2.0 Pendekatan dalam pengajaran Pendidikan Seni Visual 2.1 Pendekatan Proses dan Produk Pendekatan ini diperkenalkan oleh Stufflebeam (1971). Tugas para penilai ialah mengumpul data, merancang, menganalisis menyediakan maklumat untuk memilih tindakan alternatif dan melaporkan. Penilaian “proses” tertumpu kepada proses yang digunakan untuk mencapai objektif dan matlamat program.
Maklumat ini perlu
diketahui dari masa ke masa untuk mengawal pelaksanaan program. Untuk kajian ini penilaian “proses” ialah cara pengajaran dan pembelajaran guru-guru PSV, cara guru menilai kerja-kerja projek dan kursus PSV yang diikuti oleh guru.
Strategi pengajaran dan pembelajaran yang disarankan bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual (PSV) berdasarkan kepada pembelajaran melalui pengalaman.
Terdapat
banyak
aktiviti
pengajaran dan
pembelajaran
yang
bersesuaian disarankan. Ini termasuklah kerja amali, projek, tunjuk cara, kerja luar, main peranan, sumbang saran, dan kaji siasat. Adalah diharapkan suasana yang diwujudkan dapat memberi murid pengalaman dan keyakinan untuk mengaitkan pengetahuan PSV dengan kemahiran dan amalannya dalam kehidupan seharian.
Program ini mengajar murid-murid sepatutnya menggunakan kaedah penyampaian yang beragam, beberapa kajian telah menunjukkan keputusan yang agak memeranjatkan. Penilaian “produk’ tertumpu kepada hasil program setelah ia tamat dilaksanakan. Penilaian “produk” dalam kajian ini ialah hasil perubahan sikap pelajar dan pencapaian objektif PSV. Sikap pelajar juga merupakan faktor yang dapat menentukan pencapaian matlamat pengajaran dan pembelajaran. Rummers dan Gage (1987) menyatakan bahawa sikap mempengaruhi dan mencorakkan pengajaran di dalam bilik darjah. Ramlah (1993) menegaskan bahawa ada empat proses sikap yang mempengaruhi pembelajaran iaitu integrasi, perbezaan, kejutan, dan penerimaan. Keempat-empat proses ini dapat menentukan sama ada pelajar dapat menyesuaikan diri dengan pengajaran dan pembelajaran.
2.2 Pendekatan DBAE (Disipline –based Art Education) DBAE adalah pendekatan kepada perkembangan Pendidikan Seni yang bermula pada awal 1980an oleh ‘Getty Center for Art Education’ (dikenali sebagai Getty Education Institute). Ianya merupakan sebahagian daripada J.Paul Getty Trust sebuah yayasan swasta yang mendedikasikan sumbangan kepada Seni Visual dan Kemanusiaan. DBAE bukanlah teori yang asli tetapi lebih merupakan kerangka konsep yang menggabungkan elemen-elemen daripada teori-teori pendidikan yang lain (contoh; Visual Thinking Strategies).
DBAE meliputi 4 Asas Disiplin Seni iaitu Produk Seni, Sejarah Seni, Kritikan Seni, dan Estetika. Produk Seni membantu murid mempelajari kemahiran bagi menghasilkan keaslian hasil karya secara tersendiri. Sejarah Seni pula adalah untuk membantu murid mempelajari kejayaan penghasilan karya pada masa lampau dan semasa bagi memotivasikan diri, contohnya gaya serta teknik, atau pun perbincangan tentang perhubungan dengan kebudayaan, politik, kemasyarakatan, agama, ekonomi dan pergerakan seni.
Seterusnya, dengan Kritikan Seni murid akan menyata, menganalisa, membuat intepretasi dan membuat penilaian sesuatu hasil karya. Aktiviti ini dikenali sebagai membuat apriesiasi seni. Asas Estetika dibentuk kerana murid akan menimbangkan keaslian, maksud serta impak dan nilai sesuatu hasil karya yang menjana formula yang mencerminkan pendapat yang ilmiah serta penghakiman terhadap karya seni itu. Di samping mengkaji karya serta membuat penilaian sesuatu hasil karya itu.
