Ulasan Jurnal2

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ulasan Jurnal2 as PDF for free.

More details

  • Words: 1,203
  • Pages: 6
1.0 Pendahuluan Alhamdulillah syukur pada Ilahi kerana saya dapat menyiapkan tugasan individu untuk subjek Pemikiran Islam Semasa (LIA2023). Jutaan terima kasih kepada Ustaz Anhar bin Opir yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan dalam melaksanakan tugasan yang diberikan. Untuk tugasan ini, saya telah memilih tajuk Islam Dan Imej Keganasan: Satu Analisa Tentang Prinsip Jihad Dalam Al-Quran. Penulis jurnal ini terdiri daripada dua orang penulis iaitu Profesor Dr. Mohd Yakub @ Zulkifli Bin Mohd Yusoff dan Fikri Mahmud. Profesor Dr. Mohd Yakub @ Zulkifli Bin Mohd Yusoff Profesor Dr. Mohd Yakub @ Zulkifli Bin Mohd Yusoff merupakan seorang pensyarah di Universiti Malaya di Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith. Beliau memiliki PHD dari Universiti Wales, Cardiff, United Kingdom, MA dari Universiti Jordan, Amman, Jordan dan BA (HONS), dari University Malaya (UM). Beliau pakar dalam bidang penafsiran al-Quran dan juga metodologi penafsiran al-Quran. Banyak buku agama yang telah ditulis oleh beliau semenjak tahun 1996 sehinggalah sekarang, antaranya ialah Surah Al-Waqi'ah:Terjemahan dan Huraian, Muhammad Abduh:Pengaruhnya Kepada Pembaharuan Politik Islam Di Malaysia, IsuIsu Gender: Perspektif Ulama Al-Azhar dan lain-lain lagi. Beliau juga banyak terlibat dalam sesebuah organisasi sehingga dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Induk Darul Quran bawah JAKIM, pada tahun 2004-2005. Fikri Mahmud Penulis kedua jurnal ini ialah Fikri Mahmud yang berasal dari Kampar, Riau. Beliau memiliki Ijazah Sarjana dari Akademi Agama dan Bahasa, Bukittinggi, Sumatera Barat. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran

1

di King Saud Universiti, Riyadh, Arab Saudi. Kini beliau sedang giat menulis Disertasi di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Penulis mempunyai banyak pengalaman sebagai seorang pendidik antaranya ialah beliau pernah menjadi seorang guru ketika masih belajar di Pondok Pesantren Daarun Nahdhah, Bangkinang, Riau dan pernah dilantik menjadi tenaga pengajar bahasa Arab untuk komuniti masyarakat Indonesia di Riyadh, Arab Saudi semasa belajar di King Saud University.

2.0 Metodologi penulisan Kaedah penulisan yang digunakan oleh penulis amat tersusun mengikut format penulisan jurnal. Penulisan tersebut didahulukan dengan tajuk, pengenalan kepada tajuk, isi kandungan dan berakhir dengan penutup. Sebagai pengenalan kepada tajuk, penulis menerangkan terlebih dahulu permasalahan yang timbul berkaitan dengan jihad. Kemudian penulis menghuraikan pengertian jihad menurut bahasa dan istilah. Di sini, penulis mengfokuskan konsep jihad yang umum dalam konteks memerangi musuh, mengutarakan sebab-sebab jihad, tujuan dan perlaksanaan jihad. Seterusnya penulis membuat perbandingan antara jihad dan keganasan dalam bentuk jadual bagi menambahkan lagi kefahaman pembaca dalam membuat perbandingan. Akhir sekali penulis mengakhiri penulisan dengan penutup dan membuat kesimpulan daripada topik yang dibincangkan. Penulis juga menyediakan ruangan notakaki untuk memudahkan pembaca membuat rujukan daripada sumber-sumber rujukan yang telah digunakan. Ini menunjukkan teknik penulisan yang digunakan tersusun dan bersistematik serta dapat memberi kefahaman yang jelas terhadap tajuk yang dibincangkan.

3.0 Rujukan penulis Penulis menggunakan sumber rujukan yang pelbagai dalam penulisannya. Terdapat lebih daripada 10 buah buku yang telah digunakan oleh penulis, di samping artikel daripada

2

akhbar dan laman web. Antara buku-buku yang saya rujuk berdasarkan sumber rujukan penulis ialah: 1. Covering Islam: How The Media And The Experts Determine How We See The Rest Of The World. London: Routledge & Kegan Paul, h.108. 2. Jalal Al-Din ‘Abd Al-Rahman Al-Sayuti(1988), Al-Itqan Fi “Ulum Al-Qur’an, j.3. h.21-22 3. Islam Dalam Perhubungan Antarabangsa. Mahmood Zuhdi Haji Abdul Majid h. 357-358 4. The Shorter Oxford English Dictionary On Historical Principles, edisi-3 h.2155 Kesimpulannya, penulis merupakan seorang yang amanah dan jujur dalam penulisannya, segala maklumat yang diambil daripada bahan rujukan tepat dengan halaman mukasurat yang dirujuk. Penulis juga berhati-hati dalam penulisan dengan merujuk kepada sumber rujukan yang lain agar tidak berlaku percanggahan pendapat dalam menghuraikan tajuk yang dibincangkan.

