Transkrip Temubual.docx

  • Uploaded by: senorita
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Transkrip Temubual.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,143
  • Pages: 6
Transkrip Temubual Tarikh: 22 Februari 2019 Masa: 10:30 pagi Tempat: Sekolah Kebangsaan Menson, Cameron Highlands Nama: Cik Aimi Nadia Bt Shuaib Jawatan: Ketua Panitia Bahasa Arab Soalan

Isi kandungan

1.

P: Selamat pagi cikgu. Saya Fatini Athirah dan Senorita dari IPG Besut. Jadi tujuan kami ni sebenarnya nak temubual salah seorang guru panitia lah. Kami jumpa guru panitia bahasa arab ok lah. Jadi sebenarnya nak tanya, berapa lama akak mengajar di sekolah ini.

R: Satu tahun dua bulan.

2.

P: Satu tahun dua bulan? Baru posting sini ka?

R: Ya, eh bukan baru posting baru ditukarkan tukar sini minta tukar.

P: Minta tukar.

R: Aa.

3.

P: Akak memang orang Cameron?

R: Tak orang Lipis

4.

P: Ooo orang Lipis. Jadi sebelum ni akak kat mana?

Catatan

R: Di perak

5.

P: Perak, aa, ok. Apakah perasaan akak ketika dilantik Guru Panitia?

R: Perasaan tu macam rasa berat la juga. Sebabnya ketua kan. Tapi

nya

takpalah,

kita

galaslah.

Ambik

je

la

sebab

tanggungjawab. Maknanya akak ni kalau orang lantik maknanya akak fikir orang percaya dekat kita. Aa jadi kita terima je la.

6.

P: Berapa ramai eh guru bahasa arab?

R: Bahasa arab? Aa kat sini kalau ikut opsyen dua, dua bahasa arab dua PAI, tapi empat-empat ajar bahasa arab. Cuma yang opsyen ambil dua kelas yang bukan opsyen ambik satu.

7.

P: Akak pun masih mengajar bahasa arab juga la?

R: Ya ya

8.

P: Apa kenangan manis akak sepanjang satu tahun lebih dekat sini?

R: Kenangan manis? Kenangan manis,urmm nak kata, nak kata budak yang menguasai sangat tu takdalah tapi kalau dalam kelas tu dia take part, dia boleh jawab apa yang kita tanya tu ok la. Dan sebab budak ni dia punya ingatan tu jangka masa pendek kan, jadi maksudnya dalam jangka masa sejam dia boleh ingat lagi bila tanya, minggu depan tu memang tak ingat lagi. Aa macam tu la. Tapi tak apalah.akak macam bila budak boleh jawab akak punya soalan event boleh jawab salam pun takpa, aa itu manis dah tu sebab ni first time mengajar orang asli yang penuh sebab sebelum ni budak bahasa arab semua melayu, semua melayu tapi ada asli tapi asli yang pasif, dia tak

take part la, dia tak macam ni.

9.

P: Aaa kalau orang asli yang pasif tu macam mana?

R: Macam, macam mana?

10.

P: Macam mana akak cuba nak dia terlibat dalam dalam PdPc kita?

R: Kita kena duduk dekat dengan dia, memang aa macam ni la.

11.

P: Macam ni?

R: Dia kena duduk begini la. Ok ni buat ni, ni buat ni. Tapi tengok juga. Ada kelas yang bila kita masuk dia keluar ikut di belakang dia main, dia takkan masuk kelas.

12.

P: Kalau yang keluar tu keluar la?

R: Aaa tak boleh diselamatkan la. Akak kena fokus yang ada la yang Islam ni. Sebab yang masa kat sana yang ambik Bahasa Arab ni dia bukan islam, dia Kristian sebab sekolah kebangsaan yang akak ajar dulu tu dia macam mana eh dia sekolah rendah yang campur tapi ada satu bahasa elektif sahaja, dia takda Bahasa Semai la. Jadinya dia kena ambik jugalah Bahasa Arab.

13.

P: Susah tak akak mengajar Bahasa Arab?

R: Sangat aa susah la juga

P: Sangat susah

R: Jadi akak kena rendahkan kita punya silibus la. Kalau silibus macam tahun enam dia dah belajar ayat, karangan, petikan

semua akak tak boleh ni juga, kena perkataan, minta dia hafal, kena banyak main. Main susun-susun ka main colour-colour macam tu aa.

