Bawang Putih Bawang Merah

  • Uploaded by: Nur Ain Mohd Amin
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bawang Putih Bawang Merah as PDF for free.

More details

  • Words: 2,137
  • Pages: 8
BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Pak Ali dan isterinya Mak Labu tinggal di sebuah pondok di pinggir hutan. Kerja harian mereka ialah berladang. Pak Ali sangat sayangkan isterinya, ditambah pula isterinya itu rajin bekerja dan tidak pernah membantah segala yang diarahkan oleh Pak Ali. Suatu malam, Pak Ali termenung kerana mengingatiperkahwinannya yang telah sekian lama tidak mendapat anak. Kesusahannya itu diketahui oleh Mak Labu dan dengan ikhlas hati ia memberi kebenaran kepada Pak Ali untuk beristeri lagi. Pak Ali pun berkahwin dengan seorang perempuan yang dipanggil Kundur, lebih muda daripada Mak Labu tetapi tidaklah secantik Mak Labu. Pak Ali membawa Mak Kundur tinggal serumah dengan Mak Labu. Mak Kundur, sebagai isteri muda agak sombong perangainya hingga pada suatu hari berlaku pertengkaran antara Mak Kundur dengan Mak Labu. Pak Ali tidak menyebelahi mana-mana pihak tetapi menasihati kedua-duanya supaya terus bersabar. Mak Labu berjanji akan terus bersabar sekiranya berlaku pertengkaran. Tetapi, Mak Kundur terus menunjukkan sikap keras kepala dan mengatakan Mak Labu mandul. Mak Labu adalah seorang yang baik hati. Setiap kali bergaduh, dia datang pada Mak Kundur untuk meminta maaf, walaupun ia adalah isteri tua yang patut dihormati. Setahun selepas Pak Ali berkahwin dengan Mak Kundur, Mak Labu telah mengandung dan sebulan kemudian Mak Kundur pula yang mengandung. Pak Ali sangat suka hati dan menjaga kedua-dua isterinya dengan berhati-hati dan penuh kasih sayang. Mak Labu kemudiannya melahirkan seorang bayi perempuan yang diberi nama Bawang Merah dan Mak Kundur juga melahirkan seorang bayi perempuan yang diberi nama Bawang Putih. Kedua-dua bayi perempuan itu sangat cantik sehingga dewasa. Cuma, kelakuan kedua-duanya berbeza iaitu Bawang Putih lebih keras hati dan tidak mahu mengalah. Ibunya pula sangat memanjakannya. Suatu hari, Pak Ali teringin hendak makan ikan sembilang. Dia pun mengajak kedua-dua orang anaknya. Bawang Merah mahu mengikut dan menolong Pak Ali tetapi Bawang Putih lebih suka duduk di rumah dan bermain-main. Terlalu banyak ikan sembilang yang diperoleh mereka. Bawang Merah mengajak ayahnya pulang tetapi ayahnya mahu memancing lagi. Akhirnya Pak Ali mendapat seekor ikan sembilang yang lebih besar daripada ikan-ikan yang terdahulu. Malangnya, sebelum sempat Pak Ali melucutkan mata kailnya, ikan itu menyengat tangan Pak Ali hingga berdarah. Dengan rasa yang hiba dan bingung, Bawang Merah membawa ayahnya pulang. Bisa ikan itu sedikit demi sedikit meresapke dalam badan Pak Ali. Semakin lama Pak Ali semakin tenat. Pak Ali menyuruh Bawang Merah dan Bawang Putih memanggil Pawang Jidun. Bawang Putih tidak mahu pergi lalu Bawang Merah pergi seorang diri. Pawang Jidun rupa-rupanya tidak dapat menyembuhkan bisa yang telah meresap ke seluruh badan Pak Ali. Akhirnya Pak Ali menghembuskan nafasnya yang terakhir.

PENDAHULUAN Bawang Putih Bawang Merah merupakan sebuah cerita teladan. Cerita teladan merupakan sebuah cerita yang mengisahkan tentang golongan rakyat biasa dan berlatarkan alam nyata.

