Teks Pengacaraan Karseh.docx

  • Uploaded by: Husna Saadah
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Teks Pengacaraan Karseh.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 931
  • Pages: 9
TEKS PENGACARAAN MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KARSEH 2018 TARIKH : 25 APRIL 2018 ACARA PERARAKAN MASUK

TEKS

CATATAN

Mengumumkan ketibaan 



Yang Berusaha, Encik Md. Said bin Md. Daimon, Pegawai Pendidikan Daerah Batu Pahat. Yang Berbahagia Tn Hj Adib Bin Sulaiman, Pengarah IPGK Tun Hussien Onn



dan dif-dif jemputan masuk ke dewan.

Dengan iringan muzik (gamelan) *VVIP DUDUK *Persembahan Zapin selamat datang

Sekalung terima kasih kepada para pemuzik gamelan dan penari2 zapin selamat datang dari SMK Permata Jaya dibawah bimbingan ………………………………………….

NYANYIAN LAGU NEGARAKU

Atur langkah majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Bangsa Johor dan lagu IPGKTHO. Hadirin diminta bersedia.

SALUTASI

Hadirin dipersilakan duduk.

Mencari timba si anak dara, Di bawah sarang burung tempua,

(lagu dimainkan PA System)

Salam sejahtera pembuka bicara, Selamat datang untuk semua

Assalamualaikum warahmatullahiwabaraktu, Salam Sejahtera, Salam Muafakat Johor, Salam 1Malaysia.



Yang Berusaha Tn Hj Md Said Bin Md Daimon, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Batu Pahat



Yang Berbahagia Tn Hj Adib Bin Sulaiman, Pengarah IPGK Tun Hussien Onn



Yang Dihormati, Encik Shamsuddin Bin Awang (Penolong PPD Bahagian Pendidikan Khas dan Pemulihan Khas), Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat.



En. Ibrahim bin Omar (Pengetua SMK Permata Jaya) merangkap

Pengerusi JKD Pendidikan Khas Menengah) 

Encik Saiful Yazan bin Ramthan, Guru Besar SK Setia Budi merangkap Pengerusi JKD Pendidikan Khas Rendah



En. Najib bin Sipan, Pengetua SMK Datin Onn Jaafar selaku Pengerusi Pengelola,



Pengetua dan Guru Besar sekolahsekolah daerah Batu Pahat,



Guru-guru Penolong Kanan Pendidikan Khas,



Para Pengadil Pertandingan,



Guru-guru pengiring,



Siswa guru IPGK Tun Hussein Onn,



Para pembantu pengurusan murid, seterusnya anak-anak peserta KARNIVAL KARSEH kali ke 3 Peringkat Daerah Batu Pahat tahun 2018 serta sidang hadirin yang dikasihi sekalian.

Selamat datang ke Karnival Kesenian dan Kemahiran Pendidikan Khas Daerah Batu Pahat kali Ke-3 bagi tahun 2018.

BACAAN DOA

Indah berseri bulan Purnama Syaaban datang memenuhi masa Menadah tangan aminkan bersama memohon Doa dari Yang Maha Esa

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis menjemput En. Hanafi bin Abdullah dari SMK Datin Onn untuk memimpin bacaan doa. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

TAYANGAN VIDEO & PERSEMBAHAN KARAOKE

**Majlis mengucapkan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi. Semoga majlis kita pada hari ini berjalan dengan lancar dan diberkati. Sebelum tirai-tirai acara berikutnya disingkap mesra tabir pertama dileret manja buat hadirin dengan tatapan tayangan multimedia. ****tayangan multimedia***** Terima kasih atas tayangan yang telah dipaparkan sebentar tadi. Untuk pengetahuan hadirin, tayangan multimedia sebentar tadi disediakan oleh Encik Mohd Faris bin Adanan dari SMK Yong Peng

Majlis seterusnya diselangi pula dengan bakat anak istimewa yang akan menyerlahkan kelunakan suara berkaraoke untuk menghiburkan para hadirin yang sekalian. Dipersilakan ****persembahan karaoke**** . Majlis mengucapkan ribuan terima kasih. UCAPAN ALUALUAN

