Pendekatan Psikologi (emosi) Dalam Pendidikan Seni Visual

  • Uploaded by: Mohamed Noor bin Othman
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pendekatan Psikologi (emosi) Dalam Pendidikan Seni Visual as PDF for free.

More details

  • Words: 411
  • Pages: 2
PENDEKATAN PSIKOLOGI (EMOSI) DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL Cetusan emosi boleh menimbulkan kreativiti seperti kenyataan Prof. Madya Hj. Iberahim Hassan ada kebenarannya. Aktiviti-aktiviti sebegini boleh ditokok tambah kerana kekangan masa dan dilakukan oleh guru di luar kelas atau di luar waktu pengajaran. Contoh yang dijadikan bukti, pelajar melepaskan tekanan dan meluahkan emosi mereka secara kreatif menerusi lukisan mural dan seni grafitti dengan memilih dinding dan tembok yang sesuai seperti yang pernah dilakukan di penjara dan pusat-pusat pemulihan. Suatu persoalan tentang pelajar yang melempiaskan emosi melalui berkarya khususnya dalam seni visual perlu dinilai kembali. Secara asasnya ia bermula dari awal lagi jika guru itu dapat mengesani pilihan warna yang selalu menjadi pilihan pelajar. Apabila terlalu banyak memalitkan warna merah dan memilih objek-objek berwarna merah, dikatakan ada kaitan dengan emosi yang agresif, tegang, panas dan marah. Betulkan jika saya keliru. Sampai ke tahap mana guru perlu membiarkan ia bebas atau menyekatnya? Jika benar kenyataan dari sudut psikologi, perkaitan warna dengan jiwa, peringkat awal lagi guru dapat melakukan proses terapi. Adakah dapat kita jadikan persoalan seni dalam psikologi ini perkaitannya dengan perkara berikut: 1. Jika dalam proses kaunseling, klien diberi pilihan ke arah mengubah sikap dan pemikiran negatif kepada positif. Sama ada mengimbas secara terapeutik, mengenang nostalgia, mentafsir sikap dan perlakuan yang keruh kepada jernih. Apakah boleh dalam Pendidikan Seni Visual guru menyedarkan secara perlahan dalam aktiviti melukis dan mewarna supaya dielakkan bentuk dan warna yang melambangkan ciri negatif kepada yang positif? Jika ia menyekat kreativiti pelajar, anggapan saya tentu salah dan mohon maaflah. 2. Aktiviti berkumpulan boleh dirancang dan diskripkan oleh guru dengan meletakkan lebih bilangan pelajar yang berfikir positif bagi merealisasikan pelajar yang negatif. Contohnya dalam menghasilkan lukisan mural dan lainlain projek menyambut kemerdekaan dan sebagainya. 3. Menyiapkan karya bersaiz besar supaya lebih banyak ruang untuk pelajar itu didedahkan dengan terapi seni. Dalam terapi seni, falsafah catan China boleh dijadikan panduan, misalannya: 1. Melukis tanpa sombong. 2. Memperelokkan lagi hasil yang telah sempurna. 3. Pelukis atau pelajar tidak harus cepat berpuas hati dan bangga dengan kerjanya.

4. Tidak lalai, harus bersedia dari segi rohani dan peralatan serta persekitaran sebelum melukis bagi mendapatkan kerja yang sempurna. Sebagai kesimpulannya, proses membentuk sikap dan emosi adalah suatu proses perawatan yang terdapat dalam terapi seni tampak yang boleh sama-sama kita fikirkan. Gabungan antara kaedah psikologi, perlakuan, bakat dan disiplin diri boleh dijadikan ruang untuk Pendidikan Seni Visual diolah sebagai mekanisme pemulihan. Jika benar maka mata pelajaran Pendidikan Seni Visual adalah suatu subjek yang penting dan jangan diabaikan.

Related Documents


More Documents from "Hassan Mohd Ghazali"