TEKS PENGACARA MAJLIS MAJLIS PERSARAAN GURU BESAR SRAB 2011
MASA
PERISTIWA
8.00 PAGI
Ketibaan tetamu khas Ketibaan Guru besar – Pn Hjh Siti Suriah binti Nasri. * Perarakkan Masuk dengan Bunga Manggar dan Kompang. * Diiringi oleh PPD, YDP PIBG, Semua Penolong Kanan dan Guru dari Pagar Utama keDataran Perhimpunan * Persembahan taekwondo
BUTIRAN PENYAMPAIAN Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan Pn Hjh Siti Suria binti Nasri diiringi dif-dif kehormat dan guru-guru. Pagi yang indah penuh ceria Hari yang berbahagia penuh bermakna Kami bawakan kepada anda Majlis “Bakti Disemai Jasa Dikenang” sempena persaraan Pn hjh Siti Suriah binti Nasri, guru besar Sekolah Rendah Agama Bersepadu Daerah Pontian.
Melihat puan terkelu lidah, Menjadi sejarah satu kenangan, Orang dinanti berkunjung sudah, Selamat datang kami ucapkan
Bismillahirrahmanirrahim…… Alhamdulillahirabbil’alamin…………… …………………….. Assalamualaikum wbt, Yang Berbahagia, ……………………………………..
PENYAMPAI
……………………………………. ……………………………………. …………………………………… Penyelia Pendidikan Agama Daerah Pontian, Yang Dikasihi dan Diraikan Pn Hajjah Siti Suriah binti Nasri, Guru Besar Sekolah Rendah Agama Daerah Pontian, Yang Berusaha, Tn Hj Ahmad Yahya bin Damiran Yang Dipertua PIBG SRAB Daerah Pontian,
Yang Berusaha, Puan Nyaman binti Tahir, Guru Penolong Kanan Kurikulum, SRAB Daerah Pontian, Yang Berusaha, Barisan Guru Besar Sekolah Agama Daerah Pontian, Yang Dihormati, Dif-dif jemputan, Yang Dihormati Barisan AJK PIBG, Barisan Kepimpinan Guru Penolong Kanan, Barisan guru-guru, hadirin yang dirahmati Allah sekalian. Saya bagi pihak Jawatankuasa Pelaksana mengucapkan Selamat datang ke : Majlis “Bakti disemai Jasa Dikenang” sempena persaraan Pn Hajah Siti Suriah binti Nasri, guru besar SRAB Daerah Pontian.
Sarung ketupat berisi inti Dibawa budak sambil berlari Kehadiran semua sangat dihargai Moga Majlis bertambah seri
Bacaan Doa Hadirin,
Adap bermajlis salam bersambut, Mengadap Illahi Maha terpuji, Keredaanya, Selamat dan Sejahtera Bersamalah kita memanjatkan hidayah Memohon restu,berkat di pinta
Maria
Sebelum tirai dibuka, sebelum majlis bermula, moleklah kiranya bersama-sama kita menadah tangan berdoa memohon limpah rahmat dan barakah kepada yang Esa.
Untuk itu, majlis dengan hormatnya menjemput al-fadhil ustaz Mohd Sahbri bin Husain untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan. Selesai bacaan doa Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz ………….. atas pimpinan bacaan doa itu tadi.
Ucapan wakil guru
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,
Maria
Aturcara majlis dimulakan dengan mendengar ucapan daripada Wakil Guru. Untuk itu, dipersilakan Pn Nyaman binti Tahir, selaku GPK kurikulum SRAB Daerah Pontian untuk menyampaikan ucapan.
Selesai ucapan wakil guru
. Terbang melayang sianak kedidi, terima kasih Pn. Nyaman atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.
Ucapan YDP
Siburung unta duduk sekawan, Duduk teratur di atas papan,
Maria
Maria
Maria
YDP PIBG kami alukan, Sudilah tuan memberi ucapan.
Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan Yang Dihormati Tn Hj Ahmad Yahya bin Damiran, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SRAB Daerah Pontian untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
Selesai ucapan YDP
Majlis merakamkan terima kasih atas ucapan itu tadi.
Ucapan PPAD
Kalau tuan pikat kenari, Jangan patahkan batang jerami, Tuan PPAD kami segani, Kesudian tuan kami hargai.
maria
Majlis diteruskan lagi dengan menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia, …………………………………….. ……………………………………. ……………………………………. untuk menyampaikan ucapannya. Dengan hormat takzimnya , dipersilakan.
Selesai ucapan PPAD
Pihak majlis merakamkan jutaan terima kasih atas ucapan itu tadi. Maria
Persembahan Multimedia – Biografi Guru besar
Hadirin Yang dihormati Sekalian, Jasamu dikenang Budimu tak terbilang Semangatmu dijulang Kepimpinanmu gemilang Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan kepimpinan yang disempurnakan oleh Yang Diraikan Pn Hjh Siti Suriah binti Nasri sepanjang perkhidmatan beliau di dalam dunia pendidikan yang berakhir sebagai Guru Besar Sekolah Rendah Agama Bersepadu Daerah Pontian. Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian Tiap pertemuan pasti ada perpisahan Itu adat, itu lumrah kehidupan Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan Tapi kaki tetap mengorak jalan Selagi hayat dikandung badan
Majlis diteruskan dengan persembahan multimedia mengisahkan tentang biografi dan memori perjalanan Yang Diraikan Pn Hjh Siti Suriah binti Nasri serta pembacaan biodata serta iringan lagu oleh Pn Siti Zalbiah binti Mubit dan Pn Mahanum bt Sirat. Marilah kita sama-sama saksi dan hayati persembahan multimedia ini.
Selesai tayangan
Begitulah tadi dapat kita saksikan persembahan multimedia Yang Diraikan Puan Hajah Siti Suriah binti Nasri. Mudah-mudahan ianya dapat memberi sumber inspirasi buat kita semua.
Ucapan yang dirai
Kini, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang Diraikan Pn. Hjh Siti Suriah binti Nasri. Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan puan untuk memberikan ucapan.
Guru besar
Selesai ucapan yang dirai
Sudah teradat si anak lelaki Mati berjuang, berundur jangan Berani kami menjunjung adat Bukan memberi kata dan puji Hanya budi dalam ingatan Buat kenangan sepanjang hayat Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Diraikan Pn Hjh Siti Suriah binti Nasri atas ucapan itu tadi.
Pemotongan kek hari lahir
Hadirin, Sebagai tanda ingatan tulus ikhlas dan meraikan Hari Lahir Pn Hjh Siti Suriah binti Nasri, dipersilakan PK Kurikulum untuk menjemput dan mempersilakan Pn Hjh Siti Suriah bagi upacara pemotongan kek hari lahir.
Majlis merakamkan jutaan terima kasih .
Penyampaian cenderamata
Sidang Hadhirin Sekalian, Tinggi sungguh pohon kuini, Dililit pepaku bersulam semalu, Melepaskan dirimu di saat ini, Basahlah kami meratap pilu.
Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini. Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan Puan Nyaman binti Tahir untuk mengiringi Yang Diraikan Puan Hajah Siti Suriah binti Nasri bagi menerima cenderamata kenangkenangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Kita akan mulakan dengan penyampaian cendermata daripada Kelab Guru dan Kakitangan SRAB Daerah Pontian Dengan ini dijemput ustaz Mohd Sabri bin Husain untuk
menyampaikan cenderamata tersebut. Seterusnya, Dipersilakan Yang berusaha Tn Hj Ahmad Yahya bin Damiran untuk menyampaikan tanda ingatan daripada PIBG SRAB Daerah Pontian dan cenderamata daripada beliau sendiri, Dipersilakan Pengerusi Panitia Matematik, Pn Faridah bt Sadek untuk menyampaikan tanda ingatan daripada Panitia Matematik Dan yang terakhir , majlis mempersilakan Pn Kamsiah bt Ahmad selaku Guru Penyelaras Pusat Sumber untuk menyampaikan tanda ingatan daripada Unit Pengurusan Pusat Sumber SRAB Daerah Pontian.
