Teks Pengacaraan 1

  • Uploaded by: Mohd Ismail
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Teks Pengacaraan 1 as PDF for free.

More details

  • Words: 2,012
  • Pages: 7
TEKS PENGACARAAN MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1429H DAN HARI ANUGERAH CEMERLANG 2007 SEKOLAH AGAMA BANDAR RENGGAM  Kepada semua para hadirin dipersilakan untuk mengambil tempat di dalam dewan kerana majlis akan dimulakan sebentar lagi. @ Assalamualaikum w.b.t. Yang dihormati Tuan Hj. Musa bin Omar Pegawai Pendidikan Agama Daerah Kluang, yang berusaha Puan Guru Besar Ustazah Ruslinah Bt. Kamsan, yang berusaha Tuan Hj. Abu Samah Bin Abdul Jalil Pengerusi Badan Kebajikan Sekolah Agama Bandar Renggam serta ahli jawatankuasanya, guru-guru , pelajar-pelajar dan para hadirin yang rahmati Allah sekalian. @ Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia serta keizinanNya sekali lagi pada tahun ini kita dapat mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul sempena memperingati junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Seperti yang telah dimaklumkan , Majlis pada hari ini adalah majlis 2 dalam 1 iaitu Majlis Sambutan Maulidur Rasul dan Anugerah Cemerlang 2007 . @ Selamat datang diucapkan dan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua para jemputan kerana sudi meluangkan masa untuk hadir ke majlis ini, semoga majlis yang diadakan pada hari ini dapat dijalankan dengan lancar dan jayanya. @ Hadirin dan hadirat sekalian, Majlis pada pagi yang berbahagia ini akan dimulakan dengan bacaan ayat suci al-Quran yang akan disampaikan oleh adik Syafiqa Syahrifin dan ditafsirkan oleh adik Ain Wahida Iasham. Majlis mempersilakan. @ Terima kasih diucapkan kepada Qari dan Penterjemah atas bacaan ayat suci al-Quran itu tadi. Bagi memberkati majlis, dengan ini pihak majlis menjemput dan mempersilakan Ustaz Pornomo bin Abu untuk membacakan doa. Dipersilakan. @ Amin ya rabbal a’lamin. Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Pornomo bin Abu di atas bacaan doa itu tadi. Semoga dengan bacaan doa oleh beliau itu tadi majlis kita akan dapat berjalan dengan lancar dan mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T. @ Bagi meneruskan majlis, dengan ini dipersilakan Kumpulan Pelajar Darjah Khas Sekolah Agama Bandar Renggam untuk mempersembahkan bacaan berzanji, diikuti marhaban dan selawat. Untuk itu, diminta para hadirin agar dapat berselawat bersama-sama. Dipersilakan.

@Terima kasih diucapakan kepada kumpulan pelajar Darjah Khas atas persembahan itu tadi. Tanpa melengahkan masa, marilah kita bersamasama mendegar dan menghayati ceramah Maulidur Rasul yang akan disampaikan oleh Ustazah Hamidah bt. Musa yang diundang khas dari Sekolah Agama Taman Desa. Dengan segala hormatnya dipersilakan. @ Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Ustazah Hamidah Bt. Musa di atas ceramah yang telah disampaikan oleh beliau itu tadi. Semoga kita semua dapat mengambil iktibar dan panduan berguna daripada ceramah tersebut. @ Sebelum majlis kedua dimulakan, majlis berhenti rehat. Untuk itu, dijemput Tuan Pengerusi Badan Kebajikan SABR untuk mengiringi para tetamu jemputan ke bilik jamuan. Sementara itu, ibubapa dan para pelajar ditempat yang telah disediakan berhampiran dewan ini. Diharap kepada para hadirin agar dapat masuk semula ke dalam dewan untuk majlis yang seterusnya nanti. Dipersilakan untuk menikmati jamuan yang telah disediakan.