Pada awalnya DBAE diperkembangan untuk hasil seni sahaja tetapi secara beransur-ansur terarah mengkaji pelbagai bidang termasuk, tarian, drama dan muzik. Ia juga digunakan dalam kepelbagaian bidang pendidikan, seperti penkajian tinggi, pembelajaran sepanjang hayat, muzium seni tetapi lebih digunakan dalam kelas Pendidikan Seni Visual. Seperti kedua-dua ‘Visual Thinking Strategies’ (VIS) dan ‘New Muzeum Model (NMM), DBAE merupakan satu asas latihan inkuiri (inquiry based training), di mana fokusnya kepada murid dengan minat, pertimbangan, penaakulan serta kemahiran pemikiran kritikal mereka. Inkuiri secara terbuka, perbincangan kumpulan serta penyelesaian masalah memainkan peranan yang penting di dalam kurikulum dan bilik darjah di mana guru dilihat sebagai pemudah-cara di dalam proses ini.
DBAE berbeza dari kedua-dua model ini (VTS dan NMM) kerana mempunyai matlamat pendidikan yang luas dan lebih berstruktur serta kurikulum yang lebih terarah.
2.3 Pendekatan Chapman – Pemerhatian, Penerokaan, Penghasilan, Apresiasi Chapman (1986) telah menggunakan empat aspek utama yang seumpama ini dalam pelajaran seni iaitu Pemerhatian, Penerokaan, Penghasilan (pembuatan) dan Apresiasi dan perlanjutan. Aspek Pemerhatian yang aktif ini melibatkan sensitiviti deria. Semasa menyediakan aktiviti, perhatian perlu diberi kepada perkara seperti pengetahuan sedia ada murid, benda yang konkrit, minat, kecenderongan dan latar belakang murid bahan, bunyi, pergerakan, dan aksi dan mencetus idea dan imaginasi.
Tambahan pula, aspek interaksi yang kritis dan kreatif dengan bahan pula melibatkan penerokaan dan penghasilan atau pembuatan. Aktiviti penerokaan dijalankan sebelum aktiviti penghasilan. Semasa menyediakan aktiviti, guru perlu beri perhatian kepada perkara yang berkaitan penerokaan seperti aktiviti kecil mudah ringkas, cuba mencuba, suaikenal dengan bahan, penemuan oleh murid sendiri, uji menguji, mencari altenatif, variasi dan kemungkinan lain, bebas daripada jawapan tetap, murid senang dan ingin mencuba, aktif melibatkan pelbagai kecerdasan dan menggunakan kemahiran berfikir dan pengurusan grafik.
Selain itu, Penghasilan / membuat penggunaan alat bahan dan teknik perlu menitikberatkan soal tatacara, langkah dan proses membuat, amalan tertib kerja, keselamatan semasa bekerja dan penyampaian kandungan subjek, idea, hal benda dengan bentuk hasil. Aspek apresiasi pula melibatkan penyataan dan unsur afektif, terdapat dua jenis aktiviti Apresiasi. Aktiviti yang dirancang khas untuk projek apresiasi dan aktiviti mudah yang dirancang di akhir setiap pelajaran. Semasa menyediakan aktiviti mudah, perhatian perlu diberi kepada perkara yang berkaitan aspek bahasa yang berkaitan dengan istilah seni seperti sifat garisan, jalinan, warna, ton, rupabentuk dan bentuk, aspek bahasa yang berkaitan dengan kandungan dan hal benda, aspek bahasa yang berkaitan dengan manipulasi, alat bahan dan teknik, penghargaan hasil kerja dan menghormati pembuat karya, perasaan, penghargaan dan refleksi diri dan penyerapan pengetahuan dan penerapan nilai yang berkaitan dengan kandungan.
