Bawang Merah Bawang Putih.docx

  • Uploaded by: Shannen Day
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bawang Merah Bawang Putih.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 2,184
  • Pages: 13
Bawang Putih

 Shahidah Putit

Mak Bawang Merah

 Nurasyikin Halim

Bawang Merah

 Shannen Day

Datuk Menteri

 Phoon Huey Shan

Anak Raja

 Faerma Sofea

1

Tersebutlah kisah satu cerita, Dua insan berbeza wataknya, Yang Merah dibelai seperti permata, Yang Putih akur menjadi hamba.

Kisah bermula di sebuah desa, Dengan Mak Kundur tinggal keduanya, Ibu si Merah bengis orangnya, Dibiarkan Putih tanpa kasihnya. Babak 1 Bawang Putih duduk dapur sambil menyanyi. Bawang Merah

: Putih, Woi Putih! Kau ingat dengan menyanyi tu kau boleh kenyang eh. Buta mata kau! Tak nampak matahari ni dah tinggi. Aku dan mak aku dah lapar perut kebulur.

Mak Kundur

: Kau ni berdiri kat sini kenapa? Aku kata pergi masak. Cepat!

Putih segera ke dapur untuk memasak. Semasa Putih sedap menyediakan makanan tengah hari dengan tidak sengaja pinggan yang dipegang oleh putih terjatuh. Bawang Merah

: Woi Putih! Geramnya aku. Mak, tengoklah mak apa yang Putih dah buat ni.

Mak Kundur

: Eh, engkau ni memang tak habis-habis menyusahkan aku. Kau tau tak kau suka menyusahkan aku. Semua pinggan aku kau pecahkan.

Mak Kundur telah memarahi Putih kerana telah memecahkan pinggannya. Putih telah dipukul oleh Mak Kundur kerana telah memecahkan pinggan tersebut. Bawang Putih

: Maafkan saya mak cik, saya tak sengaja. Jangan pukul saya. (sambil menangis)

Babak 2

2

Bawang Putih bermimpi yang dia bertemu dengan ibunya. Dia bermimpi ibunya berpesan kepadanya supaya sentiasa bersabar. Mak Labu

: Putih, ni ibu nak. Ibu tahu yang Putih rindukan ibu. Ibu nak Putih jaga diri baik-baik ya nak. Kalau rasa kesunyian datanglah berjumpa ibu di kolam tempat ibu meninggal. Hiburkan hatimu Putih, banyakkan bersabar. Ibu pasti, suatu hari kau pasti akan dapat kebahagiaan nak.

Putih terbangun dan memanggil-manggil nama ibunya. Dia ingat akan pesanan ibunya dalam mimpi tadi. Bawang Putih

: Ibu.. ibu..ibu! Mana ibu? Ibu.. (menangis) Putih janji ibu, Putih akan ingat pesan ibu. Ibu! Putih nak jumpa ibu. Putih rindu ibu.

Putih segera ke dapur dan mendapatkan sisa makanan malam semalam dan membawa makanan itu ke kolam tempat ibunya jatuh. Bawang Merah

: Mak! Mak! Apa bunyi dekat dapur tu mak?

Mak Kundur

: Ya! Ya! eeee Tak ada apalah tu nak. Dahlah Merah, Kacau mak tidur. Kucing je tu.

Bawang Merah

: Betul mak.

Mak Kundur

:Dah.. Mak nak tidur. Mak tak ada masa nak layan awak.

Merah pergi ke dapur dan mendapati Putih sedang mengumpul sisa makanan malam semalam, Pergerakkan Putih diperhatikan oleh Merah. Merah mengikuti Putih ke kolam dan mengintai Putih. Bawang Putih

: (menyanyi) : Ibu oh ibu.. Timbul lah ibu.. Ni Putih ibu.. Tu dia dah datang. Makanlah nasi ni ibu. Putih bawa nasi dengan sayur keladi. Makanlah ibu. Makanlah.

Melihat kejadian tersebut si Merah segera memberitahu berita tersebut kepada ibunya. Bawang Merah

: Mak! Oh Mak!

Mak Kundur

: Apa dia ni Merah..

Bawang Merah

: Merah nampak Putih pergi ke kolam di hujung sana mak.

3

Mak Kundur

: Hah! Kau biar betul?

Bawang Merah

: Merah nampak Putih mak. Dia bagi mak dia makan tapi mak dia dah jadi seekor ikan.

Mak Kundur

: Bagi ibu dia makan? Kau gila ke Merah? Mak dia kan dah mati?

Bawang Merah

: Betul mak.

Mak Kundur

: Eh! Eh! Eh! Nak kena ni Putih ni. Hurm! Aku cekik-cekik dia nanti. Kalau aku dapat tahu ni. Mak ada satu akal.