Dalam cerita teladan, unsur kesaktian dan keajaiban amat berkurangan jika dibandingkan dengan cerita penglipur lara. Walau bagaimanapun, unsur kebetulan memainkan peranan penting dalam cerita ini, terutama sebagai titik perubahan dalam watak utama. Cerita teladan ini, seringkali mengetengahkan gagasan bahawa watak yang baik itu akhirnya akan mendapat pembelaan, dan sebaliknya watak yang jahat akan menerima pembalasan yang setimpal dengan perbuatan yang dilakukan oleh mereka. Cerita teladan ini juga banyak dipenuhi dengan unsur didaktik dan pendidikan moral, yang diterapkan melalui nilai-nilai murni. Objektif pengajaran atau pendidikan yang ingin disampaikan dalam cerita teladan ini lebih tertumpu kepada kanak-kanak, terutamanya dalam aspek peraturan sosial dan ajaran agama. Watak utama dalam cerita teladan ini selalunya watak yang menanggung penderitaan, kekejaman, nasib malang, dan penindasan di awal cerita sebelum berlaku perubahan nasib. Antara cerita teladan yang terkenal ialah seperti Bawang Putih Bawang Merah, Batu Belah Batu Bertangkup, Si Tanggang dan banyak lagi. Sebagai contoh, cerita teladan Bawang Putih Bawang Merah ini mengisahkan tentang kehidupan sepasang suami isteri iaitu Pak Ali dan Mak Labu. Mereka tidak mempunyai anak. Apabila melihat kesusahan Pak Ali, Mak Labu dengan baik hati memberi keizinan untuk Pak Ali berkahwin lagi. Pak Ali pun berkahwin dengan seorang perempuan bernama Kundur. Tidak lama kemudian Mak Labu mengandung dan kemudian melahirkan seorang anak perempuan yang diberi nama Bawang Merah. Pada masa yang sama juga Mak Kundur pun melahirkan seorang anak perempuan yang bernama Bawang Putih. Pak Ali sangat gembira. Pada suatu hari, Pak Ali meninggal dunia akibat terkena sengatan ikan sembilang. Setelah itu, Mak Kundur yang telah lama berasa cemburu dengan Mak Labutelah membunuh Mak Labu dengan menolaknya ke dalam perigi tanpa pengetahuan Bawang Merah. Kemudian

Mak Labu menjelma sebagai seekor ikan kaloi. Ikan kaloi itu telah ditangkap dan dimasak gulai oleh Mak Kundur dan seterusnya dihidangkan kepada Bawang Merah. Bawang Merah telah memakan gulai itu.

Setelah mengetahui bahawa ikan itu adalah ibunya, Bawang Merah

mengutip semua tulang-tulang itu dan ditanamnya. Tempat tulang-tulang ikan itu ditanam telah ditumbuhi oleh pokok beringin. Di sinilah Bawang Merah bermain buaian dan menyanyi. Seorang raja telah terpikat kepada Bawang Merah setelah terdengar nyanyiannya walaupun pada awalnya Bawang Putih yang cuba menyamar sebagai Bawang Merah. Apabila Bawang Merah sudah berkahwin, Mak Kundur masih berdendam dengan Bawang Merah. Dia menyuruh Bawang Merah membuat perkara-perkara yang menyakitkan hati raja.

Apabila

Bawang Merah bertindak lebih kasar, raja sangat murka dan menjatuhkan hukuman terhadap Bawang Merah. Tetapi apabila diketahui kebenarannya, Bawang Putih dan Mak Kundur telah diusir dari istana itu. Daripada petikan yang diambil dari cerita teladan Bawang Putih Bawang Merah ini, terkandung pelbagai falsafah yang tersirat dalam cerita ini. Antara salah satu falsafah yang terkandung dalam petikan cerita teladan ini ialah ketaatan dan keikhlasan. dimaksudkan di sini ialah ketaatan seorang isteri kepada seorang suami.

Ketaatan yang Ketaatan berasal

daripada perkataan akarnya iaitu ‘taat’. Perkataan ‘taat’ membawa maksud sentiasa menurut perintah atau tidak mengingkari atau dengan kata lain perkataan taat itu boleh disama ertikan dengan perkataan ‘patuh’. Manakala keikhlasan pula berasal daripada perkataan ikhlas yang bermaksud perasaan hati yang bersih dan jujur. Falsafah ketaatan ini dapat dibuktikan atau ditonjolkan melalui watak isteri pertama Pak Ali iaitu Mak Labu. Mak Labu seorang isteri yang sangat patuh dan taat kepada suaminya. Selain itu, Mak Labu seorang isteri yang sangat rajin bekerja. Beliau tidak pernah membantah segala yang diarahkan oleh Pak Ali. Segala yang diarahkan oleh suaminya itu tidak ada yang

tidak dilakukannya malah beliau akan melakukannya dengan penuh keikhlasan hatinya. Pada suatu hari, Pak Ali termenung panjang memikirkan tentang perkahwinannya dengan Mak Labu yang sehingga kini belum lagi dikurniakan zuriat. Kesusahan Pak Ali dapat dihidu oleh Mak Libu.