Proses Apresiasi Seni
Terdapat berbagai cadangan oleh beberapa pakar Pendidikan Seni mengenai proses apresiasi. Feldman (1967) dan Smith (1967) mencadangkan aktiviti-aktiviti apresiasi seni, berasaskan kepada proses persepsi dan intelektual melalui empat tahap menggambar, menganalisa, tafsiran dan penilaian.
Tahap menggambar adalah satu tahap di mana murid mengamati hasil seni dan menggambarkan sifat-sifat tampak seperti warna, garisan, bentuk, rupa, jalinan dan elemen-elemen gubahan iaitu prinsip dan struktur. Menganalisa pula adalah menganalisis perhubungan sifat-sifat tampak seperti unsur-unsur seni, prinsip dan struktur, menganalisa kualiti ekspresif seperti mood dan suasana erta menghuraikan stail sesuatu karya.
Selain itu, tahap tafsiran menekankan murid untuk mencari makna-makna yang terdapat pada sifat-sifat tampak seperti subjek, simbol, unsur-unsur seni, prinsip, struktur corak dan bahan serta mencari metafora-metafora (ibarat/kiasan) dan analogi-analogi (persamaan) untuk menjelaskan makna tersebut. Proses persepsi dan intelektual Feldman dan Smith ini diakhiri dengan tahap Penilaian di mana ia menekankan murid untuk membuat penilaian berdasarkan kepada kriteria yang bersesuaian seperti keaslian, gubahan, teknik dan fungsi. Di samping itu, ia juga membantu murid untuk menilai hasil seni berdasarkan kepada pengertiannya (significance) dari segi individu, sosial, keagamaan dan kepercayaan, sejarah serta keseniannya.
Laura H. Chapman (1986) telah menggunakan empat aspek utama yang seumpama ini dalam pelajaran seni iaitu pemerhatian, penerokaan, penghasilan (pembuatan) dan apresiasi dan perlanjutan. Laura H. Chapman telah menyatakan bahawa proses kreativiti = proses penghasilan/artistik. Bagi memperkembang kreativiti pelajar, guru PSV perlu menggunakan pelbagai cara dalam menghasilkan karya dan yang penting sekali ialah guru PSV harus menguasai bidang seni visual ini supaya guru mempunyai pengalaman yang lebih banyak untuk mengajar murid.
2.4 Pendekatan PSV kurikulum terkini Pendekatan PSV sekolah rendah merangkumi empat aspek utama iaitu pemerhatian secara aktif, interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual secara mudah dan menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan.
Pemerhatian secara aktif merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan, berfokus dan terperinci, memperkembangkan pemahaman terhadap asas seni visual, melatih murid membuat pemerhatian terhadap objek alam dan objek buatan manusia dan membantu murid terus menyelaras idea, imaginasi dan alam fantasi murid ke arah perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak.
Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan pula menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan. Proses ini membantu perkembangan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik- teknik mudah.
Di samping itu, dalam aspek apresiasi seni visual secara mudah, ia adalah bertujuan unutk memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi. Murid diperkenalkan tokoh-tokoh seni dan menghargai sumbangan mereka dan mereka disarankan untuk menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan. Selain itu, murid dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran dan kehidupan mereka termasuk memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai patriotisme, nilai kebersihan dan kepekaan.
2.5 Pendekatan Pendidikan Seni (John A. Michael) Pendidikan Seni Visual di sekolah memberikan tumpuan yang khusus dalam empat bidang utama iaitu Menggambar, Membuat Corak dan Rekaan, Membentuk dan Membuat Binaan dan Mengenal Kraf Tradisional.
