1. Pengenalan Keadaan semasa dan trend dalam masyarakat semakin mencabar keutuhan institusi perkahwinan dan kekeluargaan. Ia secara langsung atau tidak disedari sedikit sebanyak mempengaruhi kualiti perhubungan suami isteri. Perubahan konteks dan susunan masyarakat dunia telah mencetuskan kepelbagaian dalam hidup berkeluarga. Pola dan jangkaan perkahwinan telah berubah, fungsi & bentuk keluarga semakin mengelirukan serta corak perhubungan intim menjadi semakin kompleks. Di Malaysia, kerapuhan & kepincangan institusi keluarga semakin bertambah & membimbangkan. Kebanyakan masalah pada hari ini berpunca daripada kepincangan keluarga & struktur masyarakat itu sendiri. Kebanyakan masalah hari ini disebabkan keruntuhan institusi kekeluargaan & kemasyarakatan. Dalam memperkatakan isu kekeluargaan pada masa kini sangat luas. Pelbagai isu dapat dilihat dalam situasi sekarang sehingga memberi kesan yang besar dalam proses pembinaan sesebuah keluarga dan Negara khususnya. Antaranya ialah isu pengabaian nafkah kepada isteri dan anak-anak. Seramai 12,300 suami ingkar membayar nafkah kepada isteri. Factor kecurangan juga memainkan peranan penting dalam usaha merosakkan hubungan dalam keluarga. Kecurangan bermaksud perbuatan seseorang suami atau isteri dalam bentuk menjaling hubungan secara diam-diam dengan seseorang di luar perkahwinan dengan alasan untuk memperolehi perlakukan atau cinta dari orang lain yang bukan pasangan sahnya. Menurut Asnawi (2002) berlakunya kecurangan adalah disebabkan kehilangan ghairah untuk berhubung rapat dengan suami atau isteri, adanya kekerasan dalam keluarga , sarana untuk membalas dendam, suami tidak mampu memberi keturunan, gangguan seksual pada suami, mencari variasi hubungan seksual dan adanya masalah ekonomi. 1
Selain daripada isu kekeluargaan, isu melibatkan seksualiti juga menjadi elemen penting di dalam institusi kekeluargaan. Seksualiti dapat didefinisikan sebagai sesuatu perasaan melibatkan kefahaman diri terhadap emosi dan respon seksual seseorang (Khadijah Rohani Mohd. Yunus, 2008). Perasaan ini merangkumi aspek perkembangan manusia yang bersifat multi dimensi dan komprehensif, iaitu selain mengenai fungsi anatomi, fisiologi dan biokimia sistem respons seksual manusia, seksualiti juga merangkumi aspek kognitif (kemahiran asertif, berkebolehan membuat keputusan bijak dan seterusnya bertanggungjawab terhadap keputusan tersebut), afektif (perasaan kemesraan, diterima, disayangi, disukai dan rasa dihargai yang resiprokal antara dua insan), dan tingkah laku manusia seperti membina hubungan interpersonal yang sihat dan berkemahiran komunikasi yang efektif. Perbincangan mengenai seksualiti tidak seharusnya dihadkan kepada kategori individu tertentu sahaja.Couwenhoven (2001) mengatakan semua orang adalah makhluk seksual. Ini bermakna murid bermasalah pembelajaran turut tidak terkecuali daripada mengalami perkembangan seksual seperti orang lain. Kellogg (2009) berpendapat faktor-faktor seperti masalah dari segi penguasaan kemahiran sosial, tidak mengetahui had-had personal yang dibenarkan, kesukaran mengawal tenaga dalaman dan tidak mengetahui perkara-perkara tidak sesuai yang boleh menimbulkan ketidakselesaan orang lain telah menyebabkan murid bermasalah pembelajaran menunjukkan masalah tingkah laku seksual dan akhirnya menjadi mangsa kepada masalah tersebut. Masalah tingkah laku seksual merupakan tingkah laku yang tidak sesuai dari segi perkembangan, bersifat peribadi dan mengganggu serta kasar pada pandangan orang lain (Kellogg, 2009).
