Tranformasi Aliran Realisme Menuju Photorealistik Ke Hyperealisme

  • Uploaded by: Mohamed Noor bin Othman
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tranformasi Aliran Realisme Menuju Photorealistik Ke Hyperealisme as PDF for free.

More details

  • Words: 939
  • Pages: 6
TRANFORMASI ALIRAN REALISME MENUJU PHOTOREALISTIK KE HYPERREALISME: ADAKAH SAMPAI PENGHUJUNG KEMUNCAK? Karya Hyperrealisime bertajuk “American Hyperrealism Artist – Denis Peterson” sila layari laman sesawan www.denispeterson.com mengajak kita berfikir bahawa aliran yang semakin popular ini akan sampai ke puncak atau sebaliknya? Semua bersetuju jika dikatakan aliran baru ini mempunyai ramai pengikut dan peminatnya. Sejak kebelakangan ini hasil karya seni tampak dalam stail Hyperrealisme telah meluas perkembangannya dan sudah ada kemungkinan akan berlaku cetusan baru dalam penerokaan seni. Isu ini mengajak kita merenung sejenak, antaranya: a) Kemahiran insan seni telah melampaui segala sudut dari perspektif positif. b) Skil atau kemahiran artis telah menandingi kecanggihan kamera. c) Pemikiran boleh diubah dalam sekelip mata jika ramai artis yang berani menerokai stail baharu. d) Saiz karya sudah berubah ke arah bingkai besar. e) Permukaan kanvas dan peragaan karya di galeri telah berubah statusnya. Secara keseluruhan karya yang dipaparkan melebihi 4 hingga 5 kaki saiz panjang x lebar. Secara logiknya saiz berskala besar adalah perlu bagi karya seperti ini bagi menarik perhatian khalayak dan memberi kepuasan maksimum. Khalayak dapat meneliti dari jarak jauh imej dan objek yang mengkagumkan. Penerokaan seni Realis ini telah berkembang subur melewati silang budaya. Telah mencabar pemikiran masa depan dan menjadi gaya dan citarasa seni berubah dalam waktu yang pantas. Contoh seni Realis Hyperrealisme, turut dikembangkan dalam karya seni Graffiti. Anakanak muda yang aktif dan kreatif terus berkarya menggunakan kemahiran, bakat dan tumpuan yang serius secara berkumpulan menghasilkan karya-karya Hyperrealisme dalam seni Graffiti. Pemilihan tembok, dinding-dinding dan bangunan menampakkan usaha berkarya yang murni telah mengubah persepsi negatif seni Graffiti. Suatu masa dahulu seni Graffiti dianggap seni jalanan ditafsir sebagai Vandalisme yang merosakkan nilai seni dan kini suatu dimensi baharu telah ditonjolkan. Sentuhan seni Graffiti menggunakan Photorealis/Hyperrealisme telah mengubah minda masyarakat. Tumpuan pada tempat-tempat awam, bangunan-bangunan terpilih, primisprimis persendirian telah membawa imej baru pada suasana kota raya. Tranformasi yang jelas menampakkan ada sinar harapan bahawa seni berprinsipkan Realisme ini akan diterokai dan meletakkan ianya sesuai di semua zaman. Dengan berskala besar, karya sebegini dapat bergerak dan tidak statik. Pengganti kepada kanvas dan dilukis di atas badan bas pengangkutan awam telah membawa imej itu bergerak bersama minda. Selain itu temanya membawa jiwa seni melampaui semua peringkat.

Pengalaman meluahkan rasa seni itu sudah ada tempat cuma, penyesuaiannya dengan keadaan. Halangan untuk meperagakan dalam galeri bukan lagi pilihan utama. Seni Graffiti yang diberi nafas baru telah mendekatkan lagi masyarakat dengan seni itu. Secara langsung karya seni tampak telah berubah dari karya seorang individu kepada karya berkumpulan. Jika kanvas itu secara individu diterima sebagai karya mutlak, kini ianya berubah. “Canvases mostly individual works which can serve as a link between the art from the streets and galleries”. Imej dan idea yang dipilih bersesuaian dengan tempat, ruang dan citarasa masyarakat. GAMBAR I: Menunjukkan karya ini di salah sebuah stesen keretapi yang temboknya itu menjadi sebahagian dari premis yang dapat mencantikkan lokasi dan menceriakan minda awam. ▼Karya Hyperrealisme pada tembok stesen keretapi yang dilukis dalam seni Graffiti.