Selesai penyampaian cenderamata
Jutaan terima kasih diucapkan atas penyempurnaan penyampaian cenderamata itu tadi.
Penutup dan jamuan
Hadirin yang dimuliakan, Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan Umpama berkayuh telah sampai di muara Umpama berjalan telah sampai di destinasi Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara. Kuning emas masaknya padi Mawar merah dalam jambangan Terima kasih daun keladi Budi tuan jadi kenangan Tuai padi antara nampak
Esok jangan layu-layuan Intai kami antara nampak Esok jangan rindu-rinduan
Sekian, sesungguhnya segala yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t dan segala kekurangan itu datangnya dari diri saya sendiri.
Marilah kita bersama-sama akhiri majis ini dengan membaca tasbih kafarah dan surah al-asr.
Semua dif dan hadirin diminta untuk menikmati jamuan yang telah disediakan . dipersilakan.
Makluman kepada semua guru kelas, diminta menyusun pelajar sepanjang laluan hingga ke pintu utama. Para pelajar diminta beratur bagi mengiringi kepulangan Pn Hjh Sti Suriah sambil membuat lambaian perpisahan.
Perarakan pulang
Sebelum saya mengakhiri majlis ini,izinkan saya menyampaikan bait-bait puitis yang bertajuk “Bak Air yang Mengalir” Bak Air Yang Mengalir Bak air yang mengalir. Tiba jua kiranya di muara waktu, Perpisahan mengimbau makna sebuah rindu, Pada jejak-jejak yang lalu, seribu liku!
Berdiri melihat denai-denai kenangan, Berbunga mesra dalam jambangan ingatan, Barangkali terdengar nanti, Suara bisikan melankolia, Ucap salam anak-anak remaja, Tegur sapa, senyum tawa, rakan sekerja. Tiba waktunya untuk menyusun jemari, Membuang segala kerikil bersalut di hati, yang terkhilaf dimaafi, yang sesal diinsafi, yang lebih dibahagi, yang kurang dilengkapi, Agar saat perpisahan ini indah, Terlerai segala durja gundah, Tersirna cebisan amarah, Terurai segala yang bercanggah. Bak air yang mengalir, Tiba juga kiranya di muara waktu, Pasti tersisa kenangan yang terindah, Berhias luka tidak berdarah, Kesementaraan waktu mengutus seribu bumbu, Kerana sekali dipanggil guru, selamanya pun bergelar guru. Selamat tinggal suara-suara ceria, Padang perhimpunan dan dewan perkasa, Bilik darjah dan anak-anak keletah, Pejabat tugas dan pembantu ikhlas, Bilik guru dan timbunan buku, Ruang kantin tempat mesra terjalin. Selamat tinggal seribu kerenah, Datang dan pergi pelbagai wajah, Bercampur gembira bersisip gundah, Bergema didikan beralas madah, Selamat tinggal sebuah tempat bernama sekolah!
Selamat datang persaraan, Kerana segalanya hanya kesementaraan, Melengkapi perjalanan, Sebuah kehidupan! Bak air yang mengalir, Tiba juga kiranya di muara waktu, Di sini kami pasti merindu, hakikat seorang individu, Bernama Pengetua. Jelinglah kami jika rindu masih bertamu, Sapalah kami andai mesra akrab berpadu! Selamat berangkat dalam doa berkat, Selamat istirahat dari segala muslihat, Selamat bersara dengan senyuman mesra! Senyumlah seindah suria, Setelah mencurahkan segala-galanya, Pasti beroleh keredaan-Nya. Bak air yang mengalir, Sampai di sini kenangan indah pasti terukir!