2
2. Anggapan Biasa Filem American Beauty Filem pertama karya Sam Mendes ini boleh dikatakan adalah salah satu filem yang sangat sempurna , baik dari segi jalan cerita, suntingan, pelakon, muzik latar dan sebagainya. Maka tidak hairan, filem ini mendapat lima anugerah OSCAR sekaligus di dalam festival filem yang sangat berprestij ini. American Beauty menceritakan tentang kisah keluarga kelas atasan di Amerika yang mempunyai konflik dalam seperti yang ditunjukan oleh watak-watak lakonan di dalam filem ini iaitu Lester Burnham dilakonkan oleh Kevin Spacey, Carolyn Burnham dilakonkan oleh Annette Bening dan Jane Burnham dilakonkan oleh Thora Birch. Dalam kehidupan rakyat Amerika kelas atas dapat dicirikan dengan memiliki rumah mewah dengan laman yang luas, kereta, dan pekerjaan yang stabil. Punca tercetusnya konflik di dalam keharmonian keluarga mereka disebabkan kurangnya interaksi diantara anggota keluarga seperti yang ditunjukan oleh watak Lester dan Carolyn. Mereka dilihat memiliki ego mereka sendiri dan tidak ada yang mahu mengalah dengan ego masing-masing . Maka tidak hairan bila Jane yang masih remaja dan masih memerlukan perhatian menjadi mangsa kepada keegoan mereka. Kekuatan filem ini diterajui oleh watak Lester yang dilakonkan oleh Kevin Spacey. Watak Lester digambarkan sebagai bapa yang tidak berupaya di dalam keluarga dan juga kariernya. Isterinya, Carolyn, dan anaknya Jane, benar-benar merasakan bahawa Lester tidak berguna sebagai seorang suami dan seorang ayah. Imej itu menjadi semakin buruk apabila Lester mula berkenalan dengan kawan sekolah anakya iaitu Angela Hayes yang dialakonkan oleh Mena Suvar).
3
Pada ketika itu Lester dilihat seolah-olah terpaku dan dia tidak dapat berhenti untuk melihat wajah cantik Angela yang membuatkan isteri dan anaknya merasakan iri hati dengan tidakan yang dibuat oleh Lester. Selain dari Lester, dalam kehidupan Carolyn sebagai perunding hartanah turut mengalami pelbagai konflik. Beliau dilihat sudah beberapa kali gagal dalam percubaan untuk menjual sebuah rumah dan itu menjadikannya sangat tertekan. Beliau juga dilihat sangat cemburu dengan pesaiangnya di dalam bidang hartanah yang merupakan seorang lelaki yang juga seorang perunding tetapi dilihat lebih berjaya daripada dirinya sendiri. Pada ketika itu Carolyn berjaya untuk bertemu lelaki itu untuk belajar bagaiman teknik-teknik untuk membuat jualan dan berbincang kaedah-kaedah menarik untuk membuat jualan. Namu daripa keakaraban ini Carolyn telah terjebak dengan dengan kecurangan apabila beliau mula memiliki perasaan terhadap rakan beliau. Beliau telah membuat hubungan sulit dengan lelaki tersebut tanpa pengetahuan suaminya Lester. Kemudian, kita juga akan melihat kehidupan remaja perempuan bernama Jane yang tidak mahu menonjol dan kelihatan cantik ketika berada di kawasan sekolah. Jane seorang budak perempuan yang hidup dalam suasana awal remaja dan ini menyebakan Jane masih keliru walaupun tidak seperti keluarganya. Bagaimanapun, pasangan suami isteri Lester dan carolyn menerima tetamu yang tidak diundang. Secara tiba-tiba muncul seorang lelaki aneh bernama Ricky Fitts yang juga salah seorang penduduk baru di sebelah rumah Jane. Ricky benar-benar menyukai Jane, walaupun dia selalu mengeluarkan Kamera Video beliau dan selalu merakam Jane, sama ada di rumah atau di sekolah. Disebabkan tindakan Ricky itu Jane member respon kepada Ricky dan pada akhirnya kedua-duanya kedua-dua watak tersebut saling jatuh cinta. 4
Kehadiran Ricky tidak hanya memberi impak kepada Jane tetapi turut memberikan kesan kepada bapanya iaitu Lester. Kerana apabila mereka secara tidak sengaja bertemu, Ricky dengan segera menawarkan Lester sejenis dadah dan menyebabkan Lester berubah. Dari sini kita menyedari bahawa Ricky adalah pengedar dadah secara kecil-kecilan untuk mencari sumber pendapatan sampingan. Kemudian, dari sejak itu, Lester selalu memanggil Ricky ketika dia memerlukan bekalan dadah daripadanya. Kesan daripada dadah ini telah mengubah kehidupan Lester dan keluarganya. Kerana bermula saat itu, Lester menjadi lebih berani untuk menluahkan perasaan yang selama ini terbuku kepada Carolyn dan Jane