Jms 216 Muhammad Fairunizam.docx

  • Uploaded by: Irzan Hallod
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Jms 216 Muhammad Fairunizam.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 2,283
  • Pages: 12
PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN JARAK JAUH UNIVERSITI SAINS MALAYSIA SIDANG AKADEMIK 2018/2019

JMS 216 SEJARAH EKONOMI MALAYSIA

TUGASAN : PERKEMBANGAN EKONOMI KOMERSIAL DI NEGERI-NEGERI MELAYU PADA ABAD KE-19

PENGURUS KURSUS: DR. AZMAH ABD. MANAF

NAMA: MUHAMMAD FAIRUNIZAM BIN PUASA NO. MATRIK: JM/13350/17 1

1. Pengenalan Masyarakat Melayu asli yang mendiami di kawasan semenanjung Tanah Melayu di zaman Pra penjajahan menjadikan kawasan-kawasan pedalaman sebagai kawasan penempatan mereka dengan berada di dalam sebuah kelompok besar. Masyarakat Melayu pada ketika itu kebanyakanya berada di kawasan persisir pantai dan di pinggir-pingir sungai.1 Pada ketika itu masyarakat melayu lebih tertumpu kepada ekonomi sara diri yang hanya melakukan aktivti-aktiviti pertanian untuk keperluan hidup mereka seharian. Kegiatan ekonomi sara diri pada ketika dilihat sebagai asas kepada sumber ekonomi masyarakat Melayu kerana mudah dilakukan seperti penanaman padi, penangkapan ikan dan juga mengumpul hasil hutan. Perubahan terus berlaku seiring

dengan perkembangan dan kemajuan

sosioekonomi masyarakat Melayu pada ketika itu. perkara ini dilihat dengan wujudnya kerajaan-kerajaan Melayu di rantau Asia Tenggara seperti Kerajaan Kedah Tua, Kerajaan Srivijaya dan Kerajaan Majapahit. Namun kewujudan kerajaan tersebut tidak bertahan lama selepas dimusnahkan oleh kedatangan kuasa-kuasa asing di rantau ini tetapi aktivti perdagangan dan kemunculan pusat-pusat perdagangan telah membuktikan bahawa aktiviti melibatkan pencarian sumber ekonomi tidak terhenti dan dilihat semakin berkembang dari masa ke semasa dengan penglibatan masyarakat setempat. Aktivti ekonomi melibatkan perdaganagn terus berlangsung dengan meniagakan hasil-hasil dagangan dari seluruh pelusuk dunia telah memberikan kesan terhadap kemajuan di rantau ini. 1

Surya Awang, Dasar-Dasar Ekonomi British Di Tanah Melayu Sejak 1819-1957, Tesis Sarjana Muda Sejarah, Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2002, hlm. 1

2

Selepas kejatuhan kerajaan Melayu yang lama, kewujudan kerajaan baru seperti Kerajaan Melaka telah memberikan kesan yang memberangsangkan terhadap aktiviti perdagangan sekaligus mengangkat kemajuan ekonomi di rantau Asia Tenggara. Namun dengan kedatangan kuasa-kuasa barat seperti Portugis, Belanda dan juga Inggeris telah menukar landskap ekonomi di Tanah Melayu pada ketika itu. Paling dirasai adalah ketika kedatangan British dimana pihak British menunjukan bahawa pihak British lah memajukan Tanah Melayu dari pelbagai aspek terutma dari ekonomi dan pentadbiran. Kedatangan pihak British dalah disebabkan oleh berlakunya revolusi industry di Eropah dimana ia memaksa kerajaan British untuk mencari sumber asli bagi menampung proses pengeluaran yang sedang giat dilakukan. Kegagalan Belanda di dalam menguasai rantau Asia Tenggara telah memberi peluang kepada Pihak Brirtish untuk menguasai rantau ini bagi membolehkan mereka untuk menguasai sumber asli yang banyak terdapat di rantau ini. Selain menguasai Asia Tenggara, pihak British turut berjaya melebarkan penguasaan pihak British di China. Perjanjian Nanking pada tahun 1842 menunjukan penghapusan monopoli yang dilakukan oleh China melibatkan aktiviti perdagangan di kawasan timur dan perjanjian ini juga turut menyaksikan penyerahan Hong Kong kepada British yang merupakan pusat untuk mengawal aktiviti perdagangan di kawasan timur. Hong Kong di serahkan kepada British dan Kerajaan China perlu membayar ganti rugi sebanyak $ 21 juta kepada British. 2 Perjanjian Nanking

pada tahun 1842 dan Perjanjian Bogue pada tahun 1843 telah

membuka China kepada kemasukan kuasa-kuasa Barat dan memberikan kebebasan sepenuhnya kepada British di dalam dan diluar China. 2

