Ulasan Video.docx

  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ulasan Video.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,485
  • Pages: 8
PENGENALAN Pergerakan telah berlaku sebelum seorang kanak-kanak itu lahir. Selepas lahir, pergerakannya bermulalah dari atas kepala, bahu, tangan dan kaki. Begitu juga dengan perkembangan motor mereka, ia nya bermula daripada perkembangan motor kasar diikuti dengan perkembangan motor halus. Pada usia mereka 3 tahun mereka dapat bergerak pada kadar yang berbeza serta mampu mengawal pergerakan badan mereka sendiri. Terdapat beberapa faedah pergerakan iaitu kanak-kanak dapat meneroka sekeliling mereka. Pergerakan kreatif merupakan satu bentuk aktiviti yang menggabungkan gerakangerakan fizikal anggota badan secara menyeluruh dan gerakan ini akan dilakukan secara kreatif iaitu meliputi pergerakan jenis gerak tari yang bertujuan untuk membantu kanakkanak dalam menyelesaikan masalah dan mengekspresikan perasaan mereka masingmasing. Dalam aktiviti muzik, pergerakan kreatif merupakan satu bentuk pergerakan dimana kanak-kanak akan melakukan pergerakan mengikut muzik yang dimainkan. setiap individu akan meluahkan perasaan dan persepsi mereka melalui muzik yang didengari. (Fowler&, W, & Robin, 1984) mendefinisikan pendidikan pergerakan sebagai suatu pendekatan dalam kaedah pengajaran. Kemahiran-kemahiran motor termasuk pergerakan kemahiran asas, permainan, tarian dan aktiviti lain yang menggunakan proses penemuan dalam pembelajaran. Dalam konteks ini, pergerakan bermaksud pergerakan tubuh badan iaitu pergerakan yang melibatkan motor kasar dan motor halus manakala kreatif pula bermaksud daya cipta seseorang yang diilhamkan oleh pengalaman atau inspirasi, persekitaran dan daya imaginasi mereka. kadang kala ianya digabungkan atau diubahsuai untuk menghasilkan sesuatu idea yang baru. Sebelum kanak-kanak dapat bergerak sedemikian, perbendaharaan pergerakan hendaklah diterokai telebih dahulu oleh setiap kanak-kanak. pergerakan ini melibatkan tiga elemen iaitu ruangan iaitu merangkumi atas dan bawah, kiri dan kanan serta depan dan belakang.kuasa dan masa. Apabila kanak-kanak telah mengalami pelbagai cara pergerakan maka, mereka akan dapat menggunakan asas tersebut untuk menghasilkan satu bentuk pergerakan yang lebih kreatif.

2

ULASAN VIDEO PERGERAKAN KREATIF Berdasarkan kepada video yang telah saya tonton, saya telah memilih utuk mengulas satu video yang menggabungkan jenis-jenis pergerakan kreatif seperti pergerakan lokomotor, bukan lokomotor dan kemahiran manipulatif. Dalam video ini dapat saya ulaskan ialah pergerakan-pergerakan yang telah dipaparkan oleh kanak-kanak prasekolah dalam melakukan aktiviti pergerakan kreatif tersebut. Semasa kebaikan video pergerakan ini ialah kanak-kanak melakukan pergerakan yang menggabungkan ketiga-tiga jenis seperti pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. didalam kedua-dua pergerakan ini juga turut diselit dengan kemahiran manipulatif iaitu mereka menggunakan gelung rotan, pundi kacang dan pompom. Semasa melakukan pergerakan bukan lokomotor, mereka banyak menyelitkan penggunaan bahan-bahan ini. Antara pergerakan bukan lokomotor yang terdapat dalam video tersebut. Berdasarkan kepada video yang ditonton, saya mendapati mereka menggunakan bahan seperti kayu pompom, gelung rotan dan pundi kacang untuk pergerakan dibawah kategori kemahiran manipulatif. Setiap alatan ini akan digunakan pada masa yang berbeza. Pergerakan pertama yang dilakukan dalam video ini ialah pergerakan bukan lokomotor kerana kanak-kanak melakukan pergerakan secara setempat sahaja tanpa berubah. Pergerakan ini hanya memerlukan kanak-kanak untuk menggunakan bahagian kaki sahaja kerana mereka perlu membengkokkan kaki mereka selama 20 saat dan mereka akan pusing setempat didalam gelung rotan sebanyak 3 pusingan. Larian ini dilakukan dengan kadar yang sederhana untuk mengelakkan kanak-kanak daripada jatuh memandangkan mereka perlu berpusing setempat sambil berlari anak. Seterusnya, kanak-kanak tersebut juga melakukan pergerakan mengikut pergerakan yang ditunjukkan oleh guru mereka dihadapan. Pada minit ke 1.04, kanak-kanak melakukan semula pergerakan membengkokkan lutut sambil menggerakkan kepala mereka ke kiri dank e kanan. Pergerakan ini merupakan pegerakan bukan lokomotor kerana kanak-kanak tidak perlu menggerakkan anggota besar mereka dan mereka hanya bergerak setempat sahaja. Pergerakan ini hanyalah memerlukan anggota kaki dan kepala sahaja. Pergerakan seterusnya ialah pergerakan dibawah kategori kemahiran manipulatif. Dalam video ini dapat kita lihat, kanak-kanak melakukan pergerakan sambil menggunakan alat seperti kayu pompom pada minit ke 1.14. kanak-kanak menggerakkan anggota tangan sambil memegang kayu tersebut. Pergerakan ini dilaksanakan dengan kadar yang sederhana untuk memudahkan kanak-kanak mengikuti dan melakukan pergerakan tersebut. Pergerakan ini juga merupakan sebuah pergerakan yang menggabungkan pergerakan bukan lokomotor dan kemahiran manipulatif. Pergerakan ini turut mengimplimentasikan elemen arah kerana kanak-kanak akan menggerakkan 3