@ Alhamdulillah, syukur kita panjatkan kepada Allah s.w.t atas rezeki yang telah dikurniakan olehNya kepada kita pada pagi ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada para penderma yang sudi menderma bagi memastikan majlis ini berjalan dengan jayanya. @ Kini tibalah masanya kita memulakan majlis yang kedua iaitu Anugerah Cemerlang 2007 SABR. Sebelum itu pihak majlis mengalualukan kedatangan Yang Berhormat Tuan Hj. Onn bin Mohd Yasin, Ahli Dewan Undangan Negeri Johor Kawasan Layang-layang, yang sudi hadir ke majlis pada pagi ini. Bagi memulakan majlis, dijemput dengan segala hormatnya Puan Guru Besar Ustazah Ruslinah Bt. Kamsan untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan. @ Terima kasih diucapkan kepada Puan Guru Besar atas ucapan yang disampaikan tadi. Seterusnya, pihak majlis menjemput dan mempersilakan Tuan Hj. Abu Samah Bin Abd. Jalil, Pengerusi Badan kebajikan SABR untuk mennyampaikan ucapannya. Dipersilakan. @ Terima kasih diucapkan kepada Tuan Hj. Abu Samah bin Abd. Jalil atas ucapan beliau itu tadi. Majlis diteruskan dengan menjemput Tuan Hj. Musa bin Omar, selaku Pegawai Pendidikan Agama Daerah Kluang yang baru untuk menyampaikan ucapannya. Dengan segala hormatnya dipersilakan. @ Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada Tuan Hj. Musa bin Omar di atas ucapan beliau itu tadi. Seterusnya pihak majlis dengan segala hormat menjemput dan mempersilakan Yang Berhormat Tuan

Hj. Onn bin Mohd Yasin Ahli Dewan Undangan Negeri Johor kawasan Layang-layang untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis dua dalam satu yang diadakan pada hari ini. Dipersilakan. @ Jutaan terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Tuan Hj. Onn bin Mohd Yasin atas kesudian beliau menyampaikan ucapan dan merasmikan majlis pada hari ini. Kini, tibalah masa ke acara kemuncak iaitu penyampaian Anugerah Cemerlang 2007 SABR. Diminta kepada semua penerima anugerah agar dapat bersedia supaya majlis kita berjalan dengan lancar. @ Bagi menyempurnakan majlis penyampaian anugerah cemerlang ini, dijemput dan dipersilakan puan guru besar Ustazah Ruslinah bt. Kamsan mengiringi yang berusaha Tn. Hj. Abu Samah bin Abd Jalil untuk menyampaikan anugerah. Dipersilakan. @ Penyampaian anugerah cemerlang pada petang ini dimulakan dengan penerima anugerah dari darjah satu. Dimulakan dengan Darjah 1 Nadwa. Dipersilakan 1 2 3

SAIFULLAH BIN SYARIFIN AIMAN BIN MOKHTAR MOHD SYAFIQ BIN JAMAL

Bagi Darjah 1 Jannah dipersilakan 1 2 3

NURSUHANA BT. SAIFUL AZMAN NORHAMIZAH BT. MOHD TARMIZI NURIFFA HADHIRAH BT. SANI

@ Sekarang dipersilakan pula penerima anugerah dari darjah 2 Raudah. Dipersilakan 1 2 3

SITI AIDA FARHANA BT. ABD SAMAD AINA NATASHA BT. SUHAIMI AIN NUR AFIFAH BT. AHMAD

Diikuti dengan darjah 2 Naim 1 2 3

AIN NAJWA BT. MOHD RAFIT NADIA ANIS SURAYA BT. HAIDIR SYAZWANI BT. SYAMSUL

@ Terima kasih diucapkan kepada Tuan Hj. Abu Samah Bin Abd. Jalil di atas kesudian menyampaikan anugerah itu tadi. @ Bagi meneruskan upacara penyampaian anugerah pada pagi ini, pihak majlis mempersilakan dengan segala hormatnya Tuan Hj. Musa bin Omar Pegawai Pendidikan Agama Daerah Kluang untuk menyampaikan anugerah seterusnya. Dipersilakan. @ Penerima anugerah seterusnya ialah pelajar darjah 3. Dimulakan dengan darjah 3 Adnin

