Ulasan Buku3

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ulasan Buku3 as PDF for free.

More details

  • Words: 963
  • Pages: 6
PENDAHULUAN Alhamdulillah syukur pada Ilahi kerana kami dapat menyiapkan tugasan berkumpulan untuk subjek Usul Fiqh (LIS2033). Jutaan terima kasih kepada ustaz Muhammad Akramin bin Kamarul Zaman yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan dalam melaksanakan tugasan yang diberikan. Untuk tugasan ini, kami telah memilih sebuah kitab bertajuk Kitab Nihayatus lisyarah fi manhaj usul. Kitab Nihayatus Sul karya Imam Abdurrahim Al-Isnawi adalah syarah dari kitab Minhajul Wushul ila Ilmil Ushul karya Imam Nashiruddin Abdullah bin Umar AlBaidhawi. Kitab ini merangkumi kaedah-kaedah penting dalam disiplin llmu Usul Fiqh. Nama sebenar penulis ialah Jamaluddin Abu Muhammad Abdul Rahim bin Hasan bin Ali bin Ibrahim Al Amawi Al Asnawi atau beliau lebih dikenali dengan Asnawi Syafi’e. Beliau dilahirkan pada tahun 704 hijrah dan meninggal dunia pada tahun 772 hijrah. Kitab ini merupakan kitab rujukan yang utama digunakan di Universiti Al- Azhar Mesir. Buku ini diterbitkan di darul saadah pada 2005 masihi hingga 2006 masihi atau 1426 hijrah hingga 1427 hijrah. Kitab ini mempunyai 383 halaman mukasurat.

ISI KANDUNGAN KITAB Pengenalan Dalam bahagian pengenalan, Imam Asnawi mendefenisikan usul fiqh sebagai sebuah pengetahuan tentang dalil-dalil fiqh secara umum, kaedah menggunakan dalil tersebut untuk menetapkan hukum dan keadaan orang yang melakukan proses pengambilan hukum tersebut (Ma'rifatu dalailil fiqhi ijmalan, wa kaifiatil istifadati minha wa halil mustafid). Buku Nihayatus Sul ini disusun secara sistematik untuk menjelaskan defenisi usul fiqh yang disebutkan oleh Imam Asnawi tersebut. Kitab ini mengandungi dua bab utama iaitu pada bab pertama membincangkan tentang hukum, dan bab kedua tentang tidak memerlukan hukum.

Bab pertama Bab ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu: i- Bahagian pertama Bahagian ini menerangkan tentang takrif kepada hukum. Hukum bermaksud khitab Allah yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf samada dengan secara tuntutan atau pilihan. ii- Bahagian kedua Bahagian ini menerangkan tentang pembahagian hukum secara terperinci. Pembahagian hukum ini merangkumi hukum wajib, sunat, haram, makruh dan harus. Di samping itu, dalam bahagian ini membincangkan tentang alkobih dan alhasan menurut ahli sunah wal jamaah dan pandangan menurut muktazilah.

Seterusnya perbincangan tentang hukum-hukum wada’i iaitu sesuatu yang menyebabkan ada atau tiadanya hukum taklifi. Hukum ini diterangkan secara terperinci mengikut pembahagian hukum wada’i iaitu sahih atau sah sesuatu perbuatan, fasad dan batal, perlaksanaan, pengulangan dan ganti perbuatan, rukhsah dan al-azimah. iii-Bahagian ketiga Bahagian ini membincangkan tentang hukum-hukum dan keadaan-keadaan hukum tersebut. Permasalahan pertama membincangkan tentang wajib mukhayyar iaitu perkara yang dituntut oleh syarak supaya dilaksanakan dengan memilih salah satu daripadanya. Permasalahan kedua ialah perbincangan tentang kewajipan yang tertakluk kepada waktu iaitu tuntutan wajib yang ditetapkan masa tertentu untuk menunaikannya. Contohnya sembahyang lima waktu. Ianya dibahagikan kepada 2 iaitu wajib muwassa’dan wajib mudayyaq. Permasalahan ketiga ialah kewajipan dari sudut mukallaf yang terbahagi kepada dua: fardu ain iaitu kewajipan yang diwajibkan terhadap setiap individu yang mukallaf dan fardu kifayah iaitu kewajipan yang dikenakan oleh syarak terhadap seluruh mukhallaf , sekiranya ada yang melaksanakannya, maka yang lain akan terlepas daripda tanggungjawab tersebut. Permasalahan ke empat ialah tentang wajib sesuatu hukum secara mutlak, iaitu mewajibkan perkara yang tidak sempurna kecuali melainkan dengannya. Contohnya solat adalah perkara wajib yang perlu ditunaikan kepada semua umat islam. Solat yang sempurna ialah menyucikan tubuh badan dari segala kekotoran. Seseorang yang hendak menunaikan solat mestilah membersihkan diri dan mengambil wuduk terlebih dahulu, tanpa wuduk yang sempurna solat tidak diterima oleh Allah swt.