P.C Lim, 1982, Sejarah China Moden, International Book Service, hlm 14.

3

Peristiwa ini berlanjutan pula didalam Perang Lorcha Arrow yang akhirnya membawa kepada Perjanjian Tientsin pada tahun 1858.3 Penguasaan terhadap sumber asli seperti bijih timah juga menjadi faktor utam pihak British di dalam menguasai semenajung Tanah Melayu ini adalah seiring dengan perkembangan dan revolusi industry di Eropah pada ketika itu. pihak brtish juga mengeluarkan larangan untuk sebarang monopoli keatas sektor perladangan di Tanah Melayu dengan memberikan permit secar percuma kepada semua kapal dagang British yang memasuki kawasan semenanjung Tanah Melayu. Oleh yang demikian di dalam tugasan ini akan diterangkan dengan lebih lanjut perkembangan ekonomi terutama melibatkan ekonomi komersial di Tanah Melayu semenjak abad ke-19. Pada bahagian yang seterusnya akan diterangkan dengan lebih lanjut perkembangan yang terhasil dengan memfokuskan perkembangan ekonomi komersial di zaman colonial. 2. Ekonomi Sara Diri Dan Ekonomi Komersial Aktiviti ekonomi di abad ke-19 menadungi dua bentuk ekonomi yang berbeza dimana aktviti ekonomi pada ketika itu terbahagi kepada dua bentuk iaitu ekonomi sara diri dan ekonomi komersial. Aktiviti ekonomi pada ketika itu dipengaruhi oleh persekitaran pemerintah dimana ekonomi sara diri dilakukan sebelum zaman penjajahan dimana masyarakat pada ketika itu melakukan kerja-kerja pertanian, perhutanan dan penangkapan hasil laut untuk kegunaan diri sendiri sahaja tampa melibatkan urus niaga. Aktivti ini menunjukan bahawa pada ketika itu aktiviti ekonomi adalah berebentuk

3

P.C Lim, 1982, Sejarah China Moden, hlm 27.

4

tradisional sebelum kedatangan pihak British ke Tanah Melayu . 4 Ekonomi berbentuk sara diri ini merupakan satu aktiviti ekonomi yang dilakukan hanya untuk memnampung kehidupan sebuah keluarga. Jika terdapat lebihan dari hasil pertanian, maka hasil itu akan ditukarakan dengan barangan yang lain bagi mencukupi keperluan-keperluan lain. manakala ekonomi komersial pula merupakan sebuah aktiviti yang melibatkan aktiviti perdagagangan dimana terdapat urusan jual beli melibatkan para pedagang. Aktiviti ekonomi komersial ini mula giat dijalankan dan dipraktikan oleh masyarakat di Tanah Melayu pada ketika itu. aktiviti pertanian berbentuk dagangan telah mula dijalankan oleh masyarakat Tanah Melayu pada ketika itu sebelum kedatangan pihak British ke Tanah Melayu. Antara kativiti-aktiviti yang terdapat di dalam kegiatan ekonomi komersial ini adalah melibatkan kerja-kerja perlombongan yang banyak ditemui di negeri Selangor, Negeri Sembilan, Pahang dan juga Perak. aktiviti perlombongan dijalankan secara kecil-kecilan dan hanya tertumpu di beberapa kawasan sahaja. Dalam mengiatkan aktiviti perlombongan bagi merancakan aktiviti ekonomi pada ketika itu, para pembesar-pembesar negari telah mula membawa masuk pekerja-pekerja imigran daripada Chian untuk menjalankan kerja-kerja perlombongan di Tanah Melayu dalam skala besar. Pekerja-pekerja imigran dari China dibawa masuk melalui pelbagai cara dan ditempatkan di beberaoa buah negeri di Tanah Melayu seperti Selangor, Perak, Pahang dan juga Negeri Sembilan. Dengan adanya para pekerja luar akan memberikan kesan terhadap kemajuan dan kerancakan ekonomi komersial di Tanah Melayu ketika itu. 4

A. Azmi Khalid. (1996). Ekonomi Melayu Kurun Ke-19: Sara Diri atau Komersial?, dalam Alam Pensejarahan: Dari Pelbagai Perspektif oleh Badriyah Haji Salleh & Tan Liok Ee . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka . Hlm 224.