Mak Kundur merancang sesuatu dengan Merah. Mak Kundur

: Pasti berjaya. Hahahaha

Bawang Merah

: Oh! Baik mak. Hahaha

Setelah Putih sampai di rumah, Mak Kundur berpura-pura sakit. Bawang Merah

: Putih! Putih!

Bawang Putih

: Kenapa Merah?

Bawang Merah

: Mak aku tiba-tiba sakit, Putih.

Bawang Putih

: Kenapa mak cik? Mak cik kenapa? Kenapa mak cik?

Mak Kundur

: Putih..

Bawang Putih

: Ya, mak cik.

Mak Kundur

: Mak cik tak sihat ni. Boleh tak putih tolong mak cik?

Bawang Putih

: Boleh mak cik.

Mak Kundur

: Putih.. Kau tahu kan kedai di hujung kampung, kedai Pak Ali tu

Bawang Putih

: Ya, mak cik. Putih tahu.

Mak Kundur

: Boleh kau tolong belikan ubat untuk mak cik dekat situ?

4

Bawang Putih

: Baik mak cik. Boleh. Merah, tolong jaga mak cik baik-baik ya Merah..

Bawang Merah

: Baiklah Putih.

Bawang Putih

: Putih pergi beli ubat dulu.

Bawang Merah

: Baik Putih

Putih pun pergi ke kedai di hujung kampung untuk membeli ubat. Bawang Merah

: Mak! Senangnya nak tipu Putih mak. Putih tu bodohlah mak.

Mak Kundur

: Hahaha. Mak baru tahu. Jom, sekarang ni senang dah kerja kita. Jom, kita siapkan kerja kita.

Bawang Merah

: Baik mak.

Mak Kundur dan Merah pergi ke kolam untuk menangkap ikan kaloi tersebut. Merah memanggil ikan kaloi tersebut dan berpura-pura menjadi bawang Putih. Bawang Merah

: Wahai perigi, perigi airnya yang biru. Tempat bermain, bermain pari dan mambang.

Mak Kundur

: Ish Merah! Cuba kau nyanyi perlahankan sikit suara kau. Lembutkan sikit suara kau tu. Ni tidak, kau nyanyi pun suara kasar . Mana nak timbul ikan kalo dia ni.

Bawang Merah

: Yalah mak, baiklah. Ibu.. Ibu.. Putih di sini ibu. Ni, Putih ada bawa nasi dengan sayur keladi ibu. Timbul lah ibu.. Mak, cepat mak.. Tu dia ikan kaloi tu.

Mak Kundur

: Mana merah?

Bawang Merah

: Tu mak. Di situ.

Mak Kundur

: Arg! Kita dah dapat. Hahahaha

Mak Kundur berjaya menangkap ikan kaloi tersebut. Bawang Merah

: Padan muka kau ikan kaloi. Nanti aku gulaikan kau.

5

Sampai di rumah Merah dan ibunya terus masak ikan tersebut. Mak Kundur

: Jom! Hahahaha. Nah Merah. Kau siang dan masak ikan ni.

Bawang Merah

: Baik mak. Mak, wanginya bau gulai ikan ni mak.

Mak Kundur

: Memang lah Merah. Hah! Mak dah siap masak ni. Cepat hidangkan dengan si Putih tu. Huh! Labu, hari ini anak engkau nak makan engkau. Padan muka kau Labu. Cepatlah hidangkan.

Bawang Merah

: Ya mak.

Mak Kundur

: Lekaslah Merah, lekas.

Bawang Merah

: Baik mak. Siap dah mak. Mak! Putih dah sampai mak.

Mak Kundur

: Baiklah. Cepat! Lekas! Lekas!

Bawang Putih

: Mak cik.. Putih dah sampai ni mak cik. Putih ada bawakan ubat untuk mak cik ni.

Mak Kundur

: Oh! Dah sampai dah? Eh, tak apa lah, mak cik dah sihat ni. Taka pa lah. Terima kasih je lah. Putih pergilah makan. Mak cik ada masakan ikan kaloi, gulai ikan kaloi untuk Putih.

Bawang Putih

:Wah! Mak cik masakan gulai ikan untuk Putih?

Mak Kundur

: Ya, pergilah makan.

Bawang Putih

: Baik, mak cik.

Babak 3 Bawang Putih

: Emm sedapnya..

Mak Kundur

: Ya sedap? Makanlah lagi.

Bawang Putih

: Mak cik dan merah dah makan?

Mak Kundur & Bawang Merah

: Dah, dah.

6

Bawang Putih

: Sedap sangat gulai ikan ini.

Mak Kundur

: Sedap? Mestilah sedap. Mak cik yang masakan gulai ikan ini.