tentang ketidakadilan mereka melayan lester sebagai seorang suami dan seorang ayah. Dia kini tidak lagi menjadi seorang pengecut, tetapi lelaki yang sangat berani malahan begitu berani apabila Lester memutuskan untuk berhenti kerja dan kembali ke tugas lamanya iaitu sebagai seorang tukang masak makanan segera. Dia juga mula bersenam dan ini menjadikan tubuhnya lebih berotot untuk ditunjukan kepada Angela iaitu rakan sekolah anak perempuanya sendiri. Sebagai penonton filem ini kita semestinya akan merasakan bahawa perbuatan Lester sebagai seorang suami dan sebagai seorang ayah adalah salah dan kita akan lebih bersimpati kepada isternya dan juga anaknya dengan kelakuan yang ditunjukan oleh Lester yang sanggup untuk melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya kepada Anggela yang juga merupakan rakan sekolah anaknya sendiri. Tetapi pada penamat filem ini kita akan mula sedar dan akan membuat kita di dalam keadaan serba salah dengan menyalahkan Lester dari tindakan yang dibuat oleh beliau sebelum ini.
5
Ini adalah kerana pengakhiran cerita ini penonton disajikan dengan kematian Lester yang memberi makna yang mendalam kepada penonton bahawa kematian itu adalah satu rehat yang panjang penuh dengan kedamaiaan. 3. Isu Keluarga Dan Seksualiti Di Dalam Filem Ameriacan Beauty Keluarga merupakan unit asas dalam masyarakat di mana setiap ahli keluarga menjalankan peranan dan tanggungjawab sendiri serta tanggungjawab bersama, demi untuk mencapai kesejahteraan dan keharmonian keluarga. Setiap ahli keluarga saling berinteraksi dan bergantung sesama sendiri dan dengan ahli masyarakat yang lain. Keluarga Asas (Nuclear Family) merupakan unit keluarga yang paling kecil dan asas. Keluarga asas terdiri daripada suami, isteri dan anak. Lazimnya adalah bersaiz kecil sebagai penyambung tradisi dan budaya bagi generasi akan datang. Keluarga Luas (Extended Family) pula merujuk kepada keluarga asas dan ahli keluarga yang lain yang mempunyai hubungan darah yang sah. Keluarga luas terdiri daripada ibu, bapa, anakanak, datuk, nenek, dan saudara mara. Lazimnya mereka tinggal dalam rumah yang sama atau berdekatan atau saling berhubungan. Keluarga jenis ini sering terdiri daripada dua atau lebih generasi. Duvall (1977) mengemukakan bahwa keluarga adalah sekumpulan orang yang dihubungkan oleh ikatan perkahwinan, adopsi dan kelahiran, yang bertujuan menciptakan dan mempertahankan budaya yang umum, meningkatkan perkembangan fisik, mental, emosi, dan sosial setiap anggota.
6
Menurut Bailon dan Maglaya (1978) mengemukakan bahwa keluarga adalah sebagai dua atau lebih individu yang berhubungan berdasarkan hubungan darah, ikatan perkawinan, atau adopsi, hidup dalam satu rumah tangga, berinteraksi satu sama lain dalam persekitarannya, menciptakan dan mempertahankan suatu budaya (dalam Supartini, 2004). Di dalam filem American Beauty ini terdapat isu yang sangat banyak diperkatakan dan banyak kajian telah dijalankan berkaitan dengan isu keluarga. Dalam memperkatakan isu-isu dan cabaran keluarga pada masa kini sangat luas. Pelbagai isu dapat dilihat dalam situasi sekarang sehingga memberi kesan yang besar dalam proses pembinaan sesebuah keluarga dan Negara khususnya. Antaranya ialah isu pengabaian nafkah kepada isteri dan anak-anak. Factor kecurangan juga memainkan peranan penting dalam usaha merosakkan hubungan dalam keluarga. Kecurangan bermaksud perbuatan seseorang suami atau isteri dalam bentuk menjaling hubungan secara diam-diam dengan seseorang di luar perkahwinan dengan alasan untuk memperolehi perlakukan atau cinta dari orang lain yang bukan pasangan sahnya. Berlakunya kecurangan adalah disebabkan kehilangan ghairah untuk berhubung rapat dengan suami atau isteri, adanya kekerasan dalam keluarga , sarana untuk membalas dendam, suami tidak mampu memberi keturunan, gangguan seksual pada suami, mencari variasi hubungan seksual dan adanya masalah ekonomi. Selain daripada isu kekeluargaan, isu melibatkan seksualiti juga menjadi elemen penting di dalam institusi kekeluargaan.Seksualiti dapat didefinisikan sebagai sesuatu perasaan melibatkan kefahaman diri terhadap emosi dan respon seksual seseorang.
