Melihat Keindahan Alam Dari Kaca Mata Seniman

  • Uploaded by: Mohamed Noor bin Othman
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Melihat Keindahan Alam Dari Kaca Mata Seniman as PDF for free.

More details

  • Words: 277
  • Pages: 2
MELIHAT KEINDAHAN ALAM DARI KACA MATA SENIMAN Ada lukisan yang berbentuk lanskap diberi sentuhan warna yang tidak dijangka oleh audiens. Warna untuk pokok dan rumput dijadikan warna merah darah. Awan dan bayangnya bukan berwarna kelabu. Jalan raya diwarnakan dengan kuning. Penggunaan warna yang luar biasa telah mengubah keadaan alam sebenar. Barangkali artis hendak mengajar audiens untuk melihat keindahan alam sebenar bukan menerusi tingkap tetapi melalui lukisannya yang ganjil. Boleh juga menjadi kepercayaan kita bahawa warna-warna natural boleh dicipta kembali daripada imaginasi artis untuk membawa satu kejutan kepada orang ramai. Kesimpulan kepada kita tentang apa yang sepatutnya terjadi memerlukan perubahan daripada yang asal kepada suatu penemuan baharu. Penemuan ini menghasilkan kelainan untuk memperlihatkan identiti seniman. Karya Yeoh Jin Leng adalah contoh pencarian kelainan melalui penampilan warna sebenar ialah warna yang asli. Karya ini mengajak kita berfikir bahawa sesuatu keaslian dari kreativiti itu adalah suatu yang terbalik dari kebiasaan yang asli. Adakah anda bersetuju dengan kenyataan ini?

Karya Yeoh Jin Leng. Tajuk : “Seberang Takir” Tahun 1964. Warna minyak di atas kanvas 80 x 59.5 cm Koleksi Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Karya ini mengejek persepsi audiens untuk berfikir bahawa bukan semua warna asal itu adalah warna semula jadi. Bukan semua langit dan elemen yang lazim kita lihat seperti warna yang kita fikirkan. Tentu aneh warna kuning jingga yang dipaparkan, tetapi tidak aneh jika ada rahsia di sebaliknya. Mohon keizinan menyiar kembali lukisan karya Yeoh Jin Leng atas tujuan apresiasi bagi mencelik senikan masyarakat. Justeru itu martabat dan penghormatan kepada seniman itu sentiasa tersebar. Dipetik dari “Between Generation – 50 Years Across Modert Art In Malaysia”, 2007. Terbitan bersama University of Malaya, University Sains Malaysia, Valentine Willie Fine Art.

Related Documents


More Documents from ""