Micheal (1983) dan Feldman (1970) mencadangkan agar guru menggunakan pendekatan kemanusiaan. Ia diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran yang akan memberi peluang kepada pelajar mengenali dirinya dan hubungan dengan masyarakat dan kehidupannya. Keadaan ini akan membantu proses perkembangan mereka dari peringkat paling asas iaitu mengenali diri sendiri, mengenali seni dan kelompok-kelompok kecil di persekitaran mereka, peka tentang perasaan dan memiliki konsepsi diri.
Murid mempunyai cara pembelajaran mereka sendiri. Seharusnya kita mengeksploitasi kelebihan itu di samping memberi tunjuk ajar secara
berkesan
dalam meningkatkan kefahaman dan penguasaan mereka dalam menguasai sesuatu kemahiran. Mengikut John A. Adolescense'
Michael dalam bukunya 'Art and
ada dua pendekatan dalam Apresiasi Seni iaitu Pendekatan secara
logik dan pendekatan secara psikologi.
Pendekatan secara logik ini adalah berbentuk tradisional dan memerlukan pemahaman intelek semata-mata.Banyak berfaktakan kepada aspek andaian dan munasabah pada yang melihat sesuatu karya seni tersebut. Manakala, pendekatan secara psikologi ini merangkumi perkara-perkara yang lebih menjurus kepada perasaan peribadi, lebih bersifat emosi dan perasaan dalaman kepada penghasilan dan penghayatan sesuatu karya seni. Pendekatan ini akan dapat meninggalkan satu pengalaman yang amat berkesan dan mendalam. Secara ini lebih realistik dan dapat menerima ‘response’ dan pendapat orang lain. Kesan tindakbalas akan lebih terserlah terhadap bahan serta alat yang digunakan.
3.0 Teori atau model pembelajaran dan pengajaran Pendidikan Seni Visual 3.1 Teori Behaviorisme Behaviouris yang diperkenalkan oleh Ivan Pavlov dan dikembangkan oleh Thorndike dan Skinner. Teori ini berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku. Kajian mereka kebanyakannya dihasilkan melalui ujian dan juga pemerhatian yang dilakukan ke atas haiwan seperti anjing, tikus, kucing dan burung di dalam makmal. Mereka menumpukan ujian kepada perhubungan antara ‘rangsangan’ dan ‘gerakbalas’ yang menghasilkan perubahan tingkahlaku. Secara umumnya teori behavioris menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran akan mempengaruhi segala perbuatan atau tingkah laku pelajar sama ada baik atau sebaliknya. Teori pembelajaran ini juga menjelaskan bahawa tingkah laku murid boleh diperhatikan, dikawal dan diramal. 3.2 Teori Kognitif Teori Kognitif berpendapat bahawa pembelajaran ialah suatu proses dalaman yang berlaku dalam akal fikiran, dan tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku. Ahli-ahli psikologi kognitif seperti Bruner dan Piaget menumpukan kajian kepada pelbagai jenis pembelajaran dalam proses penyelesaian masalah dan celik akal mengikut pelbagai peringkat umur dan kebolehan murid. Teori-teori pembelajaran mereka adalah bertumpu kepada cara pembelajaran seperti pemikiran celik akal, kaedah penyelesaian masalah, penemuan dan pengkategorian. Menurut teori ini, manusia memiliki struktur kognitif, di mana semasa proses pembelajaran, otak akan menyusun segala maklumat di dalam ingatan.
3.3 Teori Humanis Teori Humanis berpendapat bahawa pembelajaran manusia bergantung kepada emosi dan perasaannya. Carl Rogers menyatakan bahawa setiap individu itu mempunyai cara belajar yang berbeza. Oleh itu, strategi dan pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
hendaklah
dirancang
dan
disusun
mengikut
kehendak
dan
perkembangan emosi murid itu. Beliau juga menjelaskan bahawa setiap individu mempunyai potensi dan keinginan untuk mencapai kecemerlangan kendiri. Maka, guru hendaklah mengambil kira kendiri murid dan memberi bimbingan supaya potensi mereka dapat diperkembangkan ke tahap optimum.