5

aktiviti-aktiviti perlombongan pada ketika itu dilihat mengeluarkan hasil yang lebih tinggi. Ketika kedatangan Pihak British di Tanah Melayu, aktiviti-aktiviti ekonomi komersial dilihat semakin berkembang dengan adanya penemuan bidang-bidang baru yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi komersial. 3. Perkembangan Ekonomi Komersial Perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 1824 meyaksikan kemasukan pekerja imigran-imigran dari China secara besara-besaran ke Tanah Melayu bagi memenuhi sektor-sektor perladangan dan perlombongan. Selain dari kemasukan pekerja imigranimigran dari China, kemunculan negeri-negeri selat pada tahun berikutnya juga merupakan salah satu penyumbang kepada kemajuan dan perkembangan ekonomi kemersial di Tanh Melayu. Penemuan bijih timah serta perkembangan sektor perladangan di Tanah Melayu merupakan antara faktor terpenting yang mempengaruhi kemasukan pekerja imigran ke Asia Tenggara khususnya Tanah Melayu. Menjelang tahun 1840 bilangan pekerja imigran terutama dari China semakin meningkat dan mencatatkan bilangan tinggi di Tanah Melayu dan menjelang akhir abad ke 19 jumlah yang dicatakan pekerja imigran semakin meningkat.5 Terdapat beberapa faktor lain yang mempengaruhi perkembangan ekonomi komersial pada abad ke-19, antaranya ialah;

5

John Bastin dan Harry J.Benda,1972, Sejarah Asia Tenggara Moden, Dewan Bahasa & Pustaka, hlm 45.

6

3.1 Revolusi Perindustrian Di Eropah Perkembangan perindustrian di Eropah telah memberikan kesan terhadap permintaan sumber-sumber asli seperti bijih timah untuk menghasilkan pelbagai barangan pada ketika itu. Penggunaan bijih timah di dalam penghasilan tin turtut menyebabkan permintaan yang tinggi terhadap sumber galian tersebut. Dengan permintaan yang tinggi telah meingkatkan harga bijih timah sekaligus merancakan pengeluaran bijih timah. Oleh yang demikan, bijih timah yang terdapat di Tanah Melayu telah meningkat dari segi pengeluaran bagi menampung permintaan yang sangat tinggi di kawasan Eropah. Oleh yang demikian aktiviti perlombongan mula mendapat tempat di Tanah Melayu bagi memastikan sumber yang

dikeluarkan

dapat

menampung

permintaan.

Dengan

peningkatan

pengeluaran telah memberikan kesan kepada kemajuan ekonomi komersial di Tanah Melayu dan

peningkatan terus berlaku apabila pihak British mula

menguasai beberapa negeri di Tanah Melayu. 3.2 Campurtangan British Perjanjian Pangkor merupakan permulaan kepada penguasaan pihak British terhadap industri bijih timah di Tanah Melayu.6 Pada tahun 1851-1860 eksport timah Tanah Melayu ke Britain adalah sebanyak 23 peratus. Dari masa ke semasa jumlah dagangan bijih timah telah meingkat sebanyak 34,180 tan kemudiannya menjelang 1871-1875 jumlah eksport timah ke Britain adalah sebanyak 29,257 tan. 6

D.J.M Tate, 1981, Sejarah Pembentukan Asia Tenggara Jilid 2, hlm 217.