7
Perasaan ini merangkumi aspek perkembangan manusia yang bersifat multi dimensi dan komprehensif, iaitu selain mengenai fungsi anatomi, fisiologi dan biokimia sistem respons seksual manusia, seksualiti juga merangkumi aspek kognitif (kemahiran asertif, berkebolehan membuat keputusan bijak dan seterusnya bertanggungjawab terhadap keputusan tersebut), afektif (perasaan kemesraan, diterima, disayangi, disukai dan rasa dihargai yang resiprokal antara dua insan), dan tingkah laku manusia seperti membina hubungan interpersonal yang sihat dan berkemahiran komunikasi yang efektif.
8
4. Kesimpulan Dapat disimpulkan bahawa struktur sesebuah keluarga adalah keseluruhan peraturan operasi yang diguna-pakai oleh keluarga berkenaan untuk menjalankan fungsi-fungsi utama yang penting. Ia membentuk kerangka bagi memahami bagaimana sesebuah keluarga itu diuruskan terutama dalam mengekalkan kestabilan atau melakukan adaptasi ketika sesuatu perubahan perlu dilakukan. Ini dilakukan dengan mengenal-pasti pola-pola yang terbentuk akibat perlakuan yang berulang-ulang, konsisten dan berpanjangan Polapola yang dimaksudkan apabila telah terbentuk biasanya amat sukar untuk berubah kecuali berlaku perbalahan yang menyebabkan ketegangan dimana keadaan tersebut mengakibatkan sistem keluarga terbabit menjadi tidak stabil seterusnya membolehkan perubahan boleh berlaku. Memandangkan isu dan masalah keluarga telah meningkat setiap masa walaupun beberapa aktiviti dan program telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Namun begitu untuk meningkatkan lagi keberkesanan bagi mencegah dan mengurangkan permasalahan dalam sesebuah keluarga dan sekaligus meningkatkan kualiti keluarga maka perkhidmatan kaunseling keluarga sangat penting harus diberi perhatian oleh semua pihak.
9
Rujukan Amir Hasan Dawi. (2007). Pendidikan seks suatu perspektif sosial.Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Asnawi, S. (2002). Teori motivasi. Jakarta. Studia press. Couwenhoven, T. (2001). Sexuality education: Building on the foundation of healthy attitudes. Disability Solutions, 4(6): 1- 16. Dunn, M., & Rea.P. (2006). Current issues, parental concerns and societal biases surrounding the teaching of sex education to students with developmental disabilities. Sex Education, 3. Cuskelly, M., & Bryde, R. (2004). Attitudes towards the sexuality of adults with an intellectual disability: Parents, support staff, and a community sample. Journal of Intellectual & Developmental Disability, 29(3), 255-264. doi:10.1080/13668250412331285136 Khadijah Rohani Mohd. Yunus. (2008). Pendidikan seks untuk remaja berkeperluan khas (terencat akal): Satu analisis keperluan.Dlm Nik Aziz Nik Pa & Noraini Idris, Perjuangan memperkasakan pendidikan di Malaysia: Pengalaman 50 tahun merdeka (ms. 308-335). Kuala Lumpur: Utusan Publications. Kamarul Azmi Jasni, Siti fauziyani Md. Salleh @ Masrom 2007. Pendidikan dan Keluarga Cemerlang. Skudai. Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. Sullivan, P., & Knutson, J. F. (2000). Maltreatment And Disabilities: A population based epidemiological study. Child Abuse & Neglect, 24, 1257-1274.
10