Bawang Merah

: Makanlah Putih.. Makan banyak-banyak, bagi habis, licin pun tak apa.

Bawang Putih

: Baik, mak cik. Sedap, mak cik masak.

Mak Kundur

: Dah kenyang ke Putih?

Selepas selesai makan, Putih membawa lebihan makanan tersebut ke kolam. Bawang Putih

: Ibu, ibu timbul lah ibu. Putih datang ni. Putih ada bawakan nasi ni

Mak Kundur

: hahaha! Bodohlah kau ni Putih. Ikan kaloi yang engkau makan tadi tu, ibu kau sendiri. Hahahaha

Bawang Merah

: Kau memang jahat kan Putih, sampai hati kau makan mak kau sendiri.

Bawang Putih

: Ibu, maafkan Putih ibu. Ibu, Putih tak sengaja makan ibu. (menangis)

Mak Kundur

: Dah. Termakan ibu dia sendiri dah.

Bawang Merah

: Menangislah kau di sini, Putih. Jom, mak.

Bawang Putih menangis teresak-esak. Dia pulang ke rumah dan mencari tulang ikan gulai yang telah dimakan olehnya tadi. Bawang Putih

: Maafkan Putih ibu..Maafkan Putih ibu. Putih tak sengaja. Putih tanam ibu di sini ya. Maafkan Putih ibu.

Tiba-tiba ada buaian terjatuh daripada pokok tersebut. Bawang Putih

: Eh, ada buaian. Inilah tempat yang menenangkan hatiku. Laju, laju.. Buaiku laju Pohon beringin tegaknya tinggi Kalau rendah menyapu bumi Penghibur aku Menolong aku

7

Bertiuplah oh angin bayu Laju.. laju.. buaiku laju Akulah anak yatim piatu

Laju...laju... Buaiku laju...

Pohon beringin daunnya rendang Akar berjalur cecah ke bumi Hatiku ingin hidup gemilang Nasib malang suratan diri Hidup aku tidak beribu Akulah anak yatim piatu

Pada ketika itu, anak raja dan juga datuk menteri sedang memburu di hutan. Anak Raja tersebut telah mendengar suara merdu si Bawang Putih. Dia telah jatuh hati dengan suara tersebut. Anak Raja

: Datuk menteri, dari manakah suara yang merdu itu, Datuk Menteri? Beta rasa, beta telah terpaut dengan suara yang merdu ini. Kalau begitu… beta mahu, Datuk Menteri tolong cari darimanakah suara merdu tersebut.

Datuk Menteri

: Baik tuanku.

Datuk Menteri dan pengawal berjaya menjumpai Si Putih tetapi Si Putih berjaya melarikan diri ke rumah. Datuk Menteri telah mengikuti Putih sehingga sampai ke rumah.

Babak 4 Datuk Menteri

: Siapakah di rumah? Buka pintu.

8

Mak Kundur

: Siapakah tuan hamba?

Datuk Menteri

: Beta adalah Datuk Menteri kepada Sultan Inderapura.

Mak Kundur

: Datuk Menteri? Sultan Inderapura? Oh! Ya! Datuk Menteri?

Datuk Menteri

: Tuan hamba, kami sedang mencari seorang gadis yang bernyanyi di atas bukit itu

Mak Kundur

:Oh, gadis itu.. Gadis itu memang anak hamba Datuk Menteri.

Datuk Menteri

: Tuan hamba, Tuanku Sultan Inderapura amat berminat untuk memperisterikan gadis itu sebagai permaisuri Inderapura.

Mak Kundur

: Sebentar ya, saya panggilkan dulu anak gadis saya. Merah, woi, Merah.

Bawang Merah

: Ya mak.

Mak Kundur

: Sini kau sekejap. (berbisik kepada Merah) Lekaslah, lekas.

Bawang Merah

: Apa! Aku nak kahwin dengan anak raja?

Mak Kundur

: Datuk Menteri, inilah anak gadis hamba.

Datuk Menteri

: Kalau begitu, sila ikut kami. Tuanku, ingin berjumpa dengan tuan hamba sekarang juga. Silakan.

Mak Kundur

: Baiklah datuk menteri.

Babak 5 Anak Raja

: Siapakah gerangan nama tuan hamba?

Bawang Merah

: Ampun tuanku, Patik bernama Bawang Merah tuanku.

Anak Raja

: Oh,Bawang Merah. Tuan hamba yang menyanyikan sebentar tadi?

Bawang Merah

: Ampun tuanku. Patiklah yang bernyanyi sebentar tadi.

Anak Raja

: Bolehkah tuan hamba menyanyikan lagu itu?

9

Bawang Merah

: Mak…

Mak Kundur

: Nyanyi jer..

