan. Secara umumnya, keikhlasan tidak hanya merujuk terhadap manusia tetapi juga mencakupi keikhlasan terhadap ALLAH yang Maha Esa. Jika dipandang dari konteks semasa ikhlas pada masa kini, baik ikhlas terhadap manusia, pencipta atau alam lebih menjurus ke arah membuat atau melakukan sesuatu tanpa mengungkitnya. Dalam petikan yang dikaji, sikap ikhlas ini ditunjukkan oleh watak Mak Labu yang ikhlas membenarkan Pak Ali berkahwin dengan Mak Kundur. Sikap Mak Labu yang sanggup merelakan suaminya berpoligami adalah sesuatu yang jarang berlaku dalam kehidupan bermasyarakat bahkan untuk seorang suami mendapat keizinan daripada isterinya adalah di anggap suatu yang mustahil kini. Seharusnya sikap Mak Labu ini patut dipandang tinggi oleh masyarakat dan dijadikan contoh dalam kehidupan.

11

Secara kesimpulannya, berdasarkan petikan yang dikaji terdapat pelbagai falsafah yang cuba dipamerkan oleh pencerita atau penulis itu. Dalam petikan jelas menunjukkan nilai murni seperti ketaatan, adil, sabar, ikhlas dan perasaan sayang serta cinta yang dicipta untuk memberi gambaran kehidupan yang baik terhadap masyarakat. Watakwatak seperti Pak Ali, Mak Labu dan Mak kundur adalah realiti sebenar masyarakat yang dicerminkan dalam kehidupan. Walau bagaimanapun watak yang diwujudkan mempunyai perbezaan yang tersendiri yang mencakupi watak positif iaitu baik atau watak negatif iaitu watak jahat. Dalam petikan ini watak baik dipamerkan melalui watak Mak Labu yang memiliki sikap yang mulia seperti ikhlas, sabar dan baik hati manakala watak jahat ditonjolkan oleh watak Mak kundur yang memiliki sikap keras kepala, dengki dan dendam. Sebenarnya apa yang cuba disampaikan oleh pencerita atau pengarang mempunyai motif atau pengajaran yang tersendiri dan wajar dijadikan sebagai panduan dalam kehidupan bermasyarakat. Memang tidak dinafikan senario seperti dalam cerita ini memang benar-benar berlaku secara nyata dalam kehidupan seharian. Sehubungan dengan itu, melalui watak Mak Kundur kekejaman dan hasad dengki yang dipamerkan telah menakluki akal budi dan menghancurkan norma-norma dalam realiti hidup yang akhirnya

menerima pembalasan setimpal dengan perbuatan yang

dilakukan. Hal ini berbeza dengan watak Mak Labu yang dapat membimbing seseorang untuk meletakkan sesuatu perkara pada tempatnya yang betul serta bertindak melalui akal budi dan bukannya melalui deria pacaindera mahupun logika akal semata-mata. Akhir kalam, setiap hasil karya yang dihasilkan mempunyai teladan dan nilai murni yang ingin disampaikan dalam aspek peraturan sosial dan ajaran agama dalam kehidupan.

12

BIBLIOGRAFI

Adnan Abdul Majid .2003 . Mutiara Sastera Melayu Tradisional . Kuala Lumpur : Kuala Lumpur M. Jasni majed .2006. Mutiara Sastera Melayu Tradisional . Malaysia : Marshall Cavendish Sdn. Bhd. Rejab .1993. Bawang Merah Bawang putih . Petaling Jaya : Tempo Publishing Subaidah Nair .2003. Cerita-cerita Teladan daripada Sejarah Melayu . Petaling Jaya : Ibs Buku Sdn. Bhd. Sulaiman Zakaria .1995. Bawang Merah Bawang Putih . Kuala Lumpur : Pustaka Perintis

13

Related Documents


More Documents from "EdyIrianto"

Daftar Pustaka.docx
April 2020 31
Al-ghazali
October 2019 45
Plato
October 2019 71
Al-farabi
October 2019 46
Pantun
October 2019 40