GAMBAR 2: Pandangan dari dekat artis yang menghasilkan karya pada tembok stesen keretapi. ▼ Di bahagian belakangnya adalah lukisan Hyperrealisme menampakkan gerabak keretapi dan dua penumpang sedang berdiri.

GAMBAR 3: Menunjukkan suatu ilusi dengan penambahan dua tingkap pada dinding sebuah bangunan. ▼

GAMBAR 4: Menunjukkan imej potret pada dinding bangunan di tepi jalan raya.



GAMBAR 5: Karya Hyperrealisme oleh Denis Peterson menggunakan bahan akrilik dan cat minyak di atas kanvas. ▼

Beberapa Contoh karya menunjukkan di salah sebuah stesen keretapi yang temboknya itu menjadi sebahagian dari premis yang dapat mencantikkan lokasi dan menceriakan minda awam. Contoh seterusnya karya pada dinding bangunan telah mengubah imej biasa kepada elemen ilusi.

Dapat dijangkakan secara positifnya, seni Photorealistik Graffiti ini telah mencapai mood dan imej baru yang mempengaruhi aksi, sikap dan minda masyarakat. Cuma imej-imejnya perlu dikawal bersesuaian dengan budaya, nilai moral dan agama jika ianya diterapkan di Malaysia. Bermula dengan seni Photorealistik pergerakan seni Hyperrealisme ini berkembang cepat. Imej-imej yang dipilih merangkumi tema-tema figura, lanskap, still life, penceritaan berilusi yang ada kaitan dengan sains dan futuristik. Hyperrealisme adalah genre dalam karya seni tampak yang dikategorikan beresolusi tinggi dalam peniruan imej dari penggunaan fotografi. Ianya suatu penerokaan yang berkembang cepat dan mula diperkenalkan di Amerika dan Eropah pada awal tahun 2000. Walau bagaimanapun secara istilahnya Photorealisme juga difahami sebagai Hyperrealisme ( Rujuk Bredekamp, Horst, 2006 : Hyperrealism One Step Beryond. Tate Museum, Publishers, UK. hlm:1 ) Di awal abad ke-21, seni Hyperrealisme menjadi prinsip estetik dalam Photorealisme. Pelukis-pelukis Amerika yang terkenal membawa aliran baru ini antaranya Denis Peterson yang mengisytiharkan Hyperrealisme sebagai satu aliran baru dalam seni ( Rujuk RichardEstes, Denis Peterson, Audrey Flack dan Chuck Close ). Di akhir abad ke-20, Mayo Deborah G dalam buku beliau Error and the Growth of Experimental Knowledge, Chicago: University of Chicago Press. hlm 57-72, menyatakan imej-imej terpilih dari gambar foto diperhalusi dalam Hyperrealisme menjadi satu naratif dan diselit elemen emosi. Kesedaran ini telah dikembangkan kepada sentuhan-sentuhan emosi yang meluas mengenai isu sosial, politik dan budaya popular. Stailnya terserlah dikatakan suatu seni yang unik, lebih terperinci dalam kehalusan bentuk dan jalinan. Aliran baru ini mebawa fokus hal benda yang rumit, diperhalusi dan dijadikan sebagai imej berilusi dan dianggap suatu realiti baru yang tidak terdapat dalam imej foto asal. Hal benda diberi fokus yang lebih pada jalinan, permukaan, kesan cahaya dan bayang, disempurnakan dengan jelas, nampak hidup sebagai imej realiti dan ada potensi divisualisasikan dalam tiga dimensi. Imej-imej dalam Hyperrealisme dibesarkan melebihi 20 kali imej asal. Ini menampakkan kesan jalinan yang jelas. Penghasilannya dilakukan bersama gabungan media semburan angin, akrilik dan cat minyak. Dengan asas yang kukuh perlu dinyatakan bahawa seni tiada penghujung, seni itu wujud dan tidak akan lenyap begitu saja. Kemuncaknya boleh berlaku pada bila-bila masa.

Related Documents


More Documents from ""