Dengan hati yang ikhlas Mak Labu memberi kebenaran kepada suaminya untuk

berkahwin lagi. Di sinilah dapat dilihat falsafah keikhlasan apabila Mak Labu dengan ikhlas hatinya memberi kebenaran kepada suaminya untuk berkahwin lagi dengan tujuan untuk melahirkan zuriat keturunan Pak Ali. Sesungguhnya sifat ketaatan dan keikhlasan yang ditunjukkan oleh watak Mak Labu dalam petikan ini dapatlah dicontohi oleh masyarakat umum. Hal ini kerana dengan memiliki sifat-sifat tersebut dapat mengeratkan lagi hubungan di antara suami isteri dan juga ahli keluarga. Selain itu, sifat keikhlasan Mak Labu yang cukup tinggi juga perlu dicontohi kerana bukan semua insan yang bergelar isteri sanggup berkongsi kasih dengan orang lain dan membenarkan suaminya berkahwin lagi. Di sinilah dapat dilihat falsafah ketaatan dan keikhlasan Mak Labu terhadap suaminya Pak Ali melalui petikan ini. Selain itu, falsafah lain yang terdapat dalam petikan ini ialah sifat adil dan saksama. Adil atau saksama ini bermaksud tidak berat sebelah. Dalam kehidupan kita seharian sifat ini perlu hadir dalam diri setiap individu. Hal ini kerana dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan mestilah memiliki sifat adil dan saksama supaya pekerjaan itu dapat dijalankan dengan baik dan sempurna. Allah s.w.t juga memerintahkan supaya umatNya berlaku adil dalam setiap pekerjaan yang dilakukan oleh mereka. Melalui petikan dari cerita teladan Bawang Putih Bawang Merah ini, sifat adil dan saksama ini dapat dilihat melalui watak Pak Ali. Falsafah ini dapat dilihat apabila berlaku pertengkaran di antara kedua-dua isterinya iaitu Mak Labu dan Mak Kundur. Mak Kundur seorang yang sombong dan tidak akan mengaku kalah dalam setiap pertengkaran manakala Mak

Labu pula seorang yang pemaaf dan selalu akan mengalah dalam setiap pertengkaran. Pak Ali tidak akan menyebelahi mana-mana pihak samada Mak Labu ataupun Mak Kundur. Pak Ali tidak akan menyalahkan mana-mana isterinya apabila berlaku pertengkaran malah beliau akan menasihati kedua-dua isterinyasupaya terus bersabar. Inilah sifat yang terdapat dalam diri Pak Ali yang jarang sekali dapat dilihat dalam masyarakat umum terutamanya bagi suami yang berpoligami iaitu sentiasa berlaku adil terhadap kedua-dua isterinya. Pak Ali juga sentiasa mengambil berat tentang kebajikan isteri-isterinya. Hal ini berlaku semasakedua-dua isterinya telah mengandung.

Pak Ali sentiasa berlaku adil dalam proses

menjaga isteri-isterinya. Pak Ali tidak pernah berlaku berat sebelah dalam proses tersebut. Beliau juga sentiasa berlaku adil dalam menjaga anak-anaknya.

Disamping itu, falsafah lain yang terdapat dalam petikan ini ialah pentingkan diri sendiri. Sikap pentingkan diri sendiri ini merupakan suatu sikap yang negatif. Sikap pentingkan diri sendiri ini boleh ditunjukkan dalam petikan melalui watak Bawang Putih iaitu anak kepada Mak Kundur isteri kedua Pak Ali, iaitu apabila Pak Ali mengajak kedua-dua anaknya iaitu Bawang Merah dan Bawang Putih untuk menolongnya menangkap ikan sembilang. Pada suatu hari, Pak Ali teringin hendak memakan ikan sembilang. Jadi, dia mengajak kedua-dua anaknya itu untuk mengikutnya menangkap ikan. Bawang Merah dengan ringan tulangnya mengikut bapanya tetapi sebaliknya dengan Bawang Putih. Bawang Putih lebih mementingkan dirinya tanpa memikirkan keselamatan bapanya ketika menangkap ikan itu nanti. Dia tidak mahu mengikut bapanya dan Bawang Merah menangkap ikan. Dia lebih gemar menghabiskan masanya duduk di rumah dan bermain-main. Sikap yang ditunjukkan dalam watak Bawang Putih itu adalah sangat tidak bagus. Bawang Putih sepatutnya tidak berkelakuan

sedemikian. Sebagai seorang anak, kita seharusnya lebih mementingkan ibu bapa daripada diri kita sendiri. Seterusnya, falsafah lain yang dapat dilihat dalam petikan cerita teladan Bawang Putih Bawang Merah ini ialah sikap tidak bertanggungjawab. Perkataan ‘tanggungjawab’ membawa maksud kewajipan yang mesti dilakukan. Melalui petikan ini, sikap tidak bertanggungjawab dapat ditonjolkan juga melalui watak Bawang Putih. Bawang Putih bukan hanya memiliki sikap pentingkan diri sendiri, malah dia juga memiliki sikap yang tidak bertanggungjawab. Hal ini dapat ditunjukkan ketika kejadian Pak Ali iaitu bapanya yang sedang bertarung nyawa menahan kesakitan apabila tangannya disengat ikan sembilang.