anggota tangan mereka ke atas dan kebawah. Selain itu, mereka juga melakukan pergerakan kekiri dan kekanan sambil memegang kayu pompom tersebut selama 15 saat. Pergerakan diteruskan lagi dengan membengkokkan sedikit pinggang untuk melakukan pergerakan tersebut pada aras yang lebih rendah. Pergerakan ini dilakukan selama 1 minit iaitu sebanyak 5 set. Seterusnya, kanak-kanak akan kembali melakukan pergerakan pemulihan seperti marching. Pergerakan ini dilakukan untuk memulihkan kembali pernafasan kanak-kanak sebelum melakukan pergerakan seterusnya. Pergerakan ini

memerlukan kanak-kanak

untuk menggerakkan anggota bahagian kaki. Mereka akan bergerak ke kiri dan ke kanan sambil tangan mereka diletakkan di pinggang. Pergerakan ini dilakukan selama 10 saat untuk membantu kanak-kanak menyiapkan diri mereka bagi melakukan aktiviti yang seterusnya. Pergerakan seterusnya ialah pergerakan lokomotor iaitu kanak-kanak akan bergerak ke kiri dan kanan sambil mengangkat kedua-dua belah tangan mereka dan menghayunkan ke kiri dan dan ke kanan seiring dengan pergerakan kaki mereka. Hayunan tangan mereka pada peringkat permulaan hanya pada paras dada. Pada minit ke 3.04, pergerakan hayunan tangan di ubah kepada aras yang lebih tinggi iaitu pada aras atas kepala. Pegerakan ini dilakukan dengan tempo yang perlahan supaya tubuh badan mereka tidak mengalami kejutan. Setiap pergerakan yang hendak dilakukan perlulah dimulakan dengan pergerakan yang bertempo perlahan. Selepas melakukan aktiviti ini semalam 2 minit, guru mengarahkan kanak-kanak untuk melakukan pergerakan pemulihan semula untuk mengembalikan pernafasan dan pergerakan otot kanak-kanak kepada keadaan asal sebelum melakukan pergerakan seterusnya. Semasa pergerakan pemulihan ini, kanak-kanak dapat mengurangkan penat dan dapat berehat untuk seketika sebelum mula melakukan aktiviti yang lain. Pergerakan yang dilakukan ialah di bawah kategori pergerakan bukan lokomotor kerana kanak-kanak hanya marching di tempat yang sama sahaja. Setelah melakukan marching selama 3 saat, kanak-kanak akan beralih kepada pergerakan seterusnya iaitu marching sambil menghayunkan tangan ke hadapan dan ke belakang. Pergerakan ini merupakan pergerakan bukan lokomotor. Seterusnya, kanakkanak melakukan pergerakan bukan lokomotor seperti marching sambil menepuk tangan selama 5 saat. Pergerakan diteruskan dengan pergerakan kemahiran manipulatif dengan menggunakan alatan iaitu pundi kacang. Kanak-kanak akan melakukan pergerakan membengkokkan lutut sambil tangan kanan memegang pundi kacang dan tangan kiri memegang pinggang. Seterusnya pergerakan sama tetapi pundi kacang diletakkan pada tangan kiri dan tangan kanan akan memegang pinggang. Pergerakan ini akan dilakukan 4

