PROTOTAIP Satu prototaip telah dibina untuk melihat sejauhmanakah keberkesanan inovasi yang dihasilkan. Prototaip ini telah diuji ke atas seorang murid. Hasil dapatan prototaip tersebut mendapati bahawa projek inovasi yang dihasilkan ini sangat menjimatkan kos kerana tidak memerlukan bahan maujud yang banyak untuk menghasilkannya. Bahan yang digunakan semuanya adalah bahan alam maya yang mudah diakses dan percuma. Prototaip ini juga didapati sangat mudah digunakan. Hal ini kerana inovasi ini boleh disimpan sama ada dengan menggunakan cakera padat, pendrive, media sosial seperti whatsapp dan telegram dan lain-lain. Hal ini membuatkan projek inovasi ini mudah diakses walau di mana pun murid berada. Murid juga tidak perlu bersusah payah mencari soalan pengukuhan untuk menguji kefahaman murid mengenai apa yang telah murid pelajari melalui inovasi ini kerana di dalam inovasi ini terdapat beberapa soalan latihan yang telah disediakan. Di samping itu, dengan pengintegrasian pelbagai media dalam satu bahan sangat membantu murid untuk kekal fokus dalam apa yang sedang dipelajarinya. Melalui inovasi ini murid dapat menonton video, melihat gambar, bermain permainan, bernyanyi dan lain-lain. Dengan demikian murid akan kurang berasa bosan dan tidak fokus. Tambahan pula, pengalaman pembelajaran secara nyata adalah bagus untuk membantu murid mengingati apa yang dipelajari. Selain itu, untuk guru bahan inovasi ini sangatlah membantu guru dalam melancarkan Pembelajaran dan Pemudahcaraan mereka. Guru-guru Sejarah dapat mempelbagaikan lagi kaedah pengajaran mereka dengan menggunakan inovasi ini. Di samping menarik minat murid, guru dapat membentuk budaya pembelajaran akses kendiri murid. Bahan inovasi ini juga akan dapapt menjimatkan masa dan perbelanjaan pengajaran kerana kesemua yang guru perlukan untuk mengajar tajuk Bunga Kebangsaan ada di dalam inovasi ini. Namun begitu terdapat beberapa penambahbaikkan yang boleh dilakukan ke atas projek inovasi ini. Antaranya ialah menambahkan lebih banyak lagi maklumat tambahan mengenai topik bunga kebangsaan ini, menambahkan lagi permainan untuk murid, menambahbaik grafik dan banyak lain. Nescaya dengan penambahbaikkan yang dilakukan, inovasi ini akan menjadi Bahan Bantu Mengajar yang paling bekesan.
PROSES PERLAKSANAAN PROTOTAIP