Semasa Pak Ali sedang menahan

kesakitan, beliau menyuruh Bawang Merah dan Bawang Putih memanggil Pawang Jidun tetapi Bawang Putih tidak mahu pergi. Oleh itu, Bawang Merah pergi memanggil Pawang Jidun seorang diri. Di sinilah dapat dilihat sikap tidak bertanggungjawab seorang anak terhadap bapanya. Bawang Putih tidak langsung menghiraukan tentang keselamatan bapanya yang sedang tenat itu.

Dia lebih mementingkan diri sendiri dengan melakukan kerja-kerjanya daripada

menghiraukan tentang keselamatan bapanya. Dalam cerita teladan Bawang Putih Bawang Merah ini juga terselit satu falsafah kasih sayang. Kasih sayang adalah suatu perasaan sayang atau cinta terhadap seseorang yang dirasai secara semulajadi dan tanpa dipaksa. Melalui petikan cerita Bawang Putih Bawang Merah ini tersirat dua falsafah kasih sayang iaitu kasih sayang di antara suami dan isteri dan kasih sayang anak terhadap bapanya. Falsafah kasih sayang di antara suami dan isteri dapat dihuraikan melalui sikap Pak Ali yang tidak pernah berlaku curang terhadap Mak Labu walaupun sudah bertahun-tahun berkahwin tetapi masih tidak dikurniakan zuriat. Sehinggalah Mak Labu memberi kebenaran kepada Pak Ali untuk berkahwin lagi untuk mendapatkan zuriat. Selain itu, semasa Mak Labu dan Mak Kundur mengandung, Pak Ali sentiasa menjaga kedua-dua isterinya

dengan berhati-hati dan penuh dengan kasih sayang. Dia tidak pernah melebih-lebihkan manamana isterinya. Dia membahagikan kasih sayangnya dengan sama rata terhadap kedua-dua isterinya. Selain itu, terdapat juga falsafah kasih sayang seorang anak terhadap bapanya. Falsafah ini dapat dibuktikan melalui watak Bawang Merah semasa kejadian Pak Ali disengat ikan sembilang. Kasih sayang Bawang Merah terhadap bapanya dapat dilihat apabila bapanya, Pak Ali disengat ikan sembilang. Dia membawa bapanya pulang ke rumah dengan keadaan yang hiba dan kebingungan. Dia kemudiannya keluar memanggil Pawang Jidun seorang diri tanpa ditemani oleh Bawang Putih. Di sinilah dapat dilihat kasih sayang seorang anak menyelamatkan nyawa bapanya. Oleh hal yang demikian, kita seharusnya mencontohi sikap Bawang Merah yang tidak mementingkan diri sendiri dan sangat menyayangi kedua ibu bapanya serta sanggup berkorban demi untuk menyelamatkan nyawa bapanya. Kesimpulannya, setelah diteliti cerita teladan Bawang Putih Bawang Merah ini, jelaslah menunjukkan terdapat pelbagai unsur-unsur falsafah yang terkandung di dalam cerita ini. Di antara unsur-unsur falsafah yang dikeluarkan dari salah satu petikan yang diambil daripada cerita ini ialah ketaatan kepada suami, adil dan saksama, pentingkan diri sendiri, tidak bertanggungjawab dan kasih sayang. Keseluruhan unsur-unsur falsafah dalam cerita Bawang Putih Bawang Merah ini merupakan suatu hakikat yang pada dasarnya sering berlaku dalam kehidupan kita seharian. Oleh hal yang demikian, cerita ini sangatlah sesuai untuk dijadikan sebagai contoh teladan atau panduan dalam kehidupan kita seharian. Selain itu juga, sikap yang terdapat dalam watak Bawang Merah harus dipuji dan dicontohi. Bawang Merah sentiasa berkelakuan baik terhadap semua orang di sekelilingnya terutama sekali terhadap kedua ibubapanya. Bawang Merah juga tidak pernah menyimpan

dendam terhadap Mak Kundur dan Bawang Putih. Natijahnya, sikap yang dimiliki oleh Bawang Merah dalam cerita ini haruslah dijadikan contoh untuk kehidupan kita seharian.

BIBLIOGRAFI Adnan Abdul Majid. 2003. Mutiara sastera melayu tradisional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

M. Jasni Majed. 2006. Mutiara sastera melayu tradisional. Malaysia: Marshall Cavendish Sdn.Bhd.

Related Documents


More Documents from "EdyIrianto"

Pantun Budi
October 2019 46
Al-ghazali
October 2019 46
Nazam Ajal
October 2019 53
Al-kindi
October 2019 40
Tajus Salatin
October 2019 36
St-01-01
October 2019 48