1 2 3

ABDUL QAYYUM BIN JASNI MOHD JOHAN SYAH BIN MD. IDRUS MOHD AZIM MIRZA BIN MOHD FARID

Diikuti dengan darjah 3 As-Salam 1 2 3

NORSARIZA BT. ROSLAN NORASLINA BT. MOHAMAD RABIATUL ADAWIYAH BT. RAHMAN

Seterusnya dipersilakan pula penerima anugerah dari darjah 4 Naim 1 2 3

SYAFIQA BT. SYARIFIN MOHD NAZHIF BIN KHALID YANA BT. YASIN

Diikuti dengan darjah 4 Jannah 1 2 3

NORAIN WAHIDA BT. IASHAM NURUL HIDAYAH BT. ZAHID NURUL AFIQAH BT. AZMAN

Bagi darjah 5 As-Salam dipersilakan 1 2 3

MOHD HAFIZ BIN MOHD TARMIZI FATIN NURHAZIQAH BT. HAMZAH FATIN SYAHIRAH BT. HASIM

Diikuti dengan darjah 5 Firdaus dipersilakan 1 2 3

NURUL HIDAYAH BT. RAHMAN NOR ASRINA BT. ABDUL WAHAB NORHAYATI BT. MOHD RAFI

@ Terima kasih diucapkan kepada yang dihormati Tuan Hj. Musa Bin Omar kerana sudi menyampaikan anugerah pada pagi ini. @ Hadirin sekalian, bagi meneruskan majlis dengan segala hormatnya pihak majlis menjemput dan mempersilakan Y.B. Tuan Hj. Onn Bin Mohd Yasin Ahli Dewan Undangan Negeri Johor Kawasan Layang-layang diiringi oleh puan guru besar untuk menyampaikan anugerah cemerlang seterusnya. @ Penyampaian anugerah cemerlang diteruskan dengan mempersilakan pelajar dari darjah 6 Adnin 1 2 3

NORASYIQIN BT. ZAILANI NURUL ADILAH FATIN BT. KASMANI MOHD SYAFIQ BIN ROSLAN

Diikuti dengan darjah 6 Firdaus

1 2 3

AHMAD LUQMAN BIN HALIT MOHD FARHAN BIN HASBOLLAH NORASYIKIN BT. SAMAT

Seterusnya dipersilakan pelajar Darjah Khas yang memperoleh keputusan yang terbaik 1 2 3 4

MUSTAFA B. ABD. JALIL MARZIANA BT. MAAROF NURHAZWANI BT. ABD. SANI NORFADHILAH BT. MAHBOB

(pangkat 1 – 9 ) (pangkat 1 – 10 ) (pangkat 1 – 13 ) (pangkat 1 – 15 )

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Y.B. Tuan Hj. Onn Bin Mohd Yasin diatas kesudian beliau menyampaikan anugerah kepada para pelajar yang telah berjaya. @

@ Kini majlis diteruskan dengan penyampaian anugerah bagi mata pelajaran terbaik dari semua tahap. Bagi menyempurnakan penyampaian anugerah ini, dijemput Tuan Hj. Musa Bin Omar diiringi oleh puan guru besar untuk menyampaikan anugerah tersebut. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Untuk matapelajaran terbaik dimulakan dengan matapelajaran Tauhid

IBADAT. DARJAH Satu Dua Tiga Empat Lima

NAMA PELAJAR Norsuhana Bt. Saiful Azman Ain Najwa Bt. Mohd Rafit Abdul Qayyum Bin Jasni Nor Ain Wahida Bt. Iasham Mohd Hafiz B. Mohd Tarmizi

MARKAH 76 % 92 % 94 % 84 % 83 %

NAMA PELAJAR Norsuhana Bt. Saiful Azman Ain Najwa Bt. Mohd Rafit Abdul Qayyum B. Jasni Nurul Hidayah Bt. Zahid Nurul Hidayah bt. Rahman

MARKAH 80 % 90 % 96 % 88 % 82 %

NAMA PELAJAR Rosliza Bt. Rubain Nadia Anis Suraya Bt. Haidir Norfatehah Bt. Hasbollah Mohd Nazhif B. Khalid Nor Asrina Bt. Abdul Wahab

MARKAH 48 / 50 46 / 50 50 / 50 40 / 50 48 / 50

NAMA PELAJAR Norsuhana Bt. Saiful Azman SitiAida Farhana Abd. Samad

MARKAH

IBADAT. DARJAH Satu Dua Tiga Empat Lima AKHLAK. DARJAH Satu Dua Tiga Empat Lima SIRAH. DARJAH Satu Dua

49 / 50

Tiga Empat Lima

Abdul Qayyum B. Jasni Nor Ain Wahida Bt. Iasham Nurul Hidayah Bt. Rahman

47 / 50 44 / 50 46 / 50

BAHASA ARAB. DARJAH Satu Dua Tiga Lima

NAMA PELAJAR Nur Anis Izzati Bt Mohd Alif Aina Natasha bt. Suhaimi Mohd Johan Syah Md. Idrus Nurul Hidayah Bt. Rahman

MARKAH 44 / 50 35 / 50 40 / 50 39 / 50

NAMA PELAJAR Ain Najwa Bt. Mohd Rafit Norsariza Bt. Roslan Nor Ain Wahida Bt. Iasham Mohd Tarmizi Mohd Tarmizi

