Teks Pengacaraan Majlis Apresiasi Sastera.docx

  • Uploaded by: senorita
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Teks Pengacaraan Majlis Apresiasi Sastera.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 2,364
  • Pages: 12
PENGENALAN

TUGASAN

1:

KEPENTINGAN

PENGURUSAN

MAJLIS/ACARA

BERDASARKAN

TATACARA, ORGANISASI DAN PENGURUSAN SERANTA. Pada 25 Julai 2018 bersamaan dengan hari rabu, pelajar-pelajar elektif pengurusan acara akan mengadakan sebuah majlis Apresiasi Sastera yang bertempat di Dewan Al-Khindhi Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan. Majlis ini diadakan bagi memenuhi tugasan kerja kursus yang telah diberikan. Terdapat beberapa objektif program ini dilaksanakan. Antaranya ialah untuk menghargai ilmu dan nilai kesusasteraan Melayu terhadap siswa siswi yang berbakat menyampaikan hasil seni melalui bahasa, meningkatkan nilai tambah dalam kalangan siswa siswi melalui karya sastera dan mengamati dan menghidupkan nilai sastera dalam Bahasa Melayu. Dari aspek tatacara pengurusan majlis, terdapat beberapa perkara dan peringkat yang perlu dititikberatkan. Peringkat pertama ialah peringkat awal iaitu beberapa minggu sebelum majlis. Dalam peringkat ini terdapat beberapa perkara yang perlu dilakukan. Antaranya ialah mengadakan mesyuarat bersama semua siswa siswi pendidikan yang mengambil elektif pengurusan acara. Mesyuarat diadakan bagi menentukan organisasi majlis dan jawatanjawatankuasa yang diperlukan. Mesyuarat ini akan menentukan jawatankuasa yang diperlukan dan jumlah ahli bagi setiap jawatankuasa. Semasa mesyuarat ini juga pembahagian tugasan akan dilakukan. Organisasi majlis juga akan berbincang mengenai senarai jemputan. Kemudian, organisasi majlis perlu merancang dan mengenalpasti jenis majlis yang akan dianjurkan. Perkara ini sangat penting kerana keseluruhan proses pengurusan majlis bergantung kepada jenis majlis yang akan dilaksanakan sama ada majlis rasmi ataupun tidak rasmi. Sekiranya majlis yang dilaksanakan dijalankan tanpa mengetahui jenis apa majlis tersebut maka akan terdapat banyak kesilapan yang berlaku yang akan memberi kesan kepada kelancaran majlis. Kemudian setelah majlis tersebut dirancang pihak urus setia haruslah menyediakan kertas cadangan pelaksanaan majlis ataupun lebih dikenali sebagao kertas kerja. Kertas kerja ini disediakan bagi tujuan mendapatkan kebenaran melaksanakan majlis. Bagi majlis Apresiasi Sastera ini kertas cadangan tersebut perlu dibentangkan dan mendapat kelulusan pengarah IPG Kampus Sultan Mizan iaitu Dr Haji Muhammad Sidek bin Said terlebih dahulu. Sebelum kertas kerja dibentangkan kepada Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, setiausaha majlis haruslah terlebih dahulu merujuk kepada Ketua Jabatan, Jabatan Pengajian Melayu bagi memurnikan lagi kertas kerja yang telah dibina. Kemudian

setiausaha akan pergi bersama pengarah program untuk mendapatkan kelulusan Pengarah. Setelah majlis mendapat kelulusan Pengarah. Tatacara yang seterusnya ialah menyelaras persediaan majlis. Penyelaras Majlis haruslah memastikan semua jawatankuasa bersetuju untuk menjemput tetamu jemputan yang akan menghadiri majlis tersebut. Tetamu jemputan haruslah ditentukan awal bagi memudah jawatankuasa-jawatankuasa