Bawang Merah

: Mak..

Mak Kundur

: Nyanyi. Nyanyi.

Bawang Merah

: Laju, buai laju. Laju, buai laju. Mak buaian ini tak nak bergerak mak.

Mak Kundur

: Nyanyi jer.. Lekas nyanyi

Bawang Merah

: Aku nak kahwin dengan anak raja

Anak Raja

: Cukup! Berhenti.

Mak Kundur

: Habislah rancangan aku.

Anak Raja

: Tuan hamba, beta ingin bertanya kepada tuan hamba. Benarkah tuan hamba mempunyai seorang sahaja anak gadis? Beta merasa kurang percaya.

Mak Kundur

: Memang benar hamba ada seorang anak gadis, seorang lagi tu anak tiri sahaja. Kau ni Merah, nyani pun tak pandai. Cepat! Kau ni dahlah tak pandai menyanyi. Putih, woi Putih.

Bawang Putih

: Ya mak cik.

Mak Kundur

: Cepat ke sini. Tuanku Sultan nak berjumpa.

Bawang Putih

: Sultan?

Mak Kundur

: Ikut jer. Jangan banyak tanya.

Anak Raja

: Wahai tuan hamba, siapakah gerangan nama tuan hamba?

Bawang Putih

: Ampun tuanku. Nama patik Bawang Putih tuanku.

Anak Raja

: Benarkah tuan hamba yang menyanyikan lagu itu tadi?

10

Bawang Putih

: Benar tuanku.

Anak Raja

: Kalau begitu, bolehkah tuan hamba menyanyikan lagu itu untuk beta?

Bawang Putih

: Ampun tuanku. Patik menjunjung perintah tuanku. Laju...laju... Buaiku laju...

Pohon beringin daunnya rendang Akar berjalur cecah ke bumi Hatiku ingin hidup gemilang Nasib malang suratan diri Hidup aku tidak beribu Akulah anak yatim piatu

Pohon beringin tumbuh sendiri Tempat berayun, menghibur lara Sungguh la sudah membawa diri Tiada siapa yang kasih mesra Laju.. laju.. buaiku laju Akulah anak yatim piatu. Anak Raja

: Datuk menteri, beta rasa inilah dia bakal permaisuri beta.

Datuk menteri

: Benar tuanku. Secocok benar, bagaikan pinang dibelah dua.

Anak Raja

: Tuan hamba Bawang Putih?

Bawang Putih

: Ampun tuanku

Anak Raja

: Sudikah tuan hamba jikalau beta ingi memperisterikan tuan hamba?

Bawang Putih

: Ampun tuanku. Patik menjunjung perintah tuanku.

11

Datuk Menteri

: Ampun, tuanku. Bagaimanakah dengan penderhaka ini tuanku?

Anak Raja

: Hukuman apa yang sesuai untuk beta jalankan kepada mereka ini, wahai Datuk Menteri?

Datuk Menteri

: Hukuman bunuh tuanku.

Mak Kundur

: Hukuman bunuh? Tidak!! Tuanku, ampunkan patik dan anak patik tuanku. Ampunkan patik tuanku.

Anak Raja

: Cis, tuan hamba telah menipu beta. Adakah, tuan hamba tahu menipu Sultan Inderapura adalah satu kesalahan yang amat besar.

Bawang Putih

: Ampun tuanku.. maafkanlah Mak Kundur dan Merah tuanku. Mak Kundur lah yang telah membesarkan hamba. Maafkanlah mereka tuanku.

Anak Raja

: Berdirilah. Baiklah, beta sanggup memaafkan kalian berdua.

Mak Kundur

: Putih, maafkanlah mak cik dan anak mak cik ya. Mak cik dah banyak buat salah dengan Putih.

Bawang Putih

: Putih dah lama maafkan mak cik. Putih juga sudah menganggap Merah sebagai adik kandung Putih sendiri. Mak cik janganlah risau. Putih sayang mak cik, Putih sayang Merah.

Mak Kundur & Bawang Merah

: Terima kasih Putih.

Syair

Tamatlah sudah ini cerita, Putih bahagia bersama raja, Permaisuri Inderapura itu gelarannya, Mak Kundur dan Merah tinggal bersama.

Kisah ini jadikan tauladan, Apa yang baik ambil dan simpan, Mana yang buruk jadikan sempadan, Biar sebati jadi amalan.

12

13

Related Documents


More Documents from "Shahibatul Hablaini"

Penulisan Akademik.docx
April 2020 28
Cover File Intern.docx
April 2020 19
Gambar2 Bbm.docx
April 2020 16
Borang Kalobarasi.docx
April 2020 16
Sayonara.docx
April 2020 13