Teks Pengacara Majlis Penutupan

  • Uploaded by: Ensiklopedia Pendidikan Malaysia
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Teks Pengacara Majlis Penutupan as PDF for free.

More details

  • Words: 591
  • Pages: 5
TEKS PENGACARA MAJLIS MAJLIS PENUTUP & PENYAMPAIAN HADIAH SAMBUTAN BULAN DAKWAH & MAULIDURRASUL _________________________________________ [ALU-ALUAN: ] Ketibaan Yang Berbahagia Encik Mohd Zaini Bin Said Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa Dan Guru Sekolah Kebangsaan Terusan Baru dengan diiringi Encik Husin Bin Abdullah Guru Besar Sekolah Kebangsaan Terusan Baru Murid-murid & Guru-guru diminta berdiri. Sirih berlipat sirih pinang, Sirih dari Pulau Mutiara; Pemanis kata selamat datang, Awal Bismillah pembuka bicara. [ALU-ALUAN: ] ‫بسم ال الرحن الرحيم‬ ‫السلم عليكم ورحة ال وبركاته‬ .‫ والصلة والسلم على رسول ال المي وعلى آله وأصحابه أجعي‬،‫المد ل رب العالي‬

Yang Berbahagia Encik Mohd Zaini Bin Said Yang Dipertua PIBG Sekolah Terusan Baru Yang Berusaha Encik Husin bin Abdullah Guru Besar Sekolah Kebangsaan Terusan Baru Yang Berusaha Encik Adam bin Abdullah Guru Penolong Kanan I

/2

Puan Haisa binti Abd Hakim Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Ustza Syed Mohd Khairudin bin Syed Omar Guru Penolong Kanan Kokurkulum Guru-guru dan murid-murid yang dikasihi sekelian. [ALU-ALUAN] Selamat datang diucapkan, ahlan wa sahlan wa marhaban bikum, ke Majlis Penutupan Bulan Dakwah dan Sambutan Maulidurrasul serta penyampaian hadiah pada pagi yang mulia ini, yang dianjurkan Panitia Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Terusan Baru. [BACAAN DOA] Tetak buluh panjang sepuluh, Mari jolok sarang penyengat; Angkat tangan jari sepuluh, Doa dipohon biar selamat. Bagi memberkati majlis pada pagi yang penuh barakah ini, majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan Yang Berusaha al-Fadhil Ustaz ............................................................. untuk menyampaikan bacaan doa. Dengan penuh takzim, majlis mempersilakan. (Bacaan doa) Amin, Ya Rabb al-‘Alamin. [UCAPAN ALU-ALUAN GURU PENOLONG KANAN I] Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berusaha Encik Adam Bin Abdullah, Guru Penolong Kanan I Sekolah Kebangsaan Terusan Baru untuk menyampaikan ucapan alualuan.

/3

Dengan penuh hormat, majlis mempersilakan. (Ucapan Alu-aluan) Jazakallahu Khayran Kathira diucapkan kepada Yang Berbahagia Encik Adam Bin Abdullah atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi. [UCAPAN PERASMIAN] Buah langsat di tepi busut, Mari dimuat di dalam peti; Besar hajat kami menjemput, Besar niat di dalam hati. Tibalah masa yang dinanti-nantikan. Majlis dengan segala sukacita dan hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia Encik Mohd Zaini Bin Said, untuk menyampaikan ucapan. Dengan penuh hormat dan takzim, majlis mempersilakan. (Ucapan Perasmian) Terima Kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia tuan atas ucapan perasmian penutupan yang disampaikan tadi. [PENYAMPAIAN HADIAH] Kini tibalah masa yang kita nantikan iaitu acara penyampaian hadiah kepada pemenang. Majlis denga segala sukacitanya menjemput dan mempersilakan Encik Adam Bin Abdullah dengan diiringi Encik Huszarudin Bin Hussin untuk menyampaikan hadiah kepada pelajar.

/4

Majlis seterusnya mempersilakan Encik Husin bin Abdullah dengan diiringi Ustaz Syed Mohd Khairudin bin Syed Omar untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang. Majlis seterusnya mempersilakan Encik Zaini Bin Said dengan diiringi Ustaz Syed Mohd Khairudin bin Syed Omar untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang. [PENYAMPAIAN CENDERAHATI] Bila memandang ke muka laut, Nampak sampan mudik ke hulu; Bila terkenang mulut menyebut, Budi yang baik ingat selalu Sebagai penghargaan kehadiran tetamu kehormat ke majlis perasmian penutupan pada pagi yang mulia ini, pihak majlis mempersilakan Yang Berbahagia Encik Husin Bin Abdullah Guru Besar Sekolah Kebangsaan Terusan Baru, untuk menyampaikan cenderahati sebagai tanda rasa terima kasih kepada perasmi Majlis dengan penuh takzim mempersilakan: Yang Diraikan Encik Zaini Bin Said untuk menerima cerderahati. Terima kasih Yang Berbahagia tuan guru besar.

[BERSURAI ] Selesailah sudah Majlis Perasmian Penutupan Bulan Dakwah dan Sambutan Maulidurrasul pada hari ini. Majlis dengan hormatnya menjemput Encik Husin bin Abdullah Guru Besar Sekolah Kebangsaan Terusan Baru untuk mengiringi dan mempersilakan Yang Berbahagia Encik Zaini Bin Said dan guru-guru ke dewan makan untuk menikmati hidangan juadah yang telah disediakan .

/5

[BERSURAI]

Sebelum bersurai, marilah kita sama-sama membaca Surah al-‘Asr dan tasbih Kafarah ‫والسلم عليكم ورحة ال وبركاته‬

Related Documents


More Documents from "syakireen afini"