14.

P: Apakah hasrat akak sebagai Ketua Panitia terhadap subjek Bahasa Arab.

R: Hasratnya, hurmm akak kalau boleh nak budak tu oklah kalau dia tak boleh membaca dia boleh bercakap. Sebab cakap, bertutur kan, maknanya bila orang datang, oo ok kalau tanya bagi salam, tanya khabar, ucap selamat pagi. Dia boleh yang itu pun ok dah. Aa. Kemudian menguasai ini la perkataanperkataan basic yang ada kat sekolah tu je la. Nak tinggi sangat tu tak berani la sebab takut tak ni kan. Akak pun tak yakin. Tapi tengok budak la. Dia ada budak yang cepat dapat, yang cepat tu sikit la

15.

P: Yang cepat tu sikit la. Satu dalam tiga orang la. Aa. Ok. Pernah tak program dijalankan dibawah panitia Bahasa Arab.

R: Aaa program, urm tak banyak.

16.

P: Aaa tak banyak. Tahun ni ada tak perancangan?

R: Tahun ni kita plan aa kalau dalam kelas kita perbanyakkan ni la yang menguasai yang akak cakap tadi apa tu berbual tu kan, aa maksudnya selamat pagi, ucapan yang itu, kemudian plan nak buat aa macam kamus BA macam ambik buku 55 ka ataupun buat buku catatan sendiri cikgu akan bagi satu hari satu perkataan ataupun satu minggu satu perkataan, suruh dia ingat. Perkataan yang basic-basic jer yang tak payah kitaa ni kan, aa yang mungkin yang takda dalam buku perkataan yang takda dalam buku. Aa kemudia kita plan nak buat macam speaker corner tu la speaker corner. Biasa kita buat hari isnin

selasa tu biasanya budak cakap bahasa melayu je la, tapi kalau hasratnya ingat kita nak buat plan hari jumaat nak buat untuk bahasa arab. Tapi kita cakap teks yang mudah la, teks yang mudah macam hobi ka tinggal kat mana tu la dalam dua tiga ayat macam tu je. Tak banyak.

17.

P: Biasanya akak dapat bahan bacaan untuk subjek ni macam mana?

R: Bahan bacaan, ambik kat internet. Internet dengan buku teks je la. Akak tak lari jauh, biasanya buku teks dengan internet.

18.

P: Apa yang akak lakukan bagi meningkatkan lagi prestasi murid? Apakah tindakan akak seterusnya?

R: Latihan laa, latihan ha latihan tu kena banyak la. Kemudian kita macam kalau dia suka melukis, ikut dia punya tu tapi kita ubahla macam perkataan, banyak main games ka aa dia suka macam tu. Macam hari tu kita buat perbualan tu la, siapa awak siapa kawan awak, nama kan, aa dia suka yang itu. Ok ustzah nak buat lagi yang macam tu. Tapi sebab masa terhad kan kita tak buat lagila, buat untuk masa sejam. Aaa kena banyak yang games la yang melibatkan dia dan kawan-kawan dia, yang macam kumpulan laa aa macam tu.

19.

P: Biasanya bila akak nampak prestasi tu ada, ada tak unsur penghargaan?

R: Aaa ada. Biasa akak bagi

20.

P: Penghargaan yang macam mana tu?

R: Aaa kadang-kadang akak bagi tengok la belanja ka, Biasanya banyak belanja la

P: Ke arah duit laa

R: Ya ya. Ke arah duit. Macam bagi alat tulis hadiah. Kan pergi eco shop tu kan kita beli macam-macam bagi je la.

21.

P: Sangat suka?

R: Ya

22.

P: Aaaa macam mana pula hubungan akak dengan cikgu-cikgu Bahasa Arab?

R: Aaa alhamdulillah baik.

23.

P:Dari segi kerjasama?

R: Satu teamwork yang yang akak rasa satu kepala.

24.

P: Yang memang boleh ke arah tugas untuk meningkatkan prestasi bahasa arab?

R:Ya ya

P: Aaa ok kak. Tu saja kak, terima kasih.

Related Documents

Transkrip
June 2020 14
Transkrip-resize.pdf
June 2020 16
Transkrip Nilai
May 2020 18
Transkrip 6
June 2020 9

More Documents from "cahPamulang"