3.4 Teori Psiko-analitik Teori Psiko-Analitik diperkenalkan oleh Sigmund Freud. Pendekatan teori ini berdasarkan kepercayaan bahawa tingkah laku manusia dipengaruhi oleh proses psikologi yang tidak sedar (kita sendiri tidak sedar). Ia berkaitan dengan penggunaan bahasa untuk menganalisa atau membincangkan seni visual. Terapi psiko-analitik merangkumi teori perkembangan personaliti, falsafah sifat manusia (nature) dan kaedah psikoterapi yang memfokus kepada faktor-faktor di luar kesedaran (unconscious) yang mempengaruhi tingkah laku. Dalam konteks kemahiran seni kanak-kanak, Freud mempercayai bahawa interpretasi mereka terhadap seni visual dan hasil karya mereka boleh mewujudkan perasaan dan emosi. Sehubungan dengan itu penggunaan seni visual dalam rawatan mental dan emosi adalah sangat penting bagi kanak-kanak. Ia dikenali sebagai kaedah psikoterapi.
Menurut Freud, seni mampu meluahkan emosi seseorang. Beliau percaya bahawa seni visual adalah bahan perantara paling penting dan utama dalam mengenal pasti pemikiran bawah sedar manusia. Tahap ini boleh dicapai dengan menganalisis proses-proses kreatif yang terlibat dalam penghasilan seni visual. 3.5 Teori Kontruktivisme Teori Konstruktivisime sebagai satu proses pembelajaran menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme telah lama dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah, IPG dan universiti.
Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan di sekolah tidak boleh dipindahkan daripada guru kepada murid dalam bentuk yang serba sempurna. Murid perlu bina sesuatu pengetahuan itu mengikut pengalaman masingmasing. Pembelajaran adalah hasil daripada usaha murid itu sendiri dan guru tidak boleh belajar bagi pihak murid. Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan di sekolah ialah satu skema aktiviti mental yang digunakan oleh murid sebagai bahan mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan. Fikiran murid tidak akan menghadapi realiti yang wujud secara terasing dalam persekitaran.
Realiti yang diketahui murid adalah realiti yang dia bina sendiri. Murid sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka sendiri. Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kira struktur kognitif yang sedia
ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuai dan diserapkan menjadi sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan konstruktivisme. Beberapa ahli konstruktivisme yang terkemuka berpendapat bahawa pembelajaran yang bermakna itu bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid.
4.0 Strategi, kaedah serta teknik pengajaran dan pembelajaran 4.1 Kajian Masa Depan Kajian Masa Depan (KMD) ialah satu pendekatan pengajaran untuk mendidik murid agar lebih prihatin terhadap sesuatu perkara atau isu yang berlaku pada masa lampau, masa kini, dan masa depan. Ini bermakna, murid dapat membuat ramalan, menjangka akibat, serta mengendalikan perubahan supaya mereka mendapat manfaat yang maksimum.
Pengajaran berasaskan KMD merupakan strategi secara saintifik yang dibina untuk menambahkan keupayaan murid dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup dan membuat keputusan. KMD dapat dianalogikan seperti kita yang sedang memandu kereta. Sepanjang pemanduan itu, kita sering dikejutkan dengan perkara-perkara yang tidak dijangka.
Sebagai contoh, ketika sedang memandu, tiba-tiba seorang kanak-kanak
melintas di hadapan kereta kita. Oleh itu, sepanjang pemanduan, kita haruslah peka dan sentiasa berwaspada. Masa depan sangat dinamik kerana sentiasa berubah. Masalah yang berlaku pada masa depan lazimnya kompleks dan penyelesaiannya bersifat global. KMD lebih berciri saintifik kerana dapat diuji, boleh diulangi, dan dapat diramal. Rasional Pengajaran Kajian Masa Depan (KMD).