yang

lain

seperti

jawatankuasa

protokol

dan

jemputan

melaksanakan tugas mereka. Hal ini kerana Penyelaras Majlis perlu mengambil kira aspek protokol termasuklah susunan keutamaan, susunan tempat duduk, panggilan hormat, pengacaraan majlis, atur cara majlis, penyambut tetamu dan lain-lain yang berkaitan. Jawatankuasa protokol juga haruslah menulis kad jemputan beberapa minggu sebelum majlis berlangsung dan mengedarkan kad jemputan tersebut. Hal ini penting bagi menentukan jumlah tetamu yang akan datang dan juga menentukan perasmi majlis. Jawatankuasa ini juga perlu menyediakan ucapan bagi tetamu-tetamu kehormat. Penyediaan buku aturcara juga haruslah dilakukan pada peringkat ini bagi memudahkan persediaan majlis. Tatacara seterusnya ialah sebelum majlis berlangsung. Sebelum majlis berlangsung pihak pengurusan majlis haruslah memastikan persiapan tempat dalam keadaan yang terbaik dan segala kelengkapan majlis telah disediakan. Susunan kerusi dan meja juga haruslah sempurna dan mengikut protokol yang ditetapkan. Dalam peringkat ini juga, raptai perlu dilakukan. Mengadakan taklimat raptai dan raptai penuh adalah satu kewajipan bagi memastikan tiada masalah berlaku semasa majlis terutamanya dalam aspek teknikal dan kesesuaian. Raptai penting untuk menjelaskan tanggungjawab jawatankuasa masing-masing, menentukan susunan pengisian majlis, menjangka masa dengan lebih tepat, sebagai medium untuk memperbaiki kelemahan dan masalah yang ada dan menyelaras majlis yang dirancang dan membiasakan petugas-petugas dengan lokasi dan keadaan sebenar. Setelah majlis selesai pihak pengurusan majlis haruslah mengadakan post mortem bagi menilai dan menambahbaik majlis. Dalam melaksanakan majlis ini, sebuah organisasi majlis haruslah dibentuk. Dalam organisasi majlis tersebut, terdapat dua jawatankuasa utama iaitu jawatankuasa induk yang terdiri daripada pengerusi, timbalan pengerusi, setiausaha, timbalan setiausaha dan bendahari dan jawatankuasa kerja yang mana terdiri daripada beberapa jawatankuasa pelaksana. Bagi Majlis Apresiasi Sastera ini, organisasi majlis diketuai oleh seorang pengerusi program yang berperanan untuk menguruskan pentadbiran, kewangan dan aktiviti, memastikan arahan daripada penasihat program dapat dijalankan, memberi arahan yang tepat dan jelas dan

sentiasa mengemaskini gerak kerja dari setiap jawatankuasa. Peranan pengerusi majlis sangat penting kerana tanpa pengerusi program, sesebuah program itu tidak dapat dilaksanakan kerana tiada arahan dan gerak kerja yang diberikan. Dibawah pengerusi pula ialah timbalan pengerusi. Timbalan pengerusi penting kerana beliau membanu pengerusi dalam melicinkan pelaksanaan program dan memangku tugas pengerusi semasa ketiadaannya. Kemudia ialah setiausaha. Dalam sesebuah program setiausaha memainkan peranan yang sangat penting. Hal ini kerana setiausaha berperanan sebagai orang yang mengumpul dan merekod segala maklumat berkenaan program. Beliau juga membuat panggilan mesyuarat dan menyediakan catatan minit mesyuarat. Bersama dengan pengerusi, setiausaha menentukan tempat, masa, tarikh dan agenda mesyuarat. Setiausaha juga penting kerana setiausaha yang akan menyediakan kertas kerja yang diperlukan oleh program dan membuat sistem pemfailan. Setiausaha akan dibantu pula oleh naib setiausaha yang berperanan untuk membantu setiausaha dan membuat laporan program. Selain itu, dalam organisasi majlis juga terdapat seorang bendahari. Bendahari ini penting kerana bendahari yang bertanggungjawab dalam bidang pengurusan pentadbiran kewangan, menerima dan menyimpan duit program dan menyimpan semua resit, baucer, buku rekod wang keluar masuk. Jawatankuasa kerja pula terdiri daripada jawatankuasa jemputan dan protokol, jawatankuasa persegaran, jawatankuasa media dan publisiti, jawatankuasa fotografi, jawatankuasa persiapan tempat dan teknikal jawatankuasa penyelaras majlis. Kesemua jawatankuasa kerja ini mempunyai kepentingan dan peranan masing-masing. Sebagai contoh jawatankuasa jemputan dan protokol penting kerana jawatankuasa ini yang akan menyenaraikan dan menentukan VIP yang akan hadir ke majlis, membuat kad jemputan dan menjemput para tetamu, mengemaskini kehadiran para jemputan, menyediakan teks ucapan tetamu kehormat untuk majlis, menyediakan cenderamata, memastikan salutasi yang digunakan betul, memastikan susunan tempat duduk bagi acara dan jamuan yang betul, menjadi pegawai pengiring, menjadi penyambut tetamu dalam majlis dan banyak lagi. Jawatankuasa jemputan dan protokol sangat penting kerana tanpa jawatankuasa ini sesebuah majlis tersebut tidak akan sempurna. Seterusnya ialah jawatankuasa persegaran. Jawatankuasa persegaran memainkan peranan yang sangat penting dalam sesebuah majlis kerana jawatankuasa inilah yang akan menguruskan segala sesuatu berkaitan dengan persegaran. Jawatankuasa ini akan menyediakan anggaran perbelanjaan makan dan minum, menyediakan menu makanan dan minuman yang mencukupi dan sesuai dengan bajet, mengurus dan menyediakan semua