MARKAH 41 / 50 33 / 50 25 / 50 38 / 50

TAJWID. DARJAH Dua Tiga Empat Lima

PENDIDIKAN AL-QURAN. DARJAH Empat Lima

NAMA PELAJAR Nurul Afiqah Bt. Azman Mohd Hafiz Mohd Tarmizi

MARKAH 39 / 50 45 / 50

NAMA PELAJAR Mohd Hafiz Mohd Tarmizi

MARKAH 87 %

IBADAT 2. DARJAH Lima

@ Ribuan terima kasih diucapkan kepada Tuan Hj. Musa Bin Omar diatas kesudian sekali lagi menyampaikan anugerah sebentar tadi. @ Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil penghargaan kepada ketua dan penolong ketua darjah serta pengawas darjah 6 2007. Untuk itu pihak majlis mempersilakan Puan Guru Besar Ustazah Ruslinah Bt. Kamsan untuk menyampaikan sijil penghargaan tersebut Dipersilakan. Dimulakan dengan darjah 1 Nadwa DARJAH KETUA DARJAH 1 Nadwa Mohd Syafiq Bin Jamal 1 Jannah Harith Bin Abd. Hamid 2 Raudah Mohd Afiq Fikri Hamzah 2 Naim Mohd SyahrulIman Rashid 3 As- Salam Mohd Norhaziq Bin Sani 3 Adnin Afham Jauhari Bin Ahmad 4 Jannah Mohd Najib Bin Arshad 4 Naim Mohd Nazhif Bin Khalid 5 As-salamAminuddin Bin Aziz 5 Firdaus Nor Asrina Abd. Wahab 6 Adnin Mohd Irham B. Tupani

PEN. KETUA DARJAH Haminah Syahirah Abdullah Nur Iffa Hadhirah Bt. Sani Nurul hidayah Bt. Masino Wahyu Athilah bt. Abdullah Noramanina Bt. Atan Nurul Nabilah Bt. Abdullah Norfazliana Bt. Md. Samsool Syafiqa bt. Syarifin Siti Noraisyah Bt. Md Yasin Hidayah Bt. Rahmat Nurasyiqin Bt.Zailani

6 Firdaus Ahmad Luqman B. Halit

Farhana Bt. Johari

Seterusnya penerima sijil penghargaan pengawas darjah 6 2007 PETANG

Mohd Firdaus B. Hamid Abdul Muqsid Rois Pornomo Mohd Norsheqal Samsuddin Nurul Abila Bt. Abd. Jalil Nur Ain Bt. Ishak Nursyah Salawati Md. Hashim

PAGI

Mohd Akmal B. Md. Najib Mohd Izzat B. Baharin Norasyikin Bt. Samad Norsyakila Bt. Parlan

@ Terima kasih diucapkan kepda puan guru besar di atas penyampaian sijil

penghargaan itu tadi. Kini majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati. Sebagai tanda penghargaan daripada pihak majlis pada pagi ini, majlis menjemput dan mempersilakan yang berusaha puan guru besar Ustazah Ruslinah Bt. Kamsan untuk menyampaikan cenderahati kepada kepada tetamu jemputan. Dipersilakan. @ Dipersilakan dengan segala hormatnya Y.B. Tuan Hj. Onn Bin Mohd Yasin Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Layang-layang untuk menerima cenderahati daripada pihak majlis. @ Seterusnya dipersilakan Tuan Hj. Musa Bin Omar Pegawai Pendidikan Agama Daerah Kluang untuk menerima cenderahati. @ Alhamdulillah, dengan berakhirnya majlis penyampaian cenderahati itu tadi , maka sempurnalah sudah majlis 2 dalam 1 pada hari ini iaitu Majlis sambutan Maulidur Rasul dan Hari Anugerah Cemerlang 2007 SABR. @ Pihak majlis memohon jutaan ampun dan maaf sekiranya sepanjang perjalanan majlis pada hari ini berlaku sebarang kekurangan dan kesilapan sama ada yang disengajakan atau tidak. @ Pihak majlis juga mengucapkan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Y.B. Tuan Hj. Onn bin Mohd Yasin di atas kesudian meluangkan masa hadir ke majlis ini walaupun sibuk dengan urusan sebagai wakil rakyat. Tidak lupa juga kepada Pegawai Pendidikan Agama Daerah Kluang Tuan Hj. Musa Bin Omar yang sudi menyampaikan anugerah pada pagi ini. Terima Kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis pada hari ini. @ Tahniah diucapkan kepada pelajar yang berjaya. Sekian, wassalmualaikum wrh…

Related Documents


More Documents from "ChloeLee"