Kajian Keperluan Fasiliti Pdrm.docx

  • Uploaded by: Irzan Hallod
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kajian Keperluan Fasiliti Pdrm.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 967
  • Pages: 5
Kajian Keperluan Fasiliti Kearah Meningkatkan Perkhidmatan Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, PDRM. Pendahuluan Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) merupakan salah sebuah organisasi yang tertua di Malaysia yang telah mencapai usia 198 tahun dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat. Ia merupakan satu organisasi keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang yang menjaga keamanan di dalam negara, yang melibatkan semua kes-kes jenayah, lalu lintas, narkotik, mengumpul maklumat risikan dan menjaga keselamatan perairan atau sempadan negara (PDRM). Dengan ini, boleh dirumuskan bahawa core business bagi organisasi PDRM adalah menguatkuasakan undang-undang dan menjaga keselamatan nyawa atau harta benda rakyat negara ini. Sehubungan dengan itu, bagi menggerakkan organisasi PDRM dalam memberi satu perkhidmatan yang baik dan cemerlang kepada masyarakat selaras dengan slogan Polis Mesra, Cepat dan Betul, tugas yang dipikul oleh PDRM adalah amat berat. Kekurangan fasiliti boleh menyebabkan penyumbang kepada ketidakcekapan pegawai polis dan sekaligus gagal untuk memberikan perkhidmatan yang baik kepada masyarakat. Selain itu juga, pengurusan fasiliti yang tidak cekap bukan sahaja mengganggu aktiviti organisasi, malahan ianya juga akan meningkatkan kos perbelanjaan mengurus serta pembaikan. Selain itu juga kesan pengurusan fasiliti yang tidak baik juga menyebabkan imej PDRM terjejas. Sebagai contoh, pengurusan ke atas kenderaan yang tidak baik memungkinkan segala aktiviti yang berkaitan dengan kerja-kerja di bahagian trafik terganggu dan tidak dapat berjalan dengan lancar. Fasiliti yang mengcukupi akan memberikan kemudahan kepada para pengguna dengan membantu dalam menjalankan aktiviti organisasi. Kejayaan sesuatu organisasi itu bergantung kepada fasiliti yang mengcukupi dan boleh digunakan dengan baik. Pernyataan Masalah Sebagai sebuah organisasi besar yang berorenitasikan perkhidmatan. banyak rungutan disuarakan oleh orang ramai, selaku pelanggan kepada perkhidmatan yang diberi oleh polis. Pembangunan negara yang begitu ketara sedikit sebanyak telah memaksa polis berubah fungsl dari satu masa kepada satu masa tanpa lari dari matlamat asalnya sebagai sebuah organisasi yang berorentasikan perkhidmatan. Pada peringkat awal penubuhan organisasi PDRM moden, polis dianggap sebagai organisasi yang bertanggungjawab kepada penguatkuasaan undang-undang serta mengajar rakyat

di negara ini untuk mematuhi peraturan dan undang-undang demi kesejahteraan rakyat dan keselamatan negara. Fungsinya turut berubah apabila negara mula membangun, di mana fungsi anggota dan pasukan polis bertukar dan menguatkuasa undang-undang kepada menjaga keselamatan negara. Di dalam kajian ini akan tertumpu kepada kerperluan yang diperlukan oleh Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik di dalam memberikan perkhidmatan yang baik kepada pelanggan.

Persoalan kajian i.

Apakah kekurangan fasiliti yang terdapat di Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik?

ii.

Apakah fasiliti yang terdapat Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik?

iii.

Apakah fasiliti yang diperlukan oleh Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik?

iv.

Bagaimana untuk mengukur prestasi fasiliti di Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik?

Objektif Kajian Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti kekurangan dan keperluan fasiliti di Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik. Objektif Khusus Dalam menjalankan kajian ini, 3 objektif utama telah dikenalpasti iaitu : i.

Menilai kekurangan fasiliti di Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik

ii.

Mengenalpasti fasiliti sedia ada Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik.

iii.

Mengenalpasti keperluan fasiliti Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik

iv.

Membangunkan pengukuran prestasi fasiliti Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik

Kajian Lepas Kualiti perkhidmatan secara amnya didefinisikan sebagai kualiti tanggapan pelanggan, yang menekankan penilaian individu terhadap nilai perkhidmatan yang ditawarkan (Gummesson, 1994).