peralatan untuk jamuan selepas majlis dan mengemas dan membersihkan peralatan serta ruangan makan. Di samping itu, jawatankuasa media dan publisiti juga tidak kurang pentingnya. Jawatankuasa ini penting kerana jawatankuasa inilah yang akan menghebahkan dan mempromosikan butiran berkaitan program melalui media cetak dan media elektronik, menyediakan buku program, poster hebahan dan banner majlis dan menyediakan segala sistem bunyi yang diperlukan semasa majlis. Jawatankuasa yang seterusnya ialah jawatankuasa fotografi. Dalam sesebuah majlis jawatankuasa ini memainkan peranan yang penting kerana jawatankuasa inilah yang akan merakamkan seluruh proses perjalanan majlis sama ada dalam bentuk gambar mahupun video. Jawatankuasa persiapan tempat dan teknikal juga memainkan peranan yang cukup penting dalam majlis yang akan dilaksanakan kelak. Jawatankuasa ini akan memastikan bahawa segala persiapan tempat yang digunakan telah siap dilakukan sebelum majlis berlangsung, merangka pelan lantai, mendapatkan alatan seperti kerusi P.A sistem dan segala yang berkaitan. Jawatankuasa ini juga akan memastikan segala peralatan berfungsi dengan baik, memastikan kecerian tempat, memastikan kebersihan dewan sebelum semasa dan selepas majlis dilaksanakan serta membuat tempahan Dewan Al-Khindi dan Bilik Makan VIP. Jawatankuasa yang terakhir ialah penyelaras majlis. Dalam sesebuah majlis penyelaras majlis merupakan sebuah jawatankuasa kerja yang sangat penting. Penyelaras majlis termasuklah pengacara majlis pengurus pentas dan pengurus lantai. Pengacara majlis berperanan penting dalam menyediakan teks pengacaraan majlis yang sesuai dan menarik. Keceriaan dan kelancaran majlis adalah bergantung kepada teks pengacaraan majlis yang dibuat. Oleh itu, pengacara majlis haruslah menyediakan teks pengacaraan majlis lebih awal dan merujuk kepada para pensyarah. Pengurus lantai pula merupakan orang yang bertanggungjawab memastikan majlis berjalan dengan lancar dan mengikut tentatif yang disediakan tanpa sebarang masalah dan gangguan. Pengurus lantai akan menyediakan teks bacaan doa, melantik pembaca doa, merangka atur cara dan menyambut para tetamu yang hadir. Pengurus pentas pula penting kerana pengurus pentaslah yang akan menyusun jadual persembahan, mencari peserta untuk membuat persembahan dan menyenaraikan peralatan untuk membuat persembahan dan maklumkan keapda jawatankuasa persiapan tempat dan teknikal.

.