Sultan berkuasa pemegang takhta, Memelihara bangsa juga nusa Dengarkan suara peneraju kita, Ucapan alu-aluan menyusul selesa. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan alualuan yang akan disampaikan oleh Yang Berusaha Encik Md. Said bin Md. Daimon (Pegawai Pendidikan Daerah Batu Pahat). Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN

Hadirin sekalian…. Penyapu diikat rautan jerami, Hasilnya alam tuahnya bumi, Dengarkan bersama ucapan perasmi, Yang sudi datang ke majlis kami. Majlis dengan ini mempersilakan Yang Berbahagia, Tuan Haji Adib bin Sulaiman, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Penutup Karnival Kesenian Dan Kemahiran Pendidikan Khas Daerah Batu Pahat kali ke-3 bagi tahun 2018. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Tuan Haji Adib bin Sulaiman di atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi. PENYAMPAIAN HADIAH

Warga dewan yang dihormati, Mengabdilah kita sebagai hamba Cintakan ALLAH tiada tara Saat dinanti telahpun tiba… Hadiah diterima pasti gembira

**sampai ucapan perasmian ‘dengan ini saya merasmikan.

Aturcara diteruskan lagi dengan sesi penyampaian hadiah bagi pertandingan yang berlangsung pada hari ini mengikut kategori. Justeru, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Encik Najib bin Sipan selaku Pengerusi Pengelola untuk mengiringi Yang Berbahagia Tuan Haji Adib bin Sulaiman (Pengarah Institusi Pendidikan Kampus Tun Hussein Onn) untuk menyempurnakan acara penyampaian hadiah. Dipersilakan tuan….  @rujuk senarai penerima Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian Yang Berbahagia Tuan Haji Adib bin Sulaiman, Pengarah IPG Kampus Tun Hussein Onn atas kesudian menyempurnakan acara penyampaian hadiah. PENYAMPAIAN CENDERAMATA

Hadirin sekalian, Hidangan diolah aneka perisa Juadah enak berbuka puasa Orang memberi kita merasa Orang berbudi kita berbahasa Justeru sebagai tanda terima kasih kami seluruh warga Pendidikan Khas Derah Batu Pahat majlis mempersilakan Yang dihormati Encik Najib bin Sipan, Pengetua SMK Datin Onn Jaafar merangkap Pengerusi

Pengelola KARSEH 3.0 2018 untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Berbahagia Tuan Haji Adib bin Sulaiman (Pengarah IPG Kampus Tun Hussein Onn yang telah pun sudi melapangkan masa merasmikan KARSEH 3.0 pada hari ini. Dipersilakan. Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Dihormati Encik Najib bin Sipan atas kesudian menyampaikan cenderamata sebentar tadi…… MUAFAKAT JOHOR Inilah yang dikatakan, Umpama belayar sudah sampai ke pelabuhan Umpama berjalan sudah sampai ke destinasi Umpama berkayuh sudah sampai ke haluan.

Dengan penyampaian cenderamata itu tadi maka berakhirlah Majlis Perasmian Penutup Karvival Kesenian dan Kemahiran Pendidikan Khas Daerah Batu Pahat tahun 2018.

Sekalung penghargaan kepada semua yang telah bersama-sama memeriahkan dan menjayakan Karvival Kesenian dan

***lagu muafakat Johor dimainkan.

Kemahiran Pendidikan Khas Daerah Batu Pahat tahun 2018.

Kami mewakili siswa dan siswi IPGKTHO memohon kemaafan sekiranya ada kepincangan dan kekhilafan sepanjang majlis ini berlangsung. Sesungguhnya yang baik itu dari hidayah Allah jua dan segala kekurangan kami memohon ribuan ampun dan maaf. **** Sebelum bersurai, majlis dengan sukacita menjemput para tetamu jemputan untuk ke bahagian belakang bagi menikmati jamuan yang telah disediakan. Semoga bertemu lagi di acara-acara seterusnya, Sekian, wabillahi taufikwalhidayah Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu Muafakat Johor.

Related Documents


More Documents from "Selvia Widiyanti"