Pembelajaran berasaskan KMD diperkenalkan untuk mendidik generasi baharu supaya menghadapi cabaran dan perubahan.
Pembelajaran berasaskan KMD
merupakan strategi secara saintifik yang dibina untuk menambahkan keupayaan pelajar dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup dan membuat keputusan untuk menghasilkan generasi masa depan yang berkeyakinan, berupaya, dan bertanggungjawab. KMD yang dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran akan membina generasi masa depan. KMD memberi kesedaran dan merangsang murid berfikir tentang isu, masalah, dan peluang yang bakal dihadapi. Keadaan ini akan membolehkan mereka memandang masa depan dengan yakin dan optimis serta mengambil bahagian dalam merancang masa depan mereka.
Di samping itu, ia juga akan menghasilkan tenaga manusia yang berfikir. Sistem pendidikan memainkan peranan penting dalam menghasilkan tenaga manusia yang dapat berfikir tentang masa depan.
Selain daripada itu, mereka seharusnya berfikir untuk
menggambarkan serta menjangkakan masalah yang bakal timbul. Dengan menjangka masalah dan membuat pilihan yang baik, pelajar juga dapat mencari alternatif dan pilihan ke arah masa depan yang lebih baik. Pelajar juga akan membawa anjakan paradigma terhadap budaya belajar yang berasaskan pengetahuan dan ingatan semata-mata ke arah budaya berfikir.
Objektif pelaksanaan KMD ia boleh membina minda suka bertanya dan kemahiran intelek yang dapat membantu pelajar berfikir secara kreatif, terarah, analitis, dan reflektif tentang keseluruhan hidup manusia dan proses meneroka alternatif dan pilihan. KMD juga membantu pelajar memberi sumbangan ke arah kesejahteraan dan kebaikan dunia dan membina strategi menambah keupayaan pelajar dalam menghadapi berbagai-bagai cabaran hidup.
Tambahan pula, KMD akan membina keyakinan pelajar supaya mereka mampu mengawal diri, boleh membuat pilihan berasaskan etika, dan nilai moral serta berupaya mempengaruhi masa depan mereka. KMD memberi asas kepada pelajar memahami dan menghayati Wawasan 2020 dan memantapkan pelajar dengan ilmu pengetahuan, konsep, kemahiran, dan kaedah dalam mengkaji masa depan. Pelajar digalakkan menjadi warganegara yang lebih bertangungjawab, tahu membeza dan menilai, berketrampilan, dan mempunyai gambaran jelas tentang masa depan.
Strategi Kajian Masa Depan pula adalah dengna menginginkan pelajar menggunakan pemikiran kritis dan kreatif untuk meninjau perubahan keadaan daripada masa lalu sehingga ke masa kini dan meramalkan keadaan pada masa hadapan. Pedagogi ini berpusatkan pelajar dan menggabungjalinkan pelbagai bidang seperti Pendidikan Moral, Pendidikan Alam Sekitar, dan Sejarah. bekerjasama dipupuk melalui kaedah ini.
Nilai murni seperti bertanggungjawab dan
5.0 Perancangan dan persediaan mengajar bagi semester serta tahunan Rancangan Pengajaran Tahuan mengandungi secara ringkas isi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Perancangan pengajaran perlu dilakukan bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dapat berjalan lancar tanpa gangguan dan guru perlu merancang dalam pengajaran dengan baik. Hasil kajian mendapati punca kegawatan tingkah laku pelajar, prestasi rendah pelajar di sekolah-sekolah adalah berpunca daripada pengajaran tidak dirancang dengan baik dalam bilik darjah. Kemahiran dan kecekapan guru dalam perancangan menguruskan bilik darjah akan dapat menghindari pengajaran dan pembelajaran yang tidak efektif. Pengurusan bilik darjah yang berkesan adalah pemangkin kepada kecemerlangan murid bagi melahirkan modal insan yang seimbang daripada segi intelek, rohani dan jasmani selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).