TEKS PENGACARAAN MAJLIS APRESIASI SASTERA PERINGATAN Semua telefon bimbit hendaklah dimatikan ataupun menggunakan isyarat senyap atau getaran sepanjang berlangsungnya majlis ini bagi mengelakkan sebarang gangguan. Semua hadirin

juga diminta berdiri sebaik sahaja Pengacara Majlis mengumumkan ketibaan para tetamu kehormat. Kerjasama sidang hadirin amat kami hargai. Terima kasih. KETIBAAN TETAMU KEHORMAT Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Dr Haji Muhamad Sidek bin Said, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, diiringi oleh Yang Berusaha Encik Md Shamsuddin bin Ngat Denin, Ketua Jabatan, Jabatan Pengajian Melayu Yang Dihormati saudara Hafiz bin Yatin, Pengarah Program Majlis Apresiasi Sastera dan para pensyarah masuk ke dewan. KATA-KATA ALUAN Mencari timba si anak dara, Di bawah sarang burung tempua; Salam sembah pembuka bicara, Selamat datang untuk semua.

Ke Pekan Kuala membeli bingka, Sayang pesanan terlupa sudah; Majlis bermula tirai dibuka, Dengan alunan madah yang indah. Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera. Yang Berbahagia, Dr Haji Muhamad Sidek bin Said, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan. Yang Berusaha, Encik Md Shamsuddin bin Ngat Denin, Ketua Jabatan, Jabatan Pengajian Melayu, Yang Dihormati saudara Hafiz bin Yatin, Pengarah Program Majlis Apresiasi Sastera Para Pensyarah dan guru pelatih yang dihormati sekalian. Selamat datang ke Majlis Apresiasi Sastera anjuran siswa siswi yang mengambil elektif terbuka Pengurusan Acara. Sesungguhnya majlis ini amat bermakna dengan kehadiran hadirin sekalian. Hadirin sekalian,

Kalau pergi ke Kampung Keramat, Jangan lupa membeli tongkat; Bersama kita memohon rahmat, Moga majlis mendapat berkat. Bagi memohon keberkatan majlis kita pada pagi ini, majlis mempersilakan saudara ........................................... bagi mengetuai bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi. Hadirin sekalian, Izinkan saya menceritakan serba sedikit mengenai majlis kita pada hari ini. Majlis Apresiasi Sastera merupakan majlis yang dianjurkan oleh siswa siswi pendidik elektif Pengurusan Acara bagi memenuhi tugasan kerja kursus yang telah diberikan. Untuk maklumat hadirin sekalian, terdapat beberapa objektif program ini dilaksanakan. Antaranya ialah untuk menghargai ilmu dan nilai kesusasteraan Melayu terhadap siswa siswi yang berbakat menyampaikan hasil seni melalui bahasa, meningkatkan nilai tambah dalam kalangan siswa siswi melalui karya sastera dan mengamati dan menghidupkan nilai sastera dalam Bahasa Melayu. Hadirin yang dikasihi sekalian, Bukan rumput sebarang rumpun, Rumput penghias tepi halaman; Bukan jemput sebarang jemput, Jemput memohon kata aluan. Emas tempawan buatmu puteri, Busana indah buat rupawan; Sudilah tuan tampilkan diri, Bersama madah kata aluan. Majlis menjemput Yang Dihormati saudara Hafiz bin Yatin, Pengarah Program Majlis Apresiasi Sastera untuk menyampaikan ucapan beliau.

Dengan segala hormatnya, dipersilakan. Majlis merakamkan ribuan terima kasih di atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi. Sudilah tuan jalan berlapan, Jalan berlapan di malam kelam; Sudilah tuan beri ucapan, Kata aluan pemanis kalam.