4.0 Perbandingan isi Pengertian jihad mencakupi segala bentuk perbuatan yang baik dan perlawanan terhadap hawa nafsu, syaitan, orang-orang munafiq, ahli mungkar, orang-orang zalim dan orang-orang fasik. Namun di sini penulis, memfokuskan pengertian jihad kepada perang terhadap orang-orang kafir. Menurut penulis, sebab-sebab dilaksanakan jihad ada 2 iaitu: Pertama, adanya serangan dari pihak luar. Umat Islam diperintahkan memerangi orang yang telah memerangi mereka dan dilarang memulakan peperangan terhadap orang lain. Dilihat dari sudut ini, jihad lebih bersifat mempertahankan diri (perang defensive). Kedua, adanya kezaliman dan penindasan. Adalah kewajipan umat Islam menolong orang-orang teraniaya dan tertindas. "Mengapa kamu tidak mahu berperang

3

di jalan Allah dan (membela) orang-orang yang lemah baik laki-laki, wanita-wanita maupun anak-anak yang semuanya berdo'a: "Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami dari negeri ini (Makkah) yang zalim penduduknya dan berilah kami pelindung dari sisi Engkau, dan berilah kami penolong dari sisi Engkau". surah al-Nisā' (4): 75 Berdasarkan buku Jihad dan Pengertiannya oleh Prof. Madya Amat Juhari Moain pula menyatakan, sebab diizinkan berperang kerana orang-orang Islam diserang, teraniaya, diusir dari negeri mereka dan tiada kebebasan memeluk agama yang dianuti. Ini berdasarkan pada ayat 39-41 surah al-Haj. Selain itu, jihad diperintahkan kerana pihak musuh telah memecahkan ikatan janji setia dengan pihak Islam, bagi menyelamatkan orang-orang yang lemah yang teraniaya yang terdiri daripada lelaki, perempuan dan kanak-kanak kecil, dan umat Islam dipaksa meninggalkan agama mereka.1 Manakala

dalam

buku

Gerakan

Jihad

Fi

Sabilillah

&

Cabarannya oleh Abdul Qadir Djaelani, menyatakan bahawa sebab diizinkan berperang kerana 3 keadaan iaitu: 1) Umat Islam dianiayai oleh musuh-musuh mereka, diusir dari kampung halaman mereka tanpa hak, kecuali mereka beragama dengan agama yang benar. 2)

Jika

tidak

ada

keizinan

Allah

kepada

manusia

untuk

mempertahankan diri, pasti akan rusak binasa semua tempat ibadat, yang didalamnya banyak sekali disebut nama Allah, kerana kezaliman orang-orang kafir yang tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat.

. Amat Juhari Moain (1991) .Jihad Dan Pengertiannya Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur. (Hlmn 10) 1

4

3) Memberi pertolongan dan menjamin keamanan di muka bumi dan dengan tujuan menegakkan hukum, mendirikan solat, membayar zakat dan melaksanakan amar –ma’ruf dan nahi mungkar.2

Setelah

membuat

perbandingan

isi,

penulis

mengutarakan

sebab-sebab yang sama dengan penulis buku yang lain. Jihad terlaksana

kerana

ada

sebab-sebab

tertentu

yang

didatangkan

daripada pihak musuh itu sendiri. Islam tidak memerangi golongan kuffar melainkan dengan alasan yang kukuh iaitu pencerobohan atau kemelampauan terhadap umat Islam. Inilah pegangan jumhur (majoriti) ulama bahawa `illah (punca) sebenar mereka diperangi ialah (al-Hirabah) iaitu kerana penentangan dan peperangan yang mereka lancarkan. Ini bermakna Islam memerintahkan perang atas dasar mempertahankan diri kerana adanya penindasan dan juga kezaliman ke atas umat Islam. Keadaan dan sebab-sebab yang dinyatakan oleh penulis jelas berlaku pada bumi Palestin dan negara-negara Islam yang lain. Orang-orang Islam telah diperangi dan wujudnya kezaliman serta penindasan terhadap mereka sehingga meragut nyawa dan kemusnahan kediaman serta harta benda. Jihad telah menjadi satu kewajipan kepada mereka yang dizalimi oleh musuh manakala menjadi tanggungjawab umat Islam hari ini membela saudara muslim yang sedang ditindas di serata dunia.

5.0 Penutup Alhamdulillah, dengan adanya tugasan ini, saya dapat meneliti tentang cara penulisan jurnal, latar belakang penulis dan apa yang penting ialah cara membuat ulasan jurnal. Ini merupakan ilmu baru yang dapat saya pelajari.

. Abdul Qadir Djaelani (2001), Gerakan Jihad Fi Sabilillah & Cabarannya, Selangor, Pustaka Dini Sdn. Bhd. (Hlmn 26). 2

5

Di samping itu, saya dapat mengkaji tajuk perbincangan dalam jurnal dengan merujuk buku-buku yang berkaitan untuk melihat perbandingan isi. Ianya secara tidak langsung, dapat menambahkan lagi kefahaman saya tentang konsep jihad yang yang disyariatkan oleh Islam. Saya berharap sahabat-sahabat yang lain dapat membaca jurnal yang ditulis oleh penulis ini untuk menambahkan lagi kefahaman terhadap pengertian jihad yang sebenar memandangkan isu jihad sering disalahertikan. Saya juga berharap dapat meneroka lagi buah fikiran penulis-penulis lain untuk meningkatkan lagi pengetahuan saya.

Tggugjawab umat trhadap jihad

6

Related Documents

Ulasan Jurnal2
May 2020 2
Jurnal2.pdf
July 2020 1
Jurnal2.pdf
October 2019 3
Ulasan Buku.docx
December 2019 14
Ulasan Bios
June 2020 11
Ulasan Video.docx
April 2020 13