secara selang seli dan akan dilakukan secara berulang kali selama 1 minit. Pergerakan ini juga dilakukan dalam tempo yang perlahan untuk memudahkan kanak-kanak mengikuti pergerakan tersebut. Mereka juga turut melakukan pergerakan ke kiri dan ke kanan dengan memegang pundi kacang sambil menghayunkan tangan mereka ke kiri dan ke kanan seterusnya ke atas dan ke bawah. Pergerakan ini dilakukan selama 2 minit. Tempo juga masih lagi perlahan. Untuk penutup, kanak-kanak melakukan pergerakan sama seperti permulaan. Pergerakan-pergerakan yang dilakukan ini berfungsi untuk membantu kanak-kanak dari segi perkembangan dan pertumbuhan mereka menjadi lebih sihat dan dapat membantu meningkatkan daya kecerdasan (Zainon, 2011). Sebagai contoh, dengan melakukan aktiviti fizikal ini kanak-kanak akan dapat mengeluarkan peluh daripada tubuh badan mereka. Fungsi peluh ialah untuk menyihatkan tubuh badan dan menyingkirkan toksin. Tambahan pula, kanak-kanak dapat meningkatkan tahap stamina mereka secara tidak langsung. Aktiviti ini juga dapat membantu proses perkembangan emosi mereka (Zainon, 2011). Hal ini kerana, mereka akan berasa seronok semasa melakukan aktiviti fizikal apabila mereka berjaya menguasai beberapa kemahiran tertentu. Kanak-kanak akan lebih seronok lagi apabila ditambah dengan muzik semasa melakukan aktiviti fizikal seperti pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. Kelemahan pergerakan-pergerakan yang ditayangkan dalam video ini ialah pergerakan lokomotor yang sangat kurang. Untuk cadangan penambahbaikan, guru yang memainkan peranan sebagai instructor perlulah merancang dengan lebih seimbang tentang pergerakan-pergerakan yang hendak dilakukan. Guru hendaklah memastikan bahawa setiap pergerakan yang dilakukan perlu merangkumi semua jenis pergerakan dan perlulah seimbang (Kamal, 2017). Dalam video ini, guru hanya memberikan penekanan kepada pergerakan bukan lokomotor dan kemahiran manipulatif sahaja. Pergerakan lokomotor tidak di lakukan sama sekali. Pergerakan lokomotor juga penting untuk memastikan kanak-kanak dapat berkembang dengan seimbang. Kelemahan lain juga ialah sebelum melakukan pergerkan, guru tidak melakukan aktiviti memanaskan badan dan aktiviti menyejukkan badan selepas selesai. Hal ini boleh mendedahkan kanak-kanak kepada kecederaankecederaan seperti kekejangan otot.

5

Kesimpulannya, guru hendaklah bijak dan kreatif dalam membuat perancangan untuk melakukan aktiviti yang melibatkan pergerakan untuk kanak-kanak (Kamal, 2017). Ini kerana,

pergerakan

merupakan

elemen

yang

penting

dalam

membantu

proses

perkembangan kanak-kanak. Guru juga hendaklah memastikan setiap pergerakan yang hendak dilaksanakan mempunyai objektif yang hendak dicapai dan memastikan bahawa pergerakan tersebut sesuai untuk dilakukan oleh kanak-kanak. Pergerakan yang dipilih perlulah ringkas dan dilakukan bermula daripada tempo yang perlahan kepada semakin meningkat laju. Pergerakan juga hendakalah dilakukan bermula daripada pergerakan yang mudah kepada pergerakan yang lebih kompleks untuk mereka lakukan. Hal ini kerana, sifat perkembangan kanak-kanak itu sendiri yang memerlukan proses pembelajaran yang bermula daripada mudah ke susah.

6

LAMPIRAN

7

RUJUKAN

Ahmad, H. R. (13 Mei, 2014). Pergerakan Kreatif. Retrieved 31 Januari, 2019, from Scribd: https://www.pdfcoke.com/document/223696831/PERGERAKAN-KREATIF Fowler&, W, J. &., & Robin. (1984). Stage of faith: The psychology of human development and the quest for meaning. International Journal for Philosophy of Religion, 15(1), 8992. Kamal, A. (31 Januari, 2017). Kesedaran Guru Tentang Pentingnya Pergerakan Kreatif Kepada Murid-murid Berkeperluan Khas. Retrieved 19 Januari, 2019, from Academia: https://ipgmkdri.academia.edu/AbdullahKamal Zainon, F. N. (27 Julai, 2011). Perkembangan Fizikal PAK. Retrieved 5 Februari, 2019, from Academia:

https://www.academia.edu/5387061/Pergerakanlokomotor-

121009232323-phpapp01

8

Kanak-kanak melakukan aktiviti bukan lokomotor didalam gelung rotan.

Pergerakan kemahiran manipulatif dengan menggunakan pundi kacang.

9

Related Documents

Ulasan Buku.docx
December 2019 14
Ulasan Bios
June 2020 11
Ulasan Video.docx
April 2020 13
Ulasan Rm
June 2020 4
Ulasan Buku3
May 2020 3
Ulasan Jurnal2
May 2020 2