Majlis menjemput Yang Berbahagia Dr Haji Muhamad Sidek bin Said, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan.bagi menyampaikan ucapan beliau sekaligus merasmikan Majlis Apresiasi Sastera anjuran siswa siswi pendidik Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dr Haji Muhamad Sidek bin Said, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan.di atas ucapan yang telah disampaikan tadi. Hadirin sekalian, Kini tibalah masa yang dinanti-nanti iaitu acara kemuncak kita pada hari ini. Bagi membuka tirai persembahan pada hari ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput saudari Rumaizah untuk menyampaikan sebuah persembahan seloka klasik. Dengan segala hormatnya dipersilakan, Majlis mengucapkan ribuan terima kasih diatas persembahan yang sungguh memukau sebentar tadi. Tanpa melenggahkan masa lagi, majlis diteruskan dengan persembahan alunan sajak yang akan disampaikan oleh saudari Mashanis. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih diatas alunan sajak yang sangat mengusik jiwa sebentar tadi. Seterusnya majlis menjemput dan mempersilakan saudara Affnan dan ahli kumpulannya untuk menyampaikan sebuah seloka yang bertajuk seloka Pak Kaduk. Maljis dengan segala hormatnya mempersilakan. Majlis merakamkan ribuan terima kasih di atas persembahan yang menakjubkan sebentar tadi. Kini tibalah saatnya untuk persembahan terakhir kita pada hari ini. Oleh itu, maljis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan saudara Asyraaf dan Hafiz untuk mendendangkan lagu rakyat negeri Sabah. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada saudara Asyraaf dan Hafiz di atas persembahan yang cukup bertenaga sebentar tadi.

Hadirin sekalian, Majlis diteruskan lagi dengan acara penyampaian cenderamata dan sijil penyertaan. Bagi menyempurnakan upacara penyampaian cendaramata dan sijil penghargaan tersebut, maljis dengan ini menjemput saudara Hafiz bin Yatin bagi mengiringi Encik Md Shamsuddin bin Ngat Denin, Ketua Jabatan, Jabatan Pengajian. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Majlis menjemput Encik Md Shamsuddin bin Ngat Denin untuk menyampaikan cenderamata kepada Tuan Pengarah, Dr Haji Muhamad Sidek bin Said, sebagai tanda ucapan terima kasih dan penghargaan diatas kesudian Tuan Pengarah untuk datang ke majlis ini. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Terima kasih diucapkan kepada saudara Hafiz bin Yatin dan Encik Md Shamsuddin bin Ngat Denin diatas penyampaian cenderamata sebentar tadi. Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan upacara penyampaian sijil kepada peserta. Oleh itu, majlis menjemput Encik Md Shamsuddin bin Ngat Denin bagi mengiringi Tuan Pengarah, Dr Haji Muhamad Sidek bin Said untuk menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta. Dipersilakan saudari Rumaizah. Dijemput saudari Mashanis. Dipersilakan saudara Affnan bagi mewakili kumpulannya. Dan yang terakhir dijemput saudara Asyraaf bagi mewakili kumpulannya. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Pengarah, Dr Haji Muhamad Sidek bin Said di atas kesudian untuk menyampaikan cenderamata dan sijil penyertaan sebentar tadi. Dari Kedah ke Pekan Sari, Beli suasa di Kota Tinggi; Selesai sudah tugas diberi, Di lain masa bersua lagi. Bunga seroja di atas para, Jatuh ditimpa buah berangan; Andai kata tersilap bicara, Kemaafan jua kami pohonkan.

Hadirin sekalian, kita telah pun sampai di penghujung majlis. Bagi pihak penganjur, majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada hadirin yang sudi hadir ke majlis ini. Terima kasih juga diucapkan semua pihak yang membantu dalam menjayakan majlis pada hari ini. Kami juga

ingin memohon maaf seandainya ada salah dan silap sepanjang mengacarakan majlis ini. Sekian wabilahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera. Majlis mempersilakan Tuan Pengarah, Dr Haji Muhamad Sidek bin Said diiringi dif-dif jemputan untuk menikmati jamuan yang telah disediakan. namun sebelum itu, majlis meminta kerjasama para hadirin untuk tunggu sebentar bagi sesi bergambar. Majlis bersurai.

Bagi pihak sekretariat penganjur, majlis jutaan terima kasih kepada hadirin yang sudi hadir ke majlis ini. Terima kasih juga diucapkan semua pihak yang membantu dalam menjayakan majlis pada malam ini. Sekian wabilahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera. Majlis mempersilakan dif-dif jemputan mengiringi Y.Bhg. Prof Ir. Dato’ Dr Othman A Karim untuk menikmati jamuan yang telah disediakan

Related Documents


More Documents from "Maria Jantan"