Polis Diraja Malaysia merupakan badan penguatkuasa utama negara (Mohamed Sazif & Venugopal, 2011). Polis merupakan penjaga keamanan bagi masyarakat dan mereka bertanggungjawab mempertahankan dan memelihara keamanan serta ketenteraman awam daripada ancaman-ancaman dalam negeri.

Tanggungjawab itu bukan sahaja terhad kepada menjaga ketenteraman yang berkaitan dengan manusia malahan juga melibatkan bencana alam yang mana polis adalah agensi utama yang dikehendaki untuk bertindak balas (Salmah, 2009).

Gronroos (1982; 1983) menghuraikan tanggapan kualiti perkhidmatan sebagai perbezaan antara kualiti perkhidmatan yang dijangkan dengan kualiti perkhidmatan yang diterima. Penguatkuasaan trafik yang tegas diketahui umum merupakan faktor utama kepada penurunan kadar kemalangan jalan raya (Adler et al. 2012; Kratcoski & Das 2002; Transport & Council 1999).

Perlaksanaan tugas oleh anggota trafik yang memenatkan di dalam keadaan yang tidak selesa disebabkan cuaca yang berubah-ubah serta perlu berdepan dengan pelbagai ragam manusia memang satu tugas yang sangat memberi tekanan dan menguji kesabaran (Kirkcaldy et al. 1998; Johnson 2010; Vila & Kenney 2002; Sobol 2010; Deb et al. 2008; Kratcoski & Das 2002).

Tekanan kerja merupakan manifestasi negatif dalam persekitaran kerja pada hari ini dan menjadi isu utama dalam kalangan pekerja. Tekanan yang dialami oleh seseorang pekerja biasanya dikaitkan dengan suasana persekitaran kerja, bebanan kerja, cabaran masa kerja dan peningkatan taraf hidup (Yozgat et. al, 2013).

Manakala Bernard Williams Associates, (1994) menerangkan bahawa “pengurusan fasiliti merupakan satu proses di mana organisasi menyampaikan dan mengekalkan perkhidmatan tambahan di dalam persekitaran yang berkualiti dengan menggunakan kos yang sesuai bagi memenuhi keperluan organisasi.

Metodologi Quantitative - Questionnaires, Interview Population – Ibupejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah Sample size - 10 Hipotesis Kajian Hipotesis yang diuji dalam kajian ini adalah seperti berikut Ha1: Terdapat hubungan yang signifikan antara kekurangan fasiliti dengan perkhidmatan yang diberikan oleh pegawai polis di Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik. Ha2 : Terdapat hubungan yang signifikan antara fasiliti sedia ada dengan perkhidmatan yang diberikan oleh pegawai polis di Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik. Ha3 : Terdapat hubungan yang signifikan antara fasiliti diperlukan dengan perkhidmatan yang diberikan oleh pegawai polis di Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik.

Instrumen Kajian i.

Sampling The target population for this study was traffic officers in IPD Seberang Perai Tengah

ii.

Questionnaires The questionnaire method is the best way to collect data from the respondents because directly to the respondents and the appropriate objectives to use the questionnaire method.

Kesimpulan Kesimpulannya, Penyelidikan ini bukan sahaja akan tertumpu kepada penyelidikan sedia ada, tetapi juga akan mencetuskan penyelidikan selanjutnya dalam menilai kepentingan dan keperluan fasiliti-fasiliti terkini yang diperlukan oleh oragnisasi keselamatan di dalam memberikan perkhidmatan yang baik. Kajian yang dilakukan juga dapat memberikan manfaat kepada badan keselamatan terutam Polis Diraja Malaysia untuk mengenal pasti halangan dan kemudian mengambil tindakan yang perlu bagi mengatasi halangan tersebut untuk melaksanakan tanggungjawab yang besar di dalam melindungi dan memberikan jaminan keselamatan kepada masyarakat.

Related Documents


More Documents from ""

Cover Tugasan.docx
December 2019 21
Ulasan Filem.docx
December 2019 16
Isi Kandungan.docx
December 2019 17
Islam Modern.docx
October 2019 16