Permasalahan kelima ialah kewajipan sesuatu hukum dan

haram meninggalkannya.

contohnya sekiranya meninggalkan solat adalah haram, tidak menunaikan puasa di bulan ramadhan juga haram dan perkara-perkara yang wajib kalau ditinggalkan akan mendapat dosa besar. permasalahan keenam ialah sekiranya dimansuhkan kewajipan, hukumnya akan menjadi harus. Contohnya dalam hukum nikah kawin, sekiranya seseorang itu ditahap yang tidak boleh mengawal nafsunya, sehinggalah hukum berkahwin tadi menjadi wajib untuk dia menunaikannya, tetapi apabila nafsunya dapat dikawal kembali maka hukum yang wajib tadi menjadi harus.

BAB 2 Bab ini menerangkan tentang perkara yang tidak dapat tidak perlu kepada hukum. Dalam bab ini dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu perbincangan tentang al-hakim, al-mahkum alaihi dan juga al-mahkum bih. i-Bahagian pertama: Dalam bahagian ini menerangkan tentang kehakiman yang mana kuasa yang menetapkan sesuatu hukum ialah hakim. Bahagian ini mempunyai 2 cabang perbincangan iaitu tentang kewajipan supaya kita bersyukur kepada Allah yang memberi nikmat dan perbuatan pilihan sebelum diutuskan

nabi. Contohnya, sebagai hamba Allah swt yang telah diberikan nikmat yang melimpah ruah seperti diberikan rezeki, kesihatan tubuh badan dan lain- lain yang tidak ternilai nikmatNya. ii-Bahagian kedua: Bahagian ini menerangkan tentang mahkum alaihi iaitu orang yang akan menerima hukuman atau yang dimaksudkan di sini ialah seseorang itu menerima taklif iaitu bebanan syarak sama ada dia seorang mukallaf atau tidak. Seterusnya, kitab ini juga membincangkan tentang beberapa permasalahan dalam hukum fiqh. Permasalahan yang pertama ialah mengenai orang yang tiada keharusan untuk melaksanakan sesuatu hukum ke atasnya. Permasalahan yang kedua ialah mengenai tidak dihukumkan taklif ke atas orang yang Ghafil iaitu orang yang tak siuman.

iii-Bahagian ketiga: Bahagian ini berkaitan dengan mahkum bih. Permasalahan pertama dalam bahagian ini ialah tentang taklif dengan sesuatu yang mustahil atau tidak logik hukumnya adalah harus. Permasalahan yang kedua dalam bahagian ini berkaitan dengan hukum seorang kafir itu dihukum taklif dengan cabang agama. Permasalahan yang terakhir dalam kitab ini ialah tentang hukum mengikut atau mematuhi arahan yang mewajibkan bolehnya pahala.

Kesimpulan Kitab ini membicarakan tentang hukum, pembahagian hukum dan bagaimana hukum ditentukan berdasarkan kaedah-kaedah usul-Fiqh. Di samping itu penulis mendatangkan beberapa permasalahan hukum yang merangkumi pelbagai aspek kehidupan manusia. Dengan pengetahuan yang ada dalam bidang ini, kami dapat mengetahui bagaimana sesuatu hukum ditetapkan oleh syarak. Di samping itu, kami dapat memahami dengan jelas hikmah di sebalik penetapan sesuatu hukum dan terdapat kelonggaran yang dibolehkan oleh syarak sekiranya ada sebab-musabab yang mengharuskannya. Ini menunjukkan Islam agama yang mudah dan praktikal. Alhamdulillah, dengan izin dan hidayahNya kami dapat menyiapkan tugasan yang diberikan. Kami berharap dengan selesainya tugasan ini, akan memberi manfaat kepada semua pembaca dan dapat memudahkan pembaca mengetahui kandungan yang terdapat dalam kitab ini.

Related Documents

Ulasan Buku3
May 2020 3
Ulasan Buku.docx
December 2019 14
Ulasan Bios
June 2020 11
Ulasan Video.docx
April 2020 13
Ulasan Rm
June 2020 4
Ulasan Jurnal2
May 2020 2