7

Negeri Perak merupakan negeri pengeluar bijih timah yang terbesar di Tanah Melayu pada ketika itu dimana hasil yang telah dikeluarkan dalah sebanyak 18,810 tan bijih timah pada tahun 1893 berbanding hanya 650 tan pada tahun sebelumnya. Perjanjian Pangkor bukan sahaja memberikan kesan terhadap peningkatan ekonomi komersial di Tanah Melayu malah turut memberikan kesan kepada ekonmi di negeri Perak pada ketika itu dimana pihak British telah mengambil alhi peranan-peranan pembesar negeri pada ketika itu terutama di dalam proses kutipan cukai. Selepas pengambilalihan tugas menguti cukai, pihak British telah membayar sebanyak $ 600 hingga $2400 setahun kepada para pembesar negeri sebagai ganti rugi daripada kutipan cukai.7 Pihak British telah memperkenalkan satu system baru iaitu sistem pendaftaran hakmilik tanah telah mula diperkenalkan ke Negerinegeri Melayu Bersekutu atau lebih dikenali sebagai Sistem Torrens. Dengan munculnya system seumpama ini telah mberikan kesan terhadap system ekonomi sebelum ini dimana system ini telah menghapuskan sistem pertanian pindah yang diamalkan oleh orang-orang Melayu tradisional.8

7

JM Gullick,1978, Sistem Politik Bumiputera Tanah Melayu Barat, Dewan Bahasa & Pustaka, hlm 184. Jomo, 1988, Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial Di Semenanjung Malaysia, Dewan Bahasa & Pustaka, hlm 99. 8

8

3.3 Kemahiran Pekerja Imigran Pada abad ke -18 perlombongan bijih timah merupakan sebahagian daripada aktiviti utam di semenanjung Tanah Melayu. Antara negeri-negeri yang mengeluarkan hasil bijih timah adalah Perak, Selangor, Pahang dan juga Negeri Sembilan. Pada abad ke-19, negeri Perak merupakan pengeluar terbesar di dalam industry bijih timah sekaligus menjadi pengeluar utma hasil bijih timah di Tanah melayu. Sebelum kedatangan pekerja imigran, perlombongan bijih timah dijalankan secara kecil-kecilan dengan menggunakan beberapa kaedah tradisional. Perlombongan secara kecil-kecilan dilihat kurang berkesan didalam memenuhi permintaan bijih timah yang semakin meningkat saban hari. Oleh yang demikian, pemerintah pada ketika itu telah membawa masuk para pekerja imigran terutama pekerja imigran China bagi membolehkan proses pengeluaran bijih timah di dalam skla besar dapat dilakukan. Selain tenaga buruh yang cukup, kemahiran para pekerja imigran turut menyumbang kepada peningkatan hasil pengeluaran bijih timah dimana para pekerja mahir melakukan aktivti-aktiviti perlomvongan disamping berkemahiran menggunakan peralatan moden.9 Oleh yang demikian kemasukan para pekerja imigran dilihat sebagai salah satu faktor yang menyumbang kepada peningkatan pengeluaran bijih timah di Tanah Melayu sekaligus meningkatkan aktiviti ekonomi komersial pada ketika itu.

9

Zulkarnain Abdul Rahman . Ekonomi Sungai Ujong . Hlm 174.

9

3.2 Pembinaan Infrastruktur Oleh Pihak British Selepas

pihak

British

memfokuskan

sektor

perlombongan,

jalan-jalan

perhubungan mula dinaiktaraf dengan pembangunan jalan-jalan baru dari kawasan perlombongan ke pelabuhan-pelabuhan utama pada waktu itu terutama sekali di Pulau Pinang, Klang dan Singapura.10 Pembinaan jalan raya dan landasan keretapi telah menyebabkan ekonomi di negeri-negeri Melayu terutamanya di kawasan Tanah Melayu menjadi lebih berkembang. Pada tahun 1894 dengan pemusatan kuasa negeri Melayu yang membentuk Negeri Melayu Bersekutu pula dianggarkan sebanyak 49,529 tan timah telah dihasilkan dan di eksport ke luar negara.11 3.3 Peningkatan Bidang Pertanian Pada awal abad ke-19 pihak British mula memfokuskan bidang pertanian yang sebelum ini hanya diamalkan oleh masyarakat Tanah Melayu sebagai sumber ekonomi sara diri. Pihak British mula melakukan aktiviti-aktiviti pertanaian bagi memastikan sumber pendapatan dari sumber-sumber lain dapat dipertingkatkan dengan tidak hanya bergantung harap kepada aktiviti perlombongan sahaja. Anatar aktiviti pertanian yang diceburi oleh pihak british di dalam sektor ekonomi komersial adalah dengan melakukan penanaman the, kopi, lada hitam dan juga herba-herba bagi menghasilkan rempah ratus.

10 11

D.J.M Tate, 1981, Sejarah Pembentukan Asia Tenggara Jilid 2, Fajar Bakti, hlm 227. INTAN, Malaysia Kita, 1991, hlm 380.

10

Pihak British telah mula melakukan aktiviti pertanian dengan menanam kopi,koko dan teh secara besar-besaran melalui syarikat Stock Rochford, Letty Brooke dan Farmosa di Batu Pahat bersama-sama 18 buah ladang kopi lain di Batu Pahat pada tahun 1883.12 Akibat daripada permintaan yang tinggi terhadap barangan itu di Britain dan Amerika, penanaman hasil pertanian ini terus berkembang dari semasa ke semasa. Kedua-dua tanaman ini menjadi eksport utama negeri tersebut sehinggalah penanaman getah mula diperluaskan di Tanah Melayu. 4. Kesimpulan Perkembangan ekonomi komersial di negeri-negeri Melayu sejak abad ke-19 merupakan satu perkembangan yang semakin meningkat naik terutama melibatkan sektor ekonmi komersial. Abad ke-19 adalah titik tolak penting dalam sejarah Tanah Melayu, bukan sahaja mengalami perubahan politik, tetapi juga perubahan sosial dan ekonomi. Kemasukan buruh asing secara beramai-ramai telah mendorong kepada peningkatan dan kemajuan sektor ekonomi komersial di Tanah Melayu. Kehadiran imigran di Tanah Melayu

memberi

kesan

terhadap

kehidupan

sosioekonomi.

Dengan

adanya

perkembangan ekonomi komersial sedikit sebanyak telah mengubah landskap ekonomi di Tanah Melayu pada ketika itu dimana kita sedia maklum bahawa ekonomi sara diri merupakan kegiatan ekonomi yang utama sebelum kemunculan sekonomi komersial.

12

Fawzi Basri dan Hasrom Haron, 1978, Sejarah Johor Moden 1855-1940, Muzium Negara, hlm 113.

11

Rujukan A. Azmi Khalid. (1996). Ekonomi Melayu Kurun Ke-19: Sara Diri atau Komersial? In T. L. Badriyah Haji Salleh, Alam Pensejarahan: Dari Pelbagai Perspektif. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. D.J.M Tate. (1981). Sejarah Pembentukan Asia Tenggara Jilid 2. Fajar Bakti. Fawzi Basri dan Hasrom Haron. (1978). Sejarah Johor Moden 1855-1940. Muzium Negara. John Bastin dan Harry J.Benda. (1972). Sejarah Asia Tenggara Moden, Dewan Bahasa dan Pustaka. Jomo. (1988). Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial Di Semenanjung Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka. Khoo Kay Kim. (1972). The Western Malay States 1850-1873:The Effects of Commercial Development of Malay Politics. Oxford University Press. L.A Mills. (2012). British Malaya, Malaysian Branch Asiatic Society. P.C Lim. (1982). Sejarah China Moden, International Book Service. Surya Awang. (2002). Dasar-Dasar Ekonomi British Di Tanah Melayu Sejak 1819-1957. Tesis Sarjana Muda Sejarah, Jabatan Sejarah. Universiti Kebangsaan Malaysia. Institut Awam Tadbiran Negara Malaysia, Malaysia Kita, 1991. Zulkarnain Abdul Rahman. (2001). Ekonomi Sungai Ujong Prakolonial: 1800-1870-an. Dalam Jendela Masa: Kumpulan Esei Sempena Persaraan Dato’Khoo Kay Kim . Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

12

Related Documents

Jms
October 2019 17
216
November 2019 22
216
May 2020 21
Jms
May 2020 10
216
October 2019 21

More Documents from ""

Cover Tugasan.docx
December 2019 21
Ulasan Filem.docx
December 2019 16
Isi Kandungan.docx
December 2019 17
Islam Modern.docx
October 2019 16